Hadis ~ Keadaan umat Islam akhir zaman

“Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah SWT akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah SWT akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”. Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi Muhammad SAW kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (HR Abu Daud)

Hadis ~ Syurga bagi orang yang benar-benar berserah

“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi SAW bersabda: “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya).” (HR Muslim)

Hadis ~ Merasai kemanisan iman

“Daripada Anas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Tiga sifat, barangsiapa mempunyai sifat-sifat yang berikut akan merasai kemanisan iman: Pertama, mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul SAW lebih dari segala sesuatu. Kedua, Tidak mencintai seseorang kepada seseorang yang lain kecuali kerana Allah SWT. Ketiga, seorang yang membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api.” (HR Bukhari)

Hadis ~ Jangan putus asa dalam berdoa

“Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: “Doa seseorang hamba sentiasa akan diterima oleh Allah SWT selagi dia tidak mendoakan perkara dosa atau memutuskan silaturrahim dengan syarat dia tidak gopoh. Maka ditanyakan, “Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan gopoh?” Baginda bersabda, “Hamba itu berkata saya sudah berdoa, kemudian berdoa lagi namun saya tidak nampak yang doa saya diterima. Lalu dia menjadi letih serta bosan dan tidak berdoa lagi.” (HR Muslim)

Hadis ~ Sesama Islam adalah saudara

“Daripada Abdullah Ibn Umar r.a., katanya, “Rasulullah SAW bersabda: “Org Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak mendedahkannya kepada kebinasaan. Sesiapa yg menolong hajat saudaranya Allah akan menolong hajatnya, dan sesiapa yg melepaskan kedukaan seseorang Islam, Allah akan melepaskan kedukaannya pada hari kiamat. Sesiapa yg menutup keaiban seorang Islam, Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.” (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Nasai)

Hadis Qudsi ~ Allah bersama orang yang sentiasa berzikir

Berkata Abu Hurairah r.a. dan al-Hakim dari hadis Abu Darda bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Aku akan bersama hamba-Ku selama dia mengingati-Ku dan kedua bibirnya bergerak kerana Aku.” (Riwayat Al-Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Hadis ~ Keadaan semasa hampir kiamat

“Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Hari kiamat semakin mendekat, ilmu akan dicabut, fitnah akan banyak muncul, sifat kikir akan bermaharajalela dan banyak terjadi haraj.” Para sahabat bertanya: “Apakah haraj itu?” Rasulullah SAW. menjawab: “Yaitu pembunuhan.”
(HR Shahih Muslim No.4827)

Hadis ~ Al-Quran sebagai pemberi syafaat

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah oleh kalian Al-Qur’an, kerana pada hari Kiamat nanti dia akan datang sebagai pemberi syafa’at kepada orang yang membacanya.” (HR Muslim)

Hadis ~ Kebaikan menghapuskan dosa

“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu berbuat dosa, maka lakukanlah kebaikan (untuk menghapuskannya).” (HR Baihaqi)

Hadis ~ Kelebihan sujud semasa membaca Surah Sajdah

“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.” (HR Bukhari dan Muslim)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 118 other followers

%d bloggers like this: