Tanda amaran awal kanser paru-paru

Apa jenis kanser pun jika dapat dikesan pada peringkat awal, kemungkinan untuk sembuh adalah lebih cerah jika dirawat dengan betul dan pesakit mempunyai daya tahan yang kuat serta motivasi diri yang tinggi.

Kanser paru-paru merupakan salah satu daripada kanser yang digeruni kerana kebiasaannya kanser ini dikesan apabila telah menjangkau tahap bahaya (tahap 4) dan telah merebak ke organ lain. Oleh itu, kemungkinan untuk sembuh agak tipis. Justeru, tanda amaran awal kanser paru-paru perlu diketahui supaya ia dapat dikesan lebih awal. Ini terutamanya perlu bagi mereka yang mempunyai risiko tinggi mengidap penyakit ini seperti perokok, ahli keluarga perokok, ahli keluarga pernah menghidapi kanser ini, pernah terdedah kepada radiasi, selalu stres, dan lain-lain penyebab. Orang lelaki lebih terdedah kepada kanser paru-paru ini berbanding dengan orang perempuan, kerana kebanyakan perokok adalah kaum lelaki.

Gambar X-ray dada pengidap kanser paru-paru (sebelah kanan)

Di antara tanda-tanda amaran awal kanser paru-paru yang dikenalpasti ialah:

1. Kemurungan (depresi) atau perubahan mood lain

Ini termasuk juga kebimbangan dan simptom psikiatrik yang lain. Perubahan perangai atau mood ini boleh dirasakan sendiri atau dapat dilihat oleh orang di sekelilingnya.

2. Selalu sakit yang berulang-ulang

Sakit yang berulang-ulang beserta dengan selesema, flu, batuk-batuk atau pnemonia (radang paru-paru) terutamanya di kalangan perokok. Ini disebabkan kanser ini terdapat di tisu paru-paru dan tiub bronkia yang menghasilkan simptom menyerupai flu atau batuk-batuk yang tidak baik-baik.

3. Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak tanpa sebab

Apabila kanser paru-paru ini sudah merebak ke hati, pengidapnya akan hilang selera makan.

4. Buah dada lelaki membesar secara abnormal (gynecomastia)

- terutamanya di kawasan bawah puting susu, bukannya di sekeliling tisu buah dada orang lelaki. Ini disebabkan oleh tumor kanser paru-paru ini merembeskan hormon, protein dan bahan lain ke dalam salur darah dan menyebabkan hormon badan tidak stabil yang membawa kepada pertumbuhan buah dada lelaki.

5. Keletihan luar biasa

Badan terasa letih kerana bahan yang dirembeskan ke dalam salur darah oleh tumor kanser paru-paru ini mempengaruhi paras oksigen, kesihatan sel darah merah, mengganggu fungsi kelenjar adrenal dan aspek lain dalam pengeluaran tenaga.

6. Hujung jari sakit dan menebal atau bengkak

Ini merupakan tanda biasa bagi kanser paru-paru. Kadang-kadang simptom ini disangkakan sebagai simptom masalah nutrisi (pemakanan) atau alergi.

7. Nafas pendek dan dada berbunyi

Tanda ini seperti orang astma. Keadaan ini terjadi kerana pertumbuhan tumor kanser paru-paru ini mengganggu kelancaran fungsi paru-paru menarik nafas masuk dan menghembuskan nafas keluar.

8. Batuk berpanjangan atau suara ke dalam disertai dengan air liur yang banyak keluar

Batuk berpanjangan ini adalah seperti batuk perokok sehingga berbulan-bulan, malahan ada yang sampai bertahun lamanya. Batuk ini kering seperti tanda alergi atau batuk yang basah yang berkait dengan flu atau selesema. Kahak yang keluar terdapat kesan-kesan darah. Ini mungkin disebabkan salur bronkus tersumbat oleh tumor atau mukus, apabila batuk maka sebahagian darah daripada tumor ini akan masuk ke dalam kahak.

9. Otot lemah dan terasa tidak larat melakukan aktiviti fizikal harian yang biasa dilakukan

Ini disebabkan tumor di paru-paru menghasilkan antibodi yang menyerang otot dan merembesakan bahan kimia yang boleh mengganggu aktiviti biasa sel darah merah yang boleh juga menyebabkan anemia.

10. Sakit dada, belakang, bahu dan/atau perut

Selalunya tanda sakit dada dan belakang ini disalahertikan atau disangka sakit otot biasa atau sakit jantung. Sakit dada dan belakang ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan tumor yang menekan saraf di bahagian-bahagian tersebut.

Contoh tumor kanser paru-paru

Oleh itu, jika anda mempunyai satu atau lebih tanda-tanda amaran yang dinyatakan di atas, eloklah dapatkan pemeriksaan doktor pakar (jangan hanya bergantung kepada pemeriksaan doktor di klinik-klinik biasa yang selalunya dianggap sebagai sakit, batuk atau demam biasa). Banyak kes di mana diagnosis bagi mengenal pasti kanser lewat dilakukan kerana pesakit hanya makan ubat sakit/batuk biasa dari klinik biasa. Apabila sudah teruk barulah berjumpa dengan pakar sakit kanser, masa ini agak sudah terlewat. Oleh itu, diagnosis dan rawatan awal penyakit kanser amat penting.

Semoga info yang dikongsikan di sini bermanfaat kepada semua.

Sumber

About these ads

7 Responses

  1. assalamualaikum,salam sejahtera
    sy ingin bertanya sesuatu,
    saya telah mengalami batuk lbh daripada 3 bulan dan deman,selsema datang berulang kali.Dah pergi ke klinik dan diberikan pelbagai ubat namun batuk masih tidak hilang. Kondisi kahak pada mulanya kuning kehijauan namun selepas makan antibiotik ia berubah menjadi putih berbuih namun ia berulang kembali kepada kekuningan dan berbuih . Dan kebelakangan ini pelbagai gejala yang saya rasa seperti rasa sgt letih dan lemah seluruh badan tanpa sebab ,sesak nafas dan sakit dada,sakit belakang dada,sakit bahu dan lengan,menggigil,pitam ,pening dan sering demam.Jd apakah sebenarnya yang sy alami doktor dan apakah yang perlu saya lakukan,sbb sy semakin risau dgn semua ini.

    • Salam Ariey

      Saya terbuka artikel ini dan terbaca komen Encik. Saya bukanlah seorang doktor.Tetapi, baru-baru ini, teman lelaki saya telah meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru, meskipun arwah bukanlah seorang perokok.:( Semasa hayatnya, arwah menceritakan setiap apa yang beliau rasa. Simptom yang encik rasai lebih kurang sama dengan apa yang arwah alami. Sebaiknya, encik pergi ke hospital pakar untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya. Semoga encik dapat info selanjutnya dan kesihatan yang berpanjangan. Insya Allah.

  2. Suami saya paru2 penah kena tembuk.sbb masa tu diakena sesak nafas yg teruk.dokt ckp paru2 suami saya masuk angin.tempt yg kena tembuk tu mengeluarkn air dn drh.doct ckp suami dh tk boleh merokok.tp tahu jelah lelaki kn.masih merokok….itu 5 thn dulu…tp skrg sy tgk suami sy selalu batuk2.batuk ni xlah kerap.tp dlm 1 hari tu mesti batuk yg teruk.yg kerap bila masa tido atau awal pg.bila batuk dia ckp skit dada.batuknya kekadang kering dn kekadang bkahak.kahak warna apa sy tak tahu lah.dia slalu penat.g klinik dokt ckp batuk biasa…apa sbenarnya…..atau mmg org isap rokok akn dpt masalah ni..tlglah jawab

  3. Baru bberapa hari ini saya mngalami selalu susah udh menarik nafas.kalau baring pun ada sakit2..lps tu saya perlu bangun..kerana susah nak bernafas.

  4. Saya pula mengalami sakit dada sebelah kiri bahagian atas payudara, sakitnya kengkadang pandai berpindah.. sy sdh jumpa dgn doc beberapa kali tp doc ckp sakit urat sj then bg ubat urat kat sy tp sakit ni x hilang smp skg la malah sakitnya sampai tembus ke belakang..dan sy penah jg jalani pemereksaan ECG tp resultnya normal.. aku risau sangat.. ada sesape ble tlg bg respond ke??

  5. Informasi yang sangat menarik untuk di ketahui bersama… Bagi anda yang ingin mengetahui ubat yang mampu merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit kanser yang dialami anda dengan cara yang selamat serta terbukti berkesan anda bolehlah layari website di bawah ini sekarang…

    http://bit.ly/ubatkanser

  6. Minum daun belalai gajah juga dikenali sebagai sabah snake grass,ini boleh menyembuh kanser

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 113 other followers

%d bloggers like this: