Peliharalah mata ~ Imam Al-Ghazali

“Peliharalah matamu daripada 4 perkara: 1. Melihat perempuan yang bukan muhram. 2. Melihat gambar-gambar lucah yang membangkitkan syahwat. 3. Melihat orang lain dengan pandangan penghinaan. 4. Melihat-lihat keaiban orang lain. Ingatlah, semua anggotamu akan bersaksi ke atas segala perbuatanmu di padang mahsyar kelak dengan menuturkan perkataan yang lancar dan terang. Anggotamu akan mendedahkan segala rahsiamu [...]

Meninggalkan maksiat mengerjakan taat ~ Imam Al-Ghazali

“Agama itu terdiri daripada dua bahagian, iaitu meninggalkan maksiat dan mengerjakan taat. Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan maksiat hanya dapat dilaksanakan oleh orang-orang sidiqqin.” ~ Petikan Buku: Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) ~ Imam Al-Ghazali.

Tanda orang bersifat ujub dan takbur ~ Imam Al-Ghazali

“Tanda yang nampak pada orang yang ujub dalam majlis orang ramai ialah selalu suka mengangkat dirinya dan menganggapnya lebih berkebolehan daripada orang lain dan ia suka menonjolkan dirinya dalam perbincangan dan tidak senang kalau ada orang lain menolak pendapatnya. Orang yang takbur pula ialah tidak senang apabila ia diberi nasihat dan menggunakan bahasa yang kasar [...]

Sifat yang membinasakan seseorang ~ Imam Al-Ghazali

“Ada tiga sifat yang dapat membinasakan seseorang, iaitu sifat bakhil yang dipatuhi, hawa nafsu yang diikuti, dan merasa bangga dengan diri sendiri.” ~ Imam Al-Ghazali Petikan Buku: Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah).

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers