Tuhan dan hamba

“Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).” ~ Ali bin Abu Thalib k.w.

Mengambil berat diterima amal lebih penting

“Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amal-amal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.” ~ Ali bin Abu Thalib k.w.

Dasar kekafiran

“Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.” ~ Ali bin Abu Thalib k.w.

Mengharapkan Allah SWT dan takutkan dosa

“Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan kepada Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.” ~ Ali bin Abu Thalib r.a.

Pentingnya ilmu, faham dan ambil perhatian

“Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.” ~ Ali bin Abu Thalib k.w.

Akibat syak wasangka

“Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.” ~ Ali bin Abu Thalib k.w.

Tanda orang berhati kasar

“Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.” ~ Ali bin Abu Thalib k.w.

Sunnah Allah, Rasul dan waliNya

“Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Saidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Saidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” Saidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah [...]

4 perkara yang sukar dilakukan

“Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf ketika marah. – Bersedekah ketika kesempitan. – Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.” ~ Ali bin Abu Thalib r.a.

Sifat orang yang dikasihi Allah, malaikat dan muslim

“Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.” ~ Ali bin Abu Thalib r.a.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers