Setiap hari berbagai jenis makanan yang kita makan, tanpa memikirkan sumber makanan tersebut, sama ada bebas daripada bahan kimia berbahaya, bahan beracun, pengawet yang berbahaya, pewarna kimia, dsb yang akhirnya akan meninggalkan dan mengumpulkan bahan toksik dalam badan kita.
Oleh itu, pengumpulan bahan toksik dalam badan perlu dikurangkan untuk membolehkan kita hidup sihat di samping meringankan beban kerja hati (hepa) yang berfungsi mengeluarkan bahan toksik tersebut daripada badan.
Petua ini bolehlah dicuba sekurang-kurangnya untuk mengurangkan pengumpulan bahan toksik dalam badan tanpa perlu berbelanja besar membeli produk nyah-toksik yang sangat mahal di pasaran.
BAHAN:
1 biji epal
Daun seleriCARA:
1. Kisar epal hijau dengan daun seleri untuk dijadikan jus.
2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.NOTA:
Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.
Sumber gambar: Google
Filed under: Petua, Rawatan Semulajadi














cara ini boleh berkesan ke….brp lame kesan dia
Assalamualaikum puan…terima kasih atas petua ni…skrg dgn izin Allah…ia menjadi keats diri sya..pembuangn air besar lawas…bdan pon ringan, nk buat amal ibadat pom mudah..mgkin sblum ni…toksin terlalu byk dlm badan, bdan mudah penat..
Alhamdulillah…t.ksih…
Alhamdulillah…
DAUN SELERI KE …DAUN SADERI? SYA XPERNAH DENGER PUN DAUN 2?TLG CHECK MULA BTUL K TIDAK ANDA SLH TULIS SBB SY WAS-WAS NAMA DAUN 2..PLEASE?……….
Daun seleri (ejaan BM) atau celery (BI)….. apa masalahnya?
Ini gambarnya…
http://4.bp.blogspot.com/_a5abCT2isic/S_nmWFGUUGI/AAAAAAAABpI/PFLbHpi8qgA/s1600/organic-celery-lg.jpg
daun yg wonder pet mkn tu..
epal marah ke epal hijau
epal hijau
Terima kasih. info yg bermanfaat. InsyaAllah, sy akan mencubanya =)