Rahsia penduduk yang paling sihat di dunia

Dalam kehidupan sekarang yang serba canggih, segala-galanya nak cepat dan makanan pun kebanyakannya adalah segera dan diawet dengan pelbagai jenis bahan kimia yang bahaya. Oleh itu tidak hairanlah jika kadar orang yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes, sakit jantung, darah tinggi, kanser, obesiti dan kemurungan (depresi) di seluruh dunia semakin meningkat, seolah-olah fenomena ini seolah-olah menjadi penunjuk “orang kaya” atau “orang senang”. Tempat di mana penduduknya mempunyai kadar penyakit kronik yang tertinggi di namakan titik panas (hot spot), sebaliknya penduduk sesuatu tempat yang mempunyai kadar penyakit kronik terendah dinamakan titik sejuk (cold spot). Jadi, titik sejuk mempunyai penduduk yang paling sihat di dunia.

Apakah rahsia penduduk yang paling sihat ini? Tentulah amalan kehidupan harian dan diet mereka berbeza dengan kebanyakan manusia di tempat lain.

Di antara kelompok manusia yang paling sihat ini ialah:

1. Penduduk asli Tarahumara Indian di kawasan Copper Canyon di Sierra Madre, Mexico paling sedikit mengidap diabetes.

Apa rahsianya?

Mereka ini merupakan penduduk terpencil di Pergunungan Sierra Madre yang menyediakan dan memproses bahan makanan asas sendiri. Walaupun diet mereka mengandungi karbohidrat yang tinggi tetapi ditumbuk sendiri tanpa menggunakan sebarang bahan peluntur dan masih mengekalkan nutrien (terutamanya vitamin B yang banyak terdapat pada lapisan bijirin (seperti kacang, jagung dan tortila) yang mereka makan. Di samping itu, makanan mereka ditambah dengan pelbagai rempah ratus. Mereka juga masih mengamalkan gaya hidup secara tradisional di mana mereka banyak melakukan kerja tangan dan aktiviti fizikal lain.

Penduduk asli Tarahumara Indian di kawasan Copper Canyon di Sierra Madre, Mexico

2. Penduduk di kampung Ntui di Cameroon, Afrika Barat paling sedikit mengidap kanser, jarang sekali yang mengidap kanser kolon dan masalah sembelit.

Apa rahsianya?

Sekali lagi, ia berkaitan dengan diet juga. Diet mereka mengandungi fiber yang tinggi dan sangat kurang makan daging, terutamanya daging merah. Di antara makanan asasi mereka ialah gandum, barli, oat, beras perang (beras liar) yang semuanya tidak diputihkan. Diet fiber tinggi ini juga menyebabkan seseorang itu hidup lebih lama kerana risiko mendapat penyakit kardiovaskular, penyakit berjangkit dan masalah pernafasan adalah rendah.

Selain itu, penduduk ini juga makan makanan yang ditapai (peram), seperti makanan jeruk, tapai jagung dan yogurt) dengan menggunakan bakteria baik (probiotik) yang dapat memperbaiki kesihatan usus dan meningkatkan sistem imun seseorang itu.

3. Penduduk di Iceland paling sedikit menghadapi depresi (kemurungan).

Apa rahsianya?

Walaupun kawasan ini mempunyai tempoh malam atau gelap yang panjang, terutamanya pada musim sejuk, namun mereka paling sedikit mengalami kemurungan di dunia, di mana di tempat-tempat lain masalah kemurungan semakin meningkat.

Apa rahsianya?

Kajian menunjukkan ia berkaitan dengan diet juga. Penduduk di sini banyak makan ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 paling tinggi. Omega-3 dapat mengurangkan kolesterol di samping berupaya menghindari kemurungan.

4. Penduduk Pulau Crete (pulau terbesar di Greece) paling kurang mengidap penyakit jantung.

Apa rahsianya?

Mereka ini mengamalkan diet Mediterranean yang terkenal dengan diet sihatnya kerana mereka menggunakan banyak extra virgin olive oil (minyak zaitun tanpa proses) dalam masakan dan makanan salad mereka. Extra virgin olive oil ini mengandungi antioksidan yang sangat tinggi yang sangat baik untuk kesihatan. Mereka juga banyak makan ikan yang mengandungi omega-3 yang tinggi bagi mengurangkan kolesterol dalam darah. Roti yang mereka makan pula diperbuat daripada gandum fiber tinggi yang dikisar sendiri dengan batu, di samping makan kekacang, yogurt dan kurang makan daging merah.

Oleh itu, jika hendak sihat dan terhindar daripada penyakit-penyakit kronik ini, amalkanlah cara diet dan gaya hdiup mereka.

Untuk maklumat lanjut sila ke link berikut…

Rujukan

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 132 other followers

%d bloggers like this: