Panduan mengelakkan Keracunan Ubat Secara Tidak Sengaja di Rumah

Apakah keracunan ubat-ubatan?

Hampir setiap rumah mempunyai atau menyimpan ubat sama ada dalam bentuk ubat biji atau cecair yang boleh dimakan, atau bentuk yang tidak boleh dimakan seperti ubat sedut, supositori, krim, salap, losyen dan ubat titis.

Setiap ubat adalah racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan yang disarankan. Oleh itu, setiap arahan penggunaan pada label atau yang diberitahu oleh doktor dan petugas di kaunter farmasi mestilah difahami dan dipatuhi untuk mengelakkan risiko keracunan.

Selain itu, keracunan juga boleh berlaku akibat kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam mengambil langkah-langkah tertentu memastikan semua ubat-ubatan dalam rumah sentiasa dijauhkan daripada kanak-kanak.

Apakah ubat-ubatan yang sering menyebabkan keracunan kepada kanak-kanak?

Terdapat banyak jenis ubat-ubatan yang sering diberikan kepada kanak-kanak untuk merawat pelbagai penyakit. Ubat-ubatan ini mungkin diperoleh melalui preskripsi doktor atau dibeli dari farmasi atau kedai-kedai lain.

Antara ubat-ubatan yang sering diberikan kepada kanak-kanak ialah ubat demam, ubat selesema dan batuk, zat besi dan pelbagai jenis ubat-ubatan untuk kegunaan luar.

Terdapat juga ubat-ubatan untuk orang dewasa yang dimakan oleh kanak-kanak secara tidak sengaja kerana menyangka ubat tersebut adalah makanan kegemaran mereka seperti gula-gula atau coklat.

Antara contoh ubat-ubatan yang sering diberikan kepada kanak-kanak dan biasanya terdapat di kebanyakan rumah ialah:

Di bawah ini dipaparkan beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk mengelakkan kita dan ahli keluarga mendapatk keracunan ubat secara tidak sengaja atau tidak disedari:

* Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak -kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa.

* Jangan panggil ubat-ubatan sebagai ‘gula-gula’, terutamanya kepada kanak-kanak.

* Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak untuk menyimpan ubat dan produk kesihatan lain. (Orang dewasa yang menghadapi masalah untuk membuka penutup botol jenis tersebut boleh minta untuk mendapatkan penutup botol jenis biasa yang senang untuk dibuka).

* Simpan kesemua ubat (preskripsi dan bukan-preskripsi) di dalam bekas asal masing-masing.

* Sentiasa pasangkan lampu semasa memberi atau mengambil ubat.

* Semak tarikh luput ubat anda dari masa ke semasa. Sekiranya ubat anda tidak dilabel dengan tarikh luput, anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh 6 bulan selepas anda beli.

* Elakkan daripada membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup di bilik masak atau bilik mandi kerana kebanyakan ubat orang dewasa adalah merbahaya dan ini boleh menyebabkan kematian kanak-kanak dan binatang kecil.

* Berhati-hati dengan cara penyimpanan vitamin, terutamanya produk yang mengandungi zat besi kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam dos yang tinggi. Kanak-kanak adalah lebih mudah mengalami kesan advers berbanding dengan orang dewasa jika terambil dos vitamin berlebihan.

* Sekiranya bekas ubat tidak mempunyai sebarang label, atau labelnya tidak jelas dan anda tidak dapat membaca cetakan atas label dengan jelas, jangan gunakan ubat berkenaan.

* Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa.

* Sentiasa bersihkan kabinet ubat dari masa ke masa.

* Pastikan anda memahami betul-betul arahan yang tercatat pada label ubat contohnya dos atau sukatan ubat yang betul, masa penggunaan dan cara penggunaan ubat yang tepat. Selain itu, arahan tambahan yang diberikan oleh petugas di kaunter farmasi juga perlu difahami dengan baik.

Sukatan ubat cecair mesti tepat dan menggunakan penyukat yang betul.

Elakkan memberi formulasi ubat untuk orang dewasa kepada kanak-kanak.

Goncang botol ubat cecair dahulu sebelum menyukat untuk memastikan kandungannya dicampurkan dengan baik.

Buang semua ubat-ubatan yang telah luput atau rosak seperti:

i. Ubat yang telah berubah warna, bau atau rasa.

ii. Ubat yang telah tamat tarikh luput atau melebihi dua tahun dalam simpanan anda

iii. Krim atau salap yang telah berubah warna serta pecah.

iv. Ubat cecair antibiotik lebihan yang tidak habis dimakan.

v. ubat titik mata yang tidak habis dipakai.

Elakkan mengambil ubat yang telah dipreskribkan kepada orang lain walaupun anda mempunyai tanda-tanda sakit yang serupa.

Kesimpulan:

Panduan mengelakkan keracunan perlu diberi perhatian serius dan dipraktikkan supaya kanak-kanak yang masih mentah sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat untuk mereka membesar dan berkembang dengan baik.

Setelah semua usaha pencegahan dan langkah keselamatan dilaksanakan, pastikan juga anda mengetahui bagaimana, siapa, dan di mana boleh hubungi untuk memdapatkan bantuan sekiranya berlaku kes keracunan.

Sumber 1 dan 2

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 134 other followers

%d bloggers like this: