Komunikasi Berkesan dengan Anak Remaja

Saya tertarik dengan nasihat-nasihat dan petua-petua yang diberikan oleh Dr. Khaidzir Ismail dalam artikel berikut yang sangat baik untuk dijadikan panduan kepada semua ibu bapa, termasuk diri saya, terutama yang mempunyai anak remaja sama ada di awal remaja atau di akhir remaja.

Disebabkan generation gap antara ibu bapa dengan anak-anak menyebabkan cara komunikasi yang agak berlainan menyebabkan anak-anak salah faham dan tidak dapat menerima cara ibu bapa mereka. Tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anak-anak, semua ibu bapa mahukan dan sentiasa berdoa agar anak-anak mereka menjadi anak yang soleh/solehah, berakhlak mulia, menghormati dan menyayangi ibu bapa, dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Bukan sahaja ibu bapa yang harus memperbaiki cara berkomunikasi, anak-anak pun harus peka dan memahami perasaan ibu bapa mereka. Kalau saling memahami antara ibu bapa dengan anak-anak, tentu tiada masalah dalam komunikasi…

Membina komunikasi berkesan

Oleh DR. KHAIDZIR ISMAIL

KADANG-KADANG setengah perkataan yang diucapkan oleh ibu bapa kepada anak remaja tidak dapat diterima dengan baik. Malah mengundang banyak masalah, terutamanya anak-anak remaja yang sedang bermasalah.

Kebanyakan ibu bapa tidak tahu apa harus dilakukan apabila anak-anak remaja mereka datang dengan masalah atau perasaan.

Setengah ibu bapa langsung tidak membantu memainkan peranan sebagai kaunselor atau sesetengah itu langsung tidak mahu berperanan sebagai pembantu atau kaunselor kepada anak mereka sendiri.

Apabila anak remaja mendapati ibu bapa mereka tidak peka dengan masalah mereka, maka mereka akan mencari alternatif sama ada merujuk kepada guru atau kaunselor di sekolah.

Ada juga yang akan mencari rakan baik atau memasuki mana-mana laman sosial dengan harapan ada insan yang prihatin akan membantu melegakan tekanan yang dihadapi.

Ibu bapa mempunyai dua alasan yang lumrah digunakan iaitu merasakan tidak pandai atau tidak berupaya untuk menangani masalah remaja dan kedua, merasakan apa yang diperkatakan sentiasa tidak diterima oleh anak remaja mereka.

Mengikut kajian dan juga maklum balas daripada remaja, didapati ramai ibu bapa menggunakan bahasa yang kurang tepat dan kurang senang diterima.

Terdapat banyak mesej yang tidak boleh diterima yang diguna pakai oleh ibu bapa dan di sini dapat dikategorikan kepada 12.

Kesemua 12 jenis mesej ini merupakan halangan kepada komunikasi berkesan antara ibu bapa dan anak remaja. Ia boleh memperlahankan, atau menyekat proses komunikasi dua hala antara anak dan ibu bapa dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi remaja.

Terdapat juga tiga kategori mesej yang dianggap sebagai menghukum, menilai, menjatuhkan atau memandang rendah.

Ramai ibu bapa berpendapat bahawa mesej begini penting untuk menunjukkan atau mengajar dan membetulkan atau memperbaiki apa kesalahan yang dilakukan oleh anak tetapi tidak kepada penerimanya (si anak):

* Menghukum, mengkritik, menuduh atau menyalahkan. Contohnya; “kau ni malas” atau “dah besar macam ini pun masih buat kerja bodoh” atau “bila bercakap suka menipu” atau “bodohhh pakai seluar pun tak pandai londeh macam orang berak dalam seluar”

* Melabelkan, name-calling (memberi nama gelaran). “Apa halnya perangai macam budak kecil saja?” atau “cakap pun tak betul macam budak cacat” atau “jangan takut macam pondan pulak”

* Mentafsir (Interpreting), menganalisis atau mendiagnosis. “Jangan cuba buat helah aku tahu kau nak lari dari tugas ya?” atau “jangan buat-buat sakit, mak tahu…”

Manakala terdapat dua jenis mesej yang digunakan ibu bapa untuk meredakan keadaan agar anak merasa lebih selesa walaupun tidak realistik, menyelesaikan masalah atau mengelak ia menjadi lebih serius.

* Memberi pujian, bersetuju atau memberi penilaian positif. “Jangan risau mak dan ayah rasa kau ni patut dapat jadi pengawas” atau “anak abahkan lawa ramai orang nak?”

* Simpati, memberi harapan, konsul. “Janganlah risau mak pun sama juga masa mak dulu…” atau “nanti sampailah tu jangan risau ayah pasti…”

Banyak dari kalangan ibu bapa yang suka menggunakan halangan di bawah ini apabila menggunakan mesej dengan anak remaja, iaitu menggunakan soalan dengan harapan untuk mendapatkan penjelasan.

* Menyoal, interrogate, cross-examining. “Siapa yang yang kasi, beri tahu ayah nama budak itu?” atau “Kenapa adik ikut budak yang poteng?” atau “Sebab apa tak minta izin dulu?”

Kategori 12 pula mengandungi mesej yang digunakan oleh ibu bapa untuk mengubah cerita atau subjek atau cuba lari daripada masalah sebenar.

* Sarkastik, gurauan, menarik diri atau mengalih. “Ok papa faham jom kita cakap benda lain lah yang lebih baik…” atau “tak elok sebut masa makan ni” atau ” padan muka siapa suruh cari pasal.”

Ramai ibu bapa apabila berkomunikasi dengan anak remaja bermasalah atau tidak bermasalah telah menggunakan sekurang-kurangnya satu daripada 12 halangan di atas. Malah ramai yang tidak menyedari, ia akan memberi kesan yang kurang baik kepada anak-anak mereka dalam menyediakan ruang untuk berinteraksi dan meluahkan perasaan serta tekanan.

Apabila anak remaja sedang mengalami masalah, sama ada masalah peribadi atau di sekolah, maka segala yang dituturkan dan dicakapkan oleh ibu bapa akan diandaikan oleh anak sebagai kurang selesa, sama juga dengan mesej pujian akan menjadi kurang kena jadinya.

Apabila keadaan menjadi serba salah dan tidak kondusif, maka ibu bapa boleh membantu dengan cara yang lebih konstruktif iaitu:

* Mendengar secara pasif – dengan tidak berkata-kata (berdiam) juga merupakan satu bentuk komunikasi penerimaan. Remaja tidak dapat bercakap mengenai masalah mereka apabila ibu bapa pada masa sama turut bercakap.

* Tunjuk dan buktikan yang kita bersamanya - Berdiam ada ketikanya kurang membina kepercayaan remaja yang kita sebenarnya mendengar mereka. Oleh itu, setidak-tidaknya kita mesti menunjukkan isyarat tanpa lisan seperti angguk, memfokus mata atau memegang tangan sambil mendengar dengan empatik

* Pembuka/door opener – tidak cukup sekadar mendengar dan mengangguk sahaja tetapi ibu bapa boleh bertindak dengan lebih berkesan dengan memberi laluan seperti “Ok dan mungkin Ani nak cerita lebih lanjut lagi dan Mama mendengar ni” atau “bagusnya anak mama ni apa lagi yang…” atau “nampaknya anak mak ni ada… mungkin kena kongsi dengan mak siapa kawan lelaki tu…”

Kita diberikan dua telinga dan satu mulut, jadi adalah lebih berkesan dengan memberikan lebih tumpuan kepada kemahiran mendengar dan lebih berhati-hati apabila bercakap, kerana lontaran perkataan itu boleh menyinggung perasaan si pendengar itu seperti pepatah Melayu “Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata akan binasa.”

Selain itu, kemahiran mendengar juga perlu dipelajari dan keikhlasan dalaman adalah sangat penting dalam menghulurkan bantuan. Ibu bapa disarankan supaya bangun malam meminta dengan Allah SWT supaya hati dilembutkan untuk perubahan kepada kebaikan dan segala usaha kita dalam mendidik anak cuma 10 peratus dan selebihnya adalah ketentuan Allah. Maka, usaha, doa dan tawakal. Semoga Allah memberikan hidayah. Insya-Allah

Sumber artikel

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 127 other followers

%d bloggers like this: