Salji turun di padang pasir panas Arab Saudi

Padang pasir yang selama ini panas, kini telah mula mengalami salji. Ini adalah fenomena luar biasa di padang pasir Semenanjung Arab. Adakah ini petanda yang Imam Mahdi akan muncul tidak lama lagi? Wallahu a’lam…

Kita perhatikan beberapa hadis berkaitan dengan kedatangan Imam Mahdi…

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan, maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk iaitu Al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah dan Al-Hakim: Sahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim serta direstui Adz-Dzahab)

Dari Sauban RA katanya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,“Panji-panji Hitam akan datang dari arah Timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.”

Adakah hadis ini berkaitan dengan turunnya salji di Semenanjung Arab? Wallahu a’lam….

Salji di tengah padang pasir Tabuk, Arab Saudi

Ribut salji telah melanda di kawasan-kawasan tertentu di Timur Tengah, yang sebelum ini lebih dikenali dengan cuaca panas terik, awal tahun 2012 ini.

Dari padang pasir Tabuk, Arab Saudi yang rendah hinggalah ke kawasan timur Lubnan, salji telah dilihat turun dengan cuaca yang sangat sejuk.

Salji di tengah padang pasir Tabuk, Arab Saudi.

Unta di padang pasir Tabuk

Walaupun suhu sejuk beku, penduduk tempatan tetap keluar untuk bermain salji yang turun di sekitar kawasan mereka.

Seorang Arab bermain salji selepas ribut salji di padang pasir dekat Tabuk, Arab Saudi.

Lagi gambar ribut salji di sekitar negara Timur Tengah.

Salji di Beirut, Lebanon.

Sumber Berita

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 113 other followers

%d bloggers like this: