IPT disaran hargai, jaga kebajikan pensyarah

“IPT disaran hargai, jaga kebajikan pensyarah”, begitulah tajuk berita dalam myMetro pada 2/8/2010.

Bagaimanakah caranya IPT menghargai pensyarah masing-masing? Adakah dengan memudahkan kenaikan pangkat tanpa perlu melihat kepada meritnya? Memang peluang kenaikan pangkat bagi para pensyarah sekarang ini jauh lebih mudah kalau dibandingkan dengan suatu masa dahulu, asalkan seseorang itu mencapai KPI dan kelayakan masing-masing. Tapi, cukupkah dengan mekanisme tersebut? Bagaimana dengan skim gaji pensyarah berbanding beban tugas yang ditanggung dan dipertanggung-jawabkan? Bagi saya, inilah yang perlu diperbaiki supaya skim pensyarah lebih baik daripada skim guru-guru ijazah di sekolah-sekolah menengah.

Disebabkan pensyarah IPTA dan guru sekolah diletakkan di bawah Kementerian yang berlainan, maka kelihatannya tiada penyeragaman dari segi skim gaji mengikut kelayakan di antara kedua-dua kementerian ini. Nampak macam Kementerian Pelajaran lebih bermurah hati dengan menawarkan skim gaji yang lebih menarik kepada para guru sekolah. Mana tidaknya, pengetua di sekolah yang cemerlang boleh naik pangkat ke JUSA yang mana sama pangkat dengan profesor di IPTA, manakala guru penolong kanan sama pangkat dengan profesor madya di IPTA. Adakah beban tugas mereka sama? adakah KPI mereka sama? Di sini nampak ketidakadilannya.

Di IPTA, tugas asas pensyarah ialah pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan profesional di samping tugas-tugas lain yang datang bertimbun-timbun. Selain pengajaran, pensyarah di IPTA wajib mendapatkan dana penyelidikan, menjalankan penyelidikan, menyelia pelajar siswazah dan pelajar sarjana muda menjalankan projek ilmiah tahun akhir, menyelia latihan industri, menerbitkan hasil penyelidikan dalam jurnal berwasit dan berimpak tinggi, membentangkan hasil penyelidikan di seminar/konferensi, menjalankan kerja-kerja pentadbiran, sekurang-kurang perlu terlibat dalam pelbagai jawatankuasa di peringkat jabatan, fakulti, universiti, nasional dan antarabangsa, memberi khidmat nasihat secara percuma atau konsultasi, dan berbagai-bagai tugas yang diberi dari masa ke masa. Semuanya ini adalah termasuk dalam KPI pensyarah IPTA, lebih parah lagi ialah untuk memenuhi KPI pensyarah di universiti penyelidikan (RU) di mana KPInya jauh lebih tinggi berbanding dengan universiti bukan penyelidikan.

Adakah guru-guru di sekolah mempunyai beban tugas seberat ini?

Isu pensyarah yang beralih institusi ini juga perlu diambil perhatian. Beralih maknanya tentu tak puas hati atau tidak selesa dengan tempat lama, kerana tempat baru dijangka dapat menyediakan “yang lebih baik”. Apa sebabnya? Mungkin gaji tidak setimpal dengan beban tugas yang diberikan di samping persekitaran kerja yang tidak kondusif… yang jelasnya tiada perbezaan gaji antara IPTA yang bertaraf RU dengan IPTA biasa, walhal beban tugas dan KPI yang perlu dipenuhi oleh pensyarah di RU jauh lebih tinggi. Ini adalah di antara sebab banyak pensyarah dari RU mencari peluang di IPTA bukan RU, apa tidaknya… kerja kurang, stress kurang tapi gaji sama je…. oleh itu, KPT perlu fikir-fikirkan dan ambil tindakan segera….

Oleh Ruhaiza Rusmin dan Ihsan Noorzali
2010/08/02

IPT disaran hargai, jaga kebajikan pensyarah

BUKAN fenomena luar biasa pensyarah beralih institusi atas alasan kerjaya dan pendapatan lebih baik, namun jika tidak dibendung, ia mampu merosakkan budaya penjanaan ilmu di kalangan ahli akademik.

Meskipun masih terkawal, pemantauan perlu dilakukan bagi memastikan institusi dan mahasiswa tidak menjadi mangsa.

Apatah lagi, kehilangan pensyarah bermakna institusi kehilangan pakar berkelayakan dan berpengalaman, sekali gus mengganggu proses pembelajaran mahasiswa.

Persoalannya, adakah budaya ini diterima sebagai proses perkembangan ilmu dan kemahiran di kalangan cendekiawan atau hanya medium memperoleh keuntungan segera? Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak, Prof Dr Zakaria Kasa berkata, tidak timbul isu ‘jual beli’ cendekiawan.

Beliau berkata, penyebaran ilmu memerlukan pelbagai input termasuk tenaga pengajar berkualiti, prasarana lengkap dan modul terpilih untuk memantapkannya.

Justeru, proses peralihan institusi bukan luar biasa bagi memperkukuhkan akademik dan kepakaran.

“Pasaran pendidikan negara berkembang selaras kehendak kepelbagaian cabang ilmu dan kepakaran. Peralihan pensyarah langkah proaktif menjayakannya.

“Bukan sensasi kerana matlamatnya murni. Jika menganggapnya sebagai mekanisme jual beli, tentu tidak munasabah dan naif.

“Bukalah minda, lihat dalam konteks luas, manfaatnya kepada pelajar dan pembangunan negara pada masa depan,” katanya. Meskipun terdapat kecaman, beliau yang juga Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara menyifatkannya sebagai hak individu.

Menurutnya, pelepasan tidak dilakukan sewenang-wenangnya, malah perlu mendapat keizinan dan komitmen berkaitan.

“Bagaimanapun, ia hak individu dan jika mendatangkan kebaikan, mengapa perlu disekat?” katanya Beliau berharap tiada sesiapa mempersoalkan kewajarannya kerana pensyarah perlu berdepan risiko, antaranya hilang keistimewaan seperti pencen jika tidak mendapat kebenaran.

“Saya kurang bersetuju budaya itu dikategorikan sebagai proses jual beli. Dalam pendidikan, keuntungan paling nyata ialah kejayaan mendidik pelajar dalam pengajian,” katanya.

Ditanya adakah budaya itu kian menular di kalangan pensyarah institusi pengajian tinggi negara, Dr Zakaria menganggapnya masih terkawal.

Bagaimanapun, mengakui institusi dan mahasiswa bakal berdepan masalah kekurangan tenaga pakar berkelayakan dan berpengalaman jika tiada mekanisme diambil bagi menanganinya.

“Untuk mencari pengganti dengan kelayakan serupa, memerlukan tempoh panjang. Ia boleh mengganggu proses pembelajaran dan perancangan dibuat.

Sumber berita

Gempar – Buaya tembaga mati terapung dekat Port Dickson

Awal tahun ini kita digemparkan dengan buaya mengamuk di perairan Port Dickson dan Melaka. Pertengahan tahun ini pula penduduk setempat sekali lagi gempar kerana menemui bangkai buaya yang besar terapung-apung di perairan yang sama.

Apakah yang menyebabkan buaya besar ini mati dan masih terapung-apung? Siapakah yang membunuhnya? Adakah buaya yang sama yang mengganas tahun lepas? Wallahu a’lam….

GEMPAR … Orang ramai menunjukkan seekor buaya yang ditemui terapung di perairan Kuala Linggi dekat Jalan Tanjung Agas, Batu 21, Port Dickson pada 12.45 tengahari, Isnin.

Seorang mekanik yang hanya mahu dikenali sebagai Azoy, 30 tahun berkata, sekumpulan pelajar kolej memaklumkan kepadanya mengenai buaya itu dan selepas mengumpul rakan-rakan yang lain, Azoy menggunakan mata kail untuk menarik buaya yang telah mati lebih kurang empat hari itu. Selepas diperiksa, buaya yang hampir reput berusia di antara 15 hingga 20 tahun dan dipercayai datang dari Sungai Linggi. Buaya tersebut kemudian di bawa oleh kakitangan Zoo Melaka untuk tindakan lanjut selepas dihubungi penduduk kampung. Foto BERNAMA.

Sumber Berita mStar online


Dua pengunjung pantai Ixora Permai di Pasir Panjang mengambil ukur lilit bangkai buaya tembaga sepanjang 5.48 meter yang ditemui mati dipercayai ditembak dan terdampar di pantai tersebut, dekat Port Dickson, Negeri Sembilan, 2 Ogos. – Utusan
Sumber Berita Utusan

Kurangkan Emisi Karbon dengan Pengurusan Sisa Pepejal Bersistematik

Sejauh manakah 1Green Malaysia ini akan berjaya?

Tidak dinafikan kejayaannya bergantung kepada komitmen semua pihak, termasuk pihak berkuasa, pembuat polisi, pelaksana polisi dan seterusnya rakyat keseluruhannya. Kalau satu pihak saja yang bersungguh tetapi pihak lain buat endah tak endah, 1Green Malaysia akan tinggal impian dan retorik semata-mata.

Kenapa Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang telah berumur 3 tahun itu belum dikuatkuasakan lagi? Perlukah tempoh yang begitu lama untuk dilaksanakan?

Walau apapun masih belum terlambat untuk kerajaan menguatkuasakan pengurusan Sisa Pepejal dengan baik dan berkesan supaya hasil yang positif dapat dinikmati oleh rakyat. Buat masa kini pembuangan sisa pepejal yang tidak terurus dan tidak menepati piawaian antarabangsa amat membimbangkan, terutamanya penghasilan gas metana (CH4) yang menyebabkan pencemaran udara dan menipiskan lapisan ozon serta air larut resapan (lechate) ke dalam sumber air bawah tanah daripada pusat pelupusan sampah.

Diharapkan tindakan dan penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Cadangan kerajaan mengenai perkara berkaitan dipanjangkan di bawah ini….

Pengurusan Sisa Pepejal Strategi Kurangkan Emisi Karbon

Oleh SYED AZWAN SYED ALI

MENYEDARI kesan perubahan iklim kepada dunia, Malaysia menetapkan sasaran mengurangkan emisi karbon dioksida (CO2) kepada 40 peratus menjelang 2020 berbanding pelepasan CO2 pada 2005.

Komitmen secara sukarela itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Persidangan Perubahan Iklim di Copenhagen akhir tahun lepas, tertakluk kepada bantuan daripada negara-negara maju.

Ia dilihat langkah positif negara bergerak ke arah ekonomi karbon-rendah.

Ini kerana Malaysia sedar perubahan iklim dan pemanasan global secara tidak langsung memberikan kesan kepada survival ekonomi Malaysia selaku negara membangun.

Perubahan cuaca tidak menentu seperti taburan hujan, ribut petir dan hakisan di beberapa lokasi di pesisiran pantai di negara ini tentunya akan menjejaskan aktiviti ekonomi di kawasan terbabit.

Dengan kata lain, negara tidak mempunyai pilihan kecuali mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, termasuk CO2, bagi membendung kesan perubahan iklim dan pemanasan global.

1GREEN MALAYSIA

Timbalan Setiausaha Bahagian Konservasi Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dr Gary W.Theseira, berkata dalam konteks ini kerajaan mengenal pasti tiga strategi utama bagi mengurangkan emisi karbon menjelang 2020.

“Satu daripada strategi itu ialah pengurusan sisa pepejal,” katanya dalam pembentangan mengenai komitmen Malaysia dalam pengurangan gas rumah hijau itu pada persidangan dan pameran Pengurusan Sisa 2010 di ibu negara, baru-baru ini.

Persidangan dan Pameran bertemakan “1Green Malaysia” itu dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai alam sekitar, Environmental Management and Research Association of Malaysia (ENSEARCH).

Mengulas mengenai strategi pengurusan sisa pepejal, Dr Theseira berkata kerajaan menetapkan sasaran kitar semula kepada 22 peratus menjelang 2020 berbanding kadar kitar semula negara yang berada pada tahap lima peratus ketika ini.

Selain itu melalui pembinaan lebih banyak tapak pelupusan sanitari, kerajaan juga menetapkan sasaran 75 peratus gas Metana (CH4) yang dihasilkan di tapak pelupusan, diserap dan dijana sebagai tenaga elektrik.

CH4 ialah antara gas rumah hijau, selain CO2, yang mengancam lapisan ozon dan menyebabkan kesan pemanasan global dengan sebahagian besarnya dihasilkan melalui proses pereputan sampah dalam tempoh tertentu.

TENAGA ELEKTRIK

Berbanding tapak pelupusan biasa yang beroperasi secara pembuangan terbuka dengan risiko bau, penyakit dan pencemaran alam sekitar, tapak pelupusan sanitari mempunyai sistem paip menyerap CH4 sebelum ditukarkan kepada tenaga elektrik.

Dr Theseira berkata selain strategi pengurusan sisa pepejal, dua strategi bagi mengurangkan emisi karbon ialah meningkatkan kecekapan tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui.

Menjelang 2020, permintaan tenaga elektrik negara dijangka mencecah 20,000 Megawatt dan untuk itu kerajaan menetapkan sasaran meningkatkan kecekapan tenaga kepada tiga peratus berbanding kecekapan sekarang.

Beliau berkata peningkatan kecekapan tenaga dijangka memindahkan sembilan juta tan CO2 manakala tenaga boleh diperbaharui dijangka mengurangkan 11 juta tan CO2 dan pengurusan sisa pepejal pula akan mengurangkan sebanyak 10 juta tan.

“Keseluruhan tiga sektor itu akan mengurangkan 30 juta tan CO2,” katanya.

Seorang lagi panelis pada persidangan itu yang juga pakar dalam pengurusan sisa pepejal daripada Universiti Malaya, Prof Dr P.Agumuthu berkata pengurusan sisa pepejal perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan.

Ini kerana 11 hingga 12 peratus daripada pengeluaran CH4 di peringkat global berpunca daripada tapak pelupusan yang tidak diuruskan dengan baik.

Dr Agumuthu berkata pengurusan sisa pepejal juga dikenal pasti sebagai antara tiga penyebab utama penyusutan kualiti alam sekitar dalam kebanyakan negara Asia termasuk Malaysia.

SAMPAH

Beliau berkata dalam konteks Malaysia, 90 peratus sampah yang dihasilkan di negara ini dilupuskan di 290 tapak pelupusan sampah dengan sebahagian kecilnya ialah tapak pelupusan sanitari yang mesra alam.

Daripada jumlah itu, hanya 176 tapak pelupusan masih aktif.

Sebelum ini, pakar pengurusan sisa pepejal daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Ir Dr Hassan Basri menyifatkan pengurusan sisa pepejal negara “kritikal untuk jangka panjang” ekoran hanya tujuh daripada 290 tapak pelupusan sampah ialah tapak pelupusan sanitari.

Ini bermakna kurang 2.5 peratus daripada keseluruhan tapak pelupusan sisa diuruskan dengan baik dengan selebihnya beroperasi secara pembuangan terbuka dengan risiko pencemaran air dan udara.

Pencemaran air dikaitkan dengan air larut resapan (lechate) ke dalam sumber air bawah tanah manakala pencemaran udara disebabkan pembebasan CH4 yang terhasil daripada proses pereputan sampah.

Pakar dan aktivis alam sekitar pula menyifatkan kerancakan ekonomi juga menyebakan persaingan guna tanah yang tinggi, sekaligus menyebabkan pembinaan tapak pelupusan sampah baru sebagai proses yang rumit.

Hal ini juga selari dengan peningkatan populasi yang semakin meningkat.

Dalam konteks ini, Dr Agumuthu berkata semua pihak termasuk kerajaan tidak mempunyai pilihan selain memandang serius terhadap pengurusan sisa pepejal bagi menentukan kelangsungan alam sekitar dan ekonomi negara.

Beliau berkata langkah terbaik ialah mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan dengan menggunakan amalan hijau seperti kitar semula dan pengasingan sampah di punca selain kerajaan terus menambah baik infrastruktur yang ada.

“Ini kerana pengurusan sisa pepejal mempunyai potensi mengurangkan sehingga 20 peratus pengeluaran gas rumah hijau di peringkat global,” katanya dan menambah sudah tiba masanya Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dikuatkuasakan bagi memastikan pengurusan sisa pepejal negara lebih efisyen. – BERNAMA
Sumber berita

Kuaci ‘halal’ palsu

Awas dengan kuaci yang diimport dari China yang dicop dengan logo halal JAKIM palsu.

Berita selanjutnya….

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/03/11

KAJANG: Selepas hampir 10 tahun popular di kalangan pengguna sebagai makanan ringan, sejenis produk kuaci berperisa yang diimport dari China dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas didapati menipu orang ramai apabila menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) palsu.

SIASAT…pegawai KPDNKK membuat pemeriksaan di syarikat pengimport kuaci.

Pemilik syarikat yang mengimport kuaci terbabit didapati menggunakan sijil halal palsu bagi memastikan produk terbabit menembusi pasaran pengguna Islam. Namun tindakan tidak bertanggungjawab pemilik kilang menemui noktah apabila 710 kotak berisi ratusan ribu bungkusan kuaci bernilai hampir RM100,000 dirampas.

Penggunaan logo halal tanpa kebenaran itu dibongkar selepas pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan mengejut di syarikat pengedar kuaci terbabit di Balakong, pagi semalam.

Lawatan mengejut pegawai KDPNKK dan Jakim itu bagaimanapun menyebabkan berlaku `perang hangat’ apabila pihak pengurusan syarikat enggan bekerjasama sebaliknya mempertikaikan kuasa dan tindakan pegawai KPDNKK memeriksa syarikat berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila, pihak pengurusan syarikat mengunci pintu menyebabkan pegawai KPDNKK dan Jakim terkurung sehingga polis dipanggil untuk tindakan meredakan keadaan.

Kehadiran tiga anggota polis bagaimanapun berjaya meredakan keadaan berikutan sikap pengurus syarikat berkenaan yang enggan bekerjasama dan mempertikaikan tindakan pihak berkuasa memeriksa premisnya.

Sumber KPDNKK berkata, pengurusan syarikat itu mendakwa memperolehi sijil halal dari satu syarikat perunding yang menawarkan perkhidmatan memperolehi sijil halal dari Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).

“Bagaimanapun, siasatan mendapati sijil halal yang ditunjukkan itu tidak pernah diiktirafkan Jaip termasuk Jakim berdasarkan maklumat meragukan serta status individu yang menurunkan tandatangan pada sijil terbabit,” katanya.

Sumber berita

Cuti Bersalin 90 hari?

Dahlah pekerja perempuan ramai berbanding lelaki, kalau asyik ambil cuti bersalin sampai 3 bulan, siapa yang hendak tanggung kerja mereka?? Bukan ke ini menyusahkan dan membebankan pekerja lain?? Pening pulak ketua-ketua jabatan nak cari pengganti sementara bagi mereka ini.

Rasanya 60 hari cuti bersalin sekarang pun sudah lama, ini kan pula 90 hari….

Apa nak jadi???

Oleh MOHD. DZULRAINI IMMERAN
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Satu juta tandatangan dicari sebagai menyokong kempen Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) untuk menambah cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.

Kempen yang dinamakan 90 Hari Untuk Ibu itu dilancarkan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2010 di ibu pejabat Nube di Jalan Semantan di sini semalam.

Presiden NUBE, Tan Eng Hong berkata, pengumpulan sejuta tandatangan daripada orang ramai tanpa mengira institusi pekerjaan diharapkan agar cuti sedia ada dalam Akta Kerja 1955 dikaji semula.

Sumber berita

Awas!!! jangan terbasuh wang RM 50 baru

Pastikan anda tidak terbasuh duit RM50 baru.

Seorang jurutera di PJ, Yeoh Jit Shiong, 25, telah terendam beg duitnya dalam mesin basuh. Apa yang mengejutkan ialah wang RM 50 yang baru dikeluarkan dari mesin ATMnya telah hilang sekelip mata.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah not RM 50 baru telah hilang gambar cetakannya termasuk no siri. Yang tertinggal hanyalah benang keselamatan dan watermark sahaja.

Manakala wang RM 50 dan RM 10 lama yang turut tercuci tidak rosak sama sekali.

Jika wang RM 50 lama boleh bertahan berada di dalam mesin cuci, mengapa tidak wang RM50 baru, yang seharusnya yang diperbaiki, dan telah diupgrade versinya?

Sumber berita

Tips to identify country barcode of a product

There is a good tip for identifying the products to boycott. Every bar coded product in the market contains its country code included in barcode digits. Please check the barcode of any product before you buy.

Check the first 3 digits from the LEFT.

Example, an Israeli product will have barcode like:
729 3453459070

The following list is given according the priority as the worst at top and then second worst is next.

729 Israel
570 – 579 Denmark (i.e. 570, 571… 579)
870 – 879 Netherlands (i.e. 870,871… 879)

AWAS!!! Buku Komik Bahaya …

Info ini diterima melalui email.

Ini satu lagi usaha pihak Kristian untuk memesongkan akidah umat Islam. Kanak-kanak Islam dijadikan sasaran oleh Kristian.

Inilah akibatnya kalau penggunaan nama Allah dibenarkan kepada bukan Islam….dengan mudah mereka boleh menjadikannya senjata untuk memesongkan dan mengelirukan orang Islam, terutama kanak-kanak yang masih mentah dan orang Islam yang lemah pegangan agama.

Apa yang mengejutkan ialah buku ini bukan sekadar buku komik bergambar untuk bacaan kanak-kanak. Apa yang jelas dalam buku ini adalah bercanggah dengan akidah kita sebagai umat Islam.

Buku ini telah diedarkan oleh pihak tertentu di sekitar Bukit Bintang, di mana teman saya memperolehinya secara tidak sengaja (diedarkan dalam raga motorsikal).

Apa yang membimbangkan kita ialah sasaran buku-buku ini diedarkan adalah untuk kanak-kanak. Bersama ini disertakan bukti-bukti gambarnya.

Muka depan buku ini.

Nota: Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

AWAS!!! Buku “The True Furqan” – Sesat dan Menyesatkan

Kepada semua muslimin dan muslimat,

Kini, pelbagai cara dan pendekatan yang digunakan oleh orang kafir untuk memesongkan akidah dan mengelirukan pemahaman umat Islam terhadap ajaran Islam yang sebenarnya. Ini mungkin disebabkan kebimbangan musuh-musuh Islam ini akan perkembangan Islam yang pesat dalam abad ini, terutamanya di negara-negara maju, seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.

Musuh-musuh Islam ini tidak pernah mengenal erti putus asa untuk memurtadkan umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati dengan taktik kotor mereka ini di samping mempertingkatkan ilmu, pemahaman dan penghayatan ajaran Islam yang sebenarnya.

Berikut adalah contoh The New American Quran yang dinamakan The True Furqan yang jelas bertujuan memesongkan akidah umat Islam kepada pemahaman Kristian yang sesat.

Tajuk buku yang menyesatkan ini.

The new AMERICAN Quran: a dangerous trick

A new Quran is being distributed in Kuwait, titled ‘The True Furqan‘. It is being described as the ayats of the Shaytan and Al-Furqan weekly magazine has found out that the two American printing Companies; ‘Omega 2001′ and ‘Wine Press’ are involved in the publishing of ‘The True Furqan’, a book which has also been titled ‘The 21st Century Quran’!

It has over 366 pages and is in both the Arabic and English languages….it is being distributed to our children in Kuwait in the private English schools! The book contains 77 Surats, which include Al-Fatiha, Al-Jana and Al-Injil. Instead of Bismillah, each Surat begins with a longer vesion of this incorporating the Christian belief of the three spirits..

And this so called Quran opposes many Islamic beliefs. in one of its ayats it describes having more than one wife as fornication, divorce being non-permissible and it uses a new system for the sharing out of the will,
opposing the current one. It states that Jihad is HARAAM.

This book even goes as far as attacking Allah, Subhanahu wa Tahala!

All this is poisoning our children at approx. price of US $3.

Sumber: e-mail.

Terjemahan Allah ditukar kepada Jesus.

Contoh ayat yang dipesongkan.

Jalan yang sesat.

Nota: Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Kenapa zalim kepada haiwan???

Kenapa manusia sanggup menzalimi haiwan, hanya kerana mahukan keuntungan dan kekayaan serta kepuasan diri?? haiwan pun berhak untuk hidup dan menikmati anugerah Allah swt.

Kenapa haiwan ini perlu dibunuh dengan kejam dalam jumlah yang besar??? Ini telah memporakperandakan keseimbangan ekologi lautan anugerah Ilahi.

Ayuh, mari kita bantah penzaliman manusia rakus kepada gergasi laut ini….

Zalimnya…. sehingga air laut bertukar menjadi laut darah.

KEDENGARAN jeritan dan sorakan di tengah lautan. Keterujaan itu seiring dengan kegigihan kumpulan anak kapal yang sedang berusaha menarik seekor paus sepanjang hampir 20 meter naik ke atas kapal.

Darah merah lantas mencemarkan kebiruan air laut di situ. Semakin banyak ia mencurah saat paus itu meronta-ronta minta dilepaskan. Namun, kuasa tombak yang dibedil dari atas kapal gergasi itu jauh tertusuk lalu menembusi tulang-temulangnya.

Setelah berjaya dinaikkan, paus itu menghadap seksaan paling kejam. Ia ditembak berkali-kali untuk memastikan hayatnya benar-benar sudah berakhir. Hanya selepas itu, proses melapah pun bermula.

Nasib paus tiada penyudahnya. Keengganan Jepun menghentikan tradisi makanan berasaskan daging mamalia laut terbesar itu seumpama mementingkan diri sendiri.

Kalau membayangkan siri perbuatan itu, ia seolah-olah meletakkan manusia sebagai makhluk yang paling kejam.

Walaupun menerima persepsi sedemikian, bagi pemburu-pemburu paus dari Jepun itu, ia bukanlah satu kekejaman. Sebaliknya, ia suatu proses yang biasa dilakukan para pelaut tersebut untuk mencari sumber makanan bagi mengisi perut yang kosong.

PAUS kelabu seperti ini sentiasa terancam saat ia muncul di permukaan laut untuk mengambil nafas atau bermain dalam kelompoknya.

“Paus ditangkap kerana kami menghargainya. Secara fitrah, ikan paus yang dilahirkan di laut adalah untuk kami memburunya. Kami rasa paus berasa ‘gembira’ untuk dimakan.

“Saya tidak pernah mendengar sesiapa pun yang mengeluh kesal. Kanak-kanak di sini pun tidak bersedih kerana paus yang mati. Paling nyata, mereka mungkin berkata tangkapan hari ini nampak sedap,” kata salah seorang bekas pemburu Yuichi Kimura yang berasal dari Ayukawa, Jepun.

Di restoran-restoran Negara Matahari Terbit itu, hidangan daging paus bukanlah sesuatu yang asing. Makanan eksotik itu menjadi kegemaran malah merupakan sebahagian daripada makanan wajib penduduknya.

KEHADIRAN kapal besar yang dilengkapi tempuling seperti Yushin Maru ini adalah ancaman menakutkan buat paus dan kumpulan pergerakan antipemburuan.

Walaupun menyedari haiwan tersebut sudah semakin pupus, Jepun masih enggan membuang tabiat itu kerana ia telah menjadi tradisi mereka sejak ratusan tahun dahulu.

Menurut kajian, tradisi memakan daging paus dan pemburuannya telah wujud sejak abad ke-12 di Jepun. Tetapi selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, permintaan terhadapnya semakin tinggi lantaran selera terhadap mamalia laut itu semakin meningkat.

Tradisi dan kontroversi

Di negara yang mengalami kekurangan sumber makanan yang serius itu, paus bukan sahaja diambil dagingnya untuk memenuhi selera di meja makan. Bahagian-bahagian paus yang lain turut dijadikan sumber minyak bagi lampu, sabun, baja dan sebagainya.

Kata Yuichi, tradisi atas kapal Jepun tidak seperti amalan anak kapal pemburu paus di Amerika Syarikat. Kalau kapal Amerika membuang daging mamalia tersebut setelah mengambil bahagian tertentu yang boleh dijadikan minyak, pelaut Jepun pula memanfaatkan setiap inci paus yang ditangkap.

DEMONSTRASI yang mengecam kegiatan memburu paus sering dijalankan namun sejauh manakah gesaan itu diberi perhatian?

Isu pemburuan paus dan kerisauan terhadap kepupusannya telah mula dibangkitkan sejak 1925 dan telah dibawa ke Persidangan Geneva. Undang-Undang Pemburuan Paus telah digubal pada 1931 dan mula dikuatkuasakan pada 1934, namun Jepun dan Jerman tidak menghiraukannya.

Begitupun pada 1947, daging paus telah menguasai pasaran Jepun sebanyak 50 peratus berbanding daging-daging lain. Malah pada sekitar 1954 pula, satu Akta Pemakanan Sekolah telah menyenaraikan daging paus dalam program pemakanan di sekolah kerana mereka percaya ia dapat meningkatkan nutrisi kanak-kanak Jepun.

Tanpa terkesan terhadap tekanan gerakan kumpulan pencinta haiwan dan pelbagai pertubuhan global lain yang mewakili survival haiwan itu, daging paus terus menjadi sebahagian daripada makanan mereka kerana ia dipercayai berkhasiat dan rendah lemak.

KAPAL ini sedang menarik masuk seekor paus minke bersama anaknya di Lautan Antartik. Jepun mendakwa penangkapan paus adalah untuk tujuan ‘penyelidikan’.

Bagaimanapun, selepas ekonomi negara tersebut pulih, permintaan terhadap daging ikan paus sedikit menurun selepas daging-daging lain menjadi popular di pasaran menjelang 1970.

Kerajaan negara tersebut walau bagaimanapun terus berusaha meningkatkan semula permintaan dan minat terhadap daging paus.

Sebuah syarikat telah ditubuhkan dan bertanggungjawab menghantar daging paus ke sekolah, hospital dan restoran. Walaupun pengedarannya percuma, penjualannya tetap dikawal bagi memastikan harganya berada di tahap yang memuaskan.

Pengharaman

Selaras dengan larangan oleh Suruhanjaya Pemburuan Paus Antarabangsa (IWC), misi pemburuan paus di Lautan Antartik bagaimanapun telah dihentikan oleh Jepun pada 1986-1987. Ini berikutan langkah negara-negara Barat yang melobi pengharaman tersebut atas hujah bahawa haiwan itu diburu secara melampau sehingga membawa kepada kepupusan.

Walaupun berat menerima penguatkuasaan itu, Jepun terpaksa akur menghentikan aktiviti memburu paus minke di kawasan pesisiran pantai sejak tahun 1988.

DAGING paus menjadi kegilaan diet rakyat Jepun kerana mempercayai nilai khasiatnya yang tinggi.

Namun, kontroversi itu tidak tamat begitu sahaja. Jepun sebenarnya masih meneruskan aktiviti yang membunuh beratus-ratus ekor paus setahun. Cuma mereka memberi alasan pemburuan dan pembunuhan itu atas nama ‘penyelidikan’.

Alasan tersebut telah menerima kritikan daripada negara-negara antipemburuan paus seperti Amerika Syarikat dan Australia yang melihatnya sebagai pemburuan komersial. Umum tahu, paus akan tetap berakhir di atas pinggan sebagai hidangan di restoran dan dapur rumah mereka.

Sepanjang tahun 2009 yang mempunyai 10 musim memburu paus, Jepun yang memiliki sebuah kapal industri, empat kapal tempuling dan dua kapal patrol telah membunuh 935 ekor paus minke, 50 ekor paus fin dan 50 spesies humpback setiap musim.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Suruhanjaya Paus Antarabangsa (IWC), tangkapan paus dengan permit oleh Jepun dari 1988 hingga 2008 di Pasifik Utara dan Hemisfera Selatan adalah sebanyak 11,368 ekor.

Ekoran ia berhampiran perairan Australia, kerajaan negara kanggaru tersebut lantang memberi komen mengenai kegiatan tersebut.

Pada tahun 1994, Australia mengumumkan bahawa kawasan sejauh 200 batu nautika (370 km) yang mengelilingi Wilayah Antartik Australia sebagai Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ). Zon itu termasuk dalam bahagian selatan kawasan Tempat Perlindungan Paus Laut Selatan yang telah diisytihar IWC.

Pada Disember 2007, kerajaan Australia mengumumkan rancangan untuk mengawasi pemburu paus Jepun yang memasuki perairan mereka. Perdana Menteri, Kevin Rudd, turut membuat bantahan rasmi terhadap aktiviti pemburuan paus oleh Jepun dan mengancam untuk mengambil tindakan melalui mahkamah antarabangsa.

“Jika kita tidak boleh menyelesaikan masalah ini secara diplomatik kami tidak akan menunggu lama untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Kami serius dalam hal ini. Saya lebih suka menyelesaikannya secara diplomatik tetapi jika gagal, pasti ada jalan alternatif untuk menyelesaikannya,” kata Kevin.

Jepun telah mengundang masalah yang lebih besar apabila kapal milik mereka, Shonan Maru 2, telah melanggar bot canggih milik kumpulan antipenangkapan paus Persatuan Pemuliharaan Sea Shepherd 6 Januari lalu.

BOT canggih Ady Gil ini musnah di bahagian hadapannya kerana mendakwa kapal Jepun, Shonan Maru 2, melanggarnya ketika melakukan aktiviti pemburuan paus.

Muncung bot bernama Ady Gil itu telah patah akibat dirempuh Shonan Maru 2, dan akibatnya kedua-dua belah pihak saling menyalahkan kedudukan dan peranan masing-masing.

Sea Shepherd dalam satu kenyataan memberitahu, kapal The Shonan Maru 2 tiba-tiba menghidupkan enjin dan melanggar Ady Gil sehingga bahagian depan bot itu putus.

Institut Penyelidikan Cetacean (ICR) Jepun pula mendakwa lima warga New Zealand dan seorang rakyat Belanda dalam bot canggih itu cuba merosakkan kemudi dan kipas dengan menggunakan tali selain menembak ‘cahaya laser’ kepada anak kapalnya dan melontarkan bom busuk.

“Mereka telah membuktikan bahawa mereka tidak mengendahkan undang-undang dan nyawa manusia, sama seperti nyawa paus. Enam anggota kami boleh terbunuh dalam kejadian itu,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sea Shepherd, Chuck Swift.

Jurucakap bagi ICR, Glenn Inwood, pula membalas dengan menyifatkan tindakan Sea Shepherd itu sebagai usaha meraih publisiti semata-mata.

Hakikatnya, selagi ada permintaan dalam pasaran daging paus di Jepun, selagi itulah pemburuan terhadapnya tidak akan berakhir.

Walaupun kesedaran masyarakat Jepun terhadap isu kepupusan paus sudah menampakkan sedikit peningkatan, ia masih belum cukup untuk menghalang kegilaan aktiviti pemburuannya. Tradisi tersebut terlalu kuat untuk dikatakan salah, apatah lagi untuk dihentikan.

Sumber

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 113 other followers

%d bloggers like this: