Posted on July 31, 2010 by sitik
Hampir semua orang mempunyai tanda lahir atau birthmarks, cuma jenis dan bentuk saja yang berbeza-beza. Tanda lahir yang besar di kawasan muka sebanyak sedikit mencacatkan kecantikan semulajadi seseorang itu. Ini selalunya menyebabkan seseorang itu berasa malu dan rasa rendah diri, terutama sekali pada zaman kanak-kanak di mana mereka selalu diejek oleh kawan-kawan sebaya. Lebih menyedihkan [...]
Filed under: Kesihatan | 1 Comment »
Posted on July 31, 2010 by sitik
Rheumatoid Arthritis (RA) atau radang sendi merupakan sakit atau masalah biasa di kalangan orang yang telah berumur. Dalam kes yang teruk, biasanya doktor akan memberi ubat untuk menahan sakit, walaupun kesannya hanya buat sementara waktu. Kebanyakan ubat penahan sakit ini mengandungi steroid berlebihan yang akan memberi kesan sampingan negatif kepada pesakit. Oleh itu, cara yang [...]
Filed under: Rawatan Semulajadi | Leave a Comment »
Posted on July 31, 2010 by sitik
Umum mengetahui bahawa Omega-3 merupakan asid lemak yang sangat berguna untuk kesihatan dan sangat diperlukan oleh badan. Fakta itu memang tidak dapat dinafikan dan telah banyak diperkatakan. Walau bagaimanapun, persoalannya, sejauh manakah selamatnya kita memakan omega-3 yang dijual dalam bentuk supplements/pil/softgel di pasaran? pastikah kita sumber omega-3 tersebut selamat daripada bahan tercemar (seperti mengandungi logam [...]
Filed under: Pemakanan | 1 Comment »
Posted on July 29, 2010 by sitik
Berbanding dengan orang dewasa, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti oleh penyakit kulit kerana kulit mereka yang lebih lembut, lebih sensitif dan lebih terdedah kepada jangkitan pelbagai kuman. Pengenalpastian beberapa penyakit atau masalah kulit yang biasa terdapat pada kanak-kanak dikongsi di bawah ini, untuk perhatian dan panduan kepada ibubapa dan penjaga. Dengan itu langkah pencegahan awal dapat [...]
Filed under: Kesihatan | 4 Comments »
Posted on July 28, 2010 by sitik
Untuk peringatan bersama…. Semoga kita semua berada dalam Perlindungan dan Rahmat Allah SWT. ALLAH WON’T ASK
Filed under: Tazkirah | Leave a Comment »
Posted on July 28, 2010 by sitik
Siapa kata perairan Malaysia tidak kaya dengan ikan-ikan gergasi? Lihat gambar ini…. seekor ikan siakap besar (gergasi) berjaya ditangkap di Sungai Merbok, Kedah, walaupun hutan paya bakau yang menjadi tempat perlindungan ikan-ikan ini semakin hari semakin pupus dek arus pembangunan di kawasan sekitarnya….. Kalau ikan ini dibuat lauk masak tiga rasa, entah berapa puluh orang [...]
Filed under: Biodiversity, Info Memancing, Perikanan & Akuakultur | Leave a Comment »
Posted on July 28, 2010 by sitik
Apabila disebut Type 2 diabetes, maka terbayanglah suntikan insulin kepada pengidap diabetes (penyakit kencing manis). Ini menunjukkan bahawa Type 2 diabetes ini amat menggerunkan kerana pada tahap ini sel-sel badan tidak lagi mampu untuk menyerap glukos daripada hasil penghadaman untuk digunakan oleh badan. Akibatnya, glukos (gula) akan berada di dalam darah dan ditapis di ginjal, [...]
Filed under: Kesihatan | 2 Comments »
Posted on July 28, 2010 by sitik
Kulit merupakan bahagian luar badan yang sentiasa terdedah kepada persekitaran dan mikroorganisma yang sering mengintai peluang untuk menyerang. Oleh itu tidak hairanlah setiap orang mempunyai masalah kulit tertentu, bergantung kepada ketahanan badan masing-masing, ada yang bertahap sementara dan ada yang bertahap kekal. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah atau penyakit kulit yang biasa dialami ramai, [...]
Filed under: Kesihatan | 8 Comments »
Posted on July 25, 2010 by sitik
Kepada petani moden yang sedang tercari-cari jenis tanaman yang berpotensi untuk diusahakan, pokok jarak atau kastor merupakan satu alternatif baru yang sangat berpotensi kerana minyak kastor yang dihasilkan mendapat sambutan dan harga yang tinggi di pasaran dunia. Mudah ditanam dan diselenggara merupakan kelebihan bagi penanaman pokok jarak ini. Oleh itu, peluang menanam pokok jarak (kastor) [...]
Filed under: Pertanian | 2 Comments »
Posted on July 24, 2010 by sitik
Dalam menjalani kehidupan seharian, terutamanya masalah dan cabaran di tempat kerja serta masalah-masalah keluarga yang timbul dari masa ke masa, membuatkan kita rasa tertekan dan berada dalam kemurungan. Kadang-kadang kita tidak perasan pun yang kita berada dalam kemurungan, tahu-tahu akhirnya bermacam penyakit berkaitan yang muncul yang tidak sama sekali dijangka. Oleh itu, sebelum terlewat eloklah [...]
Filed under: Kesihatan | Leave a Comment »