Penemuan tulang kaki manusia purba

Pada tahun 2003, para saintis gempar kerana telah menemui serpihan daripada manusia purba yang masih hidup dan dijumpai di Pulau Flores, Indonesia. Manusia purba ini dikenali sebagai Homo floresiensis (“Flores Man”, nicknamed “hobbit”), yang pernah dianggap telah pupus sebelum itu. Homo floresiensis ini mempunyai badan dan otak yang kecil berbanding dengan manusia biasa, dan ia dianggarkan telah wujud sejak 12,000 tahun dulu. Para arkeologis berpendapat bahawa manusia purba ini adalah spesies yang berbeza dengan manusia moden sekarang (Homo sapiens sapiens).

Mungkinkah tulang fosil manusia purba yang dijumpai di Filipina di bawah ini sama spesies dengan Homo floresiensis yang masih hidup di Pulau Flores? Wallahu a’lam….

Tulang kaki lebih 47,000 tahun

MANILA – Pakar-pakar arkeologi menemui satu tulang tapak kaki yang dapat membuktikan bahawa kepulauan Filipina pertama kali dihuni manusia pada 67,000 tahun lalu, beberapa ribu tahun lebih awal berbanding tanggapan sebelum ini, kata seorang penyelidik Muzium Nasional negara berkenaan semalam.

GAMBAR menunjukkan tulang kaki berusia lebih 47,000 tahun yang ditemui di sebuah gua dekat Penablanca, Filipina.

Penyelidik arkeologi muzium tersebut, Taj Vitales berkata, tulang kaki itu ditemui di sebuah gua dan berusia lebih tua daripada tulang Orang Tabon yang dianggap manusia pertama tinggal di Filipina.

Tulang Manusia Tabon berusia 47,000 tahun.

“Tulang ini menjadikan ia rangka manusia tertua pernah ditemui di kepulauan Filipina,” kata Vitales.

Ahli-ahli arkeologi dari Universiti Filipina dan Muzium Nasional menemui tulang tapak kaki kanan itu pada 2007 di gua Callao dekat Penablanca, kira-kira 335 kilometer ke utara Manila.

Berdasarkan lokasi penemuan tersebut, manusia pertama yang menghuni kepulauan berkenaan kini dinamakan Orang Callao manakala penemuan itu dipaparkan dalam edisi terbaru sebuah jurnal arkeologi bertajuk Journal of Human Evolution. – AFP

Sumber Berita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: