Khasiat Cuka Epal

Cuka epal (Apple Cider Vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir.

Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.

Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).


Gambar: kiri – cuka epal; kanan – jus epal.

Antara khasiat cuka epal ialah:

1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Cuka epal ini boleh dibuat sendiri di rumah.

Cuka epal yang bermutu tinggi boleh dihasilkan melalui beberapa langkah atau proses, iaitu:

1. Membuat cider epal yang bersih daripada epal yang cukup masak (ranum).

2. Menukar semua gula buah-buahan ini kepada alkohol. Ini dinamakan Fermentasi ragi (yis).

3. Menukar semua alkohol kepada asid asetik. Ini dinamakan Fermentasi asid asetik.

4. Pasteurize (panaskan dan sejukkan) asid asetik ini untuk menghalang daripada fermentasi berterusan dan menjadi busuk sebelum disimpan di dalam botol.

Advertisements

258 Responses

  1. mana nak carik produk nih. Tlg info lokasi area pasir gudang

    • Apple cider vinegar ni boleh didapati di pasaraya Giant atau di Guardian Pharmacy.
      Contoh apple cider vinegar yang baik (organik) boleh dilihat di sini (saya bukan iklan cuma nak berkongsi pengetahuan). Brand yang ni sy selalu minum, tetapi ia agak mahal sedikit kerana epalnya ditanam secara organik. Brand yang lain ada juga dan lebih murah di Giant.

      Harap maklumat ini dapat membantu….

      • BRP HARGA Apple cider vinegar NI?

      • sy dh cri cuka epal ni di merata tempat di kota bharu ni..tapi xjumpa.kdai mne lg yg perlu sy cri cuka epal ni’

      • Kalau di Selangor tak ada masalah dapatkan cuka epal ni. Di Kota Bharu tak tahulah pulak. Mungkin sesiapa yang duduk di Kota Bharu boleh berkongsi maklumat.

      • Salam..Di Kota Bharu boleh hubungi Razali Bin Ahmad (013-996 6947,011-2303 3073) beralamat 220 KG KUBANG PASU, JALAN MERBAU, 15300 KOTA BHARU KELANTAN..

      • area selangor giant mane yang ade epal ni

    • area sg petani di mana ada jual apel cider

    • sy beli di sebuah farmasi di Sentosa.

    • jus madu epal cider sebotol 29.50 380 ml hubungi 010-84444 24

  2. berapa banyak perlu diambil cuka epal untuk 1 hari? adakah ia mempunyai kesan sampingan yang lain?

  3. saya ada beli cuka epal kat kedai hub halal pantai dalam..keluaran negara syria…500ml RM 10.80..rasanya sedap..saya gunakan dlm masakan dan buat air asam…sedap… kalau nak buat ubat…camana caranya?boleh sapa2 ajarkan tak, saya setakat ni guankan dalam masakan jea.

    • cuka epal campur dgn madu untuk tujuan perubatan 1:1 rasa pun jadi lg sedap

    • ACAR KUBIS :
      Potong kubis bulat kecil-kecil. Masuk cuka epal 2 sudu besar + 1 sudu bsar madu. Jadikan amalan setiap pagi. Boleh buang kolestrol dalam badan. Best jugak kalau dimakan dengan nasi + lada sikit.

  4. salam..
    saya noorhamizah abdul halim dari bidang senireka grafik adalah seorang pelajar dari universiti malaysia sarawak,UNIMAS. saya diberi tugasan untuk mencari produk untuk di promosi kan,dan saya telah memilih produk cuka epal ini untuk dijadikan projek tahun akhir saya.
    ini adalah kerana bagi pendapat saya produk ini harus lebih giat dipromosikan agar lebih ramai yang mengetahui tentang khasiat produk ini.
    soalan saya dimanakah saya boleh dapatkan informasi lebih lanjut berkaitan cuka epal ini.terima kasih.

    • waalaikum salam,

      selain internet dan buku teks, cuba dapatkan maklumat lanjut mengenai cuka epal ini daripada keratan surat khabar kat atas tu, ada no. telefon dan email tu…

  5. salam semua. Saya ada menjual cuka epal, cuka anggur dan cuka kurma. sesiapa berminat boleh hubungi saya melalui email

  6. Assalamuamaikum

    Saya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua. saya telah mengamalkan meminum cuka epal hampir setahun. untuk makluman saya dalah pengidap penyakit asma keturunan hampir 15 tahun, pada mulanya saya mengamalkan meminum cuka kurma jenama khal selepas habis satu botol satu liter dalam tempoh dua bulan saya beralih kepada cuka epal kerana cuka kurma pada masa itu berharga rm 69 dan cuka epal cuma berharga rm 17 seliter, hingga hari ini saya sudah habiskan sebanyak 4 liter cuka epal. Alham dulillah dengan izin Allah, penyakit lelah saya hampir 95 peratus sembuh dan saya tak perlu lagi kepada tidak lagi mengambil nabulaizer atau ubat makan dari hospilal, kahak atau lendir yang selalu mengganggu sewaktu pagi dan sejuk sudak hilang 100%, cuma yang tinggal selsema atau resdung, itu pun sudah berkurangan. apabila saya balik kampung jauh dipendalaman yang waktu paginya amat sejuk orang kampung heran tengok saya menjadi imam sembahyang subuh tanpa ganguan lelah dan lendir tidak seperti yang pernah saya alami satahun yang lalu.
    Untuk peringatan, kalau nak beli cuka epal di pasaraya Giant belilah jenama “BRAGG” kerana diproses secara organik dan ada tanda halal yahudi “KSR” iaitu kosher. kalau jenama yang lain (seperti jenama “HEINZ”) walaupun harganya murah (rm 14) dibimbangi cara pembuatan tidak natural sebab proses pembuatan cuka memerlukan masa. untuk tujuan komesial bisanya ditambah yis, induk cuka yang dah siap dan garam anti kulat.
    Dan saya ada bertanya mereka yang arif agama, kata mereka jus epal jika dicampur cuka dan di peram adalah tidak akan menjadi cuka asli kerana proses pementasinya telah terganggu kerana cuka adalah salah satu bahan pengawit dan hasilnya bukan cuka asli tetapi separuh arak. wallahu ‘alam

    • Waalaikum salam,

      Terima kasih Mohd Nasri kerana sudi berkongsi pengalaman di sini. Alhamdulillah saudara telah sembuh daripada asthma dengan mengamalkan cuka epal.

      Memang cuka epal banyak khasiatnya terutamanya yang disediakan secara organik seperti jenama “Bragg”. Saya juga mengamalkan meminum cuka epal jenama yg sama (saya tidak mahu tulis nama jenama Bragg ni dalam artikel di atas kerana saya tidak mahu mempromosikan jenama tertentu dalam artikel – dalam soal jawab mungkin tak berapa ketara). Alhamdulillah, saya sihat dan sakit belakang saya semakin berkurangan.

      Nabi SAW pun menggalakkan orang makan cuka kerana banyak khasiatnya, antara hadisnya:

      Hadis Pertama:

      عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللّهِ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُمَا أَنّ رَسُولَ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ سَأَلَ أَهْلَهُ الْإِدَامَ فَقَالُوا : مَا عِنْدَنَا إلا خَلّ فَدَعَا بِهِ وَجَعَلَ يَأْكُلُ وَيَقُولُ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ

      Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang lauk pauk kepada keluarganya. Jawab mereka: “Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka”. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata: “Sebaik-baik lauk ialah cuka.” (HR Muslim)

      Hadis Kedua:

      عَنْ أُمّ سَعْدٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهَا عَنْ النّبِيّ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ اللّهُمّ بَارِكْ فِي الْخَلّ فَإِنّهُ كَانَ إدَامَ الْأَنْبِيَاءِ قَبْلِي وَلَمْ يَفْتَقِرْ بَيْتٌ فِيهِ الْخَل

      Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW baginda bersabda: “Sebaik-baik lauk ialah cuka. “Ya Allah berkatilah cuka. Sesungguhnya ia adalah lauk para nabi sebelumku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada cuka”. (HR Ibnu Majah)

    • bagaimana saudara meminumnya? maksud saya kena campur air ataupun minum secara direct?

    • Salam.

      Saya ingin menambah sedikit. Antara halal kosher dan halal islam terdapat perbezaan di mana halal kosher membenarkan gelatin dan arak manakala halal islam mengharamkan kedua2nya. Wallahualam.

  7. Salam
    Saya mengalami masalah bau badan. Dah berbagai produk saya cuba untuk hilangkan bau badan tapi tidak berkesan. Saya ada terbaca tentang cuka epal dapatkan hilangkan bau badan. Adakah ianya betul dan berkesan dan sekiranya betul di manakah saya boleh dapatkannya. Tolonglah saya. Sekian

    • Waalaikum salam,

      Lebih baik puan cuba dulu cuka epal ini, mungkin juga ia berkesan untuk bau badan. Cuka epal ini boleh dibeli di supermarket Giant atau di Guardian Pharmacy (sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini). Sebaik-baiknya beli yang diperbuat secara organik kerana ia lebih berkhasiat dan dapat mengurangkan kesan pelbagai jenis racun yang digunakan dalam pertanian kepada badan kita.

    • kepada peminat cuka epal/kuma.senang jer nak dapat.ada jual dikedai arab.600ml rm 12.00.original dan murah dari syria

    • hubungi saya: 0199655077

  8. salam…
    sy nk tanye…
    sy ni ada beli cuka epal brand bragg..
    masalahnye…knpa lama kelamaan cuka epal itu btukar warna asal koko cerah…now jadi koko perang? masih boleh digunakan lg x?

    • Waalaikum salam,

      Saya pun mendapati warnanya akan berubah menjadi coklat tua, tetapi saya minum juga dan alhamdulillah ok je…

  9. terima kasih atas perkongsian di atas…dah terjwb kegusaran saya,pagi tadi bos saya ada bagi sebotol cuka epal Bragg,saya tak pasti akan status halalnya dan saya temui jwpnnya di sini…terima kasih

  10. saya ada jual cuka kurma dan epal … jika berminat sila hubungi 0195961283

  11. adakah cuka apple ini sesuai untuk pesakit kencing manis

    • Cuka epal ni sebenarnya berasa masam kekelatan dan banyak mengandungi zat yang diperlukan oleh badan, terutamanya untuk ketahanan badan.

      Puan boleh cuba dulu dan rasai sendiri, sama ada ia sesuai atau tidak untuk kencing manis. Saya tak boleh beri komen kerana saya bukan pesakit kencing manis, alhamdulillah….

  12. saya adajual mady cuka apel keluaran ACi 500 gram $30.00 800 gram $45. tel 013 4527955
    013 4411229

  13. salam..saya pjual produk dr arab saudi under authority..yg anda xprlu ragui kehalalannya & sgt natural/tiada pngawet,pwarna,perisa tmbhn dsb,spt apple vider vinegar/AVV(kaul),pati jus delima,pati kurma,olive oil & mcm2 lg.pnghantaran seluruh msia.Promosi Istimewa AVV price 1 btl 473ml/800g rm25+fREe poslaju,100%pati jus kurma(700g) rm20+freeposlaju, pati pure delima/1200g rm30+freeposlaju dll sila hubungi/sms sya 0139472029.t.kasih

  14. Cuka epal ini diminum selepas makan atau sebelum makan.

    • Selalunya sebelum makan, supaya ia dapat membersihkan perut dulu sebelum diisi makanan, tapi kena makan cepat selepas itu…

  15. saya dh try minum cuka epal bragg ngan madu..tapi dh masuk hari ke-3, tekak jd sakit lak…nape ek…saya campurkan 2 sudu cuka dalam segelas air dan satu @ dua sudu madu…salah sukatan ke?

    • Saya minum ok je, dengan madu atau tanpa madu…. sukatan tu dah ok dah tu. Mungkin tu sekadar tindak balas sementara badan saudara agaknya….

    • mula-mula saya minum cuka tu tekak saya jd sakit sikit, saya teruskan, tapi kurangkan menjadi 1 sudu ke dalam segelas air..Alhamdulillah..dah ok..

      • Alhamdulillah… mungkin sakit tekak mula-mula tu hanya sebagai tindakbalas badan.

    • salam… sy amalkan minum 1:1= 1sudu cuka epal + 1cawan air mineral. alhamdulillah ok jer… mbe perubahan tekak jer 2… try amalkan selalu…

  16. tulah..dh jd trauma lak nak minum…

  17. Saya nak tanya, cuka epal ni boleh kah membersihkn uric acid dlm badan kita? Sebab doktor kata sya mempunyai u.acid yg tinggi.

  18. salam…saya ada beli cuka epal tulis APPLE C..rm 25 utk 650 ml..tp wnenya ijau…dalam botol kaca..sya bli kat karnival u saya..knp wana ijau??rasanya sngat masam …penjual tu kata makan sebelum makan setiap pg dan malam.

  19. sy baru bermula untuk menggunakan cuka epal setelah membaca banyak article tentang kebaikannya,insyallah sy akan terus menggunakannya jika ianya sesuai dengan sy.cuka aple yg sy beli ialah organic apple cider vineger dan jika ianya baik akan sy jadikan amalan .

  20. salam.. sy br shaja bli cuka apple keluaran bragg.. rasa sdp dan masam.. tp kalu minum byk2 x putus urat perut ke?

    • Waalaikum salam,
      Minum cuka tu jangan banyak sangat, berpada-padalah (lebih kurang 3 sudu teh sehari)…. kalau berlebihan, apa-apa pun bahaya….

      • kalau utk masalah jerawat n resdung lak camna nak guna cuka epal ni?? kalau letak di muka sahaja boleh kan? sbb tak nak minum risau makin kurus lak. sy ni dah terlebih kurus sudah

  21. yahya lamin: blh dapatkan cuka apple (bragg) kat pasaraya giant di bahagian cuka.. saya bli 946mL RM17 lbih..

  22. Assalamualaikum semua. Saya adalah pengedar CUKA DELIMA dan CUKA APPLE. Daripada feeedback rakan-rakan yg telah menggunakannya, memang benar, ia sangat baik utk kesihatan dan berupaya menyembuhkan penyakit. Pelanggan saya kebanyakannya bila dah beli akan pesan lagi. Poduk kami dari Turki. Harga: Cuka Delima 500 ml RM24.00, dan Cuka Apple 500 ml RM20.00. Sila hubungi saya di talian 016-5551986.

  23. kt kuala trengganu ada jual x??

    • Saya selalu beli di Pasaraya Giant, tak pasti di KT ada Giant ke tidak. Boleh juga beli daripada pengedar2 yang lain, kalau terbukti ia dibuat secara bersih dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan….

    • Ada jual di giant..tp jenama bragg xde plk..

      • Ya, baru-baru ni saya pun cari juga apple cider berjenama Bragg tapi tidak ada dijual di Giant, mungkin stok lama dah habis dan stok baru belum sampai. Wallahu a’lam.

  24. Jika Anda Berminat Untuk Mendapatkan Cuka Epal,Cuka Kurma,Pati Delima,Pati Kurma,Madu Habbatussauda,Minyak Zaitun Tulen keluaran Dr Negara Iran.Hubungi saya .. emailkan kpd smrtbusinessresources@gmail.com

  25. kalau tinggal kat kota bharu, cuka epal dan kurma dijual dgn harga murah kat jaafar rawwas. dlm rm 12 blh dapat. import dr syria. saya dah beli cuka kurma

  26. salam..betul ke apple cider jenama bragg tu Halal?? sy nak beli tp was2 plak.ahernya sy beli wescobee apple cider vinegar with honey. Keluaran Australia kalo xsilap. sekarang ni dah masuk 2 minggu sy amalkan.rsnya pun sedap gak..
    Sy nak cuba yg jenama HONEY APPLE 3 tu..ni yang Malaysia punya.tp susah nak jumpa kat pasaraya sini (sarawak).

    • Jenama Bragg tu adalah produk organik, memang tak ada cop halal JAKIM di situ, tapi saya rasa tak ada masalah halal atau haram di sini kerana semuanya menjalani proses yang sama untuk mendapatkan cukanya….. kalau ada yang was-was, eloklah ditukar kepada jenama yang tidak menimbulkan was-was….

      • assalamualaikum,
        saya ingin bertanya pada awal pengambilan ada tak awak merasa apa2 kesan sampingannya …boleh ke madu cuka epal ini di minum oleh pesakit gastrik atau ulser ?

  27. cuka epal campur madu lebah, minyak zaiton dan sedikit garam himalaya pun bagus untuk kesihatan boleh cuba

  28. Kepada para penggemar cuka epal, kalau nak beli yang sudah siap campur madu lebah asli cuba beli disini, dengan nama Bio Enzymes keluaran Bio green http://www.greenimage.com.my/bio_enzyme_vinegar.html
    (samada benar-benar asli atau tidak, wallahua’lam) tetapi siap ada logo halal jakim dan cop GMP .Di Kuantan produk ini boleh didapati di kedai ubat cina (sing seh) jalan beserah harganya baru Rm 31.50 satu liter.

  29. saya ade beli cuka epal. baru minum 2 hari. saje nak cuba untuk turunkan berat badan. tapi saya beli murah je. kt sogo supermarket KL. satu botol lebih kurang 500ml baru RM 7.90… bagus ke?

  30. cuka jenama HEINZ tu tak halal ke??

  31. blh minum x time puasa?

  32. saya baru mengamalkan minum cuka epal brand bragg nie..tapi masalahnya anak saya masih menyusu badan.selepas minum cuka ni suara baby saya da jadi serak..adakah kesan tersebut disebabkan saya minum cuka nie?

    • Tak pastilah sama ada suara anak yang serak itu disebabkan minum cuka epal ini. Tapi, kalau anak masih menyusu kenalah banyak minum air mineral.

  33. saya ada juga terbaca tentang khasiat lain cuka epal nie. jika digunakan untuk membasuh bahagian vagina, ia boleh membantu menghilangkan keputihan. cuma saya tidak tahu bagaimana nak menggunakannya dalam sukatan yang betul dan cara menggunakannya..

  34. saya nak tanya…adakah cuka epal mi menganggu sistem peranakan kita pada masa depn? saya risau jak

  35. kalau mengandung boleh ke minum cuka epal ni ??

  36. Berhati-hati jika buat cuka sendiri, takut jika tidak difermentasi dengan betul pada suhu dan keadaan yang betul, tidak semua kandungan alkohol akan tukar. Juga, pilih cuka yang “berkeladak” kerana keladak itu adalah enzim yang aktif. Dan bethati-hati juga cuka yang dicampurkan “additif” yang mempercepatkan proses fermentasi secara tidak natural. Cuka yang diproses sebegini HARAM diminum. Cuka Sistem An Nisaa adalah dari Syria dan dibuat oleh orang Islam. Dipercaya cuka sider yang asal datang dari Damsyik, sebelum orang Amerika mempopularkannya lagi. Apa-apa pertanyaan sila tuju ke bit.ly/an-nisaa

  37. puan..nape tk jawab soalan boleh ke tak minum cuka epal untuk pesakit gastrik..penting ni..

  38. bleh x turunkan berat badan kalau minum cuka epal nie secara berterusan..?????????????????.
    penting… *

    • Ikut testimoni orang yang minum 3x sehari, boleh turunkan berat badan atau sekurang-kurangnya tak naik berat badan. Bagi orang yang tidak tahan, takut jadi gastrik pulak.

  39. saya juga mengalami masalah berat badan.. saya baru saja terdengar mengenai produk ini… saya ingin bertanya sekiranya ada testimoni yg berkaitan kejayaan menguruskan berat badan???? ^___^

    • Saya pernah terbaca, ada yang boleh mengurangkan berat badan dengan minum cuka epal ini setiap hari, di samping kurangkan pengambilan makanan berlemak dan selalu exercise.

  40. Bagaimana cuka yg buat jeruk cili adakah boleh dimakan tak bahaya ke sebab cuka kan mengandungi asid yg tinggi boleh bagi peneragan mengenai cuka.

    • Cuka yang dibuat jeruk itu tidak sama dengan cuka yang terhasil daripada fermentasi buah-buahan, kerana cara atau proses pembuatan cuka tersebut adalah berlainan. Minta sesiapa ahli kimia di sini untuk menerangkan prosesnya. Untuk lebih selamat jangan makan cuka (acetic acid) ini dengan banyak kerana ia dibuat bukan untuk diminum, berlainan dengan cuka daripada buah-buahan….

  41. terima kasih semua atsa info….berguna sangat…:)

  42. Saya pernah beli cuka epal dalam katalog cosway.tapi tak pandai gua,expiredlah ia.sekarang saya beli jenama syria.selepas saya tengok cerita kat TV Hijrah.Cuma saya nak tau macamana nak masakguna cuka epal ni.selalu saya bubuh je ganti asamjawa.

    • Selalunya diminum dengan dicampur air putih saja…. saya pun tak pernah guna untuk masakan. Kalau masukkan dalam masakan mungkin khasiatnya akan berkurangan, wallahu a’lam.

  43. saya baru nak cuba …saya nak tau apa kesan tindak balas pada tubuh badan..

  44. saya dah amalkan minum BRAGG selama hampir 5bulan dah 5 btl..alhamdulillah penyakit batu karang, darah tinggi juga berat badan semua turun…tqs jenama BRAGG..,

    • Alhamdulillah… berapa kali atau berapa gelas tuan minum dalam sehari?

      Bagi saya pulak, kesan yang paling ketara ialah tiada blister iaitu menunjukkan ketahanan badan agak kuat. Kalau saya tak minum, selalu saja pecah-pecah mulut kadang-kadang sampai 2 minggu.

  45. saya skg minum cocoa collagen..so kalau tambah minum yg ni x ada efect ke?risau jugak

  46. macam mana cara nak minum ye ? ada waktu yg sesuai tak ? selepas atau sebelum ?

    • Ambil 1 atau 2 sudu makan cuka epal ini dan dicampur dengan air putih, untuk segelas, kemudian baru diminum….. boleh diminum sebelum atau selepas makan. Kalau perut tak tahan, minumlah selepas makan nasi. Boleh minum 1 hingga 3 kali sehari. Jangan lebih2 sangat.

  47. Assalamualaikum. sy menjual semua jenis cuka, kurma, epal, anggur, delima dan madu sidr dari yaman. keaslian dijamin. blh tgk website sy: http://www.yummyhoneyshop.blogspot.com atau http://www.facebook.com/maduyaman. blh juga dihubungi melalui 0179771842.
    penghantaran ke seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak

  48. sesuai untk bayi ke?

  49. thnx for the info..jap g nk g giant cari apple cider..nk bli kt mak..

  50. boleh minum tak kalu ngah pregnant?

  51. Assalamualikum…saya tgh mencari sesapa yg jual cuka CHEHABI Apple Cider Vinegar…

  52. salam 🙂
    kalau kite planning utk pregnant tp minum apple cider vinegar cosway..bole ke?
    nurul

    • Waalaikum salam,

      Tak pasti pulak boleh atau tidak ambil cuka epal semasa hamil. Mungkin pembaca lain boleh menjawabnya.

  53. salam..sy sdg mnyusukn ank..ade efek x pd ank kalau sy consume cuka epal n cuka kurma?

  54. kalau minum cuka apple boleh kurus ke ?

  55. boleh minum walaupun mengidap gastrik

  56. saya salah seorang pesakit gout, saya dah beli sebotol cuka apple jenama bragg dan harap² gout saya sembuh..

  57. Assalamualaikum, mudah2an ALLAH merahmati kita semua. kami ada menjual cuka epal, cuka kurma, cuka delima, habbatus sauda, minyak zaitun & berbagai lagi pemakanan sunnah. kami beroperasi di Usrah Halal Market Wisma MAIS Sek 3 Shah Alam. tel 013 2917012

  58. smua komen2 diatas sgt2 berinformasi.. saya mmg tgh cri info mengenai cuka apple.. terima kasih ye smua 😉

  59. salam.. saya baru nak cuba minum cuka apple ni.. blh share macam mana cara penyimpanannya? kena simpan dlm peti sejuk atau blh simpan di luar je?

    • Assalamualaikum, bagi sesiapa yang berminat untuk membeli cuka epal keluaran mejeza (Jus Tok Guru), boleh hubungi saya di 0177019770 Kamarul. Kawasan Johor Bahru.

    • boleh simpan di luar saja. no refrigeration needed (dari web Bragg)

  60. Boleh kah minum cuka kurma dan lepas itu minum pula cuka epal? Mana yang lebih elok diamalkan meminumnya, cuka epal atau cuka kurma? Atau perlu amalkan satu-satu cuka tersebut dulu. ok

    • Kalau dilihat dari sudut khasiat, kedua duanya sama. Tapi menurut Ustaz Fauzi yang disiarkan dalam radio IKIM, cuka epal lagi baik.
      Pada pandangan saya kedua duanya adalah KHAL yang terdapat dalam hadith. Yang penting, kita mengambilnya kerana ia adalah sunnah. Tetapi perlulah berjadual: mungkin sebelum sarapan cuka kurma, lepas makan cuka epal sebagai contoh. Allahu a’lam.

  61. if tgh menyusukan anak, ok x ambil cuka epal madu ni?

  62. Br je amalkan cuka epal mujeza tok guru..tp tak pasti la cara penyimpanannya…perlu ke msk dlm petiais??

  63. Salam. Saya pengguna tegar Khal Kurma ( kurma adalah buah terbaik, lupakan Acai Berry). Saya dapati ianya sangat baik untuk kesihatan. Malahan saya lebih yakin khasiat Khal dp kurma, buah tin, delima (sangat baik utk diamalkan oleh org perempuan) berbanding ACV (apple cider). Sehingga kini saya terus mengamalkannya dan terus nekad malahan telahpun menjadi pengedar secara langsung di atas sambutan saudara mara, rakan2 yg telah saya perkenalkan. Contact me Lee 013-9788849 @ 017-9388849

  64. alhamdulillah, artikel yang penuh informasi. saya amalkan 2 kali sehari. baru 1 minggu. sebelum ni susah tidur malam. sekarang ni tak sampai 10 minit dah lelap.
    ACV tidak boleh diambil begitu sahaja. paling kurang kena campur dengan air dengan nisbah 1:2 (kalau nak jadikan toner/nak hilangkan parut jerawat). Untuk diminum, dalam 500ml air tambah 1 sudu ACV dan 2-3 sudu madu (sekadar untuk mengurangkan rasa masam). minum 3 kali sehari untuk kurangkan berat badan. saya kurus, cuma amalkan untuk menjaga kesihatan saya ambil 2 kali sehari je…selamat beramal..

    • Alhamdulillah, semoga kita dapat amalkannya secara berterusan bagi menjaga kesihatan, dengan izin Allah SWT.

  65. saya pernah membeli jenama heinz..sbb murah hihi…sampai d rumah saya minum sesudu..tuhan sj tahu rasanya….dan paling saya tidak tahan bau alkoholnya kuat…sy was-wastambah tiada tanda halal jd berkeputusan membuangnya,keesokannya saya cirit birit …tetapi sya masih tidak berputus asa tengah mencuba mbuat sendiri cuka anggur..epal dan kurma hidup …tp mcm berkeladak…akan dibuang lagi lah nampaknya sbb berbau pelik hihihi….lusa off …nak try beli jenama bragg plak huhu….tq

    • Saya tidak pernah mencuba jenama Heinz ni, tak boleh nak komen la. Saya amalkan jenama Bragg kerana ia diperbuat daripada epal yang ditanam guna baja organik, tak terasa pulak alkoholnya, wallahu a’lam.

      • Salam sitik..jenama Bragg mmg confirm halal kan? tgh mencari cuka ni.

      • Insya Allah halal, kalau masih was-was terpulanglah. Boleh didapati di Supermarket Giant.

      • Sitik dh brapa guna cuka Bragg tu..sgt berkesan?plan nk guna bulan posa ni utk turunkan berat,,haha ok x?

      • Bagi saya, gunakan cuka epal ini sangat berkesan untuk meningkatkan ketahanan badan dari serangan kuman (mikrob), contohnya dulu saya selalu dapat ulser mulut, hampir setiap bulan ada saja ulser di mulut. Lepas saya amalkan cuka epal ni, tak ada lagi ulser mulut. Tapi jika lama saya tak ambil cuka ni, mula balik ulser datang.

        Tentang nak turun berat badan, mungkin perlu disertai dengan diet dan senaman, barulah efektif. Saya pernah terbaca, kalau nak turun berat badan, perlu ambil 3 kali sehari, tapi yang ni saya tak amalkan. Kalau tuan nak cuba, eloklah, nanti boleh beritahu kami di sini hasilnya.

      • Ya insyaallah saya cuba dl.utk pecahkan lemak2 di perot ni,haha.tenkiu very much all.

    • Sbb kau yg Bodo pegi telan acv tak dilute dgn air and then nk ckp mcm2 yg bau alkohol la rasa tak halal la padahal Heinz tu halal je tau x. Tak caya pegi check kt website mknn halal America. Lagi satu yg kau pakai telan je sesuatu makanan tu padahal status halalnya kau tau pun tidak apahal? Kalau x halal mcm mana? Pakai akal blh x. Biji Mata ada byk2la membaca spy x bertindak bodo.

  66. Saya baru tahu berkenaan jenama Bragg. Saya penghidap sakit batu karang dan darah tinggi. Seeloknya berapa sukatan yang elok sesuai untuk saya sebab badan saya pun gemuk juga.

    • Untuk sakit batu karang, ubat yang baik ialah dengan minum air rebusan buah delima dan buahnya sekali… insya Allah mujarab dengan izin Allah.

  67. salam. sy baru beli cuka epal Bragg kt guardian. botol besar tu rm20 lebih. b4 sy beli tu, sy da wat research smada Bragg ni halal atau ta. tp Alhamdulillah sbb kemusykilan da t’jwab bila bca komen2 di ats. mse nak byr tu, cashier tu ty sy yg Bragg ni halal ke. sy ckp halal. kite sbg pmbeli sure kne confident kan. 🙂 dy ty cmtu sbb dy na jgk cuba Bragg tp tatau halal atau ta.

    • Waalaikum salam, nampaknya harga di Guardian lebih mahal daripada di Giant (di Giant RM 17 lebih je). Insya Allah halal, berpandukan kepada hadis2 Rasulullah SAW dan cara pemprosesan cuka ini, wallahu a’lam.

      • Alhamdulillah saya dh beli kt Giant,,ACV Bragg..946ml,RM 17.90..xdiragui lg status halalnya..ada tnda KSR..tu maksudnya halal.lgpun cara wat cuka ni sme ja kan.kalau baca kt botol Bragg tu,as optional take it with honey..org putih pun dh amalkan pemakanan cara sunnah.saya dh amek cuka+madu 3 kali sehari..sblm tido,lepas dinner n after breakfast(kompom terberi kt opis)//haha.

      • Alhamdulillah, selamat mencuba….

      • Salam,tumpang lalu.hehe.Kepada sesapa yg masih mencari set bersalin..saya ada menjual set bersalin lengkap utk ibu & anak.free gift bengkung..harga just 200++…015684940

  68. Saya pun dah cuba minum jus apple madu, tp mahal sikit 380ml RM29.90, anak saya ada beli cuka epal keluaran kismis food 650ml RM25 warna hijau. Setakat ni lemah2 badan dah tak de lagi, maybe saya nak cuba Bragg Brand murah sikit.

  69. sya akan cuba…

  70. Sy dah beli ACV Bragg, tapi macam mana cara minum yg sepatutnya khas utk pecahkan lemak2 dan turunkan berat badan. Harap sesiapa dapat membantu. TQ

    • Mengikut pembacaan, minum 3 kali sehari jika hendak menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, ia perlu disesuaikan dulu dengan ketahanan badan masing-masing. Adjust2 lah dulu….

  71. Sejak awal ramadhan, sy bru mulakan minum cuka epal keluaran syria.. sy minum selepas berbuka puasa.. alhamdulillah, sy dpt tarawih dgn sempurna tanpa lenguh2.. cuma yg sy musykil, penyakit lelah & sakit belakang sy kembali tp tak berapa serius. Adakah kesan tindakbalas cuka epal ni?

    • Alhamdulillah…. penyakit lelah dan sakit belakang tu mungkin tindakbalas permulaan saja. Banyak testimoni menyatakan cuka epal ini memang baik untuk sakit belakang…. wallahu a’lam.

  72. Adakah cuka apple sider in menyebabkan sakit tekak dan demam bila minum pertama kali?

  73. Alhamdulillah,saya start minum cuka apple ni seminggu sebelum ramadan,2x sehari 1/2 penutup + 200 ml air suam ,berat turun dan saya ada masalah pcos dan haid yg hanya akan keluar bila mkn ubat shj kini dengan izin allah ,haid saya lancar,darah tinggi tiada.

  74. assalam. saya nak tahu, boleh ke cuka apple ni diambil oleh ibu2 yg tg preggy? sape nk komen sila email pd saya terus ye… ieyna_izwan@yahoo.com TQ.

  75. salam..baru jumpa blog ni, saya merasa..mpunyai sakit jantung dan mempunyai tanda2 awal, saya juga mempunyai masalah berat badan dan darah tinggi (bila stress je). Insyallah esok nk jmpa doktor. Info ni sgt membantu, saya juga akan cuba mengamalkan cuka epal ni. Kalau ada pengidap sakit jantung kt sini, tolong bg komen…Thanks…

  76. sy de jual pati delima n cuka kurma hanya 14 n 15 sj bgs utk ksihatan

  77. call 0199692295 cuka lain ada dlm 15 jgk

  78. Salaamm…nak tanya,cuka apple n kurma ni boleh x utk penyakit/pesakit yg telah kena ‘ MINOR STROKE ‘ d sbbkan penyakit darah tinggi…TQ

  79. maaf,,nk tnye siket..ade sesape penah mkn apple cider yg berbntuk pil ?bagus ke?

  80. salam…baby umur setahun lebih blh ke minum cuka kurma?? ada kwn bgtau dia bg sume anak2nya minum sblm tido stiap hari. agak2nya memudaratkan x??

  81. rasa acv brand bragg ok tak ?

  82. Salam, saya telah mendapat serangan jantung ketika bermain badminton. Setelah seminggu terlantar di ccu gh akhirnya saya pulang kerumah tetapi kekuatan jantung saya telah menurun jauh. (melalui stress test yang dibuat saya hanya mampu berlari sejauh 6min sebelum terasa sakit). Kemudian saya disarankan mengamalkan cuka epal dan Alhamdulillah setelah 2bulan saya mengamalkannya sebanyak 2 kali sehari pagi dan malam kekuatan jantung saya bertambah baik dan saya mampu berlari sejauh 30min tanpa henti.

  83. Salam Sitik. Saya adalah pengguna dn penjual cuka epal dan pati delima dr Turki. Selama 2 bln saya menggunakan cuka epal n pati delima kesihatan saya bertambah baik. Alhamdulillah sakit belakang sblm ini saya sering hadapi kini x lagi. Sakit lutut dan sendi juga telah berkurangan. Semuanya dgn izin Allah. Sesiapa yg berminat dan ingin mencuba cuka epal n pati Delima dari Turki bolehlah hubungi saya melalui SMS 0133329380/ email-zainab bujang@gmail.com

  84. Sedikit maklumat tambahan untuk dikongsi di sini, semoga bermanfaat kepada semua…

    Apple Cider Vinegar should be a staple in every home. It has a wide variety of uses and you can’t beat it as far as low price for health care! ACV is anti-fungal, anti-viral, and anti-bacterial.

    To aid internal health make this:

    2 Tbsp ACV, 2 Tbsp Honey, 1 Cup Water
    Drink 1-2X/day for two weeks on, two weeks off. Then maintain by drinking 3-4X/week thereafter.

    This is just what I recommend because I’m a believer in too much of anything isn’t usually the best.

    1. Prevents flu and stomach illness
    2. Dissolves kidney stones
    3. Detoxifies the body of heavy metals and toxins
    4. Regulates pH balance in the body
    5. Helps relieve nausea
    6. Helps relieve heart burn or chronic acid reflux
    7. Helps relieve asthmatics
    8. Helps relieve allergies
    9. Helps relieve gout
    10. Helps lower glucose levels in diabetics
    11. Helps weight loss by curbing appetite and breaking down fat
    12. Helps relieve migraines
    13. Helps relieve sinus pressure and infection
    14. Lowers blood pressure
    15. Lowers cholesterol
    16. Kills cancer cells or slow their growth
    17. Reduces inflammation, relieve arthritis

    To aid external health:

    Mix 50/50 ACV and Water

    Appropriately apply with cotton ball, soak, or spray on affected area

    18. Gets rid of buildup on scalp
    19. Conditions hair and detangles
    20. Gets rid of fingernail or toenail fungus
    21. Works well to clear up fungal, bacterial, viral rashes
    22. Soothes bug bites
    23. Gets rid of warts (put ACV on cotton ball, cover with Band-Aid, leave on over night for 1 week)
    24. Balances pH in vagina, relieves yeast infection (douche with 1 tsp of ACV mixed with 2 cups water) Must rebalance good bacteria
    25. Helps reduce/prevent acne (don’t get in eye)

    http://www.mamasworldview.com/2012/02/25-uses-for-apple-cider-vinegar.html

  85. apa pula kesan jika berhenti minum cuka epal ni?

    • Melalui pengalaman saya, ketahanan badan menjadi kurang kalau lama tak ambil cuka epal ni, ia balik ke asal seperti sebelum minum cuka ini.

  86. cuka epal ni sesuai tak utk kanak2 yg berumur 10 tahun yg menghidap asma?

    • Untuk kanak-kanak di bawah 10 tahun tak pasti pulak. Tapi, saya rasa boleh cuba sikit-sikit dan lihat ada improvement atau tidak… kalau memudaratkan hentikan sajalah.

  87. Alhamdulillah… family saya mgamalkan Bragg Apple Cider sbg ubatan dan juga dicampurkan dalam masakan.. Ayah saya darah tinggi pun dah kembali normal dan makcik saya yg mhidap diabetes turun 5.1… sampaikan doktor pun mengesyorkan kepada pesakit lain untuk mgamalkan cuka apple. Setiap kali saya mbeli apple cider dekat giant atau farmasi, mesti cashier akan btanya kegunaannya dan ada juga customer yg ternampak saya ambil cuka apple bertanya kgunaannya. Terima kasih pekongsian maklumat disini.

  88. Reblogged this on Brain Damage.

  89. saya nak tahu, bagaimana pula dengan cara penyimpanannya?

  90. sitik..wow!! I really love those word ” too much of anything isn’t usually the best”… sy amat percaya ni.. dlm apa jua perkara dan perbuatan kita haruslah ada batasan nya or in another word.” enough is enough”. sy pernah guna cuka apple keluaran Cosway dan other brand.. looking forward nk beli Bragg pula..apa2 pun niatkan utk kesihatan

    • “Enough is enough” maksudnya tak mahu lagi dah, dah cukup secukupnya….bukan ada batasannya. 🙂

      • yeah u are right…whatever!..smlm after ofis sy singgah Giant Permata. excited sgt nak cari Bragg. frust tak ada.. anyway itu belum mencukupi.
        tiada batasan buat me utk mencari nya…hehehe

      • ‘Wasatiah’ – bersederhanalah dlm ape2 perkara pun sprti yg diajar Islam.. 🙂

        dekat Guardian or Watson slalu ade brand Bragg ni..

  91. Saya bukan nak mempromosi Bragg Apple Vinegar ni, tak dapat komisyen pun, tapi Bragg ni satu-satunya produk organik yg saya nampak ada dalam pasaran Malaysia sekarang… harap maklum.

    Sesiapa yang nak cuba produk lain pun boleh, tak ada masalah, tapi saya lebih sukakan produk organik.

  92. noted….t.q

  93. salam..saya juga telah mula mencuba cuka jenama bragg nie..beberapa tahun yg lalu ada teman yg mengesyorkan jenama ini tetapi ketika itu saya menggunakan cuka epal keluaran cosway…masih ternanti2 kebaikan penggunaan cuka epal ini terhadap tubuh badan saya

    • Waalaikum salam,

      Yang paling ketara bagi diri saya, mengamalkan minum cuka epal ni dapat meningkatkan ketahanan badan, contohnya kalau luka cepat sembuh, kalau luka atau pecah2 dalam mulut pun tak jadi blister (tak payah guna ubat Benjola)… :), kalau rasa2 nak demam pun tak jadi demam, cepat baik sendiri, dan tidak mudah dapat selesema. Lain orang mungkin lain khasiatnya bergantung kepada penyakit apa yang ada dalam badan masing-masing…. wallahu a’lam.

      • Salam. Saya sangat bersetuju dengan artikel ini. saya juga ada menjual cuka epal jenama Kemal Kukrer (RM18) sebotol dan pati delima Gulsan (RM17) sebotol.kedua-duanya produk dari Turki. Harga adalah COD area Skudai, Johor. Sekiranya berminat, boleh hubungi 0197455120.

  94. bila waktu yang sesuai utk minum cuka bragg ni ek?

  95. kalau makan produk kolagen,boleh minum x cuka epal ni.saya br beli jenama heinz..

  96. Saya pun minum ACV BRAGG…bagi yg tanya halal ke tak…jawabnya in sha Allah halal sbb ada label kosher (halal bg yahudi). Sbb benda yg diharamkan dlm Islam juga haram dlm yahudi…

  97. boleh x amalkan cuka epal dan EPO (Evening Primrose oil) serentak?
    urgent..tq..:-)

  98. asalam semua amoi dr jb.. so far bjaya kurngkan berat wlpon kdar lamt dlm masa hmpir 2minggu cuba ACV Bragg yg dibeli di giant … dkt 5kg juga turun.tp jenuh nk tahan bau masam acv ni. So far bila minum acv 2x sehari dgn cara sukat 15ml AcV dan 1sudu madu habbatssauda cmpur air sejuk nyammmm sedap… buang air besar pon licin je. Dulu mesti nak teran je. Mula2 minum tu mmg ada rasa perit tekak. Kene fight jgn berhenti. Nnt biase lah.klo stop nnt tu yg xtahan. Klo rasa tlalu masam bg lesser sikit sukatan.. So far alhamdulillah.

    • Alhamdulillah…. hebat tu, kalau boleh turunkan berat badan 5 kg dalam masa 2 minggu mengamalkan minum cuka epal ni. 15 ml tu lebih kurang 1/4 gelas ke?

    • Alhamdulillah…. hebat tu, kalau boleh turunkan berat badan 5 kg dalam masa 2 minggu mengamalkan minum cuka epal ni. 15 ml tu lebih kurang 1/4 gelas ke?

  99. Kalau macam tu kena minum air banyak takut kesan pada buah pinggang

  100. Alhamdulillah…Terima kasih atas info2 yg sy dpt dr saudara-saudari semua. Sy tercari-cari khasiat cuka apple, alhamdulillah sy jumpa di sini. Selama ini sy amalkan minum madu setiap pagi utk tambah tenaga, selsema dn gastrik. Dlm 2 bln ni plak sy cuba minum pati delima dgn madu utk menghilangkan sakit senggugut teruk. Sy ingin bertanya, boleh ke sy minum cuka apple selepas pembedahan setahun yg lalu?

  101. Bleh tk sesiapa berkongsi dgn sy khasiat pati buah delima? Sy sedang mencari maklumat tentangnya. Terima kasih…

  102. Cuka epal murah je harganya RM 8 sebotol di jual di mahnaz area shah alam. Kalau beli sekotak jatuh RM 5 sebotol. Google la alamat mahnaz tu.

  103. Askm…ACV bragg boleh diambil pesakit gastrik …asid yg byk dlm perut psakit akn dineutralkan oleh cuka apple yg diambil( cuka apple yg raw/organic (boleh dilihat dari wrna keruh cuka tsebut jika jernih bmkna ia tdak organic sbb zat nya sudah hilang dtapis)cth: bragg) cuka apple yg apabila dmnum akn mnukar asid dlm perut kpd alkali!! So pesakit gstric tdak akan mrasai perut berangin/ pedih ulu hati/ asid reflux n dsbnya..sy mrupakan psakit gastrik n sjak mngamalkan bragg dgn izin allah sy tdak mrasai lg pyakit itu dlm tbuh sy..alhamdulillah..

  104. Assalamualaikum. Boleh like kami di facebook Home made apple cider by Acidfinger2therescue. Kami menjual 100% brewed n natural apple cider. Tiada vinegar. Sesuai utk org yg ada gastrik. Thanks.

  105. aswhb kenkwn semua
    ikut sunnah Nabi cuka kurma atau khal itu lebih baik dari cuka epal, nabi pun pesan agar setiap rumah perlu ada khal begitu juga pesanan syidina Ali. Seperkara lagi perlunya madu dan zaqfaran yang khasiat dapat menguatka daya fikiran dan ingatan…begitulah pesanan orang alim…

  106. Assalam,. anyone boleh bantu saya tak? Saya buntu laa,. Should I go on or stop consuming ACV Bragg sebabnya sakit tekak yang agak melampau after consume this tonic. Today si my 3rd day…

    • Waalaikum salam,
      Berapa sukatan yg diminum? Biasanya saya minum campuran 1 sudu teh cuka dengan 1 gelas air putih. Kalau suka boleh tambah 1 sudu teh madu. Setakat ini ok je tak ada masalah.

      • Assalamualaikum. Saya menjual apple cider yg siap dicampur dgn madu dan ada yg dicampur madu dan 3 jenis sabah seaweed. Apple cider saya tiada cuka buatan dan tidak dicampur air. Home made apple cider by Acidfinger2therescue

    • Assalamualaikum. Like our page Home made apple cider by Acidfinger2therescue. Tiada cuka buatan dan sesuai utk org yg ada gastric even minum semasa empty stomach. Thanks

  107. assalamualaikum. Do like our page. Home made apple cider by Acidfinger2therescue. Our cider is 100% brewed and natural. Tiada cuka buatan dan tidak dicampur air. Sesuai utk org yg ada gastric even minum semasa perut kosong. Thanks

    • saya juga ingin kongsi pengalaman,saya ada fibroid
      setiap bulan saya ada pendarahan berat dan kesakitan yang tdk terkata.tapi sejak saya minum cuka epal(bragg) haid saya kembali normal dari 20 hari kini 9 hari.pendarahan juga tiada,kesakitan pun hampir tdk terasa.

  108. cuka epal dari turki rm13.00 sebotol saiz macam botol minyak jagung mazola tu yg besar bawah meruncing naik ke atas entah berapa ml ntah….. 01114496927… tapi sye tak tahu nak makan macam mana… terus minum ke?

  109. xda org nk jawab ke soalan boleh ke ibu menyusu bayi minum cuka apple?

  110. I read this article fully oon the topic of the comparison of most up-to-date and preceding technologies, it’s remarkable
    article.

  111. I don’t know whether it’s just me or if everybody else encountering problems with your blog.
    It appears like some of the written text in your posts are
    running off the screen. Can someone else please comment and let me know if this is happening to them too?
    This could be a issue with my web browser because I’ve had this happen before.
    Thank you

  112. hey there and thank you for your info – I’ve certainly picked up something new from right here.

    I did however expertise a few technical points using this website, as I experienced
    to reload the website a lot of times previous to I could
    get it to load correctly. I had been wondering if your web host is OK?
    Not that I’m complaining, but sluggish loading instances times will often affect your placement in google and can damage your high-quality score if advertising and
    marketing with Adwords. Anyway I’m adding this RSS to my email
    and could look out for a lot more of your respective intriguing content.
    Make sure you update this again soon.

  113. My family every time say that I am wasting my time here at web, except I know I am getting familiarity everyday by reading such fastidious posts.

  114. Excellent blog here! Also your website quite a
    bit up fast! What web host are you the use of? Can I get your affiliate hyperlink on your host?

    I desire my website loaded up as fast as yours lol

  115. salam buat semua…
    Nama aku Addie…Aku baru aja terbaca pasal cuka epal kat laman ni..
    pendekkan cerita, aku akan cuba beli cuka epal dan minum 3 kali sehari.
    Bila dah beli aku update korang;.
    hari nih 13/8/2014
    Berat aku 93 kg.
    Penyakit yg ada sekarang :
    1- Gout
    2- Sakit kaki kiri bahagian atas tumit
    3- Lelah
    ok..nanti aku update korang..

    • Waalaikum salam,
      Selamat mencuba, semoga berjaya…

    • salam semua.. aku adie..

      nak update korang semua
      semalam aku dah trima cuka epal yg aku pesan dari Hanoi.

      19/08/2014 – aku mula minum 2 sudu besar.waktu pagi jam 10:00 am
      Rasa nya kelat kelat masam sikit…warna cuka epal aku ialah putih.

      20/08/2014- aku minum pagi tadi–1 sudu besar – 8:00 am
      Aku tak rasa apa apa perubahan dgn 3 penyakit aku seperti diatas.
      Maklum lah, baru nak mula..belom mesra alam lagi kot…

      • ok geng..salam semua
        19/9/2014 –
        aku dah minum habis sebotol.
        apa perubahan? ada geng
        berat aku skang 90 kg.

        1- gout aku…kurang sakit atau panas pada kaki..aku rasa selesa bila berjalan.
        2- sakit kaki kiri bahagian atas tumit dah berkurangan.
        3- lelah aku cam biasa.

        apa yang nyata, dah seminggu aku timbang…memang berat aku dari 93 kg dah turun ker 90 kg.

        aku baru aja terima 2 botol cuka epal yang aku oder untuk stock aku.
        itu saja aku nak share dengan korang semua.

      • 29/09/1014 –

        hari dah 2 botol aku dah minim, Rasanya yang nampak ketara ada lah berat aku yg dah turun dan kekal Penyakiy yg lain aku tak tahu lah pulak.

        Gout mungkin dah ok..

      • Alhamdulillah…

      • 10/10/2014-aku mula oder 2 botol cuka epal dari Hanoi memandang stok aku tinggal 1/2 botol aja

        aku nak update rakan rakan adtau pengguna cuka epal ini.
        aku memang tak perasan selama aku minum cuka epal ini, mata aku yang asik merah atau kemerahan beransur putih.
        makna nya merang mata aku dah kurang.Dulu sebelum minum, pantang kena air atau cuci mika..mata mesti merah giler geng.
        alhamdulillah,.sejak amal minum cuka epal nih,,aku baru perasan bila cuci muka ..merah tu dah hampir hilang..alhamdulillah,

      • salam semua
        hari ni 27/10/2014
        Nak update korang. betis kakl kanan aku macam ada bisul, memanan dah pecah.
        Ada kah ini tindak balas dari meminum cuka.sapa yang

      • Sebelum ni sakit apa?

    • Addie, ada respond dlm penggunaan cuka tu x?

  116. Appreciation to my father who shared with me on the topic of this webpage, this website is genuinely
    amazing.

  117. Assalamualaikum…sy nak tanya kalau minum cuka apple nier untuk ibu mengangdung boleh tak…adakah ia baik untuk kandungan atau akan belaku apa2 dekat kandungan..harap membantu

  118. salam sitik..mak cik pun mmg dh dgr kebaikan AC braggs tu cuma m.cik takut nk mulakn dos yg mcm mana coz m.cik ada asma n gastrik..harap sitik bantu k..dh mcm2 produk m.cik cuba.

  119. salam diucapkn..buat m.cik yg ada semput n gastrik ni n on ubat selalu blh x minum AC ni..n kalau blh brapa lama gap antara ubat n AC tu ya..t.kasih

  120. Sape pnh trv ACV jenama Solana Gold; Virtues of Vinegar Organic. ACV. Raw & Unfiltered. Made With The Veil of the Mother RM19 sbotol…ok ka?

  121. adie

    assalamualaiikum geng, masa nak update korang semua.

    aku rasa memang ada beza kalau kita minum dgn tak minum.
    contohnya: sebelum minum asik ngantuk aja..pantang kepala cecah dinding, mesti lena.

    Selepas kita minum:Rasa ngantuk akan berkurangan dan kita tak mudah terlelap. Aku kongsi pengalaman aku dgn korang sebab aku sekarang tak seperti dulu..kalau dulu selalu sakit itu sakit ini, sekarang alhamdulillah.

    Itu saja buat kali nih.

  122. […] Khasiat cuka epal | sitik’s blog […]

  123. […] Khasiat cuka epal | sitik’s blog […]

  124. salam 1 malaysia, nama aku adie, hari ni nak update rakan rakan semua…

    Aku dah berenti lama minum cuka nih.sebab nya aku nak buat kajian perbezaan minum cuka epal ni dengan tak minum.

    Nak tau apa jadi bila aku berenti minum dalam masa sebulan.

    1- berat aku dari 90 kg naik pada 95 kg.
    2- Rasa mengantuk bila bekerja..
    3- Sakit ulu hati datang balik.

    itu aja yg dapat dikongsi…mulai malam nih, aku nak sambung minum cuka epal…pewutttt dah boroiiiii..

    thanks pada yg sudi membaca

  125. Cuka epal susah nak dpt…selain difarmasi..kedai xde jual ke..area klang syah alam..kalau ada yg jual..boleh beli by hand.

  126. salam, saya org kulim,kat mana bleh dapat cuka epal jenama bragg .
    Harap sapa2 dapat membantu. kat guardian x dak.

  127. Salam..saya ingin bertanya jika seseorang ade kencing manis jus epal apa y paling sesuai.tahap gula dlm badan sy 25.saya bru tahu y sy de kencing manis.harap sdi balas dn beri jawapan untuk soalan sy..ape nasib untk pesakit kencing manis.

  128. Seeloknya cara masakan kita perlu ditukar kepada penggunaan cuka herba (epal & nipah). Ianya lebih masam jika dibandingkan dengan cuka tiruan dikedai. Kalau nak buat acar, jeruk dan apa saja, eloklah kita bertukar ke penggunaan cuka herba tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: