Mungkin ini merupakan berita yang menggembirakan dan melegakan pesakit tulang belakang yang kronik di mana ada terdapat kaedah rawatan tulang belakang kronik tanpa bedah. Mana tidaknya, sudahlah menanggung kesakitan tulang belakang, hendak tak hendak terpaksa pula menjalani pembedahan….
Rupanya Ada Kaedah Rawatan Sakit Kronik Tanpa Bedah
Oleh HAMID KARIM
MENGENAL PASTI jenis rawatan yang sesuai adalah sebahagian daripada elemen penting dalam pengurusan merawat kesakitan. Namun hal ini sering terlepas pandang oleh kebanyakan pesakit khususnya di kalangan mereka yang mengidap penyakit kronik di bahagian tulang belakang yang sukar disembuhkan dalam tempoh yang lama.
Oleh sebab berlakunya kecelaruan mengurus kesakitan yang dihidapi, khususnya dalam menentu atau mengenalpasti rawatan tepat dan terbaik, banyak pesakit terlantar menderita kesakitan yang berpanjangan dan paling menyedihkan ada di antara mereka kehilangan peluang untuk sembuh seperti sediakala.
Pentingnya mengenalpasti rawatan dan menguruskan kesakitan ini ditegaskan oleh seorang pakar sakit kronik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Dr Nizar Abdul Jalil.
Menurut beliau, kegagalan pesakit mendapat rawatan yang tepat berhubung penyakit yang mereka hidapi menjadi antara punca sakit kronik seperti cakera gelincir (slip disc) di tulang belakang atau kecederaan facet dihidapi akan menjadi liabiliti yang berpanjangan.
Akibatnya, pesakit terus-menerus menanggung kesakitan dan terlantar serta sebahagiannya seperti putus harapan untuk mencuba rawatan seterusnya.
Menerusi pengalaman sendiri, penulis didedahkan oleh Dr Nizar bahawa pesakit kronik hari ini berhak untuk mendapatkan rawatan tepat dan terbaik. Pengalaman banyak pesakit sebelum ini yang gagal sembuh daripada sakit kronik sehingga ada di antara mereka lumpuh sepanjang hayat akibat daripada kelemahan menguruskan jenis rawatan patut dijadikan iktibar.
Mengikut amalan biasa, kebanyakan pesakit kronik di negara ini terutama yang mengidap kecederaan cakera pada tulang belakang katanya, akan dirujuk kepada pakar ortopedik bagi tujuan penentuan sakit dan rawatan.
Hal ini bagaimanapun berbeza di negara jiran, Singapura kerana menurut Dr Nizar, pesakit di negara itu sebaliknya akan dirujuk terus kepada pakar sakit kronik terlebih dulu untuk didianogsis dan diberi penentuan rawatan sebelum dirujuk kepada pakar ortopedik atau yang berkaitan.
Hanya jika keadaan tidak boleh dielakkan, barulah pesakit boleh menerima cadangan pakar ortopedik agar menjalani pembedahan. Bagaimanapun, keadaan hari ini sememangnya telah jauh berubah. Pesakit berhak memperolehi pengetahuan tentang rawatan konservatif, iaitu rawatan tanpa pembedahan bagi mengelak daripada berdepan risiko yang lebih besar.
Bidang rawatan yang dipelopori oleh Dr Nizar ini membayangkan kemungkinan pesakit kronik di negara kita mempunyai peluang untuk pulih berdasarkan rawatan khusus yang dikenali sebagai rawatan suntikan Radiofrequensi. Menerusi kaedah rawatan Radiofrequensi ini, pakar sakit kronik akan hanya menggunakan suntikan bagi merawat pesakit mereka.
Jarum akan disuntik terus ke saraf cedera bertujuan mengecutkan saraf yang sakit dan sekaligus menghilangkan bisa yang ditanggung pesakit bertahun-tahun lamanya. Demikian pengalaman serupa dialami sendiri oleh penulis yang disahkan mengidap kecederaan facet di tengkuk dan bahagian belakang serta bahu yang dideritai bertahun-tahun lamanya.
Penggunaan kaedah suntikan di dalam bilik bedah yang hanya mengambil masa lebih kurang sejam dapat meredakan bisa yang menyerang tangan dan sebahagian besar tubuh penulis.
Sebelum ini, kebanyakan pegawai perubatan ditemui mencadangkan supaya rawatan dilakukan oleh pakar ortopedik dan sebagai jalan akhir pembedahan mesti dilakukan. Namun kaedah rawatan radiofrequensi yang dipelopori oleh Dr Nizar berjaya memindahkan beban sakit dan trauma bertahun-tahun tanpa melalui proses pembedahan.
Menurut Dr Nizar, pengurusan sakit yang betul yang bertujuan mendapatkan rawatan selesa dan kurang implikasi atau risiko kepada pesakit amat penting pada kehidupan hari ini. Ditambah pula dengan adanya pakar dalam sakit kronik, peluang bagi pesakit menghindarkan diri daripada dibedah tulang belakang sehingga boleh menyebabkan risiko lumpuh amat luas.
Malangnya, kata beliau, sebahagian besar pesakit kronik di negara ini belum terdedah atau mengetahui kaedah suntikan bagi merawat sakit kronik khususnya berkaitan kecederaan tulang belakang. Melalui pengalaman beliau merawat pesakit kronik sehingga kini, sebahagian besar pesakit kembali dapat meneruskan kehidupan seperti biasa melalui kaedah ini.
Menerusi kaedah suntikan, epidural streroid akan disuntik bagi mengurangkan kesakitan sama seperti proses suntikan menahan sakit bagi mereka yang ingin bersalin. Sedikit steroid akan dimasukkan bagi mengurangkan bengkak dan keradangan pada akar saraf yang terhimpit (bagi kes cakera gelincir tulang belakang).
Sepanjang terbabit sebagai pakar dalam bidang sakit kronik, Dr Nizar memang mengakui bahawa di antara 80 hingga 90 peratus pesakitnya secara umum tidak mengetahui mengenai rawatan Radiofrequensi yang tidak memerlukan mereka menjalani pembedahan sebelum datang bertemunya.
Persoalannya kini, bagaimanakah nasib pesakit kronik yang kurang terdedah kepada media yang sejak akhir-akhir ini kerap memaparkan maklumat tentang rawatan konservatif tanpa pembedahan itu?
Apakah mereka akan terus dirujuk kepada pakar ortopedik dan seterusnya disaran menjalani pembedahan tanpa mendapat pilihan lain? Mengakui hakikat itu, Dr Nizar menyarankan pesakit supaya selalu bertanya kepada doktor perubatan mengenai rawatan alternatif supaya mereka dapat memilih dan sekaligus mencuba sesuatu yang lebih rendah risikonya.
Bagaimanapun, pesakit tidak seharusnya pula menafikan standard rawatan yang digunapakai apabila berdepan kesakitan tulang belakang. Indikasi di negara ini sama seperti di negara lain, iaitu apabila rawatan konservatif atau rawatan tanpa bedah ini gagal, ia menunjukkan kecederaan saraf pada tulang belakang sudah tentu mencapai tahap kritikal.
Biasanya menurut Dr Nizar, hal ini berlaku selepas enam bulan mendapatkan rawatan konservatif tanpa bedah. Maka pesakit itu akan dirujuk kepada pakar ortopedik. Di situlah terletaknya kebijaksanaan pesakit mengurus sakitnya dengan berbincang bersama pakar ortopedik mengenai rawatan terbaik yang boleh dipilihnya.
Mengulas mengenai terma sakit kronik, beliau menjelaskan bahawa sakit ini biasanya datang tanpa disangka dan boleh berlarutan sehingga tempoh masa lama jika tidak mendapat rawatan yang tepat dan segera dan kebanyakannya berkaitan kecederaan tulang belakang.
Kesakitan ini amat merimaskan dan boleh mencapai tahap kritikal apabila pergerakan tangan atau kaki pesakit boleh terjejas. Orang ramai boleh mencuba kaedah rawatan tanpa bedah bagi merawat sakit kronik dengan menghubungi Dr Nizar Abdul Jalil di HUSM Kubang Kerian.
HAMID KARIM adalah seorang penulis bebas dan pernah menjadi ketua biro sebuah akhbar tempatan. Dr Nizar adalah pakar sakit kronik yang telah merawat penulis dan berharap bidang rawatan tanpa bedah ini dapat dikembangkan lagi bagi membantu rakyat/pesakit di negara kita ~ Jumaat Jun 25, 2010.
Filed under: Kesihatan













Askum..boleh tak saya dapatkan no tel Dr Nizar..saya perlukan sangat kalau ada.Saya sbnrnya mengalami slipp disc tahap ke 4 (sequesrtated disc) .Sekarang ni saya kaki sblh kiri x boleh berjln sperti biasa disbb kan sakit belakang akibat jatuh semasa sukan.Doktor mencadangkan membuat pembedahan tetapi saya masih takut dgn risiko slps pembedahan..Kalau boleh saya nak cuba dengan kaedah tanpa pembedahan dr nizar..sudah hampir 2 bulan saya tidak berkerja dan saya mengalami tekanan dgn apa yg saya hadapi.Diharap saya dapat peluang kedua untuk pulih..
Waalaikum salam,
Minta maaf, saya sendiripun tak tahu nombornya. Puan sendiri boleh dapatkan nombor Hospital USM di Kubang Kerian dalam website HUSM dan tanya nombor Dr. Nizar.
Mungkin ada di antara pembaca blog ini yang mengetahui no. telefon Dr. Nizar, sila berkongsi maklumat.
dr.nizar 0139803389
ikhtiar menggunakan produk sne….insyallah dpt membantu…..www.produksne.com.my
Salam siti.
Saya pernah menderita slip disc kronik selama tiga tahun 2007-2010. Kini saya telah pulih sepenuhnya. Saya ingin berkongsi kaedah rawatan tanpa pembedahan dgn anda. Sangat nature dan realistik menggunakan air dan cahaya. Hubungi saya ust lokman 0148124948
No tel Dr nizar 0139803389
ayah sy berumur 80 thn mengalami retak tulang belakang akibat jatuh semasa usia remaja. kini beliau mengalami sakit yg amat kritikal. Dr hospital tidak boleh melakukan pembedahan sbb faktor umur tp beliau berasa teramat sakit. Apa yg harus dilakukan…?
Lebih baik jumpa doktor pakar tentang tulang dan dapatkan nasihat mereka…. mungkin perlu buat pembedahan.
Ibu saya berumur 50th,beberapa hari yg lalu beliau jatuh dikamar mandi dan menyebabkan beliau tidak bisa duduk,tidak bisa berjalan,menggerakkan kakinya saja susah,beliau jg tidak bisa BAB(buang air besar dan buang air kecil pun mesti menggunakan selang
Lalu apa yg harusnya dilakukan?
Bisakah beliau kembali normal seperti sedia kala?
Pergi jumpa doktor pakar dengan segera sebelum ia melarat…
saya berumur 40 thn . mengalami kemalangan jatuh dari tebing sedalam 8 kaki. kemalangan pada bulan februari 2010. Kini saya mengalami beberapa simptom iaitu:
1. kebas kaki yang teramat sangat terutama sebelah kanan.
2. sakit bahagian pinggang sebelah belakang.
3. kesukaran membuang air kecil dan besar.
4. tidak dapat lagi berlari (jogging) sama sekali.
5. kerap kali kaki berasa seperti terkena renjatan letrik.
Apa yang perlu dilakukan untuk sembuh?
jumpa dr.pakar yg bknaan dan pergi buat mri untuk kepastian
Saudara amir. Saya berada di bentong pahang. Klu ada masa boleh jumpa saya kita cuba ikhtiar kaedah rawatan yg saya guna masa saya sakit tulang belakang dulu….ust lokman
selepas MRI dibuat, punca kesakitan dan kesukaran berjalan adalah saraf tersempit pada tulang belakang. doktor HUSM (OTO) mengesyorkan perbedahan tulang belakang. Adakah suntikan Radiofrequensi berhesan dalam rawatan kes seperti saya ini?
Saudara hanif. Lawat youtube taip…testimony biodisc…kaedah rawatan yg saya guna waktu menderita slip disc kronik…alhamdulillah sekarang saya sembuh. Ust lok
Saya nak mintak alamat emel Dr. Nizar Abdul Jalil.
Sape2 yg ada tolong bagi….TQ
Di atas tu ada no. telefon dan email Dr. Nizar:
Email: nizar@kb.usm.my
Tel: 0139803389
Semoga berjaya…
saya ada pasien ingin jumpa dokter mohon alamat yg jelas saya berada di indonesia medan sumatera utara
pasien saya : keluhan ke dua kaki mengecil akibat terjepit tulang belakang 30 tahun yang lalu tertimpa pohon tepat di atas kepala akibat nya pegeseran tulang belakang IV saran dokter operasi pasien tidak bersedia apakah pasien saya bisa dokter nizar periksa dan dokter rawat?? mohon petunjuk dan alamat biar pasien saya kirim bertemu dokter
Saya mengalami sakit tulang belakang dah hampir 5 bulan. Pelbagai rawatan telah saya cuba tapi rasa sakit lagi. Adakah boleh saya cuba rawatan suntikan Radiofrequensi ..
Salam, sila datang berjumpa saya di HUSm @ hosp pakar perdana ,kota Bharu untuk pemeriksaan dan rawatan.Dr Nizar Abd. jalil hp 0139803389
salam, saya nak tanyakan pasal ibu saya..ibu saya dah tak boleh berjalan disebabkan tulang belakang nye bengkok. Hal ini saya dah rujuk pada pakar ortopedik HRPZ2 dan telah menjalani 2 x MRI..1st MRI pakar berkenaan menyatakan ibu saya x perlu operation then dia minta buat lagi sekali MRI..ibu menuruti yg dicadangkan..walaubagaimanapun ibu x nak membuat susulan rawatan dah kerana dia x yakin dgn keputusan pakar tersebut.. selama menjalani rawatan ini..ibu diberikan ubat mecobulamine dan skrg kaki ibu sentiasa kebas…
Mohon pandangan dari Dr Nizar. Terima Kasih
salam,DR nizar..saya adalah salah seorang pesakit tulang belakang.. smasa kecil saya pernah trjatuh dari tingkat 1..saya pernah mrawatnya dgan berurut..tapi setelah saya besar ia mmbengkak wlupun saya sudah mmbuat rawatan kampung..apabila saya brjmpa doktor dan mmbuat x-ray,salah satu sangkar tulang saya d bhagian thorak bengkok,doktor kata tidak dapat brbuat apa2 ini kerana daging telah tumbuh d bhagian spatutnya sangkar tulang saya berada..jadi saya tidak dapat mngembalikn stuktur tulang saya seperti biasa wlupun dngan urutan..akan tetapi apa yang merisaukn saya apabila tulang thorak dan leher saya mula merasa sakit..benar kah saya tidak dapat merawatnya?? bantu la saya..
saya telah di sah mengalami nghentsakit tulang belakang oleh pakar ortopedik,masalahnya baru2 ni isaya di sahkan hamil 1 bulan.saya di minta henti dari makan ubat dan rawatan yg saya terima juga telah berubah dari biasa.persoalannya saya semakin sakit bila berhenti makan ubat dalam masa yang sama saya risaukan kehamilan saya.apa yg perlu di lakukn bagi selamatkn kandungan saya dan juga kesihatan saya?tolong dokor..
a.kum! saya ingin bertanya sedikit. adakah kecedaraan tulang belakang boleh menyebab kan seseorang pesakit tu tak bleh bangun dan berjalan? sekian terima kasih.
assalamualaikum…..sy ingin bertanya tentang suntikan ini….adakah berkesan kepada pesakit tulang blakang yang berbentuk “s”?
Mohon Dr. Nizar jawab semua pertanyaan di atas sebab beliau pakar dalam hal ini.
mcm mana nk rawat tulang belakang lumber 4 dh nipis/haus.mcm mana nk rawat.nk berhubung dengan dr nizar
saya sekarang mengalami sakit tulang belakang yng teruk….sudah enam tahun…br sekarang saya tahu betapa tinggi risiko pembedahan yng boleh menyebabkan lumpuh br semalam saya ada temujanji pakar di HUsm tapi…jawapan yng diberikan sungguh tidak tepat…dia menyatakan saya mengalami sakit belakang yang tidak teruk w/pun slack disc….di dua tempat…ini kerana apabila saya beralih kepada ubat baru…ia tidak berkesan…hari ini…saya tidak dapat berjalan dan tidur dengan selesa akibat mengalami krem dari tengkuk hingga ke paha…..saya rasa ingin berjumpa dengan dr nizar dan tanya pendapat beliau serba sedikit….
Di atas tu ada no. telefon dan email Dr. Nizar:
Email: nizar@kb.usm.my
Tel: 0139803389
Salam. saya ada kenal seorang tukang urut ,boleh dikatakan mahir dalam masaalah tulang belakang. Beliau tinggal di Baling Kedah. Buleh mendapatkan khidmat beliau jika ingin mencuba.
no tel 013 4815574.
beliau dikenali dengan panggilan Pak Lang
Ada masa jumpa atau call saya..insyaallah ada jalannya sbb saya juga pernah merasainya dulu..ust lok
assalamualaikum….
saya mengalami masalah sakit belakang..
akibat kemalangan jalan raya pada penghujung 2008…
pada mulanya ia tidak memberi sebarang kesan, namun begitu, ssejak setahun yang lepas bahagian belakang saya menjadi semakin sakit dan tidak mampu membuat aktiviti-aktiviti yang lasak…
setelah berhubung dengan pembantu perubatan, saya dibekalkan dengan ubat tahan sakit, ubat utk saraf, calcium lactate dan gel utk sakit tulang…
namun begitu ia tidak memberikan sebarang kesan kepada sakit belakang saya…
mohon pendapat, adakah saya wajar menemui pakar menegnai masalah saya ini…
Ada masa jumpa saya…ust lok
salam arie.. saya cadangkan arie dapatkan rawatan kaedah rawatan AYURVEDA di LUQMAN HERBS CENTRE, Subang Jaya & Bangi, Selangor. Hubungi Dr Luqman di 014 6332307 untuk maklumat lanjut (Dr Luqman pernah keluar di program REMEDI terbitan TV9 – episod 4 & 5).
Email: luqman_ayurvedic@yahoo.com
http://facebook.com/luqman.ayurvedic
baru2 ini saya brjumpa dgn pakar terapi bhagian tulang..dia mnsyorkn saya untuk mmbuat bberapa senaman untuk tulang belakang dan minum herba khas sakit tulang(cina or indian) setalah beberapa bulan saya mrasakn tulang belakang saya mmbaik tpi perlu jg d susuli urutan kampung agar dpat mmbaiki urat2 yg trseliuh/bengkak akibat tulang yg sakit tu..tpi saya tak tau la untuk yg dah brumur ne sbb saya baru brusia 21tahun..
Alhamdulillah…
saya mmpunyai tulang belakang bengkok..penyakit saya dpt dikesan pada umur 18tahun…skrang ni berumur 25tahun…saya pernah mendapatkan rawatan pakar katenye kalau jalani pembedahan pn 80% tidak berjaya..jadi saya pn tidak jd utk melakukan pmbedahan dan membiarkan saja penyakit ini tanpa rawatan susulan…sejak kebelakangan ini saya kerap sesak nafas dan sakit badan y amat sgt tp utk waktu y pendek tetapi kerap berlaku…adakah saya semakin kronik?..apakah y perlu sya lakukan?apakah y sbnrnyer berlaku?sya ingin melangsungkan perkahwinan hjg taun ni…saya jadi runsing..tlg doktor…
Saya mengalami sakit pinggang dan kaki sebelah kanan…ianya sakit apabila saya lama berjalan dan melakukan aktivity berat.saya menghidap penyakit ini selama sebulan.saya juga telah berjumpa dgn pakar tulang…pakar tulang mengatakan sya mungkin mengalami penyakit tulang belakang melalui keputusan xray…utk memastikannya dia meyuruh sya lakukan mri..perlukah saya mendapat suntikan tersebut..adakah suntikan tersebut boleh didapati f sarawak
Saudara adi…jumpa saya ust lok…insyaallah ada penyelesaiannya
kami di ATTALAQQI (KUANTAN) ada menyediakan rawatan pembetulan tulang belakang…kebas2 dihujung jari kaki dan tangan,stress dan sawan adalah antara tanda2 biasa menunjukkan kita sudah mengalami masalah tulang belakang…untuk mendapatkan rawatan atau pertanyaan sila hubunga saya… Tengku Hazailee 0179296755…ATTALAQQI adalah sebuah pusat perubatan alternatif Islam,selain tulang belakang kami juga telah berjaya dalam usaha mengubati kanser, ketumbuhan,yis,uri jatuh dan tonsil antaranya…Alhamdulillah semuanya dengan izin ALLAH…
Salam…sy sering mengalami ketegangan pada jari tangan dan kaki terutama pada waktu pagi….apa perlu sy amalkan utk mengelakkan dari berlarutan…
Waalaikum salam,
Cubalah urut perlahan-lahan dengan sedikit minyak urut. Insya Allah dapat membantu.
salam..saya mengalami sakit tualang belakang.kadang kala rasa sakit menyebabkan saya sukar untuk tidur.saya juga sering merasa kebas kaki kiri dan sakit sekitar pinggang..sebelum ini doktor telah menyarankan saya melakukan fisioterapi tetapi sakit yang saya alami betambah teruk selepas membuat rawatan fisioterapi.kes saya juga telah dirujuk kepada pakar tulang tetapi setelah berjumpa pakar tulang saya hanya disahkan muscle pain.masalahnya sakit yang saya alami sering membuat kaki saya berasa kebas dan saya sukar untuk membuat aktiviti lain kerana kesakitan yang saya alami.saya rungsing dengan masalah ini harap doktor boleh membantu…
Waalaikum salam,
Melalui pengalaman saya, beberapa jenis senaman regangan di waktu pagi (selepas bangun tidur) dan waktu malam (sebelum tidur) dapat membantu mengurangkan rasa sakit belakang, walaupun ia tidak pulih sepenuhnya. Harap info ini sebanyak sedikit dapat membantu anda.
Assalamualaikum..
saya mengalami sakit tulang belakang ketika mengandung anak pertama 4 thn yg lalu,namun semasa proses melahirkan sy tidak dapat melahirkan anak secara normal..saya disarankan untuk bersalin secara pembedahan,,sblm dibedah sy diberi suntikan bius separuh badan,,selepas dibius sy tidak merasa sakit sewaktu melahirkan anak sehingga anak berusia setahun,namun semasa mengandung anak kedua sakit tulang belakang kembali semula dan sakitnya berkali2 ganda sehingga sy masih mematahkan pinggang semasa kandungan sudah mencecah 5-6 bulan,,sakit yang tak tertanggung sehingga tidak mampu untuk tidur pd waktu malam..sampai nak makan pun takut sebab bila perut terlampau kenyang pun tulang akan rasa sakit…sakit itu berpanjangan sehingga sekarang..setahun yang lalu sy ada membuat x-ray dan doktor mengesahkan tulang sy bengkok dan tercedera namun sy hanya dinasihat kan untuk bergantung pada supplement seperti Glucosamint dan Omega seumur hidup..tetapi sakit langsung tidak berkurangan malah semakin teruk kerana saya seorang yg lasak…sakit bertambah teruk sehingga sakit urat belikat ditambah dgn sakit kepala berpanjangan..soalan saya pada dr nizar adakah berbahaya untuk sy sekiranya saya sedang aktif bermain bola jaring atau ape pun sukan yg lasak..dan adakah sy layak untuk menerima suntikan ..adakah ape2 proses yg perlu dilakukan sebelum berjumpa dgn doktor,,,?
Assalamualaikum..
Dr. Nizar..sy d lahirkn dgn d sahkn mghdapi sjenis pnyakit yg jrang d temui olh dktr..dri apa yg mak sy ckp, sbaik sja sy lahir kmudian kaki sy d simen kedua2 belah..krna dktr ckp sendi sy lembut..mcm2 ujian yg d lakukn ke ats sy..until mak sy stop rwatan ssulan dn sy da besar ckit..
Sy sakit tlg blakg since from 2007 n ktika itu sy form 1..lbih krg 5 thn gk lah..sy rjuk pakar d PPUM..sy da wt mri, biopsi,ct scan,kardio test n dll..then on 2009, doc da cdg nk wt operation kt tlg blakg neh but it was cancel! mmg x dinafikn sy mmg tkot nk lalui operation2..tp Allah yg tentukan sgalanya..sy pasrah..until skrg keadaan sy mkin kritikal..bdn sy seolah2 bpusing, kaki da xbleh bdri btol2..tgn xbole d luruskn, bjlan pn dlm keadaan bjengket tp slow n d pimpin..sb sy xmmpu bdri tlalu lma..xmmpu nk imbang brat sndri..sy sukar nk bnafas skrg sb kedudukan paru2 dn ribcage da xbtol..sy rsa trauma nk wt ap2 rwtn..
can i get some advice from u Dr. ??what are your suggestion..?
salam… hubungi Dr Luqman Selva (Phd) (pengamal perubatan AYURVEDA) di 014 6332307. Moga beliau boleh merawat penyakit yang puan hidapi.
salam hasifamiera.. saya cadangkan hasifamiera dapatkan rawatan kaedah rawatan AYURVEDA di LUQMAN HERBS CENTRE, Subang Jaya & Bangi, Selangor. Hubungi Dr Luqman di 014 6332307 untuk maklumat lanjut (Dr Luqman pernah keluar di program REMEDI terbitan TV9 – episod 4 & 5).
Email: luqman_ayurvedic@yahoo.com
http://facebook.com/luqman.ayurvedic
salam, DR..adakah masalh sakit tulang belakang berkaitan dengan angin dalam badan…?
Assalamualaikum dr saya sekarng mgalami sakit blakang di bhagian bawah.sukar untuk saya hendak membongkok@nak solat.saya takut nak buat pmeriksaan.sebab suami saya sekarang pun mngalami sakit tulang blakang dan mnyebabkan dia sukar nk berjalan dan dia lumpuh.mula2 x dpt nak kesan pnyakit apa dr amik air tulang belakang sebanyak 2 kali.tp masih x tau pnyakit apa.melalui city scan seluruh badan baru la nampak ada satu ketumbuhan yg mngacau saraf tunjang itu mnyebabkn suami saya smakin sukar hendak brjalan.dr hkl buat pmbedahan membuang ketulan darah dan buang selapis tulang yg sudah rosak dan di gantikn dgn tulang palsu bgitujuga dgn besi yg agak pnjang utk mnahan.sample darah di hantar ke hospital ampang untuk kajian dan dr ampang mngasahkan suami saya ada kanser darah.sekarang suami saya masih ada rawatan susulan.dia dah boleh berjalan dgn mngunakn tongkat.saya takut hendak pergi cek dr sebab saya perlu bekerja mncari rezeki untuk membesarkn anak dan byk benda yg perlu di bayar.tapi saya bimbang dgn keadaan diri saya sekarang.semakin lama makin x kuat.apa pendapat dr
Harap Dr. Nizar dapat menjawabnya…
salam… sila ke facebook ini untuk maklumat lanjut ttg rawatan slip disc / berkaitan tulang belakang di LUQMAN HERBS CENTRE.
http://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre/377645228950903 http://facebook.com/luqman.ayurvedic
Dr Luqman Selva (Phd) (pengasas dan pengamal perubatan AYURVEDA di pusat rawatan ini) pernah muncul dalam siri REMEDI terbitan TV9.
Ibu saya jatuh terduduk di kamar mandi 6 bulan yang lalu dan sampai sekarang masih sakit hingga tidak tahan duduk, baring dan berjalan. Semuanya serba salah…. saya sangat kasian melihat penderitaan ibu saya. Seandainya ada yang boleh memberi saya saran atau pandangan tolong email ke alamat saya ini. Zanie_67@hotmail.com
Saya cadangkan saudari dapatkan rawatan fisioterapi di hospital, insya Allah dapat mengurangkan rasa sakit tulang belakang.
Salam semua,sesiapa yg mengalami slip disc(sakit tulang belakang)
bolih hubungi saya…
rawatan di hospital biasanya kes begini memerlukan belasan ribu ringgit kosnya.
sesiapa ingin membuat pertanyaan sila hubungi saya..
alias +6012 2323021/email:aliashassan@ymail.com,
mudah2an dpt kita sama2 atasi masaalah slip disc ini.Terima kasih.
Hanya ingin berkongsi. Telah sebulan saya mengalami sakit tulang belakang dan Lower pain pain yang amat menganggu aktiviti harian saya. Rasa gelisah x tentu arah menahan sakit. Buat kerja di pejabat pon x dpt fokus. Tidur pastinya sudah tidak nyenyak lagi selama ini. Kehidupan dah x seceria mcm dulu. Asyik murung dan rasa tertekan menahan sakit. Pemeriksaan mendapati “lumber spondylosis”. Saya diberi pain killer yang x banyak membantu.
Salam, saya pun mengalami kesakitan yang sama sejak lebih kurang 3 tahun yang lalu. Pada mulanya memang sangat sakit macam yang sdri ceritakan sehingga saya menjalani fisioterapi di Hospital Serdang, tapi hanya selama 2 bulan sahaja, saya pergi ke hospital sekali 2 minggu, saya hanya dapatkan 4 treatment. Selepas tu saya tidak lagi menjalani fisioterapi sehingga sekarang. Saya cuma mengamalkan senaman yang disarankan oleh pegawai fisioterapi, mengamalkan minum cuka epal setiap hari di samping pengambilan kalsium (sekali sekala, tak berani nak makan hari-hari, nanti dapat batu karang pulak)…. alhamdulillah, sakit belakang saya banyak kurangnya sekarang dan tidak mengganggu aktiviti harian saya.
Masalah SLIPPED DISC ?. TULANG BELAKANG ? TENGKUK ? SARAF TERSEPIT ? MIGRAIN ? Rawatlah ia dengan kaedah Jepun yg terkenal di hospital2 RUSIA iaitu Terapi fisio YUMEIHO. YUMEIHO telah terbukti BERKESAN. SELAMAT, CEPAT tanpa ubat tanpa pembedahan dengan ribuan testimonial pesakit2 seluruh dunia. Kini ada di Malaysia ! Layarilah YUMEIHO MALAYSIA di Facebook untuk info lanjut,
Kepada sitik, Boleh x berkongsi resipi mengenai minuman cuka epal? TQ.
Saya minum cuka epal organik jenama Bragg, 1 atau 2 sudu makan cuka epal untuk segelas air, bancuh, dan minum 1 atau 2 kali sehari.
Saya perkara lagi, saya dapati dengan rukuk lama (baca 11 kali doa rukuk) dalam solat dapat mengurangkan sakit spondylosis ni. Cubalah, insya Allah dapat dikurangkan sakit tersebut.
Assalamualaikum, mcm mana nak dapat kan cuka epal organik jenama Bragg, tak pernah lihat dan dengar. Tolong beritahu mcm mana nak org. Saya nie orang Brunei. Terima kasih atas jasa baik awda.
TQVM atas info tersebut. Saya akan usahakan. Tapi kena cari cuka nya dulu.
Sama-sama…. Insya Allah. Cuka epal ni mudah didapati di Giant Supermarket atau di farmasi.
SALAM ENCIK HAMID.TERIMA KASEH DIATAS MAKLUMAT ANDA. SAYA ADALAH SALAH SEORANG PESAKIT KRONIASEK INI(DEGENERATIVE DISC DISEASE L2L3/ L3L4 WITH SPINAL STENOSIS) HARAP TUAN DAPAT KAN NO TEL DR NIZAR BIN ABDUL JALIL HUSM KUBANG KERIAN UTK RAWATAN INI. NO.TEL SAYA KAMAROL (0194288887 @ 0128049995) SEKIAN TERIMA KASEH.
salam……….dr. Adakah masalah saya yang kehausan disc(kering) sesuai bagi rawatan ini?
salam en Kamarol.. saya cadangkan en Kamarol dapatkan rawatan kaedah AYURVEDA di LUQMAN HERBS CENTRE, Subang Jaya & Bangi, Selangor untuk penyakit yang tuan hidapi. Hubungi Dr Luqman di 014 6332307 untuk maklumat lanjut (Dr Luqman pernah keluar di program REMEDI terbitan TV9 – episod 4 & 5).
Email: luqman_ayurvedic@yahoo.com
http://facebook.com/luqman.ayurvedic
Assalammualaikum.
Saya dari KL.
telah mengalami penyakit tulang belakang bengkok berbentuk “S”
sejak lebih 20 tahun. sering cepat penat bila berjalan, tidak selesa duduk dalam satu posisi lama2. saya sangat kurus dgn berat 48kg dgn ketinggian 175cm.
Adakah teknik urutan tanpa pembedahan dapat meluruskan kembali tulang belakang saya.
sekiranya sahabat2 boleh membantu boleh hubungi saya di talian 013-6364093 email shahriff.ariffin@gmail.com
Assalamualaikum.
Boleh saya bertanya kalau-kalau kaedah rawatan Dr. Nizar ni mampu untuk mengubati penyakit tulang belakang yang bengkok berbentuk ‘S’. Kini, peratusan bengkok telah meningkat ke 52% dan doktor pakar Hosp. Sg. Buloh telah mencadangkan supaya membuat pembedahan awal tahun 2013. Tetapi, keluarga saya hanya dari golongan sederhana dan tidak berkemampuan untuk membayar kos pembedahan yang hampir mencecah 46k. Saya berharap Dr Nizar ada penyelesaian kepada masalah saya ini dengan harapan tulang belakang saya kembali lurus seperti normal.
Terima Kasih,
Assalamualaikum. Bagi mereka yg menderita sakit belakang, scoliosis dan berkaitan,akibat kemalangan atau yg dev. over time (terjadi), di sekitar Dungun, terengganu dijemput untuk mencuba pemulihan melalui PMB(pendekatan minda dan badan) PMB berasas kan teknik yg dicipta oleh Dr Moshe Feldekrais . Ia melibatkan otot, tulang, saraf dan minda yg merupakan cpu untuk seluruh anggota badan. PMB adalah pergerakan sistematik yg bila diamalkan akan membawa penambahbaikan anggota badan dan mengurangkan sakit setiap kali kita melakukannya, Insya Allah.
Utk maklumat lanjut hubungi Coach Daud Hashim. 019 570 6728 (metacoach.daud@gmail.com)
Assalamualaikum,
Saya telah mengalami slip disc pada 2006 dan selepas membuat rawatan di hospital serta fisioterapi selama 2 tahun alhamdulilah saya kembali sihat, Pada 2010 saya mengalami semula sakit belakang dan diikuti kebas di kaki sebelah kanan, selepas mendapatkan rawatan di hukm, x-ray, mri dan fisioterapi saya didapati mengidap Multiple Degenerative Disc Disease. Doktor menasihatkan supaya membuat pembedahan tetapi saya minta tangguh apabila diberitahu keputusan pembedahan 50-50. Selain terpaksa makan beberapa jenis ubat penahan sakit, saya berusaha berubat secara tradisional, pergi berurut di Selama, Perak.Saya juga menggambil makanan tambahan MRT elken, madu dan vitamin. Persoalannya sampai bila saya harus mengambil ubat tahan sakit.
Harap membantu : Cara perubatan Pak Sheikh amat simple:Seperti seorang pakar tulang / chiropractor, Pak Sheikh akan study n penetrate bahagian yang mengalami kesakitan. Dengan pandangan’X-ray’ matanya, beliau akan mengkaji dan membetulkan / memasukkan tulang @ sendi yang terseliuh, patah, rosak etc… Hanya dengan menekan / memegang bahagian yang terlibat sahaja n dlm masa beberapa minit sahaja. Beliau membaca ayat2 suci Al-Quran sewaktu memulihkan pesakit.Sesiapa yang proaktif untuk sembuh sila hubungi…SHEIKH OMAR…hubungi 019-280 5377/019-356 5377No. 1, Jalan Sastera Dua, U2/1B, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, 40000 Shah Alam, SelangorWaktu Rawatan : 8pg-12 tgh setiap hari.Kos rawatan : Seikhlas yang mampu(kecuali jika ada ubatan yang diperlukan, harga setiap jenis ubat/kuantiti saja yg dibayar).Allah swt menciptakan setiap penyakit dengan ubat (penyembuhnya) sekali. Jangan berputus asa. Berusahalah.
assalamualaikum ,
saya ingin mencadangkan anda melakukan rawatan LED..my sister pun ada slip disc..dan alhamdulilah selepas menggunakan LED belt ni dia dah x perlu makan pain killer. bo hubungi saya di masitahsimo@gmail.com
Saya berharap rawatan ini boleh menghilangkan penyakit anda. LED belt ni berharga kurang dari RM 1000 dan boleh digunkan seisi keluarga untuk merawat pelbagai penyakit
Sila berkongsi sakit saudari dgn saya…..ust lok, insyaallah ada jslannya
Hi doctor,
Kawan saya mengalami kesakitan ini dari lama. Saya telah memanggil dia untuk rawatan tapi dia tak nak bekerjasama. Dia pernah libat dalam kemalangan jalan raya dua kali. Tapi kali ke ini dua keadaan dah teruk. Dia dalam keadaan trauma sekarang macam dah putus harapan. Saya sebenaranya tak tahu macam nak keluar dia dari keadaan trauma. Saya amat risau. Saya berharap doktor boleh bagi nombor contact supaya dia sendiri boleh berhubung. Terima kasih.
No. telefon dan email Dr. Nizar:
Email: nizar@kb.usm.my
Tel: +6 0139803389
Assalamualaikum
Sesiapa yang ada pertanyaan berkaitan dengan sakit tulang belakang, bolehlah bertanya Dr. Nizar sendiri di ruangan surat khabar berikut
http://www.sinarharian.com.my/tanya-dr-nizar
assalamualaikum,dr nizar.sebelum ni saya pernah jatuh tangga,dan beberapa mingu barulh rase hilang sakit tu.setelah beberapa tahun,sakit belakang tu berulang lg.dan sekarang kaki kiri saya merasa sakit apabila berjalan.bile tido saya selalu alaskn kaki saya dengan bantal,supaya bangun keesokknnya tdk terasa sakit.boleh tak dr nizar terangkn punca penyakit saya ni.
Salam…dr.nizar sy syuhada 23tahun dari kota bharu sy skrg mgalami failed back sydrome,dua kali sy melakukan pembedahan namun hasil nya sangat kecewa,sy x blh duduk dan berdiri dalam keadaan yg lama,kerja sy pun terjejas teruk sampaikan skrg dah kena medical board,dr yg sy jumpa untk medical board telah mengeluarkan surat rujukan psikitarik untuk sy,beliau seolah2 menanggap sy ni mcm kurang siuman lak sampaikan perlu jumpa pakar psikitari…mungkin diorang anggap sy ni pura2 sakit sedangkan hanya TUHAN saja yg tahu sakit nye sy skrg…apa yg harus sy lakukan,sy buntu bgaimana jika sy kehilangan pekerjaan ini…sy ada jumpa pakar pain clinic dan dia bg suntikan epidural dua kali namun kesakitan ini tetap tidak hilang,beliau kata mungkin ada parut yg melekat di tempat skru sebab itulah ubat itu tidak dapat sampai tempat sakit tu..skrg ni dr yg melakukan pembedahan pada sy sudah buat x tahu bila sy jumpa untuk dapatkan rawatan…sy dah putus asa untuk dapatkan rawatan,skrg sy nk pergi kerja pun x boleh sebab sakit belakang yg teramat sangat sukar untuk sy duduk dan berdiri..sy hanya terbaring kat rumah..sy betul2 kecewa….adakah masih ada peluang untuk sy sembuh??? Haruskah sy berhanti kerja supaya sy x perlu lg ke hospital untuk dapatkan cuti sakit,……tlg sy dr nizar untuk selesaikan mslh sy ni…sy dah x tahan menanggung sakit ni,apa yg menyedihkan lg skrg sy kena sistem payroll kerana sy x dtg kerja…sy harap sangat dktor dpt bantu sy seperti dr bantu orang lain…adakah sakit facet L4L5 L5S1 ni bersangkut paut dgn mental,sebab dr hrpz rujuk sy pd dr psikitari,sy belum lg dapat tarikh untuk temujanji pakar psikitari tu sebab dalam proses…
ibu saya mengalami masalah tulang pinggul yg serius dimana sekarang tidak boleh berjalan. kesakitan yang amat sehingga tahap mengalir airmata kalau bergerak. Sya berhasrat utk mengajak ibu melakukan pembedahan tetapi beliau takut pada risiko yg ada..tetapi kerana kesakitan yg ditanggung sekarang mungkin beliau akan sanggup melaluinya. Bagaimanapun, Saya mohon sesiapa yang pernah ada pengalaman sendiri atau keluarga dgn masalah ini utk berkongsi…hospital yg disarankan atau DR yang boleh dirujuk. Saya di KL dan ibu berada di Alor Setar. Terima kasih
Sesiapa yang ingin bertanya tentang sakit tulang kepada Dr. Nizar, silalah bertanya di ruangan Tanya Dr. Nizar di akhbar Sinar Harian pada link berikut:
http://www.sinarharian.com.my/tanya-dr-nizar
Anda sedang mencari ikhtiar kepada penyakit anda atau ahli keluarga anda???? Berikhtiarlah menggunakan produk SNE yang berasaskan Buah Seabuckthorn yang mengandungi lebih dari 200 vitamin & mineral yang digabungkan bersama 27 makanan berkhasiat. 100% bahan semulajadi, rawatan selamat, berkesan, tempoh pemulihan yang singkat, tiada kesan sampingan dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan HALAL. http://www.produksne.com.my
IKHTIAR dengan produk SNE untuk ANDA yang bermasalah:
1.Lumpuh/Strok/Saraf
2.Jantung/Darah tinggi
3.Koma/Patah Tulang
4.Buah Pinggang/Gastrik
5.SakitPinggang/Sendi
6.Buasir/Haid/Sembelit
7.KencingManis
8.SLE/Luekimia/Thalassemia
9.Gout/Sakit Lutut
10.Asma/Lelah/Resdung
11.Thyroid/Bisul/Jerawat
12.SukarMengandung/Keguguran
13.Kanser/Fibroid
14.Penyakit Kulit((Psoriasis/Ekzema)
15.Prostat/Hati/Paru-Paru
16.Masalah Seksual/Berat Badan
17.Batu Karang/Tidak Lawas
18.Penyakit yg sukar di ubati……
Salam, boleh saya tahu berapa lama suntikan RF in boleh bertahan dalam badan? Jika dilakukan di hospital pakar perdana berapa kos anggaran sahja.
Waalaikum salam, sebaik-baiknya tanya kepada Dr. Nizar.
No. telefon dan email Dr. Nizar:
Email: nizar@kb.usm.my
Tel: +6 0139803389
Askum.. bolehkan rawatan radiofreequensi dilakukan dua kali ?
Waalaikum salam, sebaik-baiknya tanya kepada Dr. Nizar.
No. telefon dan email Dr. Nizar:
Email: nizar@kb.usm.my
Tel: +6 0139803389
salam… sila ke facebook ini untuk maklumat lanjut ttg rawatan slip disc / berkaitan tulang belakang di LUQMAN HERBS CENTRE.
http://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre/377645228950903
http://facebook.com/luqman.ayurvedic
Dr Luqman Selva (Phd), merupakan pengasas dan pengamal perubatan AYURVEDA di LUQMAN HERBS CENTRE pernah muncul dalam siri REMEDI terbitan TV9. Beliau boleh dihubungi di 014 6332307. Pusat rawatan beliau terletak di The SUMMIT, Subang Jaya dan Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
ASSALAMUALAIKUM W R T
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Nama saya Lokman Mansor seorang guru di Bentong Pahang. Pada tahun 2007 saya telah disahkan mengidap sakit tulang belakang.
“Setelah dijalankan pemeriksaan lanjut, beliau telah di diagnosa menghidapi penyakit DISC DEGENERATIVE AT LEVEL L1/L2, L3/L4 AND L4/L5 WITH NARROWING OF INTERVETEBRAL FORAMINA AND SPINAL CANAL (MULTIPLE DISC DISEASES). Keadaan ini akan menyebabkan beliau mengalami sakit belakang yang kuat dan kronik serta berpanjangan. DR Muhammad Yusof, Pakar Ortopedik Hospital
Temerloh.”
Hanya tuhan saja tahu bagaimana saya menanggung kesakitan setiap hari dan bertahan dgn mengambil paint killer setiap masa. Saya menjadi seorang pemarah dan emosional. Setiap awal pagi jam dua atau tiga gitu saya akan tersedar sejuk dan sakit dan tidak dapat tidur sampai pagi. Saya berikhtiar berubat, berurut, fisiotherapy dan macam2 saya cuba untuk sembuh tapi…gagal. Saya membelanjakan hampir 10K selama tiga tahun utk kos rawatan.
Akhirnya takdir Tuhan pada Feb 2010 seorang kawan saya dari Terengganu mengesyorkan kepada isteri saya mencuba kaedah rawatan menggunakan BIODISC, iaitu rawatan menggunakan air minuman dan suluhan far infra red. Isteri saya mencubanya pada saya selama tiga bula lebih dan Alhamdulillah kini saya kembali pulih dan bebas daripada sakit tulang belakang dan juga darah tinggi. Sungguh menakjubkan kuasa Allah swt. Benarlah hadis nabi yang bermaksud: TIAP2 PENYAKIT ITU ADA UBATNYA. APABILA MENEPATI UBAT TERHADAP PENYAKIT TERSEBUT, MAKA SEMBUHLAH IA DENGAN IZIN ALLAH.
Sejak dari itu saya berjanji pada diri saya untuk berkongsi kaedah rawatan ini dengan sesiapa sahaja kerana saya tahu bagaimana rasanya bila Allah menguji kita dengan kesakitan dan kita bertanggungjawab untuk berikhtiar merawatnya. Mudah mudahan pengalaman saya ini dapat dikongsi bersama. Sekian.
USTAZ LOKMAN 0148124948/0139865002
YOUTUBE: TESTIMONY BIODISC
FACEBOOK: Rlm Ukm
http://Www.vclok.blogspot.com
Assalammualaikum…sekadar nk share pada umum. Saye alami sakit leher, terasa kejang di bahagian bahu kiri dan kanan n smpi ke kepala, kepala berpusing n hanyut. Telinga pn berdesing…dengar pn slow je n mata pn sakit n berpinar. Selama 3 tahun saye alami skit kepala mostly setiap hari. Akhirnye last week 23.2.2013 saye buat rawatan radiofrekuensi dgn Doktor Nizar di KPJ Perdana Specialist, Kota Bharu. Kos rawatan anggaran (+-) RM8-9k bergantung pada sakit yg anda alami. Alhamdulillah, sakit kepala n leher makin hilang…cume kesan ubat saye still mamai n pening..tp doktor nizar bgtau dlm seminggu dua akan hilang. Saye mengalami cervical facet syndrome. Rawatan ni cume ambil mase lbh kurang sejam n servis dr doktor nizar mmg terbaik sbg pakar sakit kronik.
Ni no utk dihubungi : Doktor Nizar Abd Jalil (013-9803389)
Brape kos pembedahan dgn cara ni? Btol2 xdk implikasi mcm pembedahan biase tu ke?
En Badol….kos dalam rm8k++ n above la…depends pd sakit…rawatan ni just injection xtray utk kecutkan urat saraf….so better u call or sms Dr Nizar n discuss about that….
as salam ,
saya norsam , just nak share isteri saya kena sakit tulang belakang , kami dah urut di merata tempat di selatan semenanjung , dah pergi doktor di melaka , semua , tak baik ..allamduliah dengan izizn allah di pertemukan dengan hj mohd yatim , kebetulan kami tanya org sambil beli air …nak pergi berubat tempat lain …lain yang dapat…ini semua perancangan allah ….nak cuba kena call ., dia tak ambil ramia org , hanya sakit belakang
MUHAMMAD YAMIN BIN AB HAMID (YAMIN@YASSIN)
PAKAR URUT KONTEMPORARI KAEDAH (PE-CEU)
61 TAHUN
MEMPUNYAI PENGALAMAN DALAM BIDANG URUTAN TRADISIONAL SELAMA 41 TAHUN
TEKNIK URUTAN : MENGGUNAKAN KONSEP OTOT, TULANG & SENDI
KEPAKARAN : URUT PEMULIHAN
PENYAKIT
KEMALANGAN
SLIP DISK (TULANG BELAKANG)
PERKHIDMATAN : BILA-BILA MASA DENGAN TEMUJANJI
MAKLUMAT LANJUT / HUBUNGI :
NO 8, JLN SESAPAN KELUBI,
KG SESAPAN KELUBI,
43700 BERANANG,
SELANGOR,
MALAYSIA.
H/P : 013-3244 292 RUMAH : 03-8766 9564
Assalamualaikum,
Berapakah kos untuk rawatan radiofrekuensi ini? Adakah rawatan ini dibuat di HUSM KKerian?
Greetings! Very helpful advice in this particular
article! It’s the little changes that make the largest changes. Thanks a lot for sharing!
salam…mcmner tuk sy mndptkn rwtn ngan dr nizar.sy dsahkn mngidap pnyakit syringgomelia di bahagian c2&t10,tp!tu mase sy mula2 dsahkn 2thun lpas.dh 3xdoc hkl saranmkn bedah,tp sy tolak.bole xdoc,bgtau sy mcmner,sz bole dptkn rwatan dngn doc..
Waalaikum salam,
Cuba baca komen2 di atas, ada diberikan email dan no, telefon Dr. Nizar untuk dihubungi. tq.
salam en. haizat.. saya sarankan tuan dapatkan rawatan dengan Dr Luqman – pengamal perubatan ayurveda. Beliau pernah muncul dalam program TV9 – Remedi pada episod 4 & 5 bulan Mei 2012. Episod beliau boleh ditonton di http://www.tonton.com. Pusat rawatan beliau terletak di The SUMMIT, Subang Jaya (siang sahaja) dan Bandar Baru Bangi, Selangor (malam sahaja). Maklumat lanjut sila layari facebook beliau: luqman ayurvedic herbs centre. Beliau boleh dihubungi di 014 6332307. Terima kasih
Assalamualaikum, saya berumur 17. Dulu semasa saya 14 tahun saya pernah jatuh di tempat yang tinggi. Tulang belakang saya yang kena dulu. Pada mula kena saya tak rasa apa-apa kecuali nafas saya sangkut dan kembali kepada OK. Tetapi sekarang. Tulang belakang saya berasa lenguh, menyilu dan rasa macam ia bergerak gerak. Agak agak kenapa ye?