Lagi, lagi dan lagi …. masalah BABI

Bilakah agaknya permasalahan babi dan yang berkaitan dengannya di Malaysia ni selesai??? Setiap hari ada saja berita yang tidak menyenangkan tentang babi dan hasil mahsul babi ni….amat membosankan!

Sekarang nak makan tembikai pun dah jadi was-was…. nampaknya bertambahlah lagi senarai nama bahan makanan yang masuk KATEGORI MERAGUKAN di Malaysia ni.

Apakah tindakan pihak berkuasa menangani BABI ini sebelum ia mula memberi masalah kepada orang ramai dan alam sekitar? Cakap saja tanpa tindakan tegas, tiada maknanya… baik duduk diam, biarkan saja….

Ladang guna baja najis babi

KUALA NERANG (5/9/2010) – Kira-kira 800 penduduk Kampung Baru Padang Sanai berhadapan dengan bau busuk dan risiko kesihatan berikutan tindakan sebuah ladang berhampiran rumah mereka menggunakan najis babi sebagai baja untuk projek tanaman tembikai.

Penduduk kampung mendakwa bau busuk dan masalah lalat akibat penggunaan najis babi sebagai baja telah berlarutan selama seminggu dan mereka terpaksa menanggung masalah itu.

Penduduk kampung, Sulaiman Che Endut, 44, berkata, projek penanaman tembikai itu baru hendak diusahakan oleh sebuah syarikat yang memajak tanah seluas 80 hektar daripada pemilik tanah itu, tetapi ia mula menyusahkan penduduk kampung.

Katanya, bau busuk itu semakin kuat apabila hari hujan dan bilangan lalat semakin banyak yang ditakuti boleh memberi kesan kepada kesihatan penduduk kampung terutamanya kanak-kanak.

“Paling membimbangkan berhampiran kawasan itu terdapat Loji Air Padang Sanai yang membekalkan air kepada 85 peratus penduduk di daerah Padang Terap.

Apabila hujan, air najis itu akan mengalir ke Sungai Padang Terap, sedangkan loji itu mendapat air daripada sungai itu. Najis itu juga menjejaskan alam sekitar,” katanya ketika ditemui di ladang itu.

Seorang lagi penduduk kampung, Mahmud Samaun, 65, berkata, kesihatan penduduk kampung mula terjejas berikutan masalah bau busuk dan lalat dengan ramai yang mula merasa loya selain demam kerana tidak tahan dengan bau memualkan itu.

“Walaupun baru seminggu, tetapi kesannya sudah mulai dirasai oleh orang kampung. Jadi saya berharap pihak-pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini daripada berlarutan,” katanya.

Zaharah Ramli, 26, berkata, anak lelakinya yang berusia enam bulan sudah mula tidak sihat dan mengalami demam serta selesema berikutan kedudukan rumahnya yang kira-kira 200 meter dari ladang itu.

Siti Aishah Mat Diah, 57, berkata, dia sudah seminggu sakit kepala sejak bau busuk dan masalah lalat itu bermula sehingga menyebabkan dia tidak mampu berdiri berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.

“Bau memang busuk. Lalat penuh sampaikan tutup pintu pun boleh masuk. Harap pihak yang bertanggungjawab datanglah tengok masalah kami,” katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Padang Sanai mengenai perkara itu.

Katanya, selain itu laporan juga akan dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana ladang itu melakukan aktiviti yang boleh mencemar alam sekitar sedangkan ramai penduduk tinggal berhampiran ladang itu. – Bernama

Sumber

Selamat Menyambut Eidul Fitri

“Taqabbalallahu minnaa wa minkum” (Semoga Allah menerima dari kami dan darimu).

Zahir puasa menahan lapar dan dahaga
Hakikat puasa jangan dilupa
Ramadhan berlalu terasa sayunya
Semoga bebas daripada api neraka

Balik kampung kereta baru
Singgah di R & R berbuka puasa
Berhati-hati kepada yang memandu
Selamat sampai ke kampung tercinta

Di pagi syahdu takbir bergema
1 Syawal menjelma tiba
Salah silap ampun dipinta
Makan minum mohon dihalalkan jua

Kunjung mengunjung amalan mulia
Bermaaf-maafan di hari lebaran
Makan dan minum berpada-pada
Kesihatan diri usah abaikan

~ Siti Khalijah 6 September 2010 (27 Ramadhan 1431H)

%d bloggers like this: