Tahukah anda?

Maksimumkan khasiat air teh

Tahukah anda khasiat air teh mampu dimaksimumkan dengan mencampurkan jus lemon atau jus limau kerana jus sitrus ini mampu meningkatkan penyerapan antioksidan yang sedia ada di dalam air teh. Antioksidan ini perlu bagi melindungi badan daripada pelbagai jenis penyakit, kesan pencemaran dan melambatkan proses penuaan.

Lemon_tea_squared_circle

Tahukah anda?

Lembu terkecil di dunia

Tahukah anda bahawa Dexter cow Swallow ialah lembu terkecil di dunia dengan ketinggian cuma 33 inci (0.8 meter). Ia termasuk dalam 10 Rekod terbaik The New Guinness World’s Record 2011.

Lembu ini terdapat di Ladang Pike End di Utara Yorkshire, United Kingdom.

Record lembu

Tahukah anda?

Kupu-kupu terbesar di dunia

Tahukah anda bahawa kupu-kupu Atlas (Attacus atlas) ialah kupu-kupu terbesar di dunia. Kupu-kupu ini terdapat di hutan-hutan kawasan tropika dan sub-tropika, dari Asia Tenggara hingga ke Selatan China. Kupu-kupu ini biasa terdapat di Kepulauan Melayu, iaitu Thailand, Malaysia hingga ke Indonesia.

moth combine

Sumber

Tahukah anda…..

Khasiat kacang merah

Tahukah anda bahawa makan kacang merah sekurang-kurangnya 4 kali seminggu dipercayai dapat menurunkan risiko penyakit jantung sehingga 19%.

Sumber: MedikTV

kacangmerah

Tahukah anda?

Uban tak semestinya tua

Rambut beruban bukanlah tanda tua bagi mereka yang berumur dalam lingkungan 50an tetapi ia lebih kepada penunjuk kualiti darah yang kurang baik dan keadaan ginjal yang agak lemah.

Tahukah anda bahawa minum jus wheatgrass muda setiap hari dapat mengembalikan warna rambut yang beruban kepada warna hitam atau warna semulajadi seseorang itu. Selain itu, jus ini juga mampu memperlahankan proses penuaan secara keseluruhan dengan cara menggalakkan penghasilan sel-sel badan yang baru, menyiahtoksikkan badan, melawan pertumbuhan tumor, menegangkan kulit yang tua dan kendur.

wheatgrass_green_drinks

Tahukah anda?

Seluar ketat

Tahukah anda bahawa pemakaian seluar ketat boleh meningkatkan tekanan di sekitar abdomen dan menyukarkan makanan dan gas dalam perut untuk turun ke bawah bagi proses penghadaman yang normal.

Tahukah anda?

Kelebihan minum air kosong sebelum sarapan

Tahukan anda terdapat banyak kelebihan minum air kosong atau air mineral pada waktu pagi selepas bangun tidur iaitu semasa perut kosong sebelum mengambil apa-apa makanan sebagai sarapan pagi?

Di antara kelebihannya ialah:

* Membersihkan kolon dan memudahkannya menyerap nutrien.
* Menambah pengeluaran sel darah merah dan sel otot yang baru.
* Membantu menurunkan berat badan, dengan minum sekurang-kurangnya 500 ml air kosong yang dingin bagi meningkatkan metabolisma sebanyak 24% pada waktu pagi.
* Mendapatkan kulit yang bersih dan licin kerana air membantu menyingkirkan toksin dari darah yang menyebabkan kulit menjadi bersih.
* Menseimbangkan sistem limfa. Kelenjar limfa membantu badan berfungsi normal, menseimbangkan cecair alam badan, dan pertahanan diri daripada serangan penyakit berjangkit oleh kuman.

air

Tahukah anda?

Lemak berkumpul di abdomen berkait dengan kanser kolon

Lemak berkumpul dengan banyak di bahagian abdomen (perut dan pinggang) yang dikenali sebagai lemak visera dikaitkan dengan kanser kolon (usus besar).

Kajian yang dijalankan di Albert Eistein College of Medicine, New York menunjukkan bahawa lemak yang banyak berkumpul di bawah lapisan kulit abdomen menentukan sejauh mana efisiennya nutrien diserap melalui usus. Jika lapisan lemak terlalu tebal, penyerapan nutrien menjadi kurang cekap dan pada masa yang sama membenarkan tumbuhnya tumor kanser di usus. Apabila lemak ini berkurangan, pertumbuhan tumor kanser juga didapati berkurangan.

colon-cancer

Sumber

Tahukah anda?

Lobak merah

Tahukah anda dengan meratah atau makan mentah lobak merah setiap hari dapat membantu mencegah masalah rabun malam.

lobak

Tahukah anda?

Mukus hidung

Tahukah anda hidung manusia mengeluarkan 1/2 hingga 1 liter mukus sehari.

nasal mucus

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 86 other followers

%d bloggers like this: