Hadis Qudsi – 22 ~ Balasan syurga kepada orang buta

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Jika Aku mengambil kedua mata hamba-Ku (membutakannya) di dunia, maka tiada ganjaran lain baginya daripada-Ku selain syurga, kiranya dia memuji-Ku kerananya.” (Riwayat Termidzi)

“Jika Aku mengambil kedua mata hamba-Ku (membutakannya) lalu ia bersabar dan rela, maka Aku tiadalah melihat sesuatu ganjaran yang sesuai baginya, kecuali syurga.” (Riwayat Bukhari dan Ahmad)

Advertisements

Beza minyak zaitun dengan minyak canola

Tahukah anda perbezaan antara minyak zaitun dengan minyak canola? adakah sama khasiat antara keduanya?

Kedua-dua jenis minyak ini adalah berkualiti tinggi dan dikatakan sebagai lemak monotepu (monosaturated) yang berkhasiat dari segi kesihatan, namun begitu minyak canola mempunyai kurang lemak tepu berbanding minyak zaitun. Ini bermakna minyak canola lebih tahan dijadikan minyak masak kerana ia boleh dipanaskan pada suhu yang jauh lebih tinggi sebelum ia menghasilkan asap, di samping mempunyai rasa yang sederhana sebagai minyak bakar dan minyak pada salad.

Aku ini hamba Allah

“Aku ini hamba Allah, kenapa pula kehendakku mendahului kehendakNya.” ~ Abu Yazid Al-Bistami.

Petua: Kurangkan selera makan

Petua daripada pakar pemakanan untuk mengurangkan selera makan dan mengelakkan makan berlebihan:

1) Berus gigi dan/atau gunakan air kumur/pembasuh mulut. Ini akan menghilangkan rasa makanan yang masih tinggal dalam mulut.

2) Jika anda perlu makan juga, makanlah sesuatu yang boleh mengenyangkan perut tetapi dengan kalori yang sedikit, contohnya sop dengan jumlah kalori yang rendah dengan banyak sayur-sayuran.

3) Jauhi makanan yang bergula sama sekali. Gula halus yang diproses menyebabkan insulin dirembeskan dengan banyak, dan ini akan menyebabkan perut sangat lapar dan selera bertambah.

4) Pastikan cukup tidur supaya paras hormon leptin, iaitu hormon yang membantu mengawal selera makan, sentiasa tinggi.

%d bloggers like this: