Petua: Keselesaan wanita hamil dalam kapal terbang

Berikut adalah petua yang disarankan oleh pakar yang mana boleh diamalkan oleh wanita hamil bagi memastikan kesihatan yang baik dan keselesaan semasa berada dalam kapal terbang.

Petuanya:

1. Duduk di kerusi sebelah lorong supaya mudah bangun untuk ke bilik air, bergerak atau meluruskan kaki.
2. Hindari minuman berkarbonat bagi mengurangkan angin dalam badan.
3. Sentiasa memakai tali pinggang keledar tapi diletakkan di bawah perut, supaya ia tidak menekan perut.
4. Dapatkan nasihat doktor sama ada sesuai atau tidak mengambil ubat tahan muntah atau tahan loya jika diperlukan semasa penerbangan.

Sumber maklumat

Anak kura-kura berkepala dua di China

Banyak betul benda pelik-pelik terjadi di China….

Anak Kura-Kura Berkepala Dua

BEIJING – Seekor anak kura-kura menetas dengan mempunyai dua kepala di sebuah taman hidupan liar di Hefeia, selatan China.

“Kedua-dua kepala kura-kura itu berfungsi dengan sepenuhnya dan ia makan berasingan dan kelihatan amat gembira,” kata seorang penjaga di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia.

Menurut para penjaga haiwan itu, satu sahaja masalah yang dihadapi oleh kura-kura tersebut apabila ia dilihat tidak sehaluan semasa mahu memutuskan arah perjalanan. – Agensi

Sumber: Harian Metro

Hadis – 177 ~ Penyakit bagi sesuatu

“Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali karamallahu wajhah:
“Ya Ali! Segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit berkata-kata adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah merasa bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu.”