Tips penjagaan tulang belakang

Info ini diterima melalui email….. semoga bermanfaat kepada yang prihatin dengan penjagaan kesihatan tulang belakang.

Advertisements

Kesan pengambilan steroid dalam ubat

Ubat tiruan atau ubat yang banyak mengandungi steroid adalah berbahaya, kebanyakannya ubat untuk rawatan sendi tulang.

Apakah kesan sampingan pengambilan ubat sendi yang mengandungi steroid?

Paling biasa dialami adalah bengkak anggota badan dan peningkatan berat badan secara tiba-tiba. Pengambilan tiga hingga lima hari berturut-turut sahaja sudah mencukupi untuk melihat kesan ini. Bukan sahaja penyakit sendi yang dialami semakin parah, malah ginjal mereka turut menjadi korban serta mengalami pendarahan usus (peptic ulcer). Selain itu, pesakit juga mengalami peningkatan gula dalam darah yang mengundang penyakit kencing manis serta tekanan darah meningkat (darah tinggi).

Kesan jangka panjang pengambilan ubat yang mengandungi steroid?

Ia boleh menyebabkan tulang rapuh seterusnya mengundang osteoporosis. Sebenarnya, pengambilan steroid berlebihan boleh memberi kesan kepada seluruh tubuh badan termasuk gangguan sistem saraf.

Adakah kanak-kanak juga mendapat kesan daripada pengambilan bahan ini?

Kanak-kanak di bawah usia 14 tahun yang mengambil ubat mengandungi steroid akan terbantut tumbesaran. Sesetengah penyakit yang menyerang kanak-kanak seperti artritis memaksa kanak-kanak terbabit mengambil steroid untuk melegakan kesakitan kerana ia menjejaskan kualiti hidup mereka. Tetapi dos yang diberi adalah kecil.

Pesakit yang biasa diberi steroid?

Penyakit berkaitan rheumatologi seperti rheumatik, asma dan sebagainya. Steroid penting dalam ubatan atau bahasa paling mudah, semua jenis ubat mengandungi steroid yang dibenarkan tetapi dalam kuantiti yang kecil.

Adakah herba yang terkandung dalam ubat atau suplemen boleh membantu melegakan sakit sendi?

Sehingga kini ia belum terbukti secara saintifik. Cuma ia sekadar suplemen yang boleh membantu mengelak atau mengawal sedikit masalah sendi seperti pengambilan minyak ikan kod, halia dan minyak evening primrose.

Namakan antara jenis steroid berbahaya dalam ubat sendi?

Prednisolone – hanya dibenarkan pengambilan sebanyak 15 miligram setiap hari. Sekurang-kurangnya hanya dua minggu pengambilan dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan lain.

Dexamethazone – paling kuat. Berpotensi menyebabkan kesan sampingan dalam masa yang cukup singkat. Selalunya digunakan untuk mengecutkan tumor dalam otak, mengecutkan ketumbuhan tulang belakang dan sebagainya.

Bagaimana untuk mendapatkan kelegaan segera?

* Tuaman panas (menggunakan botol mengandungi air panas) atau rendam tempat bermasalah dalam air suam untuk kesakitan ringan. Ia berfungsi dengan memperbanyakkan pengaliran sekali gus melancarkan darah ke kawasan bermasalah.

* Tuaman sejuk. Meletakkan ais di tempat bermasalah. Paling efektif kerana kulit memberhentikan penghantaran isyarat ke otak dan pesakit tidak terasa kesakitan.

* Para doktor juga biasanya menggalakkan pesakit mengambil paracetamol kerana ia memberi kelegaan segera. Namun, kebanyakan pesakit enggan kerana menganggap tidak berkesan.

* Cahaya matahari pun dapat digunakan untuk memanaskan anggota persendian yang sakit terutamanya sakit belakang. Untuk menggunakan cara ini, diperlukan alas tidur yang dapat menyerap kepanasan dan haba. Jemur alas ini di bawah sinar cahaya matahari sampai beberapa lama, kemudian berbaring di atas alas tersebut.

Rawatan lanjut untuk kelegaan sakit sendi?

Ubat antirheumatik yang banyak dijumpai di pasaran, termasuk yang diberikan doktor di klinik swasta adalah ubat antiinflamasi bukan steroid (NSAID). Ubat-ubat NSAID boleh menghalang proses radang sendi tetapi tidak dapat menghentikan proses penyakit. Pada ketika ini ubat-ubat NSAID digunakan dengan secara meluas untuk majoriti gejala dan simptom penyakit sendi rheumatik. Ia perlu dibantu dan disokong dengan rawatan-rawatan lain seperti fisioterapi dan kadang-kadang sendi yang terbabit perlu disuntik dengan kortikosteroid. Terdapat beberapa penyakit rheumatik tertentu memerlukan rawatan yang spesifik seperti penggunaan kortikosteroid jangka panjang dan ubat sejenis kemoterapi seperti rawatan arthritis rheumatoid(RA).

Adakah kaedah suntikan lebih berkesan daripada pengambilan ubat (dimakan)?

Ya, kerana dengan suntikan, rawatan diberikan tepat ke kawasan mengalami kesakitan. Sedangkan pengambilan ubat secara makan boleh menjejaskan bahagian lain terutama perut.

Sumber

Petua mencegah kebocoran pundi kencing

Susunan DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

MENGAWAL pundi kencing bukan satu jenaka. Jutaan wanita menderita terkencing, sama ada beberapa titik yang tiada siapa sedari atau jumlah besar yang boleh memalukan!

Kesukaran mengawal kencing dicetuskan oleh beberapa sebab. Kehamilan dan melahirkan anak, menopaus dan masalah kesihatan fizikal akibat peningkatan usia merupakan antara penyumbang kepada masalah ini.

Percaya atau tidak, terdapat kaedah semula jadi untuk meningkatkan kesihatan pundi kencing tanpa menggunakan ubat-ubatan.

Senaman

Melakukan senaman mengawal pundi kencing selama lima minit, tiga kali sehari boleh memperbaiki masalah itu.

Bagaimanapun, untuk memastikan ia berkesan, anda perlu membayangkan sedang menahan kentut atau menghentikan aliran kencing ketika ia sedang cuba keluar.

Gunakan otot sama yang anda gunakan, jika terasa seperti ‘tertarik’, maka otot-otot yang betul digunakan untuk senaman pelvis.

Tarik otot pelvis ke dalam, tahan dan kira sampai tiga. Kemudian relaks dalam kiraan tiga. Ulangi sebanyak 10 hingga 15 kali setiap kali senaman. Anda juga boleh mencuba senaman ini dalam tiga posisi berbeza; berbaring, duduk dan berdiri.

Kekalkan berat badan normal

Memang benar, beban berat badan berlebihan meningkatkan kemungkinan lantai otot pelvis menjadi lemah.

Jika anda gemuk, cuba kurangkan berat badan dan lihat perbezaannya. Meskipun indeks jisim badan (BMI) bukanlah petunjuk kesihatan terbaik namun ia merupakan titik rujukan yang bagus untuk mengetahui sama ada anda perlu mengurangkan berat badan.

Jangan angkat berat

Jika terpaksa mengangkat sesuatu yang berat, minta bantuan orang lain melakukannya. Mengangkat objek berat secara salah boleh melemahkan lantai pelvis.

Jika mengangkat objek berat sendiri, pastikan anda melakukannya secara selamat dengan membengkokkan lutut dan menggunakan otot kaki.

Juga, cuba gabungkan latihan kekuatan dalam senaman agar anda lebih kuat untuk waktu-waktu yang memerlukan anda berbuat demikian.

Jaga makan dan minum

Sesetengah makanan seperti yang berasaskan tomato dan pedas boleh mengganggu pundi kencing.

Sementara minuman mengandungi kafein atau alkohol bertindak sebagai diuretik yang mengakibatkan kebocoran.

Justeru, lebih baik ambil cecair yang bagus untuk pundi kencing seperti air, jus epal, anggur dan cranberi.

Bersiap-sedia

Kelemahan pundi kencing melibatkan satu daripada empat wanita. Ini bermaksud anda tidak keseorangan jika menderita akibat masalah ini.

Cuba pergi ke tandas secara kerap untuk mengelak pundi kencing menjadi cepat penuh. Juga, gunakan pelapik seluar dalam atau tuala wanita ketika hari-hari aktif di mana anda tahu sukar untuk pergi ke tandas.

Sentiasa bersiap-sedia boleh memberi anda keyakinan sepanjang hari.

Sumber

Dekati Pencipta dari usia muda

NIKMAT kehidupan hidup di dunia ini memang menakjubkan. Keindahan dan kesenangan membuatkan kita berasa selesa untuk terus mendiaminya.

Sekiranya kita tidak memahami erti sebenar kehidupan ini, pasti dunia mempengaruhi sikap dan perilaku kita. Kita juga tidak mahu meninggalkan dunia untuk menemui Tuhan Yang Esa.

Keinginan untuk bertemu dengan Allah s.w.t membuatkan kita terlepas daripada bahaya belenggu kehidupan duniawi.

Bagi mereka yang bersedia menemui Allah, keinginannya selalu termakbul. Mereka menikmati kehidupan yang tenang dan bahagia.

Bagaimana caranya kita boleh menemui Allah? Bertemu Allah bukannya bermaksud bertemu secara fizikal kerana perkara itu semestinya mustahil. Pertemuan dengan Allah bermaksud keadaan jiwa yang wujud selepas kita melakukan usaha tertentu seiring dengan al-Quran dan hadis.

Hakikatnya, pertemuan dengan Allah satu cita-cita yang muncul selepas adanya pengakuan kewujudan Allah yang lahir daripada sanubari.

Kini remaja dikaitkan dengan golongan yang jauh daripada Allah kerana mereka lebih suka kepada hobi yang bersifat duniawi. Mereka juga selalu berpendirian ‘ibadat itu hanya untuk orang tua yang hampir menemui ajal.’ Sebenarnya remaja akan diberi kedudukan yang mulia di sisi Allah jika mereka membesar dalam suasana beribadah. Ramai tokoh ternama Islam yang menjadi contoh teladan sejak dari zaman remaja bahkan ketika awal kanak-kanak lagi mereka sudah membuktikan keperibadian yang unggul seperti Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Mas’ud, Fatimah Az-Zahra dan Mush’aib bin Umair.

Justeru, anggapan mengatakan remaja berada jauh daripada Allah tidak tepat. Alangkah indahnya jika golongan remaja dapat menjadi ansharullah (pembela atau penolong Allah) yang digambarkan Allah dalam firmannya bermaksud: “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang menyertainya bersikap keras terhadap kekafiran serta berkasih sayang antara mereka.” Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh di antara mereka dengan keampunan dan pahala yang besar. (Surah al-Fath ayat 29). Maka naskhah ini khas buat mereka yang bergelar remaja bagi memperkemaskan diri agar terus tegar menempuh segala cabaran dalam membenihkan kehidupan yang penuh kegembiraan dan kasih sayang daripada Pencipta.
Sumber

Isu kalimah Allah – Pandangan Datuk Dr Haron Din

Kesempurnaan Iman dan Kepentingan Ilmu – Ustaz Zahazan Mohamed

Bertembung Kepentingan Harta dgn Kepentingan Allah – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

%d bloggers like this: