Jangan sekutukan Allah

Janganlah menyengutukan Allah dengan kekuatan diri sendiri, seolah-olah merasa sudah cukup kuat dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan Allah, tanpa rahmat, taufik, hidayat dan kurnia Allah.” ~ petikan Al-Hikam

Perlunya menundukkan nafsu

“Orang yang mencari kebenaran tetapi gagal menundukkan nafsu dan akalnya akan berpusing-pusing di tempat yang sama. Keyakinan dan keraguan sentiasa berperang dalam jiwanya.” ~ Syarah Al-Hikam

Jauhi hati yang lalai semasa membuat amal ibadat

“Amal ibadat yang sedikit dengan hati yang makrifat kepada Allah adalah lebih baik daripada amal ibadat yang banyak tetapi hati lalai kepada Allah SWT, sesuai dengan firmannya (mafhumnya): “Sebab itu celakalah orang-orang yang sembahyang, di mana mereka lalai dari sembahyangnya. Mereka mengerjakan kebaikan supaya dilihat orang.” (Al-Maa’un: 4-6) ~ Syarah Al-Hikam

Taubat orang berdosa lebih baik daripada taat orang yang takbur

“”Kadangkala dibukakan kamu pintu taat tetapi tidak dibukakan pintu makbul permintaan. Kadangkala kamu terdorong ke dalam dosa itu menjadi sebab menyampaikan kamu (kepada Allah SWT). Maksiat yang melahirkan rasa hina diri (kepada Allah SWT) dan rasa berhajat kepada-Nya lebih baik daripada taat yang melahirkan rasa megah dan takbur.” ~ Syarah Al-Hikam

Kelebihan taubat

“Pintu kepada Perbendaharaan Allah SWT yang tersembunyi adalah taubat! Orang yang telah menyuci-bersihkan hatinya hanya mampu berdiri di luar pintu Rahsia Allah SWT selagi dia belum bertaubat. Maksud taubat ialah kembali, iaitu kembali kepada Allah SWT. Orang yang melakukan dosa tercampak jauh daripada Allah SWT. Walaupun orang ini sudah berhenti melakukan dosa malah dia sudah [...]

Pergantungan kepada Allah SWT

“Bagi orang beriman, pergantungan kepada Allah s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Bagi orang yang tidak beriman, pergantungan mereka hanya tertuju kepada ilmu, keupayaan dan usaha mereka.” ~ Syarah Al-Hikam

Ikhlas sebenar

“Dalam ikhlas tidak ada kepentingan diri. Semuanya kerana Allah s.w.t. Selagi kepentingan diri tidak ditanam dalam bumi selagi itu ikhlas tidak tumbuh dengan baik. Ia menjadi sempurna apabila wujud diri itu sendiri ditanamkan.” ~ Syarah Al-Hikam

Ilmu Allah meliputi

“Segala kejadian berlaku menurut ketentuan dan pentadbiran Allah SWT. Tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Ilmu Allah SWT meliputi yang awal dan yang akhir, yang azali dan yang abadi. Apa yang dizahirkan dan apa yang terjadi telah ada pada Ilmu-Nya.” ~ Syarah Al-Hikam

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers