Halaqah 2011 – Ayat 1000 Dinar

Cara mengamalkan Ayat 1000 dinar diterangkan dalam Halaqah 2011 di TV9….


Hadis – 156 ~ Orang yang muflis di akhirat

“Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, memakan harta si polan, menumpahkan darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang-orang yang dizalimi itu pahala kebaikannya. Jika sudah habis pahalanya sedangkan dosa kezalimannya belum terbayar, maka akan diambil dosa-dosa orang yang dizalimi itu untuk dibebankan kepadanya lalu dicampakkan dia ke neraka.” (HR Muslim)

%d bloggers like this: