Tanda dunia hampir kiamat: Apabila ada pejuang Islam berdemonstrasi di jalanan dikatakan jihad

Saya tertarik dengan artikel ini untuk dikongsi, difikir-fikirkan dan direnung-renungkan dengan minda terbuka…

Terdapat isyarat Hadith menyatakan bahawa salah satu tanda dunia hampir kiamat ialah apabila adanya pejuang Islam yang menyuarakan perjuangan mereka dengan cara tunjuk perasaan atau demonstrasi.

HADITH yang di maksudkan ialah Nabi bersabda yang bermaksud:

(buruk) Akan muncul nanti tiga perkara sebagai tanda dunia hampir kiamat. 1) Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (di kunjungi ramai). 2) Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi).3) Seorang menggesel amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu.” (Riwayat At Tabrani dalam Al Kabir).

Hadis ini menceritakan bahawa pada akhir zaman akan ada di kalangan umat Islam yang berjuang, mereka menyatakan dan menzahirkan tuntutan dan tentangan terhadap pihak tertentu melalui tunjuk perasaan atau demonstrasi.Perkara ini telah dan sedang pun berlaku di merata pelusuk dunia termasuk di negara kita.

Allaamah Mufti Brunei ada menyebut dalam himpunan fatwanya bilangan 30 halaman 164 berkata:

“Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang Islam ialah mereka mengikut cara Eropah atau cara orang Barat ia itu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktiqad bahawa cara itu adalah jihad.Sedangkan Nabi S.A.W telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan Islam.”

Sabda Nabi S.A.W. lagi yang maksud nya: Sesungguh nya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara yang keji dan memekik mekik di jalanan.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir)

Kita lihat bahawa semangat kebangkitan Islam telah begitu ketara di seluruh dunia. Ini satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawa umat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihat Islam itu diapa-apakan.

Mungkin juga umat Islam sedunia telah mula memahami akan maksud ayat Al QuranMaksudnya: “Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau (ya Muhammad) selagi engkau tidak ikut cara hidup mereka.” (surah Al-Baqarah: 120)

Semangat kebangkitan Islam juga telah mengakibatkan umat Islam sedunia membuat perkara-perkara yang tidak ada dan tidak diajar di dalam Islam. Semangat ini telah mendorong umat Islam berdemonstrasi dan menunjuk perasaan. Silap saja langkah pihak tertentu keluarlah umat Islam dengan sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan. Berkumandanglah suara-suara mengutuk pihak yang mereka tidak puas hati.

Demonstrasi dimeriahkan pula dengan sorak-sorai, pekik jerit, kutuk-mengutuk dan maki hamun, menyebabkan suasana jadi gawat. Mereka yang mengaku pejuang Islam melakukan demonstrasi jalanan, merusuh, mengganggu orang ramai dan merosakkan harta benda individu dan awam, membakar lilin cara yahudi, mogok lapar ikut yahudi (tetapi berselindung mengatakan mogok puasa), memakai baju hitam atau kuning. Dan bermacam-macam bentuk tunjuk perasaan.

Apa yang para ‘demonstrasi’ ini telah lupa ialah, demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka lagang itu bukanlah dari Islam tetapi adalah dari budaya syaitan (toghut). Islam tidak ada mengajar demonstrasi dalam bentuk yang sebegitu. Kalau ada, apakah garis panduannya mengikut Islam? Di sinilah lemahnya kita. Dari satu segi kita marahkan perbuatan toghut tetapi dari segi yang lain kita pula yang mengamalkan dan mempopularkan apa yang dianjurkan toghut selama ini.

~ Petikan dari Fitrah Islami Online

6 Responses

  1. telah banayk kali kerajaan yg memerintah tak melayan segala rundingan yang dilakukan kerana kerajaan tak mahu rakyat malaysia jadi bijak. kerajaan kena dengar dulu hasrat rakyat untuk mendapat pembelaan tapi tidak diendahkan langsung. kalau tujuan mengampu spt saudara..ampu kerajaan semuanya baik itu kerajaan pemerintah setuju.. jadinya dengan demonstrasi yg dilakukan akan membuka mata kerajaan yang zalim..

    • Cara rundingan kan ke lebih baik daripada berdemonstrasi untuk menumbangkan kerajaan. Lihat saja apa yang terjadi di negara-negara Arab yang pemimpinnya telah digulingkan…. adakah keadaan mereka lebih baik dan dapat semua yang mereka tuntut? negara huruhara dan kehidupan semakin susah. Perang saudara berlaku setiap hari….

      Artikel di atas itu diambil daripada hadis yang menceritakan keadaan di akhir zaman, iaitu apa yang sedang berlaku sekarang ini. Yang saudara nak melenting tak tentu pasal, kenapa? tak percaya hadis ke?

  2. itu bkn lah sifat Tuah, tu sifat jebat… elok tuan saudara tukar nama kepada jebat

  3. Saudara kalau nak petik hadis…pastikan hadis tu sahih..jangan main letah jer..hadis lemah tak boleh dijadikan hujah untuk nak istinbat hukum..w.salam.

    • Jangan pakai tuduh saja hadis2 tersebut adakah hadis lemah. Tunjukkan buktinya kalau benar dakwaan saudara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: