AWAS!!! Minuman soda diet berisiko

Sekadar memanjangkan hasil kajian ini supaya kita semua beringat tidak minum terlalu banyak minuman soda diet…..

Minuman soda diet berisiko

NEW YORK 20 Feb. – Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa disedari ia boleh membawa risiko serangan jantung dan angin ahmar.

Menurut kajian diketuai Hannah Gardener dari Sekolah Perubatan Miller, Universiti Miami, golongan dewasa yang minum soda diet setiap hari menghadapi risiko sebanyak 44 peratus lebih tinggi untuk menghidap sakit jantung.

Ia jauh lebih tinggi berbanding sebanyak 22 peratus bagi mereka yang tidak atau jarang mengambil minuman tersebut.

Garderner dan kumpulannya menjalankan kajian terhadap 2,564 orang dewasa di New York yang berusia 69 tahun ke atas.

Kajian itu merumuskan seramai 591 lelaki dan wanita akan menghidap sakit jantung, angin ahmar atau meninggal dunia akibat faktor kardiovaskular dalam tempoh beberapa dekad termasuk 31 peratus daripada 163 orang yang minum soda diet setiap hari dari tarikh kajian dimulakan.

Ditanya apakah soda diet menjadi punca kepada penyakit tersebut, Gardener menjelaskan pihaknya masih belum dapat memastikannya.

“Saya tidak rasa masyarakat perlu mengubah tabiat pemakanan mereka berdasarkan kajian ini kerana ia masih belum jelas dan kajian perlu diteruskan bagi mencari jawapan yang tepat,” ujarnya. – REUTERS

Sumber Berita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers