Tuhan dan hamba

“Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).” ~ Ali bin Abu Thalib k.w.

Mengambil berat diterima amal lebih penting

“Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amal-amal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.” ~ Ali bin Abu Thalib k.w.

Dasar kekafiran

“Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.” ~ Ali bin Abu Thalib k.w.

Mengharapkan Allah SWT dan takutkan dosa

“Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan kepada Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.” ~ Ali bin Abu Thalib r.a.

Pentingnya ilmu, faham dan ambil perhatian

“Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.” ~ Ali bin Abu Thalib k.w.

Petua istiqamah elakkan maksiat

Dikongsikan di sini petua yang ringkas dan padat untuk dijadikan peringatan kepada kita sebagai muslim sebenar, supaya dapat beristiqamah menjauhi diri daripada melakukan maksiat. Semoga bermanfaat….. Sumber gambar

Akibat syak wasangka

“Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.” ~ Ali bin Abu Thalib k.w.

Tanda orang berhati kasar

“Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.” ~ Ali bin Abu Thalib k.w.

Sunnah Allah, Rasul dan waliNya

“Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Saidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Saidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” Saidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah [...]

Penyakit dan Penawarnya – Ustaz Sharhan Shafie

Mari kita kongsi cara perubatan Islam ini…. Bahagian 1 Bahagian 2

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers