Manfaat Hampas Tebu

Sejak kebelakangan ini, para penyelidik di Malaysia telah mula mencari-cari dan seterusnya mengenalpasti bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula atau digunakan untuk menghasilkan produk lain yang lebih berharga dan berfaedah kepada orang ramai.

Satu daripada bahan buangan yang murah dan mudah diperolehi ialah hampas tebu yang boleh digunakan sebagai penapis gas yang dihasilkan oleh bahan bakar petroleum daripada kenderaan bermotor di jalan-jalan raya. Gas ini menyebabkan pencemaran udara yang berbahaya kepada orang ramai, terutamanya pengidap asma dan penyakit berkait saluran pernafasan yang lain.

Oleh itu, diharapkan hasil kajian keberkesanan penggunaan hampas tebu sebagai penapis udara tercemar ini akan dapat memberi manfaat kepada manusia sejagat….

Hampas tebu tapis udara tercemar

Tebu atau nama saintifiknya Saccharum officinarum adalah tanaman utama yang digunakan untuk menghasilkan gula. Dalam proses membuat gula, hasil sampingan (buangan) yang terhasil dipanggil sugarcane dregs atau hampas tebu.

Bahan buangan ini tergolong dalam kelas karbon yang diaktifkan.

Hampas tebu yang boleh dimanfaatkan sebagai penapis udara tercemar- Gambar hiasan.

Karbon ini mempunyai liang mikro yang berupaya menyerap gas dari bahan bakar petroleum (petrol fuel gases) yang dihasilkan daripada kenderaan bermotor yang berbahaya kepada orang ramai.

Hampas tebu yang tidak mempunyai nilai komersial dimasukkan ke dalam botol air mineral yang diguna semula dan gas yang mengandungi bahan pencemar disalurkan ke dalam botol tersebut.

Objektif kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan hampas tebu dalam menyerap partikel pencemaran dari udara.

Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa karbon yang diaktifkan dalam hampas tebu mampu menurunkan jumlah karbon monoksida dalam udara sebanyak 74.51 peratus , nitrus oksida sebanyak 29.35 peratus dan hidrokarbon yang tidak terbakar sebanyak 58.07 peratus

Keputusan ini menunjukkan bahawa bahan buangan dari proses pembuatan gula boleh digunakan dalam usaha mengurangkan pencemaran udara.

Sumber artikel

5 Responses

  1. bgaimane nk jdkan hampas tebu sbgai bhan cougulant dlam waste water treament?sape de idea…

  2. h0w to conduct the experiment

  3. macam mne nk buat eksperiment dia…boleh bagi detail..?

  4. mcm mane nak buat siling guna hampas tebu?

  5. Tak pasti universiti mana yang buat kajian ini. Mungkin boleh google sendiri untuk dapatkan maklumatnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: