Dilema pembinaan menara pencawang telekomunikasi di kawasan kediaman

Benarkah pancaran gelombang radiasi dari menara pemancar atau pencawang telekomunikasi di kawasan perumahan tidak memudharatkan kesihatan penduduk di sekitarnya?

Dilemanya, samada penduduk mahukan liputan telekomunikasi yang baik dan pantas atau menanggung risiko dari segi kesihatan dan keselamatan? adakah pilihan untuk kita? Semoga ada pihak yang akan membuat kajian tentang perkara ini dengan mendalam supaya hasil kajian itu nanti dapat dimanfaatkan….

Manfaat, mudarat menara telekomunikasi

Petikan artikel Utusan Malaysia

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Menara telekomunikasi berhampiran kawasan perumahan menimbulkan kebimbangan psikologi di kalangan penduduk.

SECANGGIH mana telefon bimbit seperti iPhone4, BlackBerry mahupun Nokia X2 tetapi jika kawasan berkenaan tiada liputan telekomunikasi, ia tidak boleh digunakan untuk berkomunikasi.

Mungkin ramai masih ingat kejadian malang menimpa seorang wanita sarat mengandung yang mati digilis keretapi semasa mencari isyarat telefon bimbit di landasan keretapi di Machang, Kelantan.

Kes tersebut membuktikan betapa pentingnya komunikasi di kalangan masyarakat ketika ini.

Peratusan penggunaan telefon mudah alih bertambah setiap hari dengan bilangan pencawang telekomunikasi yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Dengan proses perluasan ruang liputan yang agresif, hingga akhir Mei tahun ini kadar penembusan jalur lebar berjaya mencecah 37 peratus sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar penembusan sehingga 50 peratus menjelang akhir tahun ini.

Apabila pengguna makin dahagakan liputan telekomunikasi ini maka ia mendorong pengendalinya menambah menara pemancar.

Pada masa ini, terdapat hampir 20,000 menara telekomunikasi di seluruh negara. Ia terdapat hampir di setiap kawasan perumahan, lebuh raya dan di atas bumbung bangunan.

Ini menimbulkan kebimbangan psikologi di kalangan orang ramai kerana bimbang mengenai keselamatan serta kesihatan mereka.

Ada yang mendakwa menara gelombang telekomunikasi menghasilkan sinaran radioaktif berbahaya kepada kesihatan malah mempersoalkan tahap keselamatan jika sesuatu berlaku pada menara berkenaan.

Di satu pihak, pengguna memerlukan liputan telekomunikasi untuk terus berhubung. Tetapi di pihak satu lagi tidak membenarkan menara telekomunikasi didirikan atas pelbagai alasan.

Tentu kita masih ingat kejadian di Petaling Jaya dan Cheras ketika penduduk mengadu kepada pihak berkuasa mengenai menara telekomunikasi yang dibina berhampiran dengan kediaman mereka, hingga menyebabkan menara berkenaan dirobohkan.

Setiap kali menara telekomunikasi roboh, maka hanya sebilangan kecil untung kononnya ‘menang’ selepas berjaya mempengaruhi pihak berkuasa. Sedangkan sebilangan besar penduduk mengalami kerugian akibat kehilangan ruang liputan untuk berkomunikasi.

Pemilik menara mengalami kerugian besar kerana kos pembinaan menelan ratusan ribu ringgit dan kos meroboh juga besar kerana besi kerangka sedia ada tidak boleh digunakan semula.

Tetapi sejauh mana dakwaan menara telekomunikasi memberikan kesan buruk kepada kesihatan itu benar?

Sebagai badan yang mengawal atur industri komunikasi dan multimedia di negara ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) peka terhadap isu keselamatan dan kesihatan pengguna.

Pengarah Kanan Bahagian Teknologi, Standard dan Rangkaian SKMM, Mohd. Ali Hanafiah Mohd. Yunus berkata, pihaknya sentiasa memantau radiasi yang dikeluarkan oleh menara serta keselamatan penduduk di sekitarnya.

“Misalnya garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menetapkan menara telekomunikasi boleh didirikan di mana saja tetapi dengan kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tenaga Nasional Berhad, laporan geoteknikal, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan keperluan pemasangan awam,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Kepentingan Komunikasi dan Multimedia dalam Menjana Pembangunan Ekonomi Malaysia semasa program taklimat media mengenai Agenda Radio Frekuensi (RF) antara Media dan Industri di Pulau Pangkor, Perak baru-baru ini.

Malah menurut Mohd Ali, SKMM memastikan merobohkan menara merupakan jalan terakhir sekiranya tiada penyelesaian dapat dilakukan.

“Ia hanya dilakukan selepas beberapa usaha lain diambil termasuk membuat ujian kesan radiasi menggunakan peralatan khas oleh SKMM dan memberi penjelasan kepada masyarakat setempat mengenai isu berkaitan.

“Tanpa disedari kehidupan seharian sejak dilahirkan di kelilingi oleh banyak gelombang frekuensi radio (RF) akibat ledakan era teknologi maklumat bagi membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih mudah tidak kira di mana saja pada bila-bila masa,” katanya.

Mohd. Ali menambah, apabila peralatan komunikasi berhubung dengan stesen pemancar, radiasi RF dibebaskan tetapi tenaga yang dibebaskan oleh peralatan adalah 20 hingga 200 kali lebih rendah berbanding radiasi yang dihasilkan oleh antena di stesen pemancar.

“Radiasi yang dipancarkan daripada stesen pemancar lebih rendah daripada piawaian yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa dan Perlindungan Radiasi Tidak Mengion (ICNIRP).

“Iaitu hanya 0.002 peratus dan ia selamat dan tidak menyebabkan masalah kepada kesihatan,” katanya.

Garis panduan ICNIRP jelas Mohd Ali bukan saja digunakan di negara ini tetapi di Singapura, United Kingdom (UK), New Zealand, Australia dan Perancis.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 113 other followers

%d bloggers like this: