Mimpi Bertemu Rasulullah SAW – Habib Umar

Demi kecintaan kepada Rasulullah saw, di bawah ini dipanjangkan petikan daripada Pondok Habib untuk dikongsi bersama….

Semoga bermanfaat, insya Allah….

Sabda Rasulullah saw:

من رآني في المنام فسيراني في اليقظة
ولا يتمثل الشيطان بي

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

‘Siapa yang melihatku dalam mimpi, maka beliau akan melihatku secara yaqozoh (dalam keadaan sedar) dan syaitan itu tidak menyerupai aku.’ (Riwayat Imam Bukhari: Hadis Sohih)

Sejak kebelakang ini asyik mendengar cerita2 para solihin mimpi Rasulullah dari mulut para masyayikh kami. Bila dengar saja, berguguran air mata…terasa ‘Ya Allah, bila aku akan dikurniakan kurniaan sebegitu?’

Sememangnya kurniaan itu terlalu besar.

Bagaimana engkau ingin perolehinya sedang matamu sendiri masih melihat perkara2 yang DIA tidak redhai.

Usahamu terlalu kerdil dan kecil untuk mendapatkannya…

Tahu tidak engkau mahu melihat siapa???

Siapa??

Insan yang paling istimewa di sisi Allah.

Habib Husain As-Saqqaf menceritakan dalam pengajian online kitab Bidayah Al-Hidayah:

Ada salah seorang dari masyayikh (guru) kami, setiap hari beliau akan mimpi Rasulullah s.a.w. Pada suatu hari, setelah beliau duduk menonton berita bersama keluarga dan tidak disengajakan pembaca berita itu merupakan seorang perempuan yang tidak memakai tudung… kemudian pada malamnya, beliau tidak melihat Rasulullah dalam mimpinya dan berlarutan hingga beberapa hari. Beliau menangis2 hingga 1 hari Rasulullah saw datang dalam mimpinya dan menegur: ’Aku tidak hadir dalam mimpimu kerana pada malam itu matamu melihat pembaca berita itu.’

Ya Allah…bagaimanalah mata ini tidak dihijabkan dari melihatnya…

Kita akan dapati bahawa ada di antara ulama yang tidak mahu melihat wanita secara direct walau dalam jemaah besar. Kekadang kita ingat mereka buat sedemikian untuk ‘menjaga’…bagi alfaqir bukan itu saja… mungkin juga kerana mereka itu ingin menjaga mata mereka yang pernah melihat Rasulullah saw agar tetap terus tidak diharamkan untuk melihat Rasulullah s.a.w.

Habib Umar pernah menceritakan kepada kami dalam sebuah pengajian:

Cerita (1):

Kira2 dalam 20 tahun yang lalu, kami bertemu sendiri seorang lelaki menangis-nangis bagaikan kehilangan anak2 dan keluarga.

Jadi kami pun bertanya kepadanya…

‘Apa yang membuatkan engkau menangis sebegini?’

Lelaki itu pun berkata:

‘Sudah 3 hari, aku tidak lihat Rasulullah s.a.w.’

Kemudian ditanya semula…

‘Jadi, engkau hari2 mimpi Rasulullah s.a.w?!’

Beliau pun berkata: ‘Setiap hari Rasulullah s.a.w hadir dalam mimpi aku. Setiap hari aku akan berselawat sebanyak 12,000 kali tapi sejak dari hari yang aku tidak mimpi Rasulullah, aku menambahnya hingga 15,000 kali.’

Ya Allah… Bagaimana mereka boleh berselawat hingga mencapai ratusan ribu dalam sehari??? Lalainya aku dalam mengingatinya…

Amat menyedihkan lagi…

Bila disebut Rasulullah s.a.w, sama sekali tidak menggerakkan hati dan mulut kita pun untuk menyambut sebutan itu dengan selawat. Kedekutnya KITA! Kita fikir menyebutnya seperti menyebut orang lain.

Cerita(2):

Pada suatu hari, seorang lelaki soleh mentarbiyah anaknya dengan menahan anaknya dari mendapatkan air. Ia ke sana ke mari untuk mendapatkan air, tetap tidak berjaya. Untuk beberapa hari beliau hidup dalam kehausan. Kemudian, pada satu ketika sedang beliau bangun dari tidurnya… ayahnya melihatnya dia melakukan sesuatu yg seolah-olah beliau itu memegang bekas air dan meminumnya sepuas-puasnya (mcm mengigau).

Tanya si Ayah: ’wahai anakku, apa yang engkau buat ini?’

Si anak berkata: ’Aku ternampak seolah-olah di depanku bekas air yang besar, jadi aku meminumnya.’

Kata si Ayah: ’Begitulah keadaannya jika engkau mahu melihat Rasulullah s.a.w (sama ada secara mimpi/yaqozoh).’

Kesimpulan:

Kalau kita mahu mimpi Rasulullah s.a.w …maka hati kita perlu ta’alluq (terpaut) yang tersangat kepada Rasulullah s.a.w sepertimana budak itu begitu dasyat memerlukan air, tiada lain di fikirannya kecuali air sehinggakan terbawa-bawa dalam sedarnya.

Cerita (3):

Dari Habib Muhammad Al-Haddar (guru habib Umar), Al-Habib Ismail Al-Hami berkata:

‘Setiap minggu tak lihat (samada mimpi atau yaqozoh) Rasulullah s.a.w? Tolibul ‘ilm (penuntut ilmu) tak lihat Rasulullah s.a.w. setiap minggu? !Pelik!’

Ya Allah… jauhnya kami dari Rasulullah s.a.w…

Tadi, Sheikh Yusri Al-Hasani menceritakan kami dalam pengajian kitab Muwatto’:

Ade seorang ulama Al-Azhar (alfaqir tak ingat namanya) menjadikan wirid sehariannya selawat ke atas Rasulullah sebanyak 300,000 kali. Beliau setiap hari berjumpa Rasulullah saw secara yaqazoh (dalam keadaan sedar).

Allah…

Pada beberapa hari yang lalu pula…

Sheikh Ahmad Hajin menceritakan dalam pengajian syarah kitab Syamail Muhammdiyah .

Seorang alim murabbi ini tahu akan seorang anak didiknya yang setiap hari mimpi Rasulullah s.a.w. …jadi, setiap kali jika sheikh ini berjumpa anak didiknya itu…beliau akan bertanya: ‘Kaifa Hal Rasulillah alyaum? ’(Bagaimana keadaan Rasulullah s.a.w. hari ini).

Sheikh Usamah Al-Azhari pula menceritakan kami dalam pengajian Sirahnya:

‘Sheikh Ali Jumaah membaca lebih dari 40 kitab tentang Rasulullah s.a.w. hingga beliau dikurniakan mimpi Rasulullah s.a.w.’

Tanya diri…

‘Berapa banyak kitab tentang Rasulullah s.a.w. yang engkau telah baca???’

Sungguh lain peribadi seseorang yang telah berjumpa Rasulullah s.a.w…

Perhatian!!!

Cerita2 ini bukan rekaan semata. Jangan kerana kita merasa pelik atau merasakan suatu yang tidak boleh terima akal, kita menolak terus dan menginkarinya. Pemberian Allah itu tiada batasnya dan melampaui jangkauan akal kita. DIA Maha Berkuasa. Siapa kita untuk menghadkan pemberianNYA terhadap hamba-hambaNya yang soleh? Ingat! KITA hanya HAMBANYA!!! Dia memberi kelebihanNYA kepada sesiapa saja yang DIA kehendaki.

Ya Allah, dengan segala kelemahan yang ada pada diri kami, kurniakan kami kurniaan itu walau saat2 akhir hayat kami di dunia ini…

28 Responses

  1. alhamdulillah.syukur dapat bca article ne n bertambah la lg kecintaan kte kpd rasulullah dengan lbh bnyk lg brslwt kpdnye dan jgn lupa lakukn amalan sunnah stiap hari.yg paling bsar iala dakwah n doa cara nabi.alhamdulillah setakat ne bru 2kali mimpi jumpa rasulullah n mudahn dpt lg.jazakaullah

    • Alhamdulillah…. saudari sangat bertuah dapat mimpi berjumpa Rasulullah saw. Hanya orang terpilih saja yang mendapat kelebihan itu.

      Siapa yang pernah bermimpi jumpa Rasulullah saw, pasti kecintaan dan kerinduan kepada Rasulullah saw sangat mendalam.

      • Salam. Alhamdulillah, dalam bulan puasa ini saya telah bermimpi melihat rasulullah. Saya akui , air mata cintakan rasul itu selalu bertitik mengenangkannya yang dikasihi Allah yang begitu mengambil berat hal ehwal kita. Dia sebenarnya dekat . …..

      • Assalamualaikum,
        Saya 2 kali bermimpi Rasulullah. Mimpi pertama selepas subuh (biasanya masa cuti, lepas subuh saya tido balik), mimpi ni biasa jer. Tapi mimpi yang kedua, lepas subuh jugak, saya mimpi berhadap2an ngan Rasulullah, tapi dalam mimpi tu Rasulullah memakai pakaian ala2 western (pakai sut), badan berisi sikit, putih dan takde janggut. Saya menunduk coz saya takut menangis melihat Rasulullah. Dalam mimpi tu, Rasulullah berpesan “Pertahankan Islam di dunia ini.” Saya memang confused ngan mimpi saya. Mungkinkah kerana dunia dah ala2 western, kafir? Betul ke mimpi saya?

      • Salam Winda,

        Cuma saya ingin tahu, bagaimana anda pasti yang anda mimpikan itu adalah Rasulullah SAW. Adakah anda yakin betul?

  2. Salam ARMA,
    Tuan/Puan (tidak pasti) sangat bertuah kerana dapat bermimpi Rasulullah dalam bulan puasa ni, syukur Alhamdulillah. …. alangkah rindunya sy kepada Rasulullah, dah banyak tahun sy tidak bermimpi RAsulullah… di manakah silap ku?

    • Salam Winda dan Sitik . Terdetik dihati nak berjumpa dgn rasulullah pun dah ada benih kebaikan. Macam -macam gambaran d fikiran dan perasaan cuma tidak benar2 dijelmakan. Ianya akan berkadaran dengan rapatnya hubungan kita dengan allah. Dalam kata lain byk berzikir dan berselawat. Bersihkan diri dan bertaubat. Cinta dan keikhlasan rasa kepada allah dan rasul sbgmana kekasih yg mendalam cintanya. Insyaallah, hati akan menjawab dengan nur keyakinan dari Allah yang kita nak ceritapun mungkin tak dapat hendak diperkataankan. Ia melibatkan rasa.

  3. Mimpi tersebut adalah benar dan memang suasana mimpi untuk dapat melihat, menunggu giliran untuk berjumpa, bergegas ke arahnya sambil menarik tangannya untuk bersalam, mencium tangan dan memeluknya seerat²nya, mencium pipinya dan wajahnya yang mulia di hadapan para sahabat adalah di dalam masjid baginda S.A.W. yakni Masjid Nabawi. Suasananya sama seperti dalam keadaan sedar, Ya Rasulullah sudah sekian lama tuan tak ziarah dalam mimpi ;( sehari tak dapat mimpi berjumpa tuan boleh membuatkan badan menjadi sakit dan jiwa menjadi mabuk rindu padamu Ya Rasulullah ;(

  4. assalamualaikum wr wb

    subhanallah,,,,,,,,,alhamdulillah bisa membaca artikel ini,,,,,,semoga sangat bermanfaat,,,,aminnnnnn….

  5. Salam,

    Bolehkah saya mohon kebenaran untuk berkongsi link blog saudara di blog saya? Artikel ini sgt bermanfaat untuk saya jadikan ingatan di masa hadapan. Jika diizinkan, terima kasih sangat2. :)

    Suatu malam selepas solat Isyak (masih dlm keadaan wuduk) saya tertidur di sebelah ibu. Saya bermimpi seorang lelaki yg memakai pakaian ala Arab, bermisai dan janggut lengkap dengan serban dsb. Beliau dikelilingi beberapa lelaki di dalam khemah. Saya dijemput masuk duduk bersama beliau ketika beliau berbincang sesuatu yang serius. Ada beberapa kali beliau tersenyum. Tidak dapat saya pastikan samada itu adalah Rasulullah s.a.w. atau tidak. Yang pasti wajahnya cerah dan indah sekali. Minta penjelasan saudara untuk menceritakan cara2 mengenal Rasulullah di dalam mimpi.

    Wallahualam

  6. salam.. alhamdulillah kerana dapat menbaca artikel ini.. diharapkan dengan rahmat Allah swt dan syafaat Rasulullah saw kita dapat bermimpi bertemu Rasulullah saw.. insyallah.

  7. assalamualaikum.jauhnya ku dngn rasulullah,jauhnya akhlak ku dngan rasulullah,b’dosanya ku dngan rasulullah…Ya Allah ampunilah dosaku slama ni aku mnginkari ajranmu(muhammad)..ampunilah aku ya allah,maafknlah aku ya rasulullah..aku d sini rindu kau ya rasulullah..Allahuakhbar…

  8. Assalamualaikum .. Saya ada nak minta pendapat tentang mimpi seorang pelajar madrasah ni.. Dalam mimpi tu dia memakai pakaian lengkap, jubah, tudung labuh.. beserta niqob sekali.. Dia bermimpi dlm keadaan sedar yg dia sdg bermimpi. waktu sahur dan mlm tu dia tidur dgn adab . Dlm mimpi tu ade 3 lorong.. dia berada dilorong pertama .. ble dia lalu pd lorong kdua, dia nmpak ada seorang lelaki sdg mnyusun naskhah2 kitab2.. dlm hati dia,kuat mngatakan yg lelaki itu adalah Ali r.a (dia pun xthu knp). Then lelaki tu pun terpndang dia dan bertanya, cri siapa? pastu dia diam je. dia pun tak tahu knp dia ada dsitu.. pastu lelaki tu pun tanya dia.. “Muhammad kah?” terkejut budak tu. lama jugak dia termenung. lepas tu baru dia terfikir, hmm, boleh juga cuba nasib. lalu dia mengangguk pd lelaki tersebut. Dia boleh rasa nak cuba nasib tu sbb dia ingat mimpi ni dr syaitan je.. sbb dia rasa mcm tak layak je nak mimpi nabi .. jadi dia pun sje jelah nak mainkan syaitan2 tu.. lepas tu lelaki tu pun panggil “Muhammad.. Muhammad.. ada orang nak jumpa” (in arabic) lepas tu terdengarlah sahutan dr seseorang dr lorong ketiga ni.. tergamam budak ni. Tiba2 dia rasa jiwa dia bergetar.. terkaku seluruh tubuh… tiba2 air mata ketakutan mengalir.. waktu ni, perasaan dia mcm2 ada.. terkejut, gembira, takut, sedih.. dia betul2 buntu.. kepala dia pulak diterjah berbagai soalan.. betol ke ni? tapi kalau benarlah lelaki dihadapannya ini adalah Ali r.a, tak mungkin beliau memanggil Nabi yg mulia itu dgn panggilan “Muhammad” shje? bukan ke hanya arab badwi yg berani memanggil Nabi mcm tu? Seluruh tubuh dia menggigil.. mse ni hati dia masih goyah.. adekah mimpi ini dr syaitan atau ALLAH.. tapi bila terdengar derapan langkah sipenyahut itu tadi.. dia rasa tenang.. tapi air matanya masih tidak berhenti mengalir.. dia masih takut.. dan tiba2 dia melihat ada cahaya yg sgt terang.. tapi chy yg menyenangkan.. hati dia kuat mengatakan itu nabi.. bila shj langkah tu kdgran lebih dekat.. dan makin dekat.. dia makin teresak-esak.. dia terasa sgt hina ketika ini.. tidak mungkin dia dpt melihat nabi.. berapa kali ayat itu disebutnya didlm hati.. “aku hina.. tidak mungkin aku dpt bertemu Rasulullah..aku byk dosa.. aku hina.. tak mungkin..” lalu dia berdoa bersungguh-sungguh agar dirinya disedarkan dr mimpi tu.. bila dia tersedar je.. basah kuyup bantal dan baju yg dpakainya…. hmm..

  9. Rasanye my b awak ada peluang kedua untuk brjmpa rasulallah,mungkin lpas ni awak dah btul2 brsdia kn.

  10. Sya Pernah bermimpi bertemu Rasulullah ketika berumur 14tn dan menceritakan kepada sorg ustz diskolah pada masa tu.

    Ustaz tu memberitahu sya, “mustahil! kerana hya org yg warak dan alim ulama sahaja yg akan bermimpi bertemu Rasulullah. tpi itupun belum tentu”. Sejak dari itu saya terus mendiamkan diri dan tidak berani bersuara ttg mimpi tersebut.

    Memanglah sya bukanlah dikalangan org alim dan warak kerana Kedua ibu-bapa sya adalah muallaf. oleh itu sejak kecil kami dididik bukan dgn cara islam sepenuhnya.

    Bila diingat kembali…sya tertya2, apakah yg memungkinkan Allah memilih sya utk bertemu Rasulullah? apakah amalan sya pada masa tu? sedangkan pd ketika itu sya hanya b’umur 14thn.

    utk pengetahuan semua.. pada masa itu, sya baru merangkak2 belajar solat dan mengaji. balik dari sekolah saya akan terus bersolat dan mengaji. setiap maghrib saya akan ke surau utk belajar mengaji dan solat..balik ke rumah saya pula akan mengajar kedua org tua saya mengaji.

    Di hujung minggu saya akn mengurungkan diri dalam bilik utk menghafal ayat2 lazim yang pendek. saya akan membacanya berulang2 berpuluh kali dan mungkin beratus kali sehingga saya tertidur.

    Apa dalam mimpi?

    Saya berada seolah2 dilangit yg diliputi oleh awan putih dlm suasana yg nyaman. selepas itu muncul Seorang lelaki berjanggut dgn wajah bercahaya. dan tersenyum. dia memakai jubah putih dan berserban berwarna hijau. dia membicarakan sesuatu pada sya dan memberikan sesuatu.
    (Maaf kerana tidak dapat menggambarkan mimpi ini melalui kata2 kerana semuanya terlalu indah utk diungkap)

    Apabila tersedar, entah mengapa sya merasa sedih dan menangis..saya terus melihat tangan saya..ada sebuah Al-Quran.. oh! barulah saya teringat Al-Quran ini adalah Al-Quran yg saya baca sebelum saya tertidur tadi.

    Apabila sya telah dewasa (2008), sya memberanikan diri pergi ke Masjid Nabi di Madinah sorg diri sambil mengerjakan Umrah di Mekah. Sya berkesempatan bersolat di Taman Raudah tempat Makam Rasulullah. Hati rasa sayu..menangis terlalu rindu akan Rasulullah..dan menangis memikirkan nasib kita setelah nyawa kita diambil oleh Allah.

    Apakah bekalan kita cukup? sama2lah kita muhasabah diri..

  11. Saya nak tanya mlm 15hb R’Akhir saya bermimpi saya menunggu Rasullulah utk satu jamuan. Saya bersalam dan saya menghabiskan sisa makanan pada tangan baginda. Bila saya mendongak melihatnya ,baginda senyum seiklasnya…senyuman yang belum pernah saya tengok..wajahnya pun semacam bukan seperti wajah2 bangsa yg ada dlm dunia ini walaupun baginda keturunan Arab. Saya menangis menahan sebak bila melihat baginda. Jubah lusuh warna cerah. Tapi mlm sebelum 10hb R’Awal sebelum Maulidur rasul saya bermimpi semua bangunan didunia hancur berkecai ditiup angin seperti kapas-kapas yang bergulung2, awan berarak hitam. Saya sedang menjulang seorang bayi sambil berkata.”Lihatlah kebesaran Allah”. Saya tidaklah warak sangat.. zikir pun kurang tapi selalu mengucapkan kebesaran Allah dan ingat pada Rasullulah .

    • Alhamdulillah…

      • Saya pernah bermimpi saya membaca satu terjemahan kepada jemaah… Terjemahan itu berbunyi ” Dalam Quran Aku di peringkat yang ketujuh “. Betul ke ada ayat berbunyi macam tu. dan apa maksudnya.

  12. Saye pernah mimpi rasulullah dulu lama dulu. Nak dikaitkan cerita satu hari mak saya kene rasuk lepas dir berubat secara islam kat sorang ustaz ni lepas tu abah bawak kami sekeluarga adik saya kene saka nenek kebayan abang saya kene bunian abah ade saka ibu ade saka keturunan dengan nenek kebayan tapi saya hanya sakit usus tersepit. Kenapa ahli keluarga saya semuanya serius dan saya tak. Sbb mimpi tu ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 125 other followers