Tinned babies?

Hampir setiap hari kita disogokkan dengan berita-berita tentang betapa kejamnya orang yang dipanggil “manusia” kepada kanak-kanak kecil. Sudah hilangkah pertimbangan akal yang waras dan perasaan belas kesihan sesama insan???

Dulu kita pernah dengar, banyak negara memperdagangkan organ manusia, tapi bukan untuk dimakan…. tapi cerita yang di bawah ini memang dasyat dan gila!!

Saya paparkan di sini maklumat dari email yang diterima…. memang tak boleh dibayangkan!!!

Apa nak jadi dengan manusia akhir zaman ni? Sekarang manusia dah makan manusia secara terang-terangan… astaghfirullah al azim.

Baby made into tinned stuffed

This is really shocking!!!! !!!

How babies are tin stuffed in Japan?

I am speechless! I knew about cats, dogs, snakes and frogs, but this is just another episode???

Dear God’s people, I am forwarding this so that it can get to a larger scope of people.. Spread this around so that we may destroy the work of the devil.

Advertisements

Penemuan terkini dunia perubatan – 1

1. Pembuluh darah otak akibatkan MS

SEBANYAK 55 peratus pesakit sklerosis pelbagai (MS) didapati mengalami penyempitan pembuluh darah ke otak. Menurut penyelidik dari Itali, Dr. Paolo Zamboni, ini menjelaskan bagaimana aliran pantas darah terhalang hingga mewujudkan sejenis besi di dalam otak sekali gus menyebabkan ketidakmampuan sel saraf antara otak dan tulang belakang berkomunikasi.

Terkini, saintis Universiti Buffalo, AS, menggunakan mesin ultrabunyi Doppler dan teori serta kajian Zamboni untuk mengimbas keadaan pesakit dalam pelbagai posisi bagi melihat salur darah.

“Teori dan kajian tersebut semakin memberi jalan penyelesaian kepada penyakit MS. Menerusi imbasan, ia jelas menunjukkan terdapat laluan darah yang sempit. Penyempitan ini mewujudkan abnormaliti utama penyebab MS,” kata sumber penyelidik tersebut.

Kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang gemar minum susu dan mengambil vitamin D ketika hamil akan berdepan dengan risiko sklerosis pelbagai 56 peratus lebih rendah berbanding ibu yang tidak minum susu.

2. Kebosanan punca mati muda

MENGALAMI perasaan bosan terbukti memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Dalam laporan penyelidik dari Kolej Universiti London, kebosanan boleh menyebabkan anda mati pada umur muda.

Walaupun ia tidak mendatangkan bahaya secara khusus, tetapi rasa bosan itu mampu menjadi simptom kepada perilaku bahaya seperti minum minuman keras, merokok, menagih dadah dan mengalami masalah psikologi. Tinjauan itu dijalankan ke atas lebih daripada 7,000 kakitangan kerajaan yang berumur di antara 35 hingga 55 tahun.

Wanita muda didapati lebih mudah berasa bosan manakala mereka yang dilaporkan kebosanan senang mendapat serangan jantung.

“Berdasarkan kajian, kami menyimpulkan mereka yang kebosanan berpotensi mati muda namun ia bukan pencetus utama,” ujar laporan tersebut.

Menurut penyelidik dari Belanda, wanita hamil yang merokok mempunyai darah tinggi dan paras asid folik yang rendah pada trimester pertama kehamilan bakal memiliki bayi yang kecil serta mengalami komplikasi serius yang lain.

3. Rasa manis – simpan rahsia tekanan jiwa

LAZIM untuk kanak-kanak menyukai gula-gula. Namun, jika mengambilnya terlalu banyak, mereka berdepan dengan risiko mengalami tekanan emosi dan mendapat kesan seperti ketagihan alkohol pula.

Sepasukan penyelidik Amerika Syarikat (AS) dalam jurnal Addiction memberitahu, kanak-kanak yang obses dengan gula-gula mempunyai kaitan rapat dengan masalah ketagihan alkohol yang dicetuskan oleh rasa manis yang wujud dalam gula-gula terhadap otak.

“Ia memerlukan paras kemanisan yang tinggi untuk membuatkan kanak-kanak tersebut kembali tenang,” ujar ketua penyelidik, Julie Mennella.

Jelasnya lagi, masyarakat menggunakan gula-gula sebagai hadiah kerana ia menimbulkan keseronokan dalam kalangan kanak-kanak. Namun, sesetengah kumpulan kanak-kanak ini obses kepada gula-gula kerana pengaruh biologi.

Sumber Berita

Kredit bagi kokurikulum lebih 40 jam

Berita ini mungkin akan menggembirakan mahasisawa kita yang aktif kokurikulum. Ini merupakan pengiktirafan KPT kepada kemahiran insaniah yang diterapkan dalam pembelajaran di universiti.

RAWANG 24 Feb. – Mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang aktif dan melakukan kerja-kerja kokurikulum melebihi 40 jam akan diberikan kredit pada pencapaian akademik masing-masing.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Rujhan Mustafa berkata, ia bagi membolehkan mereka yang aktif mendapat imbuhan sewajarnya.

“Ini melibatkan lapan bidang utama antara lain termasuk pengucapan awam, sukan, keusahawanan, kepimpinan, kebudayaan, khidmat komuniti serta kreativiti dan inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membacakan teks ucapan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di majlis penyerahan kenderaan Perodua Eco-Challenge di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Perodua turut menyerahkan 12 unit kereta Viva 1.0 liter manual dan automatik kepada 12 peserta terpilih.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Aminar Rashid Salleh.

Rujhan berkata, sehingga kini terdapat 970 program gerak kerja luar yang dibangunkan di pusat pengajian tinggi awam dan 270 daripadanya diiktiraf untuk diberikan kredit.

Menurutnya, inisiatif syarikat seperti Perodua dalam menganjurkan pertandingan Eco-Challenge bukan sahaja memberi manfaat kepada mahasiswa malah mengukuhkan lagi kolaborasi antara industri dengan universiti tempatan.

Buat masa ini kata beliau, terdapat 14 fakulti kejuruteraan di IPTA dengan empat daripadanya berkaitan dengan mekanikal automotif.

“Tentu sahaja melalui idea, kerjasama dan kerja berpasukan, kita mampu melahirkan bakat-bakat muda yang inovatif lagi kreatif,” katanya.

Pada ucapan yang dibacakan, Mohamed Khaled menyeru lebih banyak syarikat menganjurkan pelbagai program berkaitan sebagai salah satu tanggungjawab korporat.

Sumber Berita

Kelebihan Hari Jumaat

JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.

Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada hari Jumaat. Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga”.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu, tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat”.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia-mulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta”.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu”.

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas”.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi”.

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.”
(Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwudhuk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).

Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam.

Antaranya:

* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur.

* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang”.

* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan oleh Allah.

Berat berlebihan panjangkan umur manusia?

Akhbar Kosmo hari ini melaporkan bahawa berat badan berlebihan boleh memanjangkan umur seseorang. Adakah ini benar? Berikut adalah laporan tersebut…

SELAMA ini kita diberi peringatan tentang bahaya memiliki berat badan berlebihan. Sebuah kajian yang dijalankan di Australia sebaliknya mendapati golongan yang berumur 70 tahun ke atas yang memiliki berat badan berlebihan memperoleh jangka hayat tambahan sehingga 10 tahun lebih lama berbanding mereka yang sebaya dengan berat badan normal.

Kajian terbitan 28 Januari lalu di dalam Journal of the American Geriatrics Society itu bertentangan dengan kajian asal yang mencadangkan memiliki berat badan berlebihan mengundang pelbagai jenis penyakit, termasuk penyakit jantung.

“Kajian kami mencadangkan mereka yang berumur 70 tahun dan memiliki kesihatan yang baik berdepan dengan set risiko dan kebaikan yang berbeza mengikut jumlah lemak dalam tubuh berbanding golongan yang lebih muda,” kata ketua pengkaji di Universiti Australia Barat, Leon Flicker.

Flicker dan pasukannya menghabiskan masa selama sedekad untuk mengumpul data kesihatan lebih 9,200 warga Australia berumur antara 70 hingga 75 tahun pada 1996 ketika kajian itu dimulakan. Australia berada pada kedudukan negara ketiga paling tinggi penghidap obesiti di dunia selepas Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Kajian itu memperhalusi berat badan berlebihan dan tahap obesiti berdasarkan indeks jisim tubuh (BMI), ukuran yang mempertimbangkan berat badan dan ketinggian. Empat kategori berat yang digunakan dalam kajian itu termasuklah berat badan kurang, berat badan normal, berat badan berlebihan dan obesiti.

Orang yang memiliki berat badan berlebihan berdepan dengan 13 peratus lebih rendah risiko kematian berbanding mereka yang memiliki berat badan normal.

Bagaimanapun, tiada kebaikan ditemui pada mereka yang menghidap obesiti.

Pengkaji juga mendapati pekerjaan yang lebih banyak dilakukan dalam posisi duduk menggandakan risiko kematian bagi wanita dan meningkatkan satu suku risiko bagi lelaki.

Susulan daripada penemuan itu, pengkaji mencadangkan sudah tiba masanya sistem yang menentukan sama ada seseorang itu memiliki berat badan berlebihan dan obesiti dinilai semula.

Hadis – 1 ~ Manisnya Iman

Hadis

ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ. متفق عليه

“Tiga hal, bila ketiganya ada pada diri seseorang, nescaya ia merasakan betapa manisnya iman: Bila Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dibanding selain dari keduanya, ia mencintai seseorang, tidaklah ia mencintainya kecuali kerana Allah, dan ia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya, bagaikan kebenciannya bila hendak dimasukkan ke dalam nyalaan api.” (Muttafaqun ‘alaih)

Lingkaran awan ganjil di Mexico

Subhanallah….. Allahu akbar!

BANDAR RAYA MEXICO (22/2/2010) – Satu lingkaran awan ganjil yang dilihat seperti kawah muncul di langit Mexico sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa makhluk asing yang menyebabkan fenomena itu berlaku.

LINGKARAN seperti kawah terbentuk di langit Mexico.

Menurut sebuah akhbar semalam, fenomena itu merupakan yang kedua dilihat selepas satu lingkaran awan ganjil ditemui di langit Moscow, Rusia pada Oktober tahun lalu.

Beberapa pihak percaya fenomena itu berlaku semasa objek terbang tidak dikenali (UFO) memasuki atau keluar dari atmosfera bumi.

Imej itu mirip adegan dalam filem Independence Day pada 1996.

Lingkaran ganjil itu dirakamkan di Mexico pada 11 Februari lalu berdasarkan maklumat di laman web YouTube.

Satu mesej di laman itu menjelaskan ia merupakan imej mengagumkan dan mungkin sebuah UFO sedang memasuki atau meninggalkan bumi.

Ia dianggap sebagai misteri oleh pakar UFO, Nick Pope yang menghabiskan masa melakukan siasatan berhubung fenomena ganjil untuk Kementerian Pertahanan Britain.

“Fenomena itu ganjil. Ia sama seperti yang terdapat di Rusia. Satu kemungkinan ialah ia mungkin satu meteorit atau bola api bergerak melalui awan,” katanya. – Agensi

Sumber Berita

%d bloggers like this: