Cuka epal (Apple Cider Vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir.
Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.
Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

Gambar: kiri – cuka epal; kanan – jus epal.
Antara khasiat cuka epal ialah:
1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Cuka epal ini boleh dibuat sendiri di rumah.
Cuka epal yang bermutu tinggi boleh dihasilkan melalui beberapa langkah atau proses, iaitu:
1. Membuat cider epal yang bersih daripada epal yang cukup masak (ranum).
2. Menukar semua gula buah-buahan ini kepada alkohol. Ini dinamakan Fermentasi ragi (yis).
3. Menukar semua alkohol kepada asid asetik. Ini dinamakan Fermentasi asid asetik.
4. Pasteurize (panaskan dan sejukkan) asid asetik ini untuk menghalang daripada fermentasi berterusan dan menjadi busuk sebelum disimpan di dalam botol.
Filed under: Pemakanan













mana nak carik produk nih. Tlg info lokasi area pasir gudang
Apple cider vinegar ni boleh didapati di pasaraya Giant atau di Guardian Pharmacy.
Contoh apple cider vinegar yang baik (organik) boleh dilihat di sini (saya bukan iklan cuma nak berkongsi pengetahuan). Brand yang ni sy selalu minum, tetapi ia agak mahal sedikit kerana epalnya ditanam secara organik. Brand yang lain ada juga dan lebih murah di Giant.
http://theamishpantry.com/shop/images/779295.jpg
Harap maklumat ini dapat membantu….
BRP HARGA Apple cider vinegar NI?
area sg petani di mana ada jual apel cider
Kat Sungai Petani ada Giant Supermarket atau Guardian Pharmacy tak? kalau ada cari di sana….
hubungi saya 0195961283
saya beli di tesco sungai petani jenama heinz tak silap…botol kecik baru RM6 plus
asakamualaikum.cuka epal ada tak jual di kawasan kepala batas,pulau pinang?
sy beli di sebuah farmasi di Sentosa.
berapa banyak perlu diambil cuka epal untuk 1 hari? adakah ia mempunyai kesan sampingan yang lain?
Banyak yg diambil bergantung kepada kegunaannya, tapi untuk menjaga kesihatan secara am, 1 sudu makan cuka epal dicampur dengan segelas air masak/mineral setiap pagi sudah memadai.
Sedikit info di sini
http://www.newlife.com.my/products/healthfood/acv.asp
saya ada beli cuka epal kat kedai hub halal pantai dalam..keluaran negara syria…500ml RM 10.80..rasanya sedap..saya gunakan dlm masakan dan buat air asam…sedap… kalau nak buat ubat…camana caranya?boleh sapa2 ajarkan tak, saya setakat ni guankan dalam masakan jea.
cuka epal campur dgn madu untuk tujuan perubatan 1:1 rasa pun jadi lg sedap
salam..
saya noorhamizah abdul halim dari bidang senireka grafik adalah seorang pelajar dari universiti malaysia sarawak,UNIMAS. saya diberi tugasan untuk mencari produk untuk di promosi kan,dan saya telah memilih produk cuka epal ini untuk dijadikan projek tahun akhir saya.
ini adalah kerana bagi pendapat saya produk ini harus lebih giat dipromosikan agar lebih ramai yang mengetahui tentang khasiat produk ini.
soalan saya dimanakah saya boleh dapatkan informasi lebih lanjut berkaitan cuka epal ini.terima kasih.
waalaikum salam,
selain internet dan buku teks, cuba dapatkan maklumat lanjut mengenai cuka epal ini daripada keratan surat khabar kat atas tu, ada no. telefon dan email tu…
salam semua. Saya ada menjual cuka epal, cuka anggur dan cuka kurma. sesiapa berminat boleh hubungi saya melalui email
Waalaikum salam Zaidah,
Mana alamat emailnya?
sori, lambat response. sesiapa berminat masih boleh hubungi saya. tel 019-4483071
bagi no tel cik zaidah
salam..sye nak mnx no. hp n email..sye brminat dgan cuke epal nie..
EMAIL KAK?.
Assalamuamaikum
Saya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua. saya telah mengamalkan meminum cuka epal hampir setahun. untuk makluman saya dalah pengidap penyakit asma keturunan hampir 15 tahun, pada mulanya saya mengamalkan meminum cuka kurma jenama khal selepas habis satu botol satu liter dalam tempoh dua bulan saya beralih kepada cuka epal kerana cuka kurma pada masa itu berharga rm 69 dan cuka epal cuma berharga rm 17 seliter, hingga hari ini saya sudah habiskan sebanyak 4 liter cuka epal. Alham dulillah dengan izin Allah, penyakit lelah saya hampir 95 peratus sembuh dan saya tak perlu lagi kepada tidak lagi mengambil nabulaizer atau ubat makan dari hospilal, kahak atau lendir yang selalu mengganggu sewaktu pagi dan sejuk sudak hilang 100%, cuma yang tinggal selsema atau resdung, itu pun sudah berkurangan. apabila saya balik kampung jauh dipendalaman yang waktu paginya amat sejuk orang kampung heran tengok saya menjadi imam sembahyang subuh tanpa ganguan lelah dan lendir tidak seperti yang pernah saya alami satahun yang lalu.
Untuk peringatan, kalau nak beli cuka epal di pasaraya Giant belilah jenama “BRAGG” kerana diproses secara organik dan ada tanda halal yahudi “KSR” iaitu kosher. kalau jenama yang lain (seperti jenama “HEINZ”) walaupun harganya murah (rm 14) dibimbangi cara pembuatan tidak natural sebab proses pembuatan cuka memerlukan masa. untuk tujuan komesial bisanya ditambah yis, induk cuka yang dah siap dan garam anti kulat.
Dan saya ada bertanya mereka yang arif agama, kata mereka jus epal jika dicampur cuka dan di peram adalah tidak akan menjadi cuka asli kerana proses pementasinya telah terganggu kerana cuka adalah salah satu bahan pengawit dan hasilnya bukan cuka asli tetapi separuh arak. wallahu ‘alam
Waalaikum salam,
Terima kasih Mohd Nasri kerana sudi berkongsi pengalaman di sini. Alhamdulillah saudara telah sembuh daripada asthma dengan mengamalkan cuka epal.
Memang cuka epal banyak khasiatnya terutamanya yang disediakan secara organik seperti jenama “Bragg”. Saya juga mengamalkan meminum cuka epal jenama yg sama (saya tidak mahu tulis nama jenama Bragg ni dalam artikel di atas kerana saya tidak mahu mempromosikan jenama tertentu dalam artikel – dalam soal jawab mungkin tak berapa ketara). Alhamdulillah, saya sihat dan sakit belakang saya semakin berkurangan.
Nabi SAW pun menggalakkan orang makan cuka kerana banyak khasiatnya, antara hadisnya:
Hadis Pertama:
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللّهِ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُمَا أَنّ رَسُولَ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ سَأَلَ أَهْلَهُ الْإِدَامَ فَقَالُوا : مَا عِنْدَنَا إلا خَلّ فَدَعَا بِهِ وَجَعَلَ يَأْكُلُ وَيَقُولُ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ
Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang lauk pauk kepada keluarganya. Jawab mereka: “Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka”. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata: “Sebaik-baik lauk ialah cuka.” (HR Muslim)
Hadis Kedua:
عَنْ أُمّ سَعْدٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهَا عَنْ النّبِيّ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ اللّهُمّ بَارِكْ فِي الْخَلّ فَإِنّهُ كَانَ إدَامَ الْأَنْبِيَاءِ قَبْلِي وَلَمْ يَفْتَقِرْ بَيْتٌ فِيهِ الْخَل
Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW baginda bersabda: “Sebaik-baik lauk ialah cuka. “Ya Allah berkatilah cuka. Sesungguhnya ia adalah lauk para nabi sebelumku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada cuka”. (HR Ibnu Majah)
bagaimana saudara meminumnya? maksud saya kena campur air ataupun minum secara direct?
Salam
Saya mengalami masalah bau badan. Dah berbagai produk saya cuba untuk hilangkan bau badan tapi tidak berkesan. Saya ada terbaca tentang cuka epal dapatkan hilangkan bau badan. Adakah ianya betul dan berkesan dan sekiranya betul di manakah saya boleh dapatkannya. Tolonglah saya. Sekian
Waalaikum salam,
Lebih baik puan cuba dulu cuka epal ini, mungkin juga ia berkesan untuk bau badan. Cuka epal ini boleh dibeli di supermarket Giant atau di Guardian Pharmacy (sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini). Sebaik-baiknya beli yang diperbuat secara organik kerana ia lebih berkhasiat dan dapat mengurangkan kesan pelbagai jenis racun yang digunakan dalam pertanian kepada badan kita.
kepada peminat cuka epal/kuma.senang jer nak dapat.ada jual dikedai arab.600ml rm 12.00.original dan murah dari syria
salam…
sy nk tanye…
sy ni ada beli cuka epal brand bragg..
masalahnye…knpa lama kelamaan cuka epal itu btukar warna asal koko cerah…now jadi koko perang? masih boleh digunakan lg x?
Waalaikum salam,
Saya pun mendapati warnanya akan berubah menjadi coklat tua, tetapi saya minum juga dan alhamdulillah ok je…
terima kasih atas perkongsian di atas…dah terjwb kegusaran saya,pagi tadi bos saya ada bagi sebotol cuka epal Bragg,saya tak pasti akan status halalnya dan saya temui jwpnnya di sini…terima kasih
Alhamdulillah…
saya ada jual cuka kurma dan epal … jika berminat sila hubungi 0195961283
adakah cuka apple ini sesuai untuk pesakit kencing manis
Cuka epal ni sebenarnya berasa masam kekelatan dan banyak mengandungi zat yang diperlukan oleh badan, terutamanya untuk ketahanan badan.
Puan boleh cuba dulu dan rasai sendiri, sama ada ia sesuai atau tidak untuk kencing manis. Saya tak boleh beri komen kerana saya bukan pesakit kencing manis, alhamdulillah….
saya adajual mady cuka apel keluaran ACi 500 gram $30.00 800 gram $45. tel 013 4527955
013 4411229
Harganya agak mahal ye?
salam..saya pjual produk dr arab saudi under authority..yg anda xprlu ragui kehalalannya & sgt natural/tiada pngawet,pwarna,perisa tmbhn dsb,spt apple vider vinegar/AVV(kaul),pati jus delima,pati kurma,olive oil & mcm2 lg.pnghantaran seluruh msia.Promosi Istimewa AVV price 1 btl 473ml/800g rm25+fREe poslaju,100%pati jus kurma(700g) rm20+freeposlaju, pati pure delima/1200g rm30+freeposlaju dll sila hubungi/sms sya 0139472029.t.kasih
Cuka epal ini diminum selepas makan atau sebelum makan.
Selalunya sebelum makan, supaya ia dapat membersihkan perut dulu sebelum diisi makanan, tapi kena makan cepat selepas itu…
saya dh try minum cuka epal bragg ngan madu..tapi dh masuk hari ke-3, tekak jd sakit lak…nape ek…saya campurkan 2 sudu cuka dalam segelas air dan satu @ dua sudu madu…salah sukatan ke?
Saya minum ok je, dengan madu atau tanpa madu…. sukatan tu dah ok dah tu. Mungkin tu sekadar tindak balas sementara badan saudara agaknya….
kalu mngalami berat bdan boleh trun ke..klu mnum cuka aple
mula-mula saya minum cuka tu tekak saya jd sakit sikit, saya teruskan, tapi kurangkan menjadi 1 sudu ke dalam segelas air..Alhamdulillah..dah ok..
salam… sy amalkan minum 1:1= 1sudu cuka epal + 1cawan air mineral. alhamdulillah ok jer… mbe perubahan tekak jer 2… try amalkan selalu…
tulah..dh jd trauma lak nak minum…
Saya nak tanya, cuka epal ni boleh kah membersihkn uric acid dlm badan kita? Sebab doktor kata sya mempunyai u.acid yg tinggi.
salam…saya ada beli cuka epal tulis APPLE C..rm 25 utk 650 ml..tp wnenya ijau…dalam botol kaca..sya bli kat karnival u saya..knp wana ijau??rasanya sngat masam …penjual tu kata makan sebelum makan setiap pg dan malam.
sy baru bermula untuk menggunakan cuka epal setelah membaca banyak article tentang kebaikannya,insyallah sy akan terus menggunakannya jika ianya sesuai dengan sy.cuka aple yg sy beli ialah organic apple cider vineger dan jika ianya baik akan sy jadikan amalan .
Insya Allah, banyak manfaatnya.
salam.. sy br shaja bli cuka apple keluaran bragg.. rasa sdp dan masam.. tp kalu minum byk2 x putus urat perut ke?
Waalaikum salam,
Minum cuka tu jangan banyak sangat, berpada-padalah (lebih kurang 3 sudu teh sehari)…. kalau berlebihan, apa-apa pun bahaya….
yahya lamin: blh dapatkan cuka apple (bragg) kat pasaraya giant di bahagian cuka.. saya bli 946mL RM17 lbih..
Assalamualaikum semua. Saya adalah pengedar CUKA DELIMA dan CUKA APPLE. Daripada feeedback rakan-rakan yg telah menggunakannya, memang benar, ia sangat baik utk kesihatan dan berupaya menyembuhkan penyakit. Pelanggan saya kebanyakannya bila dah beli akan pesan lagi. Poduk kami dari Turki. Harga: Cuka Delima 500 ml RM24.00, dan Cuka Apple 500 ml RM20.00. Sila hubungi saya di talian 016-5551986.
salam…. sdr Amid tinggal kat area mana?
kt kuala trengganu ada jual x??
Saya selalu beli di Pasaraya Giant, tak pasti di KT ada Giant ke tidak. Boleh juga beli daripada pengedar2 yang lain, kalau terbukti ia dibuat secara bersih dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan….
Jika Anda Berminat Untuk Mendapatkan Cuka Epal,Cuka Kurma,Pati Delima,Pati Kurma,Madu Habbatussauda,Minyak Zaitun Tulen keluaran Dr Negara Iran.Hubungi saya .. emailkan kpd smrtbusinessresources@gmail.com
Salam
Sdr Arman tinggal kat mana?
kalau tinggal kat kota bharu, cuka epal dan kurma dijual dgn harga murah kat jaafar rawwas. dlm rm 12 blh dapat. import dr syria. saya dah beli cuka kurma
salam..betul ke apple cider jenama bragg tu Halal?? sy nak beli tp was2 plak.ahernya sy beli wescobee apple cider vinegar with honey. Keluaran Australia kalo xsilap. sekarang ni dah masuk 2 minggu sy amalkan.rsnya pun sedap gak..
Sy nak cuba yg jenama HONEY APPLE 3 tu..ni yang Malaysia punya.tp susah nak jumpa kat pasaraya sini (sarawak).
Jenama Bragg tu adalah produk organik, memang tak ada cop halal JAKIM di situ, tapi saya rasa tak ada masalah halal atau haram di sini kerana semuanya menjalani proses yang sama untuk mendapatkan cukanya….. kalau ada yang was-was, eloklah ditukar kepada jenama yang tidak menimbulkan was-was….
assalamualaikum,
saya ingin bertanya pada awal pengambilan ada tak awak merasa apa2 kesan sampingannya …boleh ke madu cuka epal ini di minum oleh pesakit gastrik atau ulser ?
cuka epal campur madu lebah, minyak zaiton dan sedikit garam himalaya pun bagus untuk kesihatan boleh cuba
Kepada para penggemar cuka epal, kalau nak beli yang sudah siap campur madu lebah asli cuba beli disini, dengan nama Bio Enzymes keluaran Bio green http://www.greenimage.com.my/bio_enzyme_vinegar.html
(samada benar-benar asli atau tidak, wallahua’lam) tetapi siap ada logo halal jakim dan cop GMP .Di Kuantan produk ini boleh didapati di kedai ubat cina (sing seh) jalan beserah harganya baru Rm 31.50 satu liter.
di johor bharu blh dptdi mana
saya ade beli cuka epal. baru minum 2 hari. saje nak cuba untuk turunkan berat badan. tapi saya beli murah je. kt sogo supermarket KL. satu botol lebih kurang 500ml baru RM 7.90… bagus ke?
Cuba dulu baru tau….
cuka jenama HEINZ tu tak halal ke??
blh minum x time puasa?
saya baru mengamalkan minum cuka epal brand bragg nie..tapi masalahnya anak saya masih menyusu badan.selepas minum cuka ni suara baby saya da jadi serak..adakah kesan tersebut disebabkan saya minum cuka nie?
Tak pastilah sama ada suara anak yang serak itu disebabkan minum cuka epal ini. Tapi, kalau anak masih menyusu kenalah banyak minum air mineral.
saya ada juga terbaca tentang khasiat lain cuka epal nie. jika digunakan untuk membasuh bahagian vagina, ia boleh membantu menghilangkan keputihan. cuma saya tidak tahu bagaimana nak menggunakannya dalam sukatan yang betul dan cara menggunakannya..
saya ada amalkan cuka epal juga dari jenama mujeza made in lebanon…RM30 satu botol 500ml
maklumat lanjut ada kt blog ni :
http://tokguru.net/
saya nak tanya…adakah cuka epal mi menganggu sistem peranakan kita pada masa depn? saya risau jak
Tak pasti…
kalau mengandung boleh ke minum cuka epal ni ??
Berhati-hati jika buat cuka sendiri, takut jika tidak difermentasi dengan betul pada suhu dan keadaan yang betul, tidak semua kandungan alkohol akan tukar. Juga, pilih cuka yang “berkeladak” kerana keladak itu adalah enzim yang aktif. Dan bethati-hati juga cuka yang dicampurkan “additif” yang mempercepatkan proses fermentasi secara tidak natural. Cuka yang diproses sebegini HARAM diminum. Cuka Sistem An Nisaa adalah dari Syria dan dibuat oleh orang Islam. Dipercaya cuka sider yang asal datang dari Damsyik, sebelum orang Amerika mempopularkannya lagi. Apa-apa pertanyaan sila tuju ke bit.ly/an-nisaa
Terima kasih atas nasihat puan…
puan..nape tk jawab soalan boleh ke tak minum cuka epal untuk pesakit gastrik..penting ni..
Untuk pesakit gastrik tak pasti…mungkin sesiapa yang pernah mencubanya bolehlah dikongsi maklumat tu di sini.
boleh minum cuka appel walaupun pesakit gastrik….
bleh x turunkan berat badan kalau minum cuka epal nie secara berterusan..?????????????????.
penting… *
Ikut testimoni orang yang minum 3x sehari, boleh turunkan berat badan atau sekurang-kurangnya tak naik berat badan. Bagi orang yang tidak tahan, takut jadi gastrik pulak.
saya juga mengalami masalah berat badan.. saya baru saja terdengar mengenai produk ini… saya ingin bertanya sekiranya ada testimoni yg berkaitan kejayaan menguruskan berat badan???? ^___^
Saya pernah terbaca, ada yang boleh mengurangkan berat badan dengan minum cuka epal ini setiap hari, di samping kurangkan pengambilan makanan berlemak dan selalu exercise.
Bagaimana cuka yg buat jeruk cili adakah boleh dimakan tak bahaya ke sebab cuka kan mengandungi asid yg tinggi boleh bagi peneragan mengenai cuka.
Cuka yang dibuat jeruk itu tidak sama dengan cuka yang terhasil daripada fermentasi buah-buahan, kerana cara atau proses pembuatan cuka tersebut adalah berlainan. Minta sesiapa ahli kimia di sini untuk menerangkan prosesnya. Untuk lebih selamat jangan makan cuka (acetic acid) ini dengan banyak kerana ia dibuat bukan untuk diminum, berlainan dengan cuka daripada buah-buahan….
terima kasih semua atsa info….berguna sangat…:)
Sama-sama, semoga bermanfaat…
Saya pernah beli cuka epal dalam katalog cosway.tapi tak pandai gua,expiredlah ia.sekarang saya beli jenama syria.selepas saya tengok cerita kat TV Hijrah.Cuma saya nak tau macamana nak masakguna cuka epal ni.selalu saya bubuh je ganti asamjawa.
Selalunya diminum dengan dicampur air putih saja…. saya pun tak pernah guna untuk masakan. Kalau masukkan dalam masakan mungkin khasiatnya akan berkurangan, wallahu a’lam.
saya baru nak cuba …saya nak tau apa kesan tindak balas pada tubuh badan..
saya dah amalkan minum BRAGG selama hampir 5bulan dah 5 btl..alhamdulillah penyakit batu karang, darah tinggi juga berat badan semua turun…tqs jenama BRAGG..,
Alhamdulillah… berapa kali atau berapa gelas tuan minum dalam sehari?
Bagi saya pulak, kesan yang paling ketara ialah tiada blister iaitu menunjukkan ketahanan badan agak kuat. Kalau saya tak minum, selalu saja pecah-pecah mulut kadang-kadang sampai 2 minggu.
saya skg minum cocoa collagen..so kalau tambah minum yg ni x ada efect ke?risau jugak
macam mana cara nak minum ye ? ada waktu yg sesuai tak ? selepas atau sebelum ?
Ambil 1 atau 2 sudu makan cuka epal ini dan dicampur dengan air putih, untuk segelas, kemudian baru diminum….. boleh diminum sebelum atau selepas makan. Kalau perut tak tahan, minumlah selepas makan nasi. Boleh minum 1 hingga 3 kali sehari. Jangan lebih2 sangat.
Assalamualaikum. sy menjual semua jenis cuka, kurma, epal, anggur, delima dan madu sidr dari yaman. keaslian dijamin. blh tgk website sy: http://www.yummyhoneyshop.blogspot.com atau http://www.facebook.com/maduyaman. blh juga dihubungi melalui 0179771842.
penghantaran ke seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak
sesuai untk bayi ke?
Kurang pasti…. mungkin kurang sesuai bagi bayi kerana bayi perlukan susu.
thnx for the info..jap g nk g giant cari apple cider..nk bli kt mak..
Sama-sama…
boleh minum tak kalu ngah pregnant?
Assalamualikum…saya tgh mencari sesapa yg jual cuka CHEHABI Apple Cider Vinegar…
salam
kalau kite planning utk pregnant tp minum apple cider vinegar cosway..bole ke?
nurul
Waalaikum salam,
Tak pasti pulak boleh atau tidak ambil cuka epal semasa hamil. Mungkin pembaca lain boleh menjawabnya.
salam..sy sdg mnyusukn ank..ade efek x pd ank kalau sy consume cuka epal n cuka kurma?
Tak pasti…. mungkin ada pembaca lain yang berpengalaman boleh menjawabnya.
kalau minum cuka apple boleh kurus ke ?
boleh minum walaupun mengidap gastrik
saya salah seorang pesakit gout, saya dah beli sebotol cuka apple jenama bragg dan harap² gout saya sembuh..
Insya Allah…
Assalamualaikum, mudah2an ALLAH merahmati kita semua. kami ada menjual cuka epal, cuka kurma, cuka delima, habbatus sauda, minyak zaitun & berbagai lagi pemakanan sunnah. kami beroperasi di Usrah Halal Market Wisma MAIS Sek 3 Shah Alam. tel 013 2917012
smua komen2 diatas sgt2 berinformasi.. saya mmg tgh cri info mengenai cuka apple.. terima kasih ye smua
Alhamdulillah…. semoga bermanfaat.
salam.. saya baru nak cuba minum cuka apple ni.. blh share macam mana cara penyimpanannya? kena simpan dlm peti sejuk atau blh simpan di luar je?
Assalamualaikum, bagi sesiapa yang berminat untuk membeli cuka epal keluaran mejeza (Jus Tok Guru), boleh hubungi saya di 0177019770 Kamarul. Kawasan Johor Bahru.
Assalamualaikum. Pembetulan. Mujeza bukan mejeze.
Boleh kah minum cuka kurma dan lepas itu minum pula cuka epal? Mana yang lebih elok diamalkan meminumnya, cuka epal atau cuka kurma? Atau perlu amalkan satu-satu cuka tersebut dulu. ok
Kalau dilihat dari sudut khasiat, kedua duanya sama. Tapi menurut Ustaz Fauzi yang disiarkan dalam radio IKIM, cuka epal lagi baik.
Pada pandangan saya kedua duanya adalah KHAL yang terdapat dalam hadith. Yang penting, kita mengambilnya kerana ia adalah sunnah. Tetapi perlulah berjadual: mungkin sebelum sarapan cuka kurma, lepas makan cuka epal sebagai contoh. Allahu a’lam.