10 lelaki terkaya, 10 wanita terkaya di dunia

Nampaknya tak ada seorang pun dari Asia Tenggara dan negara Arab… Sultan Brunei dan King Arab Saudi dah terkeluar senarai?

10 lelaki terkaya

MENURUT Majalah Forbes, terdapat 1,011 bilionair di seluruh dunia tahun ini. Mereka menguasai hampir keseluruhan ekonomi global, dari tenaga dan keluli hingga fesyen dan telekom.

1. CARLOS SLIM HELU
Nilai bersih: RM177.6 bilion
Sumber: Telekomunikasi
Negara: Mexico

HARTAWAN telekomunikasi ini berpendapatan RM61.4 bilion setahun.

Baru-baru ini mendapat kebenaran untuk menyatukan aset dalam syarikat talian tetap dengan American Movil, syarikat telefon bimbit terbesar Amerika latin.

Derma RM216 juta untuk membiayai projek kajian dan perubatan genomik dengan bilionair Amerika Syarikat, Eli Broad.

2. BILL GATES
Nilai bersih: RM176 bilion
Sumber: Microsoft
Negara: Amerika Syarikat

HARTAWAN perisian komputer memiliki nilai harta meningkat RM43 bilion setahun berikutan peningkatan harga saham Microsoft sebanyak 50 peratus dalam masa 12 bulan, nilai syarikat pelaburannya juga bertambah.

Lebih 60 peratus hartanya adalah daripada pelaburan di luar Microsoft, termasuk Hotel Four Seasons, Televisa dan Auto Nation.

3. WARREN BUFFETT
Nilai bersih: RM156 bilion
Sumber: Pelaburan
Negara: Amerika Syarikat

HARTA pelabur kesayangan Amerika Syarikat ini yang meningkat RM33 billion dalam masa 12 bulan lalu berikutan peningkatan saham dalam Berkshire Hathaway berkata, negara itu berjaya menghadapi ekonomi ‘Pearl Harbour’ tetapi memberi amaran, pemulihan akan mengambil masa yang perlahan.

4. MUKESH AMBANI
Nilai bersih: RM96 billion
Sumber: Petrokimia, minyak dan gas
Negara: India

SYARIKATNYA, Reliance Industries, antara paling berharga di India, baru-baru ini membida sebanyak RM6.6 bilion untuk mendapatkan 65 peratus saham dalam sebuah syarikat minyak Kanada yang berdepan dengan masalah, Value Creations.

Tawaran sebanyak RM49 bilion untuk membeli syarikat petrokimia, LyondellBasell, ditolak.

Sejak September, syarikat itu menjual saham Perbendaharaan bernilai RM6.6 bilion untuk tujuan pemerolehan.

5. LAKSHMI MITTAL
Nilai bersih: RM95 billion
Sumber: Keluli
Negara: India

PENDUDUK London paling kaya ini menguasai ArcelorMittal, pembuat keluli terbesar dunia. Nilai keuntungannya bagaimanapun merosot 75 peratus pada 2009.

Mittal memotong gajinya sebanyak 12 peratus ketika kemelesetan ekonomi. Keadaan ekonomi yang semakin pulih melonjakkan saham syarikat sebanyak satu per tiga tahun lalu.

Memperoleh RM3.65 bilion selepas menjual kepentingannya dalam syarikat penapisan minyak di Kazakhstan Disember lalu.

6. LAWRENCE ELLISON
Nilai bersih: RM93 bilion
Sumber: Oracle
Negara: Amerika Syarikat

HARTA pengasas syarikat Oracle ini terus meningkat. Saham melonjak hingga 70 peratus sepanjang 12 bulan lalu.

Syarikat pangkalan data komputer itu membeli 57 syarikat sepanjang lima tahun lalu.

Menamatkan pembelian Sun Microsystems pada Januari dengan harga RM25 bilion. Membeli BEA Systems dengan harga RM28.2 bilion pada 2008.

7. BERNARD ARNAULT
Nilai bersih: RM91.28 billion
Sumber: Barang mewah
Negara: Perancis

IKON fesyen ini paling kaya di Eropah apabila saham dalam syarikat fesyen pakaian mewah, LVMH, pembuat pakaian berjenama Louis Vuitton, Moet & Chandon meningkat 57 peratus. > LVMH terbabit dalam membangunkan hartanah di Shanghai, L’Avenue Shanghai, bersama bilionair Macau, Stanley Ho.

Memiliki syarikat pelancongan, Go Voyages, syarikat pembuat kapal layar, Royal Van Lent; mempunyai saham dalam syarikat pasar raya Perancis, Carrefour.

8. EIKE BATISTA
Nilai bersih: RM90 billion
Sumber: Perlombongan, minyak
Negara: Brazil

KEUNTUNGANNYA tahun ini mencecah RM65 bilion.

Anak bekas Menteri Perlombongan Brazil ini yang syarikat gergasi perlombongan Companhia Vale do Rio Doce memulakan kariernya menerusi perniagaan emas dan perlombongan. Bertegas mendakwa tidak mendapat bantuan bapa. > Membiayai jawatankuasa Sukan Olimpik Rio de Janeiro, membantu bandar raya itu memenangi pembidaan Sukan Olimpik 2016.

9. AMANCIO ORTEGA
Nilai bersih: RM83 bilion
Sumber: Perniagaan fesyen
Negara: Sepanyol

TERBABIT mengendalikan syarikat fesyen pakaian menjual pelbagai jenama, termasuk Zara, Massimo Dutti dan Stradivarius. Mempunyai 4,500 butik di 73 negara, termasuk kawasan baru di Mexico dan Syria.

Mengadakan usahasama dengan cawangan Kumpulan Tata untuk menembusi pasaran India tahun ini.

Membeli Cral Gables, menara pejabat yang kini menjadi ibu pejabat Bacardi USA.

10. KARL ALBRECHT
Nilai bersih: RM78 bilion
Sumber: Pasar raya
Negara: Jerman

MEMILIKI pasar raya Aldi Sud, antara yang terbesar dan ternama di Jerman dan Eropah.

Mempunyai 1,000 cawangan di 29 negeri di Amerika Syarikat. Anggaran jualan: RM123 bilion.

Bersama dengan adik, Theo, memajukan kedai runcit ibu mereka menjadi pasar raya selepas Perang Duinia Kedua. Theo mendapat cawangan di utara Jerman dan negara Eropah lain.

10 wanita paling kaya

PEWARIS syarikat peruncit terbesar dunia ini mengaut keuntungan ketika pembeli yang berdepan dengan masalah kewangan mencari barangan harga murah pada permulaan kemelesetan ekonomi.

1. CHRISTY WALTON
Nilai bersih: RM74.7 bilion
Sumber: Walmart
Negara: Amerika Syarikat

Walmart diasaskan oleh Sam Walton bersama adiknya, James pada 1962.

Hari ini, jualan tahunannya mencecah RM1.34 trilion dan mempunyai dua juta pekerja, lebih 8,400 pasar raya.

2. ALICE WALTON
Nilai bersih: RM68 bilion
Sumber: Walmart
Negara: Amerika Syarikat

ALICE, seorang lagi anggota keluarga Walton, membiayai pembinaan lapangan terbang di Betonville pada 1990, membina Muzium Seni Amerika Crystal Bridges. Tidak banyak yang diketahui mengenai wanita ini kecuali sikapnya yang sukan menderma.

3. LILIANE BETTENCOURT
Nilai bersih: RM66 bilion
Sumber: L’Oreal
Negara: Perancis

PEWARIS syarikat mekap L’Oreal ini menjadi kaya dengan peningkatan harga saham syarikat. L’Oreal yang menyambut ulang tahun ke-100 tahun lalu diasaskan oleh bapanya. Satu-satunya anak dan pewaris syarikat itu, Liliane tahun lalu meminta mahkamah menyiasat pemberian wang tunai dan hadiah berjumlah RM4.64 bilion yang didakwa diberikan ibunya, Francoise Bettencourt-Meyers kepada jurugambar, penulis dan pelukis terkenal, Francois-Marie Banier, 61. Liliane menuduh Banier mempergunakan ibunya yang menjadi janda pada 2007. Banier yang menafikan tuduhan itu diarah menjalani pemeriksaan psikologi sebelum perbicaraan pada 2007.

Francoise, pada 2008, mengumumkan, dia tidak lagi mengaku Liliane anak. Kedua-dua masih tidak bercakap hingga ke hari ini.

4. BIRGIT RAUSING
Nilai bersih: RM43 billion
Sumber: Pembungkusan
Negara: Sweden

SELEPAS kematian suami, Gad Rausing pada 2000, Birgit bersama-sama tiga anaknya mewarisi syarikat pembungkusan, Tetra Laval. Syarikat berkenaan diasaskan oleh bapa mentuanya pada 1994 yang melakukan pembaharuan besar-besaran terhadap pembungkusan cecair seperti jus dan susu. Hari ini, jualan menjangkau RM51 bilion.

Birgit melantik semua anaknya menjadi anggota lembaga pengarah Tetra Laval. Anak lelaki, Jorn, mengetuai bahagian perolehan dan penggabungan, Finn menjadi pengerusi lembaga pengarah Institut Ekonomi Gunaan RR Sweden.

5. SAVITRI JINDAL
Nilai bersih: RM40 bilion
Sumber: Keluli dan tenaga
Negara: India

SAVITRI adalah pengerusi bukan eksekutif OP Jindal Group, syarikat keluli dan tenaga yang diasaskan mendiang suaminya, Om Prakash Jindal pada 1952. Dia mengambil alih syarikat berkenaan selepas Jindal terbunuh dalam kemalangan helikopter pada 1952. Dia bagaimanapun menyerahkan operasi syarikat kepada anaknya, Prithviraj, Sajjan, Ratan dan Naveen.

Urus niaga syarikat mencecah RM31.5 bilion tahun lalu dengan Jindal Steel & Power yang dikuasai Naveen menjadi penyumbang utama.

6. ABIGAIL JOHNSON
Nilai bersih: RM38 bilion
Sumber: Fidelity
Negara: Amerika Syarikat

BAPANYA menguasai syarikat pelaburan Fidelity, syarikat dana amanah terbesar Amerika Syarikat. Syarikat berkenaan juga menjalankan perniagaan broker dan insurans. Bapanya, Ned, menyertai syarikat datuknya sebagai penganalisis pada 1997.

Abigail pula menyertai syarikat itu pada 1993 dan kini menguasai 24 peratus saham syarikat. Walaupun keluarganya menguasai 49 peratus Fidelity, saiz pemilikan individu tidak diketahui. Abigail bakal menggantikan tempat bapanya selaku presiden syarikat.

7. SUSANNE KLATTEN
Nilai bersih: RM37 bilion
Sumber: BMW
Negara: Jerman

MEWARISI saham dalam syarikat pembuat kereta BMW daripada mendiang bapa, Herbert Quandt yang menyelamatkan syarikat berkenaan daripada muflis puluhan tahun lalu.

Susanne, ahli ekonomi terlatih juga mewarisi 50 peratus saham dalam syarikat pembuat bahan kimia, Altana. Sejak Februari lalu, dia yang menjadi anggota lembaga pengarah syarikat berkenaan menguasai 95 peratus saham Altana.

8. IRIS FONTBONA
Nilai bersih: RM36.5 bilion
Sumber: Tembaga
Negara: Chile

ISTERI kedua dan kini balu bilionair, Andronico Luksic, yang mati akiba barah pada 2005. Keluarganya menguasai Antofagasta, syarikat melombong tembaga terbesar dunia. Saham syarikat melonjak 80 peratus tahun ini.

Juga menguasai saham dalam Quinenco, syarikat pembungkus dan pembuat minuman dan Plava Laguna, rangkaian pusat peranginan tepi pantai di Croatia. Anak, Jean Paul menjadi pengerusi Antofagasta.

9. JACQUELINE MARS
Nilai bersih: RM36.5 bilion
Sumber: Gula-gula
Negara: Amerika Syarikat

PENGGUNA yang berdepan dengan masalah kewangan masih meminati produk keluaran keluarga Mars yang terbukti kalis kemelesetan: cokelat (Snickers, M&Ms), makanan binatang peliharaan (Pedigree).

Syarikat itu menjadi pengeluar gula-gula terbesar dunia apabila menguasai syarikat, Wrigley tahun lalu setelah membelinya dengan harga RM76 bilion. Jualan digabungkan kini mengatasi RM99.6 bilion.

10. ANNE COX CHAMBERS
Nilai bersih: RM33 bilion
Sumber: Rangkaian komunikasi dan media
Negara: Amerika Syarikat

ANNE ialah Anak pengasas Cox Enterprises, James M Cox yang menamatkan pengajian sekolah menengah pada 17 tahun dan menjadi guru sekolah serta wartawan sebelum membeli syarikat akhbar Dayton Evening News dengan harga RM86,000 pada 1898. James Sr kemudian menceburi politik.

Hari ini, anak syarikat Cox Enterprise termasuk syarikat rangkaian komunikasi, Cox Communications, 17 akhbar harian, 15 stesen televisyen, 86 stesen radio, syarikat jual kereta menerusi Internet.

Sumber 1 dan Sumber 2

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 121 other followers

%d bloggers like this: