Penemuan baru: Katak terkecil di dunia dijumpai di Sarawak, Malaysia – Microhyla nepenthicola

Malaysia memang sudah terkenal sebagai salah sebuah Pusat Mega-biodiversiti dunia dengan pelbagai jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan terdapat di buminya. Banyak spesies yang tidak terdapat di tempat lain telah dijumpai di Malaysia, termasuklah katak terkecil dan ikan terkecil di dunia….. Alhamdulillah….Malaysia Boleh!!!

Spesies katak terkecil, bersaiz sebesar kacang pea ini, dijumpai di tepi jalan ke arah Gunung Serapi di Taman Negara Kubah Sarawak. Spesies baru katak daun ini dinamakan Microhyla nepenthicola yang berukuran dari 10.6 ke 12.8 mm panjang (matang). Yang menariknya, katak ini bertelur di tepi pokok periuk kera dan berudunya akan membesar dalam air pokok periuk kera.

Miniature frog species in Malaysian Borneo

Updated on : 19th August 2010

A pea-sized amphibian frog species has been found in a little pitcher plant in the Sarawak forest in Malaysian Borneo. This is the world’s tiniest frog.

The scientist found the new species near the edge of a road that leads to Gunung Serapi Mountain in Sarawak’s Kubah National park. The new species was named as Microhyla nepenthicola. The new species of frog lays eggs on the sides of the pitcher plant and the tadpole grows in the liquid that is present inside the plant.

The adult of the plant species ranges from 10.6 to 12.8 mm. Because of their small size it was difficult for the scientist to discover them.

Source of information

Hadis – 179 ~ Munafik jika berat solat Isyak dan subuh

“Maksud Hadis Nabi SAW: “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya (berjamaah di masjid) sekalipun dengan merangkak.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)

AL-GHURUR (Tertipu Dgn Diri Sendiri) ~ Ustaz Abd Basit Abd Rahman

Bagi manfaat bersama dengan ilmu yang disampaikan….

Senyum sikit…

Senyum sikit…. hilangkan stres!

Wajah ganjil bayi lahir tanpa otak hadapan dan tengkorak (anencephaly)

Sebenarnya fenomena wajah ganjil bayi tanpa sebahagian besar otak dan tengkorak yang dipetik daripada berita di bawah ini bukanlah sesuatu yang ganjil sangat kerana ia merupakan sejenis kecacatan semasa kelahiran yang terjadi di beberapa tempat di seluruh dunia dengan peratus yang rendah.

Fenomena atau kecacatan kelahiran ini dikenali sebagai anencephaly atau “tiada otak”. Ia terjadi disebabkan oleh kecacatan tiub neural biasa semasa bulan pertama kehamilan, iaitu antara 23 – 26 hari kehamilan, selalunya sebelum seseorang wanita itu tahu ia hamil.

Dalam peringkat perkembangan janin ini, tiub neural gagal untuk tertutup sepenuhnya. Ini menyebabkan bayi yang lahir tidak mempunyai sebahagian besar otaknya, termasuk otak hadapan serta serebrum. Bahagian lain otak ditutupi oleh tulang atau kulit sahaja. Bayi yang lahir ini akan pekak, buta dan tidak rasa sakit, dan tentunya tidak dapat hidup lama.

Anencephaly adalah disebabkan oleh faktor kecacatan genetik atau ibu hamil yang terdedah kepada toksin sekitaran seperti plumbum (lead), kromium, merkuri dan nikel yang mempengaruhi perkembangan tiub neural embrio.

Oleh itu, bagi mengurangkan risiko kecacatan semasa lahir (seperti spina bifida, anencephaly, atau kecacatan jantung seperti jantung berlubang, masalah injap jantung, dsb), ibu-ibu yang hamil sangat disarankan mengambil suplemen asid folik yang berfungsi mempercepatkan pertumbuhan sel dan tisu, terutamanya semasa beberapa minggu terawal kehamilan.

Bayi Wajah Ganjil Dilahirkan di Nigeria

Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.

Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.

Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.

“Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey,” katanya.

Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.

Bayi itu tidak mempunyai otak.

Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

– Agensi

Sumber: Harian Metro

Hadis Qudsi – 60 ~ Allah mentakdirkan kejahatan seseorang

Berkata Abu Umamah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Akulah Allah! Tiada Tuhan melainkan Aku. Aku yang menjadikan kejahatan, maka celakalah orang yang telah Aku takdirkan kejahatan baginya, dan Aku meletakkan kejahatan itu di dalam tangannya.”
(Riwayat Baihaqi)

%d bloggers like this: