Hadis Qudsi – 10 ~ Manusia tak pernah puas

Berkata Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bukankah apa yang ada padamu itu sudah mencukupi? mengapa masih minta kelebihan yang akan membinasakan engkau? Dengan sedikit, engkau tak pernah puas. Dan dengan banyak pun, engkau tak pernah kenyang! Kalau bangun pagi, sedang engkau sihat afiat, jiwamu tenang dan tenteram, makan minum hari itu pun sudah tersedia, apa lagi mahu dengan dunia? Biarlah ia terlungkup!.” (Riwayat Ibnu ‘Adi dan Baihaqi)

Terkini: Soya kurangkan risiko kanser

Hasil penyelidikan terkini yang dijalankan oleh Jepun menunjukkan produk kacang soya dan susu kultur membantu mengurangkan risiko kanser, terutamanya kanser payu dara. Penemuan ini tentu menggembirakan wanita yang berisiko mendapat kanser payudara, iaitu mereka yang sering terdedah kepada bahan-bahan karsinogenik di samping mempunyai sejarah keluarga terdekat yang mengidap kanser.

Berita tersebut dipanjangkan di bawah ini…

Soya kurangkan risiko kanser

Oleh ZUHAYATI YAZID

APABILA menyebut ‘kanser’, pesakit pasti hanya terbayang kematian terutama di kalangan mereka yang disahkan sudah ke tahap lanjutan rawatan seperti kemoterapi atau radioterapi.

Lebih-lebih lagi, penyakit itu membawa perubahan besar gaya hidup pesakit dan juga memberikan kesan lain termasuk perubahan penampilan, emosi yang tidak menentu dan bebanan kewangan.

Kini, dengan ledakan teknologi moden dan pengesan awal terhadap pembunuh nombor satu wanita itu mampu mengurangkan risiko berlakunya kanser.

Malah bukan lagi rahsia, melalui pemakanan yang berasaskan soya ia mampu mengurangkan risiko terjadinya kanser payu dara di kalangan wanita.

Perkara terbukti apabila satu kajian secara klinikal telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payu Dara .

Penyelidikan dilakukan oleh pensyarah di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang pensyarah dari Jabatan Biostatistik di universiti sama, Dr. Yasuo Ohashi. Mereka mendapati pengambilan soya dan juga pengambilan minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota iaitu minuman susu kultur, Yakult, secara tetap dan berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payu dara.

Malah, dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini mendapati wanita yang mengambil makanan berasaskan soya dan minuman susu kultur dilihat kurang berpotensi untuk di jangkiti dengan kanser payu dara.

Kajian itu mendapati pengambilan secara tetap setiap hari produk yang mengandungi bakteria Lactobacilus casei Shirota (LcS) semenjak usia remaja mampu mengurangkan risiko seseorang wanita itu terkena kanser payu dara.

”Ini terbukti kerana komponen di dalam makanan yang berasaskan soya dan LcS mempunyai fungsi yang boleh melindungi daripada kejadian kanser payu dara dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan mereka yang mengambilnya,” ujar Dr. Toi semasa membentangkan kertas kerja di Simposium kanser payu dara di San Antonio, Amerika Syarikat Disember lalu.

Beliau berkata, kajian itu mengkaji hubungkait antara pengambilan minuman yang mengandungi LcS dan makanan yang berasaskan soya dengan penyebab kanser payu dara.

Bakteria yang dinamakan (LcS) itu dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak dalam usus dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan mereka yang mengambilnya.

Beliau menjelaskan, kesan perlindungan tersebut mungkin disebabkan oleh kesan bakteria Strain Shirota ke atas mikroflora usus yang telah membantu penghadaman isoflavon soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan risiko kanser payu dara.

”Strain Shirota juga mampu meningkatkan sistem imunisasi semulajadi tubuh khususnya aktiviti NK yang boleh menjejaskan kesan perlindungan,” katanya.

Tegasnya, dalam kajian itu seramai 355 pesakit berumur 40 hingga 55 tahun yang menjalani pembedahan kanser payu dara dari tempoh Oktober 2007 hingga Mac 2009 dan 710 orang yang sihat yang tinggal di kawasan yang sama dan berumur sebaya dijadikan objek dalam kajian tersebut.

”Mereka dikaji berdasarkan kepada diet dan gaya hidup sejak masih remaja lagi dan semasa dewasa.

”Hasilnya, didapati sebanyak 30 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang mengambil minuman yang mengandungi bakteria asid laktik iaitu susu berkultur Yakult sebanyak empat kali atau lebih seminggu, berbanding dengan mereka yang mengambil tiga kali atau kurang dalam seminggu,” kata Dr. Toi.

Sumber Berita – Utusan Malaysia

Benarkah tinggal berdekatan jalan sibuk berisiko melahirkan anak tidak cukup bulan?

Hasil kajian sekumpulan penyelidik Jepun menunjukkan bahawa ibu hamil yang duduk di kawasan jalan raya utama yang sibuk dengan lalu lintas dan lebuhraya (dalam lingkungan 200 meter) adalah berisiko tinggi melahirkan anak tidak cukup bulan. Dapatan ini juga diakui oleh penyelidik dari negara lain, seperti di Amerika dan Kanada.

Fenomena ini mungkin berkait rapat dengan pencemaran yang dihasilkan oleh banyak kenderaan di jalan-jalan raya utama yang sibuk serta lebuhraya. Pencemaran udara daripada kenderaan ini boleh menyebabkan tekanan darah naik dan tuban mudah pecah, yang mana ini menyebabkan kelahiran anak tidak cukup bulan iaitu lebih kurang 37 minggu (cukup bulan ialah 40 minggu)…..

Maklumat ini bermanfaat kepada ibu-ibu yang hamil, terutamanya bagi yang mempunyai banyak masalah semasa hamil….

Living near a major road tied to preterm birth

Wed, Dec 01, 2010

Pregnant women who live near busy roads may be at a greater risk for delivering before term, suggests a new study from Japan.

However, the researchers say it’s too early to know for sure if traffic-related air pollution can actually cause preterm births.

Most babies are born after spending around 40 weeks in their mother’s womb. About 13 percent of births in the U.S. are considered preterm, defined as delivery before 37 weeks, which may up the risk for health problems.

“Air pollution is considered to be a potentially important risk factor of preterm births,” lead researcher Takashi Yorifuji, of Okayama University Graduate School of Medicine, told Reuters Health in an email.

But he added that few studies have evaluated the link for very premature births, which carry a particularly heavy public health burden, and none have looked at the effects for specific types of preterm births.

Yorifuji and his colleagues studied more than 14,000 babies born between 1997 and 2008 in Shizuoka, Japan. For each birth, they obtained detailed records on the pregnancy and how close to major roads the mothers lived.

Overall, 15 percent of women living within 200 meters (656 feet) from such a road gave birth to their baby before 37 weeks, while 10 percent of those living further away delivered prematurely, report the researchers in the journal Epidemiology.

Other factors have been tied to preterm birth, too, such as job, age and smoking. But after accounting for those, the team still found a 50-percent increase in preterm births among women living next to highly trafficked thoroughfares.

They also had a higher risk of delivering before 32 and 28 weeks, labeled ‘severe’ and ‘extreme’ prematurity, respectively.

“In addition, we found a higher risk in housewives than outside workers, and housewives would probably spend more time at home during their pregnancy, and reflect more accurate exposure,” noted Yorifuji.

The researchers looked at two potential causes of prematurity: high blood pressure and early rupture of the membranes surrounding the fetus. Again, women living close to big roads had about double the risk of both.

Beate Ritz of the University of California, Los Angeles, who reviewed the study for the journal that published it, said the findings square with previous studies linking air pollution to high blood pressure and inflammation. That, in turn, might lead to premature rupture of the membranes.

“Everybody always worries that it’s not really living by busy roadways, but that it’s other things that makes these mothers different,” she told Reuters Health.

“It’s amazing that (the Japanese researchers) had enough data in their records to actually address the issue. After all the adjustments, the effect was still there,” added Ritz. In her own research she has found a similar link, but she didn’t account for all the other risk factors.

The one remaining issue the researchers didn’t consider was noise pollution. “We can’t rule it out,” Ritz said.

The Japanese researchers also acknowledged that they lacked precise air pollution measurements. But Michael Brauer, of the University of British Columbia in Canada, said he wasn’t too concerned.

“We know very well that living this close to roads of this level is linked to substantially higher levels of traffic-related air pollution at the home address,” he told Reuters Health in an email.

Road proximity may be an especially useful measure since it is clear, easy to understand and can be directly related to land-use policy, he said. So what is a pregnant woman to do if she finds herself living under an expressway or a block from a national highway? “We find in our studies that it is quite common for mothers to move during pregnancy,” said Brauer. “So as long as you are already considering moving, I would think about moving away from major roads.” If she can’t avoid living near a busy thoroughfare, a pregnant woman may want to reduce the time she is active outside, as well as cut out smoking and improve her diet, added Yorifuji. Ritz further recommended that pregnant women avoid traveling on busy roads, if at all possible. “Certainly well-known modifiable risks should be reduced first,” Brauer noted. “But I think the evidence is growing to indicate that this is a true risk that should be seriously considered along with the other more widely recognized risks.” SOURCE: http://link.reuters.com/xyk97q Epidemiology, online November 3, 2010.

Source

Today’s Quote – 117

“In the middle of difficulty lies opportunity.” ~ Albert Einstein

%d bloggers like this: