Maklumat ini diterima melalui e-mail untuk makluman semua orang Islam, lain kali kalau nak makan di sesuatu restoran, pergilah tinjau-tinjau ke dapurnya dahulu jika ada peluang….
Ini ada kaitan dengan berita di surat khabar kelmarin tentang :
Restoran vegetarian tipu sijil halal
2010/11/25
PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyerbu sebuah restoran berasaskan sayur-sayuran (vegetarian) kerana mengaburi mata pelanggan beragama Islam dengan menampal logo halal di premis mereka tanpa mendapatkan sijil halal sah di Jalan 8/1E di sini, semalam.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, berkata serbuan kira-kira jam 11 pagi itu dilakukan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Shah Alam hasil aduan orang awam dan risikan.
“Keadaan dalam premis itu tersusun, bagaimanapun hasil pemeriksaan di ruangan dapur, kami mendapati tukang masak lelaki warga Myanmar memasukkan cuka arak yang diragui penggunaannya ke dalam masakan yang disajikan,” katanya di sini, semalam.
Restoran itu didapati menggunakan bahan masakan dipercayai mengandungi alkohol bagaimanapun menampal logo halal bersaiz besar di pintu masuk hadapan premis terbabit bagi mengaburi mata pelanggan Islam.
Sumber Berita Harian
Perincian daripada berita itu, dipaparkan di sini keadaan dapur restoran tersebut yang selama ini menghidangkan makanan juga kepada orang Islam, yang kononnya makanan yang dihidangkan adalah makanan vegetarian….
Restoran Vegeterian Anda Tahu Apa Ada Di Dapurnya?
Petaling Jaya, Selangor
24 Nov 2010, 11 pagi

Restoran ‘vegeterian’ ini memang terkenal di Petaling Jaya. Ia telah wujud sejak kira-kira 18 tahun lalu.

Sudah terang lagi bersuluh, ianya bukan milik orang Islam, apatah lagi pekerjanya.

Namun, restoran ini merupakan antara pilihan orang Islam yang konon mengamalkan ‘makan sayur’ untuk diet mereka.

Sungguh malang apabila perkara beginipun jika anda hendak menikmati makanan di sini, tanpa befikir panjang.

Jika anda sebenarnya tidak pernah atau tidak berapa ambil endah akan perkara sekeliling, logo Halal yang tertampal di pintu restoran ini sendiri sepatutnya telah menjadi kemuskilan anda.

Logo ini telah hampir 10 tahun dimansuhkan penggunaannya.

Mari kita lawat ke bahagian dapurnya.

Siapakah tukang masak makanan yang anda makan itu?

Mereka ialah warga Myanmar, yang sama sekali tidak faham berbahasa Malaysia, dan English hanya tahu sepatah dua perkataan.

Yang pasti mereka mengaku bukan berugama Islam.

Beberapa barangan untuk memasak diperiksa.

Ada juga perencah/ramuan yang diragui kandungannya.
(Ketika operasi ini diadakan, terdapat 1 kumpulan yang hendak makan di sini. Mereka telah duduk dan sedang memesan makanan. Dua wanita Melayu yang menyedari kehadiran kami, datang bertanya, dan setelah dijelaskan, mereka kemudian meninggalkan rakan-rakan lain.)
Like this:
Like Loading...
Filed under: Isu Semasa, Pemakanan | Leave a Comment »