Kesan pengambilan steroid dalam ubat

Ubat tiruan atau ubat yang banyak mengandungi steroid adalah berbahaya, kebanyakannya ubat untuk rawatan sendi tulang.

Apakah kesan sampingan pengambilan ubat sendi yang mengandungi steroid?

Paling biasa dialami adalah bengkak anggota badan dan peningkatan berat badan secara tiba-tiba. Pengambilan tiga hingga lima hari berturut-turut sahaja sudah mencukupi untuk melihat kesan ini. Bukan sahaja penyakit sendi yang dialami semakin parah, malah ginjal mereka turut menjadi korban serta mengalami pendarahan usus (peptic ulcer). Selain itu, pesakit juga mengalami peningkatan gula dalam darah yang mengundang penyakit kencing manis serta tekanan darah meningkat (darah tinggi).

Kesan jangka panjang pengambilan ubat yang mengandungi steroid?

Ia boleh menyebabkan tulang rapuh seterusnya mengundang osteoporosis. Sebenarnya, pengambilan steroid berlebihan boleh memberi kesan kepada seluruh tubuh badan termasuk gangguan sistem saraf.

Adakah kanak-kanak juga mendapat kesan daripada pengambilan bahan ini?

Kanak-kanak di bawah usia 14 tahun yang mengambil ubat mengandungi steroid akan terbantut tumbesaran. Sesetengah penyakit yang menyerang kanak-kanak seperti artritis memaksa kanak-kanak terbabit mengambil steroid untuk melegakan kesakitan kerana ia menjejaskan kualiti hidup mereka. Tetapi dos yang diberi adalah kecil.

Pesakit yang biasa diberi steroid?

Penyakit berkaitan rheumatologi seperti rheumatik, asma dan sebagainya. Steroid penting dalam ubatan atau bahasa paling mudah, semua jenis ubat mengandungi steroid yang dibenarkan tetapi dalam kuantiti yang kecil.

Adakah herba yang terkandung dalam ubat atau suplemen boleh membantu melegakan sakit sendi?

Sehingga kini ia belum terbukti secara saintifik. Cuma ia sekadar suplemen yang boleh membantu mengelak atau mengawal sedikit masalah sendi seperti pengambilan minyak ikan kod, halia dan minyak evening primrose.

Namakan antara jenis steroid berbahaya dalam ubat sendi?

Prednisolone – hanya dibenarkan pengambilan sebanyak 15 miligram setiap hari. Sekurang-kurangnya hanya dua minggu pengambilan dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan lain.

Dexamethazone - paling kuat. Berpotensi menyebabkan kesan sampingan dalam masa yang cukup singkat. Selalunya digunakan untuk mengecutkan tumor dalam otak, mengecutkan ketumbuhan tulang belakang dan sebagainya.

Bagaimana untuk mendapatkan kelegaan segera?

* Tuaman panas (menggunakan botol mengandungi air panas) atau rendam tempat bermasalah dalam air suam untuk kesakitan ringan. Ia berfungsi dengan memperbanyakkan pengaliran sekali gus melancarkan darah ke kawasan bermasalah.

* Tuaman sejuk. Meletakkan ais di tempat bermasalah. Paling efektif kerana kulit memberhentikan penghantaran isyarat ke otak dan pesakit tidak terasa kesakitan.

* Para doktor juga biasanya menggalakkan pesakit mengambil paracetamol kerana ia memberi kelegaan segera. Namun, kebanyakan pesakit enggan kerana menganggap tidak berkesan.

* Cahaya matahari pun dapat digunakan untuk memanaskan anggota persendian yang sakit terutamanya sakit belakang. Untuk menggunakan cara ini, diperlukan alas tidur yang dapat menyerap kepanasan dan haba. Jemur alas ini di bawah sinar cahaya matahari sampai beberapa lama, kemudian berbaring di atas alas tersebut.

Rawatan lanjut untuk kelegaan sakit sendi?

Ubat antirheumatik yang banyak dijumpai di pasaran, termasuk yang diberikan doktor di klinik swasta adalah ubat antiinflamasi bukan steroid (NSAID). Ubat-ubat NSAID boleh menghalang proses radang sendi tetapi tidak dapat menghentikan proses penyakit. Pada ketika ini ubat-ubat NSAID digunakan dengan secara meluas untuk majoriti gejala dan simptom penyakit sendi rheumatik. Ia perlu dibantu dan disokong dengan rawatan-rawatan lain seperti fisioterapi dan kadang-kadang sendi yang terbabit perlu disuntik dengan kortikosteroid. Terdapat beberapa penyakit rheumatik tertentu memerlukan rawatan yang spesifik seperti penggunaan kortikosteroid jangka panjang dan ubat sejenis kemoterapi seperti rawatan arthritis rheumatoid(RA).

Adakah kaedah suntikan lebih berkesan daripada pengambilan ubat (dimakan)?

Ya, kerana dengan suntikan, rawatan diberikan tepat ke kawasan mengalami kesakitan. Sedangkan pengambilan ubat secara makan boleh menjejaskan bahagian lain terutama perut.

Sumber

About these ads

28 Responses

  1. belajar banyak

  2. sy jga pnah mgmbil steroid n brt bdan mmg naik scra mdadak…

  3. saya mengandung 2bulan,mengidap asma, doc bagi sy prednisolone untuk kurangkan penat.Selera makan memang bertambah…

  4. salam…
    bley tlong cr info detail x psal ksan sampingan klu amik prednisolone lbey dr 2 mggu…kesan negatif…

    • sepanjang makan prenisolone ni mmg mcm2 side effect sy kena. paling nampak sangat berat badabn naik mendadak, masa jangka panjang tulang pinggul di tahap hampir osteoporosis. lain dari itu, saluran darah semakin mengecil. ini dengar dari nurse yg cakap.
      effect perut gak, setakat ini saja yg saya ingat side effect dari prednisolone. nak elak pun tak boleh, pasal sakit sy ini datang on off. actually sy ni sakit ra, la ni dah tukar pada mctd…ni pun baru kuar wad semlm…

  5. Simply wanna comment that you have a very decent site

  6. That is great. I want to thank you for this informative read, I really appreciate sharing this great post.

  7. This post is very useful. Thank you for a blog with good content out. I like it and I will stay tuned to your blog frequently.

  8. Good article!!!

  9. I genuinely enjoy studying on this site, it has got great content .

  10. thanks……..
    good info..

  11. I discovered your weblog web site on google and verify a couple of of your early posts. Continue to maintain up the excellent operate. I just additional up your RSS feed to my MSN Information Reader. Searching for forward to reading more from you later on!…

  12. nice, good post

  13. Nice Site & Article. You should promote it on social networks with my tools:
    Facebook Auto Wall Posting Software

  14. saye pnghidap pyakit nefrotic syndrom..skarang saye amik ubat pendisolone…sya dah rase banyak kesan effect dy…antaranya muke menjadi bulat…moon face,ada cara tak na kurangkan benkak di muka tersebut ??

  15. I want to thank you for this informative read, I really appreciate sharing this great post.

  16. Hi sitik,

    sy diberikan prescription ubat prednisolone sbyk 35mg setiap hari & sekali makan …itupun dah rasa macam sgt2 terlebih dos..nk buat kerje puh susah sbb susah nk concentrate.tp selera makn. rasa macam nk adjust sendiri jer dos tu klau bukan arahan dr doktor. ade ape suggestion tak?

  17. sy dah ambil prednisolone dah setahun lebih n kuantiti plak 60 mg mean 12 biji sehari..
    first memg asyik nk makan,then badan akan pecah2 macm org mengandung.so sesape yg baru nk start jgn la ikut nafsu mkn. berat badan sy pn dh naik 3 kg per month..tp dh sakit nk wat cemana.tp jgn2 berani stop ubat ni tnpa arahan doc.sbb efectnya sgt la teruk.
    Allah pasti tlg kita selagi ada usaha.

    • ooo ye ke..sy br jer didiagnosis as nefrotic syndrom.skrg kena makan 35mg#7biji sehari.after appointment ngan doktor after mkn dlm 6 minggu, doktor suruh makn 35mg selang sehari beserta ubat utk kuatkan tulang.

  18. i found the information you have provided to be a excellent source of relevant material
    great site and great info
    thanks

  19. Very interesting post. really informative. of all the blogs I have read on the same topic, this one is actually enlightening.

  20. I like website. Good :D

  21. HealthCare RecruiterI could not refrain from commenting.HealthCare Recruiter
    Health Care Recruiter http://nsihealthcarerecruiter.com

  22. Thanks for sharing your thoughts about baby market.

    Regards

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 134 other followers

%d bloggers like this: