10 Ciri Orang yang Berfikiran Positif

Berikut dikongsikan 10 ciri orang yang berfikir secara positif dalam kehidupannya. Sumber asal artikel ini tidak diketahui kerana maklumat ini diterima melalui e-mail… apa yang penting ialah intipati yang ingin dikongsi untuk kebaikan bersama…

10 Ciri Orang yang Berfikir positif

Semua orang yang berusaha meningkatkan diri dan ilmu pengetahuannya pasti tahu bahawa hidup akan lebih mudah dijalani bila kita selalu berfikir positif. Tapi, bagaimana melatih diri supaya fikiran positiflah yang ‘beredar’ di kepala kita, tak banyak yang tahu. Oleh kerana itu, sebaiknya kita kenali saja dulu ciri-ciri orang yang berfikir positif dan mulai mencuba meniru jalan fikirannya.

1. Melihat masalah sebagai cabaran

Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang terlalu berat dan membuatkan hidupnya jadi paling sengsara di dunia.

2. Menikmati hidupnya

Pemikiran positif akan membuat seseorang menerima keadaannya dengan senang hati, meski tak bererti ia tetap berusaha untuk mencapai hidup yang lebih baik.

3. Fikiran terbuka untuk menerima saranan dan idea orang lain

Dengan itu, boleh jadi ada hal-hal baru yang akan membuat segala sesuatu lebih baik.

4. Nyahkan fikiran negatif dengan segera setelah fikiran itu terlintas di benak

‘Memelihara’ fikiran negatif lama-lama boleh diibaratkan membangunkan singa tidur. Sepatutnya tidak apa-apa, tapi ternyata boleh menimbulkan masalah.

5. Mensyukuri apa yang dimilikinya

Bukannya berkeluh-kesah tentang apa-apa yang tidak dipunyainya.

6. Tidak mendengar gosip yang tak menentu

Sudah pasti, gosip berkawan baik dengan fikiran negatif. Kerana itu, mendengarkan perbualan yang tak ada kebaikannya adalah perilaku yang perlu dijauhi oleh si pemikir positif.

7. Tidak mencari alasan, tapi terus melakukan tindakan

Pernah dengar perkataan “NATO” (No Action, Talk Only), kan? Ya, pemikir positif ini jelas bukan pengikutnya.

8. Menggunakan bahasa positif

Maksudnya, ayat-ayat yang bernadakan optimisme, seperti “Masalah itu pasti akan dapat diselesaikan,” dan “Dia memang berbakat.”

9. Menggunakan bahasa tubuh yang positif

Di antaranya adalah senyum, berjalan dengan langkah tegap, dan gerakan tangan yang ekspresif, atau anggukan. Mereka juga berbicara dengan intonasi yang bersahabat, bersemangat, dan ‘hidup’.

10. Peduli pada citra diri

Pemikir positif berusaha menunjukkan penampilan baik, bukan hanya di luar, tapi juga di dalam.

~ Hannie K. Wardhanie

About these ads

6 Responses

  1. Tulisan yang bagus! Salam kenal ya!

  2. salam, boleh saya nak share, moga diberkati apa yang disharekan. feel free visit my blog. khaizeha.blogspot.com

  3. Salam ukhwah..boleh follow saya punya blog?mohon jasa baik..terima kasih..:)

    • Salam ukhwah juga daripada saya.

      Silakan kalau nak follow blog ini, cuma klik kat follow di sebelah kiri muka surat ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 127 other followers

%d bloggers like this: