Kaedah menghafal Ayat Al-Quran dan mempertahankannya

Ada petua guru mengaji mengatakan kalau hendak menghafal ayat Al-Quran, ayat yang hendak dihafal perlu diulang-ulang sebanyak 40-60 kali, bergantung kepada daya ingatan seseorang. Mungkin petua ini boleh diintegrasikan dengan kaedah menghafal Al-Quran yang disarankan oleh Rasulullah SAW seperti di bawah ini. Mari sama-sama kita mengamalkannya……

Kaedah Menghafal Al-Qur’an dan Mempertahankannya Ingatan

Oleh: Syaikh Ilyas Patel

Telah diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Hakim bahwa Sayidina Abbas r.a. pernah menemani Rasulullah SAW ketika Ali r.a. datang dan berkata, “Wahai Rasulullah SAW, engkaulah yang paling kusayangi melebihi ibu bapaku. Aku berusaha menghafal Al-Quran tapi tidak dapat melakukannya kerana hilang dari ingatanku”.

Rasulullah SAW kemudian bersabda, “Maukah kamu kuterangkan kaedah yang bermanfaat bagimu dan orang-orang yang mengikutimu? Engkau nanti akan sanggup mengingat apa yang kau pelajari.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda,” Ketika tiba malam yang mendahului Jumaat, bangkitlah di sepertiga malam terakhir, kerana itu adalah waktu yang terbaik dari seluruh malam, sebagaimana ini adalah waktu yang telah dinantikan oleh Nabi Yaakub as, ketika beliau berkata kepada anak-anaknya, bahwa Allah SWT akan mengangkatnya sebagai Nabi, dan setiap doa-doa orang yang beriman akan dikabulkan”.

Ibnu Abbas r.a. melaporkan bahwa setelah 5-7 Jumaat kemudian, Sayidina Ali r.a. mendatangi Rasulullah SAW dan berkata, “Sebelumnya aku biasa mempelajari lebih kurang empat ayat tetapi aku tak boleh mengingatnya. Sekarang aku mempelajari 40 ayat dan aku boleh mengingatnya seolah-olah aku melihat Al-Quran yang terbuka di hadapanku. Sebelumnya ketika aku mendengar sebuah hadis lalu mengulangingya, aku tak dapat mempertahankannya. Namun sekarang aku mendengar hadis dan ketika aku meriwayatkannya kepada yang lain, aku tak kehilangan sepatah katapun”.

Wa min Allah at taufiq
wassalam, arief hamdani

Sumber: email….

Durian Belanda: Satu lagi punca pendapatan tani

Jika dulu, Durian Belanda cuma dimakan mentah atau dibuat jem, kini produk Durian Belanda telah dipelbagaikan termasuklah dibuat Jus Durian Belanda yang mendapat sambutan memberansangkan daripada orang ramai. Jus Durian Belanda yang segar atau diproses kini menjadi salah satu resepi pilihan pelanggan di restoran-restoran besar dan eksklusif.

Oleh kerana jus Durian Belanda semakin popular, bekalan buah Durian Belanda perlulah konsisten untuk memenuhi permintaan dalam bentuk segar atau untuk pemprosesan jus. Dengan pengurusan penanaman pokok Durian Belanda yang baik, pokoknya boleh tumbuh dan membesar dengan cepat serta mengeluarkan buah dalam tempoh yang singkat.

Ini merupakan satu lagi hasil tanaman berpotensi untuk memperolehi pendapatan lumayan bagi petani.

Durian belanda boleh dibuat jus

Nama botani bagi Durian Belanda ialah Annona muricata L. dan ia tergolong dalam keluarga Annonaceae.

Pengeluaran buah durian belanda banyak bergantung kepada keadaan cuaca semasa, penjagaan anak pokok teratur dan sempurna, pendebungaan berbantu serta kesuburan tanah yang baik.

Dengan pengurusan tanaman yang baik, pokok durian belanda boleh tumbuh dan membesar dengan cepat serta dapat mengeluarkan buah secara optimum.

Secara umumnya, buah durian belanda mempunyai saiz yang sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan mempunyai rasa masam-masam manis.

Buah durian belanda biasanya dimakan segar dan boleh diproses untuk dijadikan jus.

Bagi penanaman di ladang, jarak tanaman yang disyorkan ialah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama.

Bilangan pokok yang boleh ditanam untuk keluasan sehektar ialah 277 pokok.

Pokok durian belanda boleh dibiak dengan menggunakan biji benih atau pembiakan secara seks dan kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseks.

Jenis tanah yang sesuai untuk penanaman pokok durian belanda ialah tanah jenis lom liat berpasir.

Selain itu, mempunyai saliran yang baik, keasidan tanah dengan pH di antara lima hingga tujuh serta kawasan yang tidak mempunyai naungan.

Pokok durian belanda mula mengeluarkan buah pada umur empat tahun dan ia banyak bergantung kepada tahap kesuburan tanah dan penjagaan yang teratur serta sempurna.

Sumber artikel Utusan Malaysia

Nasihat – 30

“Di antara ciri orang yang arif billah Azza Wajalla adalah ia selalu sabar menerima berbagai malapetaka dan rela terhadap semua qadha dan ketentuan-ketentuan takdir-Nya dalam segala ehwalnya, baik berkenaan dengan peribadinya, ahlinya dan semua makhluk sesamanya.” ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Petikan Buku: Al-Fath Ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian).

Menangani perasaan bosan

Nasihat daripada cerita ini untuk dikongsi….

Ini sebuah cerita ringan tentang kebosanan. Seorang tua yang bijak ditanya oleh tamunya.

Tamu: “Sebenarnya apa itu perasaan ‘bosan’, pak tua?”

Pak Tua: “Bosan adalah keadaan di mana fikiran menginginkan perubahan, mengharapkan sesuatu yang baru, dan menginginkan berhentinya rutin hidup dan keadaan yang sama dari masa ke masa.”

Tamu: “Kenapa kita merasa bosan?”

Pak Tua: “Karena kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita miliki.”

Tamu: “Bagaimanakah menghilangkan kebosanan?”

Pak Tua: “Hanya ada satu cara, nikmatilah kebosanan itu, maka kita pun akan terbebas darinya.”

Tamu: “Bagaimanakah mungkin bisa menikmati kebosanan?”

Pak Tua: “Bertanyalah pada dirimu sendiri: mengapa kamu tidak pernah bosan makan nasi yang sama rasanya setiap hari?”

Tamu: “Kerana kita makan nasi dengan lauk dan sayur yang berbeza-beza, Pak Tua.”

Pak Tua: “Benar sekali, anakku, tambahkan sesuatu yang baru dalam rutinmu maka kebosanan pun akan hilang.”

Tamu: “Bagaimanakah menambahkan hal baru dalam rutin?”

Pak Tua: “Ubahlah caramu melakukan rutin itu. Kalau biasanya menulis sambil duduk, cubalah menulis sambil membongkok atau berbaring. Kalau biasanya membaca di kerusi, cubalah membaca sambil berjalan-jalan atau meloncat-loncat. Kalau biasanya menelefon dengan tangan kanan, cubalah dengan tangan kiri atau dengan kaki kalau boleh. Dan seterusnya.”

Lalu Tamu itu pun pergi.

Beberapa hari kemudian Tamu itu mengunjungi Pak Tua lagi.

Tamu: “Pak Tua, saya sudah melakukan apa yang Pak Tua sarankan, kenapa saya masih merasa bosan juga?”

Pak Tua: “Coba lakukan sesuatu yang bersifat keanak-anakan.”

Tamu: “Contohnya?”

Pak Tua: “Mainkan permainan yang paling kamu senangi di waktu kecil dulu.”

Lalu Tamu itu pun pergi.

Beberapa minggu kemudian, Tamu itu datang lagi ke rumah Pak Tua.

Tamu: “Pak Tua, saya melakukan apa yang Pak Tua sarankan. Di setiap waktu lapang saya bermain sepuas-puasnya semua permainan anak-anak yang saya senangi dulu. Dan keajaiban pun terjadi. Sampai sekarang saya tidak pernah merasa bosan lagi, meskipun di saat saya melakukan hal-hal yang dulu pernah saya anggap membosankan. Kenapa boleh berlaku demikian, Pak Tua?”

Sambil tersenyum Pak Tua berkata: “Kerana segala sesuatu sebenarnya berasal daripada fikiranmu sendiri, anakku. Kebosanan itu pun berasal dari fikiranmu yang berfikir tentang kebosanan. Saya menyuruhmu bermain seperti anak kecil agar fikiranmu menjadi ceria. Sekarang kamu tidak merasa bosan lagi kerana fikiranmu tentang keceriaan berhasil mengalahkan fikiranmu tentang kebosanan. Segala sesuatu berasal dari fikiran. Berfikir bosan menyebabkan kamu bosan. Berfikir ceria menjadikan kamu ceria.”

Sumber: Unknown

Hadis – 44 ~ Fadhilat Surah Yaasin

At-Tirmizi mengikhraj hadis dari Anas RA dari Nabi SAW yang bersabda:

“Sungguh bagi tiap sesuatu adalah jantung sedang jantung al-Quran adalah surah Yasin; maka Allah mencatat untuknya sebab bacaan surah Yasin tersebut senilai bacaan al-Quran sepuluh kali.”.” (HR At-Tirmizi)

Dari Yahya ibn Katsir, katanya: “Sampai kepadaku bahawa sesiapa membaca surah Yasin di waktu pagi hari maka ia selalu di dalam kegembiran hingga petang hari dan siapa membacanya diwaktu petang hari maka ia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari.”

Dengan isnad sahih diriwayatkan dari Abu Bakar dan Ibnu Abbas r.a. maksudnya: “Barangsiapa membaca surah Yasin, sampai pada ayat ‘Iz JAA aHal mursaluun’ berdoa memohon kepada Allah, maka dikabulkan permohonannya.”

Today’s Quote – 127

“The goal you set must be challenging. At the same time, it should be realistic and attainable, not impossible to reach. It should be challenging enough to make you stretch, but not so far that you break.” ~ Rick Hansen

Tangani tekanan di pejabat

Pekerja dan majikan/boss perlu saling faham-memahami dan tahu fungsi serta tanggung-jawab masing-masing, supaya tekanan di tempat kerja dapat dikurangkan. Oleh kerana itu, semangat kerja berpasukan dan saling bantu-membantu dalam sesuatu organisasi memainkan peranan yang penting, bak kata pepatah yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing. Kalau pekerja tidak produktif, boss pulak yang mendapat tekanan….

Tangani tekanan di pejabat

Oleh ZUHAYATI YAZID

DUNIA pekerjaan memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.

Keadaan ini, jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti dan motivasi kepada seseorang, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri.

Pakar Psikiatris di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari menjelaskan, tekanan sebenar yang dihadapi di tempat kerja merupakan tindak balas fizikal, emosi dan juga mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan kerja.

Biarpun ia bukan satu penyakit kronik, namun begitu, jika tekanan adalah tinggi dalam jangka masa yang panjang ia boleh menjejaskan kesihatan dan kreativiti.

”Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, resah, ketakutan dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.

“Keadaan ini jika dibiarkan akan memudaratkan diri sendiri serta kesihatan,” katanya.

Ujarnya, kebiasaan pekerja yang tertekan akan menunjukkan ciri-ciri negatif kepada dirinya, malah dari sudut produktiviti kerja pula turut terjejas sehingga boleh menjejaskan motivasi seseorang itu.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tekanan di pejabat dilabel sebagai ‘Penyakit’ abad ke-20 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan bahawa tekanan ialah Epidemik Dunia.

Malah WHO juga menjangkakan bahawa tekanan di tempat kerja merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada semua lima penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau, kemalangan jalan raya, strok dan penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020.

Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996) menunjukkan kadar prevalen kemurungan ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang tinggi iaitu 2,000 orang setahun dengan purata 7 orang sehari dan 13.7 peratus remaja Malaysia khususnya pelajar menghadapi masalah kesihatan berkaitan mental.

Ditanya apakah punca utama sehinggakan berlaku tekanan di tempat kerja, Dr. Muhammad Muhsin menjelaskan pelbagai faktor boleh mendorong seseorang itu menjadi tertekan. Antaranya suasana kerja, persekitaran yang bising, interaksi dan pelbagai lagi.

Selain itu, situasi tekanan dengan tugasan yang diberikan oleh majikan juga mendorong seseorang itu lebih tertekan.

”Keadaan ini menyebabkan pekerja berasa bosan untuk datang bekerja sehingga menyebabkan dia suka mengasingkan diri daripada pekerja-pekerja lain,” ujarnya.

Situasi ini juga akan mendorong untuk pekerja itu menjadi malas ke pejabat sehinggakan merasakan dirinya tidak sesuai dengan tugasan yang diberikan kerana terlalu rendah taraf atau terlalu terbeban.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai strategi untuk mengurangkan tekanan di pejabat, beliau menjelaskan, pelbagai cara boleh digunakan, bagaimanapun ia bergantung kepada diri seseorang itu.

”Bagi sesetengah individu bersukan boleh melegakan tekanan yang dihadapi namun bagi sesetengah orang pula meluah atau berkongsi cerita kepada seseorang adalah cara terbaik untuk melegakan tekanan yang di hadapi.

”Semua ini bergantung kepada diri seseorang bagaimana dirinya untuk melepaskan perasaan itu,” jelasnya.

Katanya lagi, bercuti juga mampu memberikan kelegaan kepada pekerja itu kerana melupakan seketika masalah yang dihadapi.

Bagaimanapun dalam masa sama, cubalah berkongsi cerita dengan orang yang paling rapat dengan kita antaranya seperti suami, ibu bapa atau rakan.

Katanya, melalui perkongsian cerita itu ia mampu mengalihkan perasaan tertekan dan juga marah itu menjadi reda.

Bagaimanapun, bagi yang beragama Islam digalakkan juga untuk bermunajat kepada Allah dengan berdoa atau melakukan solat-solat sunat.

Selain itu, tegasnya, kehidupan yang sihat adalah sesuatu cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah tekanan.

”Tidak salah kalau kita bahagikan masa antara kerjaya dan juga diri sendiri kerana pengurusan masa yang betul mampu memberikan ketenangan pada seseorang,” ujarnya serius.

Sumber artikel Utusan Malaysia

%d bloggers like this: