Perubatan Islam: Migrain

Selain daripada perubatan dan rawatan moden untuk melegakan migrain, kaedah perubatan Islam dengan membaca ayat-ayat Al-Quran sebagai syifa’ juga terbukti berkesan.

Dalam perubatan Islam, pesakit hendaklah percaya sepenuh hati, tanpa ragu-ragu kerana ia adalah Kalamullah, kalau ada rasa ragu dan kurang percaya, ia tidak akan menjadi. Kebergantungan kepada pertolongan Allah itu sangat penting, kerana Allah yang memberi penyakit dan Allah jugalah yang menyembuhkan penyakit – ubat hanya sebagai alat sahaja.

Berikut diperturunkan ayat-ayat syifa’ untuk mengubati migrain. Baca ayat-ayat berikut dan hembuskan pada tapak tangan kemudian letakkan tapak tangan tersebut pada kepala yang sakit untuk seketika sambil berdoa minta disembuhkan. Ulang jika perlu dan terasa sakit yang amat sangat sehingga terasa lega.

1. Al-Fatihah (1 x)
2. Surah Al-Ikhlas (3 x)
3. Surah Yaasin, ayat ke-58 “Sala mun Qaulan Minrabbirrahim” (3 x)
4. Solawat (3 x)

Amalkan ayat-ayat di atas dengan yaqin….. semoga bermanfaat.

Today’s Quote – 147

“Broadly speaking, the short words are the best, and the old words best of all.” ~ Sir Winston Churchill

%d bloggers like this: