Kultur tisu atasi masalah kekurangan anak benih tanaman

Oleh MOHAMAD BAKRI DARUS

KAEDAH moden pembiakan anak benih pokok pisang secara tisu kultur dilihat mampu menjana pembiakan berganda dan sekali gus menyelesaikan masalah kepada peladang yang ingin mengusahakan tanaman pisang secara skala besar dan komersial.

Kalau selama ini peladang sering dihantui bagaimana untuk mendapatkan anak benih dalam jumlah yang besar di samping mampu mengeluarkan hasil berkualiti dan tahan serangan penyakit kini dengan adanya teknologi baru ini masalah itu dijangka dapat diatasi.

Kelebihan kaedah tisu kultur

* Penghasilan bahan tanaman bermutu tinggi, sihat, bebas penyakit dan seragam dalam jumlah yang besar.

* Spesies tanaman herba yang dibiakkan secara in-vitro didapati kurang variasi di dalam kandungan secondary metabolites berbanding pembiakan biasa.

* Sesuai untuk spesies tanaman yang sukar dibiakkan dan spesies yang hampir pupus.

* Bahan tanaman yang bebas patogen serta disimpan di dalam keadaan in-vitro membolehkan pertukaran sumber genetik organisme yang selamat di antara negara.

Proses tisu kultur

Proses pertama tisu kultur ialah mengenal pasti pokok induk dan kemudian mengambil tisu pada bahagian tertentu pokok induk itu bagi melalui proses nyah kuman bagi memastikan ia benar-benar bersih untuk diklonkan.

Daripada satu tisu pokok induk itu, akan dapat menghasilkan lebih kurang 2,000 pokok anak benih yang sama dengan pokok induk, sebab itulah pemilihan pokok induk itu paling diutamakan,” katanya.

Selepas itu, keratan tisu tadi dimasukkan ke dalam medium seperti agar-agar yang mempunyai nutrien dan hormon tertentu bagi memastikan ia mampu membiak dengan lebih banyak.

Daripada medium berkenaan, keratan tadi akan membiak dan menghasilkan lebih banyak pucuk pokok sebelum dikerat dan dipindahkan ke dalam medium pengakaran bagi mengeluarkan akar daripada setiap pucuk terbabit.

Apabila setiap pokok itu sudah mengeluarkan akar, ia akan dipindahkan ke pasu kecil yang ditempatkan di dalam kawasan kecil dengan suhu yang sama seperti di makmal tisu-kultur iaitu sekitar 25 darjah Celsius bagi memastikan ia tidak menerima kejutan apabila beralih ke tanah.

Pokok yang telah kuat kemudian akan dipindahkan ke ladang dan proses ini biasanya mengambil masa empat hingga enam bulan.

Beliau berkata pihaknya membekalkan anak benih kepada pelanggan dalam bentuk polibeg dengan saiz pokoknya antara 10 dan 12 inci dengan daun yang berfungsi.

Permintaan tinggi

Bagi tumbuhan herba, prosesnya sama cuma bahagian mana yang akan dipilih bergantung kepada protokol (cara) untuk membuat proses tisu kultur, misalnya pokok misai kucing (Orthosiphon stamineus) boleh menggunakan keratan pucuk.

Kaedah tisu kultur telah diakui berjaya mengatasi masalah peladang untuk mendapatkan benih anak pisang dalam kuantiti yang banyak, terutamanya pisang Berangan, Tanduk, Lang, Nipah dan Kapas. — BERNAMA

Sumber

29 Responses

  1. Saya usahawan tani muda berminat untuk mendapatkan anak benih pisang Tanduk dan Berangan tetapi tidak tahu dimana untuk mendapatkan benih anak pisang ini. Sila hubungi saya di talian 0199615969 @ email jika ada bekalan benih anak pisang ini untuk dijual.

    • Cuba dapatkan info daripada syarikat United Plantation di Teluk Intan dan satu lagi syarikat di Kulim (tak ingat nama syarikatnya).

      Kenapa tidak ditanya kepada Jabatan Pertanian Negeri? sepatutnya mereka lebih mengetahui…

  2. Assalamualaikum dan salam sejahtera ….kami menghadapi masaalah terhadap tanaman pisang… seluas 3 ekar….dimana boleh kami mentdapat khidmat nasihat.kami membeli bekalan benih tissue culture drpd. Felda.

    • Waalaikum salam,

      Saya cadangkan puan dapatkan nasihat daripada Jabatan Pertanian (Bahagian pengembangan dan khidmat nasihat) di tempat puan. Setiap Negeri dan daerah ada Jabatan Pertanian masing-masing.

  3. Sources like the one you talked about right here can be very helpful to me! I’ll put up a hyperlink to this page on my blog. I’m sure my visitors will find that very useful.

  4. I have linked to your site, thank you

  5. sy membekalkan ank benih pisang kultur tisu…pisang berangan…berminat sila hubungi sy miasara 0148414439

  6. kami menyediakan pelbagai jenis anak benih pisang kultur tisu seperti berangan, mas, rastali, nipah, nangka dan tanduk dengan ketinggian 4 inci dalam botol atau 12 inci dalam polibag. Harganya berpatutan. Sila hubungi 016-2988192 untuk sebarang pertanyaan.

  7. Kami menyediakan pelbagai jenis anak benih pokok pisang kultur tisu seperti berangan, mas, rastali, nipah, nangka dan tanduk dengan ketinggian 4 inci dalam botol atau 12 inci dalam polibag. Harganya berpatutan. Sila hubungi 016-2988192 untuk sebarang pertanyaan.

  8. salam satu malaysia saya ada membekalkan anak pisang nangka dari ladang .
    siapa berminat boleh call saya 0175095450

  9. Salam..saya berminat untuk mempelajari cara@proses kerja pembiakan tanaman melalui kultur@tisu tumbuhan..Bagaimana untuk saya mendapatkan kursus tersebut.?

  10. Saya memerlukan anak benih pisang.. keluasan tanah 1ekar di kuala pilah…

  11. Memerlukan anak benih pisang tisu kultu 200 pokok hp 0172813409

  12. Mengapa Tak di perkenalkan Kaedah TIBS
    iaitu Temporary immersion Bioreactor System

  13. Mcm mane nk dptkn benih tisu kultur pisang tanduk kawasan kota tinggi?

  14. Salam..saya ingin mendapatkan anak benih atau anak pokok pisang tanduk..kawasan taiping perak..sila hubungi saya 0133535873

  15. Nak benih pisang nipah 300 pokok.. pm 0172813409 norizammery@yahoo.com

  16. pisang kebatu tu pisang ape dlam bahasa bangku…klu ada anak tisu kultur saya bercadang nk order 8000 pokok….tpi utk permulaan nk test ckit dlu…

  17. Saya hendak beli pisang tanduk 1000 pokok yang diusahakan melalui kaedah tisu kultur. sila hubungi.

  18. Syarikat kami adalah makmal pembenihan tisu kultur bagi anak benih pokok pisang dan misai kucing.

    Kami juga turut membekalkan anak benih kultur tisu antaranya: –

    -pisang berangan
    -pisang mas
    -pisang abu nipah
    -pokok misai kucing
    -pokok cili besar

    Lokasi : Jln Kolam Air,Sungai Petani Kedah
    Harga : Boleh dirunding dan berpatutan
    Stok anak benih : Boleh dibeli dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit.

    Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi No: 013-630 1493 (Hisham) /019-511 2446 (Azwin)

    Alamat :
    Neo Pragmatik Sdn Bhd
    No.56B, Masjid Sultan Muzaffar Shah
    Jalan Kolam Air
    08000 Sungai Petani
    Tel Pejabat : 04-421 4746
    Email : neopragmatik@gmail.com

  19. saya mau ambil kultur tisu pisang tanduk melalui limbang..
    .. berapa harga satu ?

Leave a reply to norizam Cancel reply