Perbezaan antara sakit kepala migrain dengan sakit kepala sinus

Di antara sakit kepala yang biasa di kalangan kita ialah sakit kepala disebabkan migrain dan sakit kepala disebabkan sinus. Adakah kedua-duanya sama atau berbeza?

Sebenarnya banyak persamaan simptom asas di antara kedua-dua jenis sakit kepala ini, namun terdapat juga simptom khusus bagi mengenalpasti jenis sakit kepala tersebut. Mengetahui jenis sakit kepala yang betul adalah penting kerana ia berkait rapat jenis rawatan dan ubat yang harus diberikan.

Di antara simptom sama yang dikongsi oleh kedua-dua jenis sakit kepala ini ialah sakit kepala terutamanya di dahi yang disertai dengan gatal mata atau mata berair dan sakit ini dikaitkan dengan pergerakan.

Bagi sakit kepala migrain ditambah dengan simptom khusus iaitu rasa loya atau muntah, sensitif kepada bunyi atau cahaya, dan sakit kepala berdenyut yang teruk di sebelah kepala sahaja.

Sakit kepala sinus selalunya disebabkan oleh infeksi dan radang (bengkak) di laluan hidung dalam (nasal) yang biasanya menunjukkan simptom hidung tersumbat (sesak) di samping terasa sakit dan tekanan ke atas dahi dan di belakang tulang pipi.

Oleh kerana penyebab sakit kepala berbeza, maka rawatan dan ubat untuk mengurangkan sakitnya juga berbeza. Bagi sakit kepala migrain, yang penting ialah menghentikan atau mengurangkan rasa sakit dengan makan ubat (contoh triptans) dan hindari penyebab kepada migrain tersebut.

Bagi sakit kepala sinus, ubat diperlukan bagi mengurangkan hidung tersumbat dengan cara melegakan laluan nasal di samping ubat penahan sakit atau antibiotik (nasal steroids).

Rujukan

About these ads

One Response

  1. SAYA NAK TANYA..PENYAKIT SAYA NI DIKATEGORI MANA??SAYA SERING SAKIT KEPALA DAN TIDAK MENENTU DAN WAKTU, IANYA AKAN MENYERANG KESELURUHAN BAHAGIAN KEPALA SAYA..TAPI APA YANG PASTI BILA SAYA MENGALAMI SAKIT KEPALA SAYA TIDAK BOLEH BANGUN KERANA TERASA BERAT YANG TERAMAT SANGAT DIKEPALA. TAPI BILA SAYA MEMAKSA DIRI UNTUK BERJALAN SAYA TIDAK DAPAT BERJALAN DENGAN NORMAL TETAPI DENGAN TUNDUKKAN KEPALA INI KERANA MATA SAYA TIDAK DAPAT DIBUKA LANGSUNG KERANA BILA SAYA MEMBUKA MATA IA AKAN MENAMBAH LAGI KESAKITAN DIKEPALA SAYA. SEPERTI BERPINAR2 BILA MEMBUKA MATA.

    PERNAH SEKALI KETIKA SAYA SEDANG BEKERJA SAYA DISERANG SAKIT KEPALA DI PEJABAT, SAYA TIDAK DAPAT BERBUAT KERJA LANGSUNG KERANA YANG TERAMAT SANGAT..BILA SAMPAI DIRUMAH SAYA MENCAPAI KAIN LALU MENGIKAT DIKEPALA SUPAYA KURANG DAN SAYA TIDUR. BILA SAYA BANGUN DARI TIDUR SAYA DAPATI SAKIT DIKEPALA SAYA MASIH TERASA LAGI DAN BILA SAYA MENGAMBIL UBAT YANG DIBERI DOKTOR DIKLINIK UBAT UNTUK TAHAN SAKIT KEPALA BARU TERASA KURANG.

    SAYA MENGALAMI SAKIT KEPALA SEJAK TAHUN 2010 TETAPI PADA KETIKA ITU IA JARANG BERLAKU..TETAPI SEKARANG IA KERAP BERLAKU..APAKAH LANGKAH YANG PERLU SAYA AMBIL??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 127 other followers

%d bloggers like this: