Kalau….

Kalau orang sakit memikirkan nyawanya, orang sihat akan memikirkan wangnya.

Kalau orang miskin memikirkan keperluan hidupnya, orang kaya akan memikirkan hartanya.

Kalau orang jahil memikirkan keseronokan dunianya, orang alim akan memikirkan akhiratnya.

Kalau pelajar memikirkan kerjayanya, orang bekerja akan memikirkan pangkatnya.

Kalau penulis memikirkan karyanya, penyanyi akan memikirkan lagunya.

Kalau pelakon memikirkan mutu lakonannya, penerbit akan memikirkan biayanya.

Kalau rakyat memikirkan undinya, pemimpin akan memikirkan kuasanya.

Pelajar Siswazah Biologi Rangkul Hadiah di Kongres Genetik Malaysia ke-8

Pelajar PhD, Faezeh Yazdani Moghaddam, memenangi Hadiah Pertama Pembentangan Poster manakala pelajar Master, Tee Meng Han, memenangi Hadiah Kedua Pembentangan Oral (di kalangan pelajar siswazah) dalam Genetics Resources and Breeding Theme di 8th Malaysia Genetics Congress, di Awana Genting, Pahang, dari 4-6 Ogos 2009 baru-baru ini. Kedua-dua pelajar siswazah tersebut adalah di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Siti Khalijah Daud dari Jabatan Biologi, Fakulti Sains, UPM.

Kongres Genetik Malaysia ke-8 ini adalah anjuran bersama Persatuan Genetik Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Kongres ini telah dihadiri oleh 200 para saintis, penyelidik, penggubal polisi, dan pelajar siswazah di seluruh negara. Kongres ini juga telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Y.B. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Antara program tetap dan dinanti-nantikan dalam Kongres Genetik Malaysia ialah Mendel Lecture di mana slot ini akan dimuatkan dengan public lecture oleh saintis terkemuka dalam bidang genetik, termasuk 2nd Mendel Lecture pada tahun 1996 oleh penerima Nobel Laureate Prof. Dr. James Watson iaitu penemu struktur DNA yang terkenal. Pada kali ini, the 8th Mendel Lecture telah diberikan oleh Datin Paduka Prof. Dr. Khatijah Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

H1N1 dirangsang oleh ubi kentang?

Salam,

Baru-baru ini saya menerima e-mail yang berikut:

Para saintis dari Kementerian Kesihatan Russia telah memberikan laporan sulit kepada Perdana Menteri Putin bahawa mereka telah menemui ‘critical-link’ antara virus H1N1 dan ubi kentang ‘amylopectin’ termodifikasi genetik (sengaja diubahsuai secara genetik). Kentang ini dijual kepada umum diseluruh dunia dalam bentuk ‘french-fries’.

Menurut laporan ini, enzim protease yang dimodifikasi dalam kentang tersebut bertujuan untuk mengelak penyakit tanaman kentang yang disebabkan oleh Virus X. Apa yang berlaku ialah enzim protease termodifikasi yang hadir di dalam tubuh badan manusia (dari kentang yang dimakan) tersebut telah menyebabkan replikasi virus H1N1 yang amat cepat dalam tubuh badan manusia. Virus H1N1 membiak (mereplikasi) dengan amat cepat kerana enzim protease termodifikasi ini menyediakan keadaan berasid kepada endosome H1N1. Keadaan berasid ini menyebabkan protein hemagglutinin memfiuskan (menyambung-aktif) selaput virus H1N1 dengan membran vakuol sel manusia. Ini menyebabkan saluran ion M2 membenarkan pengaliran proton melalui selaput virus H1N1 dan seterusnya mengasidkan pusat virus. Keadaan berasid ini menyebabkan pusat virus terlerai dan melepaskan RNA dan protein virus H1N1 yang lebih banyak ke dalam sel vakuol manusia (perumah virus).

Bukti mengenai penemuan oleh pakar-pakar saintis Russia yang tersohor ini juga diperakui oleh WHO. Statistik yang dibuat oleh WHO mengenai pandemik virus influenza H1N1 juga menunjukkan bahawa negara Chile merupakan satu-satunya negara luar (selain AS, Kanada, UK dan Australia) yang membenarkan penanaman komersil ubi kentang termodifikasi genetik ini.

Laporan ini juga mendedahkan hubungan antara pandemik H1N1 dengan peringkat umur yang dijangkiti. Kanak-kanak ialah penggemar utama ‘french-fries’. Washington Post News Service melaporkan,

“Of the 5,000 confirmed and more than 100,000 probable cases of swine flu, the average age of infected people is 15; two thirds are younger than 18.”

Laporan ini juga memberi amaran bahawa negara-negara bukan pengimport kentang jenis ini akan kurang terdedah kepada H1N1. Mutasi genetik juga berlaku kepada virus H1N1 menjadikannya lebih menggemari manusia.

Tokyo University’s Institute of Medical Science pula melaporkan, “The new strain of influenza appears to have mutated to become more infectious for humans, the online edition of science magazine Nature reported Monday, referencing research by a team including Prof. Yoshihiro Kawaoka of Tokyo University’s Institute of Medical Science.

Permukaan virus H1N1 diselaputi sejenis protein yang dipanggil hemagglutinin (HA) yang berbentuk duri dan mudah menusuk ke sel manusia. Analisa seterusnya menunjukkan bahawa HA ini bermutasi secara genetik untuk lebih memudahkannya menusuk ke sel manusia.

Kesimpulan

Sepertimana ‘peperangan konvensional global’ menaikkan ekonomi AS melalui penjualan senjata pertahanan, begitu jugalah ‘peperangan senjata biologi’ yang akan melariskan produk ‘anti-viral’ mereka! Vaksin.

Perniagaan haram ini menyediakan pulangan lumayan kepada negara-negara pengeluar vaksin:

1. Virus H1N1 boleh poskan (amat murah) ke serata benua dan ia boleh menular secara senyap tanpa pertumpahan darah.

2. Ubi-ubi kentang termodifikasi genetik pula menyediakan platform yang sesuai di dalam tubuh manusia untuk virus H1N1 mereplikasi (membiak). Eksport kentang juga menghasilkan pulangan lumayan.

3. Negara yang mengalami wabak ini akan membeli pula vaksin (anti-viral) yang harganya melebihi kos pembelian pesawat F16 (untuk pertahanan negara). Kos vaksin ini di sekitar USD 100/gram ATAU USD 100,000,000/tan metrik. Harga seunit pesawat F16 (beratnya 6 tan) ialah USD 30,000,000 atau USD 5,000,000/tan metrik iaitu 20X ganda lebih murah dari vaksin H1N1. Sekiranya 1 juta rakyat diserang H1N1, kos untuk membeli vaksin (penggunaan 10 gram seorang sehingga sembuh) ialah USD1,000,000,000. Amaun ini cukup untuk membeli 33 unit pesawat F16!

Apakah yang membuatkan virus ini suka sangat kepada manusia dan mahu menjadikannya rumah?

Cuma kita boleh berdoa supaya Allah SWT mempercepat proses pemusnahan sel manusia yang (yang telah dijangkiti H1N1) dengan penggantian sel-sel baru, disamping kita hindari makanan-makanan yang meragukan serta menghadkan pendedahan kepada aktiviti luar rumah. Elakkan membeli ubi kentang import dan ‘french fries’.

Inilah salah satu kesan negatif daripada kemajuan bioteknologi terutama dalam kejuruteraan genetik yang menghasilkan organisma terubahsuai genetik (GMO), yang secara tidak sengaja telah menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan serta penularan virus H1N1 secara tidak terkawal. Inilah hakikat yang perlu kita semua hadapi. Ini semua terjadi secara tidak disedari atau tidak disengajai, bukannya dirancang oleh pihak tertentu.

Saya kurang setuju dengan pendapat penulis artikel di atas yang menyatakan penyebaran H1N1 ini dirancang oleh negara maju pengeluar vaksin untuk menjadikannya bahan dagang yang memberi keuntungan lumayan.

Sehingga kini belum ada satu vaksin khas pun untuk H1N1 ini. Di negara-negara maju sendiri, bilangan kematian akibat jangkitan H1N1 ini semakin meningkat. Tak kan negara-negara tersebut sengaja-sengaja nak membunuh rakyatnya sendiri. Adakah keuntungan lebih penting daripadaa nyawa manusia?

Wallahu a’lam.

Citral in lemongrass for anti-cancer uses

Recently, it was found that a key component in lemongrass, called citral, prompts in vitro cancer cells to commit suicide via apoptosis.

To further understand how citral works in targeting cancer cells, one has to look into other potential plant candidates that produce cinnamyl alcohol dehydrogenase, a compound involved in the production of citral.

To learn more, please go to:
www.mgrc.com.my/genomics_news/citral.shtml.

Bercakap dengan diri

Selalu kita perhatikan banyak orang bercakap seorang diri. Adakah ini fenomena yang sihat atau seseorang itu mengalami penyakit jiwa yang kronik?

Adakah sama bercakap seorang diri dengan bercakap atau berkomunikasi dengan diri sendiri?

Sebelum pergi jauh, eloklah kita ketahui apa yang dimaksudkan dengan diri itu. Dalam konteks ini, diri yang dimaksudkan ialah hati (bahasa biasanya) atau qalbun.

Berkaitan dengan hati ini, Rasullullah saw bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Apabila baik daging tersebut, maka baiklah seluruh anggotanya. Maka sekiranya buruk daging tersebut, maka buruklah seluruh anggotanya. Ketahuilah bahawa itulah HATI” (HR, Bukhari dan Muslim).

Sebab itu dikatakan hati (qalbun) adalah raja bagi badan, yang menjadi pemerintah tertinggi. Otak dan anggota badan lain hanya sebagai rakyat atau pengikut saja sebagaimana juga yang disebut oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin. Kalau raja yang baik dan adil maka rakyatnya akan turut baik, aman damai dan hidup bahagia. Sebaliknya, kalau raja itu seorang yang zalim maka rakyatnya pun akan turut melakukan kejahatan, kemungkaran dan kemaksiatan. Oleh itu, mendidik hati sangat penting untuk mendidik seseorang.

Apa yang dikatakan hati (qalbu)?

Hati boleh dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu:

1. Qalbu jasmani iaitu seketul daging yang lebih tepatnya dinamakan jantung (heart). Fungsi jantung ialah untuk mengepam darah ke seluruh badan yang diperlukan untuk manusia terus hidup.

2. Qalbu Rohani iaitu sesuatu yang halus yang mana ia dapat mengetahui sesuatu, mengenali sesuatu serta memahami sesuatu perkara. Ini juga dinamakan hati kecil, mata hati atau hati batin. Di sinilah terletaknya sifat-sifat mahmudah (sifat-sifat terpuji) seperti sabar, tawakal, taat, syukur, merendah diri, ikhlas, semangat, kasih sayang, dsb, serta sifat-sifat mazmumah (sifat tercela) seperti ujub, riya’, takabur, bangga diri, hasad dengki, was-was, fitnah, dsb.

Sifat mahmudah dibisikkan oleh malaikat tetapi sifat mazmumah dibisikkan oleh syaitan, oleh itu kedua-dua sifat ini tidak mungkin berada dalam satu hati. Di akhirat nanti, orang yang selamat daripada azab api neraka ialah orang yang kembali kepada Tuhannya dengan hati yang sejahtera (qalbun salim) sebagaimana dalam Firman Allah swt: “Hari akhirat adalah hari yang mana tidak bermanfaat harta dan anak-anak kecuali mereka yang membawa hati yang sejahtera” (QS, As Syu’ara: 58-59).

Secara fitrahnya, hati juga merupakan tempat ilham daripada malaikat dan tempat was-was daripada syaitan. Oleh itu, hati menjadi medan pertempuran antara akal dan hawa nafsu. Akal menyeru ke arah kebaikan, sebaliknya nafsu menyeru ke arah kejahatan yang dikenali sebagai penyakit hati. Penyakit hati yang paling ringan ialah keras hati, degil, tidak mahu menerima pengajaran dan kebenaran yang akhirnya membawa kepada kekufuran, nauzubillah.

Selain hati, manusia sebagai insan yang lebih mulia daripada makhluk lain juga dibekalkan dengan minda dan akal fikiran. Di manakah letaknya minda dan akal fikiran??? Adakah terletak di otak atau di hati rohani tadi??? Ada yang mengatakan minda terletak di otak dan ada yang mengatakan minda dikawal di hati (qalbun). Minda mempunyai tenaga tersembunyi yang membolehkannya berfungsi dengan baik. Sebagai benda hidup, ia memerlukan makanan yang seimbang dan senaman untuk terus sihat dan terhindar daripada penyakit. Makanan minda ialah ilmu yang bermanfaat dan senaman untuk minda ialah memikirkan sesuatu masalah dengan teliti untuk mendapatkan penyelesaian yang baik.

Apa yang dikatakan kuasa ajaib minda???

Kuasa minda ialah tenaga yang terdapat dalam diri manusia sejak lahir. Semua bangsa di dunia sejak zaman dulu mengiktiraf kehadiran kuasa minda ini. Masyarakat India mengenalinya sebagai Prana, orang China menyebut Chi, orang Jepun menyebut Ki dan bagi masyarakat di Nusantara menyebutnya sebagai tenaga dalaman.

Kita perlu melatih menguasai minda dan membuat saranan kepada minda bawah sedar bagi memprogramkan setiap saranan positif ke dalam diri anda. Selain itu juga, kita perlu melatih menguasai pernafasan bagi membentuk tenaga dalam yang sedia ada di dalam diri kita. Gabungan antara minda dan pernafasan yang teratur akan menghasilkan suatu kekuatan tenaga yang sungguh hebat pada diri seseorang. Apa gunanya kalau ada kekuatan tenaga yang hebat kalau disalurkan kepada perkara-perkara yang positf? Oleh tu, minda yang positif sangat penting dalam kehidupan kita untuk menjadi seorang yang cemerlang.

Bagaimana cara nak melatih minda yang positif? Ada beberapa petua yang disarankan oleh para ilmuan dalam bidang psikologi, antaranya ialah dengan menjangkakan kejayaan kerana selalunya jangkaan menjadi kenyataan. Jangan buang masa menjangkakan kegagalan. Kalau anda menjangkakan kejayaan, minda anda akan terfokus untuk mencapai kejayaan itu dan secara tak langsung fikiran anda akan jadi positif.

Untuk menjadi seorang yang berjaya dan cemerlang, mesti gambarkan diri sebagai seorang yang telah Berjaya dan bercakap dengan diri (hati kecil) dengan ucapan yang positif, bukan dengan kata-kata negatif, walaupun maknanya sama.

Contoh kata-kata positif:
– Mulai hari ini aku seorang yang rajin belajar.
– Mulai sekarang aku solat 5 waktu.
– Mulai hari ini aku bersenam.

Contoh kata-kata negatif yang secara tak langsung anda terfokus kepada perkara yg negatif:
– Mulai hari ini aku seorang yang tidak malas lagi.
– Mulai sekarang aku tak mahu tinggal solat lagi.
– Mulai hari ini aku tak mahu tinggalkan senaman.

Di sinilah peranan bercakap dengan diri sendiri untuk melatih diri kita ke arah yang lebih positif, bukannya yang negatif.

Wallahu a’lam.

Menangguhkan kerja = pencuri masa + pencuri hidup

Penulis: Irfan Khairi

Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri hidup. Mat Salleh panggilnya procrastination.

Terlalu ramai yang tidak mencapai matlamat mereka oleh kerana walaupun mereka sedar dan telah menetapkan matlamat, mereka ada sahaja alasan masa untuk memulakannya adalah salah- hari tidak betul, minggu tidak betul, bulan tidak betul dan tahun tidak betul. Industri tidak betul. Market tidak betul. Sehingga akhirnya terlalu lewat!

3 sebab utama penangguhan kerja:

* Terlalu banyak alasan
* Tidak serius dalam mengambil keputusan
* Tiada deadline dalam matlamat

Untuk mengelakkan penangguhan kerja, tanya diri sendiri pada ketika itu – adakah anda memberi terlalu banyak alasan untuk tidak memulakan kerja? Adakah anda serius dalam mengambil keputusan? Adakah anda menulis deadline (tarikh) untuk mencapai matlamat kerja tersebut? Jawapannya:

* Hentikan memberi alasan (Orang lain buat duit, kita buat alasan)
* Mula serius dalam mengambil keputusan hari ini! (Terlalu banyak anda dan keluarga akan rugi sekiranya anda tidak serius dalam hidup)
* Tulis deadline atau tarikh untuk mencapai sesuatu matlamat (walaupun kerja-kerja kecil – tulis tarikh deadline tersebut. Dengan hanya menulis deadline, ia akan mengubahkan mentaliti anda).

http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/menangguhkan-kerja-pencuri-masa-pencuri-hidup/

Ulasan saya kepada artikel di atas:

Segala tips yang diberi memang praktikal. Walau bagaimanapun, Irfan Khairi hanya memfokuskan kepada penangguhan kerja yang positif, bagaimana pula dengan penangguhan kerja-kerja yang negatif atau maksiat. Ada masanya penangguhan masa juga perlu bagi kerja-kerja yang tidak pasti seperti kerja-kerja subhat dan yang tidak baik. Dengan cara penangguhan tersebut, mungkin sesuatu yang negatif dapat dielakkan.

Jadi, kesimpulannya, perkara yang baik atau memang menjadi tanggung-jawab seperti kerja-kerja harian yang perlu diselesaikan dengan segera jangan ditangguhkan. Sebaliknya kalau ada niat untuk melakukan sesuatu yang lagha dan maksiat, eloklah ditangguhkan sementara nak mencari dan mendapatkan kekuatan diri untuk menghindarinya atau kalau mampu dilupakan terus.

Wallahu a’lam.

Bertangguh cara bijak

Penulis: Shueqry

Kali ini saya berkata mengenai satu soalan yang tak pernah timbul di benak ramai orang yang suka bertangguh. Bertangguh, mengangguh atau menjadi seorang pengangguh merupakan sikap sambil lewa yang ibarat api kecil, kalau dibiarkan lama-lama pandai menjadi besar membakar diri sendiri.

Berhati-hati dengan sikap bertangguh. Saya juga suka bertangguh, tapi, penangguhan yang saya lakukan adalah pengangguhan “bijak”. Saya tulis kesemua senarai kerja yang saya tangguhkan dan fokus dulu pada kerja sekarang ini yang berada didepan saya.

Kelemahan diri saya ialah cepat bingung. Saya bukan seorang yang multi-tasking.

Jadi saya perlukan sahabat baik saya, sebatang pen dan sebuah buku nota kecil berwarna biru untuk menulis senarai kerja yang perlu disiapkan dalam satu hari. Selain menggunakan Mozilla Sunbird sebagai organizer, pen dan buku nota ni juga tempat untuk saya tulis to do list dan idea-idea yang timbul.

Bila dah siap satu kerja, saya akan tandakan senarai tadi dengan “dah siap” dan menumpu perhatian pada kerja seterusnya. Buat ini berkali-kali, lama kelamaan ia akan jadi satu tabiat dan anda akan terbiasa dengannya.

Kata orang, bertangguh pencuri masa. Kata saya, bertangguh ‘penghancur’ masa!

Sebab, kita memperuntukkan masa dan usaha kita yang berharga tu kepada yang tidak penting dan tidak produktif. Senaraikan tugasan anda mengikut keutamaan, mana satu yang lebih penting.

Misalnya, pilih mana satu yang bos nak minta sekarang, mana satu yang KIV (keep in view) dan mana satu yang boleh dipertimbangkan kemudian dan yang tak perlu disiapkan hari ini.

Hati-hati, jangan terperangkap dengan sikap suka bertangguh. Sekali bertangguh, Anda akan jadi terbiasa dan payah nak berubah.

Eh, mengapa pulak? Sebabnya, anda dah merasa selesa dengan sikap bertangguh.

Jadi, untuk mengurangkan sikap bertangguh secara step by step, biasakan diri dengan mindset “buat-terus” dan berdisiplin. Latih diri menjadi seorang yang ‘risau’ jika bertangguh.

Sikap bertangguh tidak dapat dikurangkan sekaligus, tak macam kita tekan butang “delete” tu, sekali tekan semua terpadam terus. Untuk mengubah tabiat ni memerlukan masa, mindset yang betul dan paling penting mula bertindak.

Ubah sikap ni secepat yang mungkin. Jangan tunggu 5 minit dari sekarang, 10 minit dari sekarang atau bila matahari terbit esok pagi.

Cuba tanya diri sendiri, apa yang mendorong anda jadi suka bertangguh? Apa yang kita rasa bila kita bertangguh?

Seronok ke bertangguh ni? .. lepas tu, tanya diri anda dengan soalan ni..

“Cemana nak kurangkan sikap bertangguh?”

“Apa yang aku boleh buat untuk elak diri aku dari bertangguh? Apa lagi kerja yang belum aku sempurnakan?”

Apa jua keadaan, kita sentiasa ada dua pilihan. Ia umpama hitam dan putih. baik dan buruk, cepat dan lambat, negatif dan positif.

Pilih untuk mengamalkan bertangguh cara bijak, bukan bertangguh “gitu-gitu” yang sudah tentu banyak membuang masa. Cari sebanyak mungkin maklumat tentang pengurusan masa dan cara bagaimana mahu mendisiplinkan diri di rumah, ditempat kerja, di mana jua.

Cari mana pen dan kertas tadi, eh, takde? Aiyaa.. dah letak kat mana aa?

Ah, biarkan.. nanti cari, nak layan blog dulu .. See? Anda dah bertangguh.

http://www.imotivasi.com/bertangguh-cara-bijak/

%d bloggers like this: