Teka-teki menjana minda yang sihat dan cergas (siri 10)

Sila jawab teka-teki ini….

1. Lubang ini terus diisi, tapi tak pernah penuh. Lubang apakah ini?

2. Ketika lebat ia tidak boleh dicukur. Apa dia?

3. Ia tidak boleh dilihat tetapi ia boleh ditimbang. Apa jawabnya?

4. Ia boleh hidup di udara, di darat dan di dalam air. Apa dia?

5. Dalam banyak-banyak orang, orang apa yang tidak pernah nikah tetapi mempunyai anak?

6. Ikan apa yang miskin?

7. Ada 10 ekor burung, 4 ekor ditembak, berapa yang lari?

8. Katak diterbalikkan jadi katak, kopi diterbalikkan jadi apa?

9. Bila dikotori ia menjadi putih, tapi bila dicuci ia menjadi hitam. Apa dia?

10. Bergerak tiada kaki, menghisap air tiada mulut, menangis tiada mata. Apa dia?

8 Responses

  1. 3.dosa dan pahala
    5.org utan
    7.6 ekor
    8.kopi diterbalikkan tumpah
    9.arang

  2. nak cuba lar ~
    1. Lubang jamban-kita flush pun tak pernah penuh
    2. Buah rambutan-banyak sangat bila dia berbuah lebat, xsmpat cukur
    3. Jawapan-saya timbangkan dulu jawapnnya
    4. Kuda- kuda kepang, kuda biasa, kuda laut
    5. Orang Utan-tak perlukan sijil pun
    6. Ikan masin
    7. 9 lari-1 burung kena, 9 lari, tapi malangnya 3 ekor lg tak sengja kna tmbak selepas lari tu.. hihix..
    8. ikut nanie di atas, kopi diterbalikkan tumpah..
    9. Papan hitam- kapur tu kotorkan dia..
    10. Kain lap-digerakkan dengan tangan, meresap air, dan bila kita pulaskan kain tu, airmata keluar..

    best best~

  3. 4. Kapal terbang, kapal korek dan kapal selam

    7. semua terbang sebab yang kena tembak hanya ekor mereka sahaja.

    10. Mop lantai

  4. 6..takde burung yang lari sbb burung terbang…haha tol x?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: