Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14

Baru selesai Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah, yang menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, dan Raja Permaisuri Agong Ke-14, Tuanku Hajah Haminah.

Upacara Pertabalan disempurnakan di Balairong Seri, buat julung kalinya di Istana Negara baru, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Daulat Tuanku! Semoga negara Malaysia sentiasa berada dalam keamanan, kemakmuran dan mendapat Rahmat serta Maghfirah Allah SWT di bawah pemerintahan Tuanku.

Khasiat bawang putih

Khasiat bawang putih ini memang telah diketahui oleh manusia sejak beribu-ribu tahun yang lalu, walaupun pada masa tersebut belum ada lagi penyelidikan.

Bawang putih mengandungi pelbagai bahan aktif seperti alliin (hanya dalam bawang putih segar), allicin, diallyl disulphide (yang mengeluarkan bau seperti sulfur yang kurang disenangi oleh sesetengah orang), ajoene (menghalang pencernaan lemak sebelum diserap oleh badan dengan cara membantutkan tugas enzim lipase, dengan itu lemak tidak diserap), serta pelbagai bahan lain (lebih kurang 200 bahan) termasuklah kalsium, potassium, vitamin B, vitamin C, antioksidan, selenium, dsb.

Di antara khasiat bawang putih:

1. Sulfur dalam bawang putih berfungsi sebagai antibiotik dan antifungus – bagi masalah kulit seperti kurap, jerawat, dsb. Ia berkesan membunuh bakateria/kuman yang menyebabkan jerawat dengan cara menepekkan bawang putih segar yang ditumbuk/dilumatkan di bahagian yang berjerawat.

2. Membantu mencegah tekanan darah tinggi.

3. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

4. Membantu mengurangkan kandungan kolesterol tidak baik (LDL) dan triglycerides (lemak tepu dalam darah) serta meningkatkan kandungan kolesterol baik (HDL), jika ia diambil secara rutin. Dengan itu, ia dapat mengurangkan kemungkinan darah menjadi beku dan dapat memecah kolesterol yang menyumbat salur darah serta mencegah proses atherosclerosis (pengerasan salur arteri). Oleh itu, ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, risiko serangan sakit jantung dan strok (angin ahmar).

5. Bawang putih juga mempunyai sifat anti-tumor. Oleh itu, ia dapat membantutkan ketumbuhan tumor dan seterusnya menghindari serangan kanser, terutamanya kanser usus dengan cara menyekat pengeluaran nitrosamine yang menguatkan sistem imuniti (pertahanan) badan.

6. Bawang putih juga mempunyai sifat anti-artritis dan dapat mengubati masalah sakit sendi yang disebabkan oleh rheumatoid arthritis.

7. Bawang putih juga dapat memperbaiki proses penghadaman kerana ia berupaya membunuh bakteria yang tidak baik dalam perut dan usus. Dengan itu, ia dapat membantu mengurangkan masalah sembelit, busung air, cacing, dsb.

8. Bawang putih juga dapat mengurangkan kadar gula dalam darah dengan meningkatkan kadar pengeluaran insulin, ini baik untuk pesakit diabetes.

9. Bawang putih juga berkesan untuk merawat resdung jika dimakan bersama dengan sayur horseradish.

10. Dikatakan juga bawang putih dapat menghalang penambahan berat badan.

Dengan bermacam kelebihan bawang putih, maka wajarlah ia menjadi makanan/suplemen harian kita. Bawang putih boleh diambil/dimakan secara semulajadi (mentah) atau ekstrak bawang putih yang selalunya dijual dalam bentuk kapsul /vegecap. Tapi, hati hati! pastikan kapsul yang membungkus ekstrak bawang putih tersebut tidak mengandungi gelatin atau bahan-bahan yang mengandungi lemak produk babi dan daripada sumber yang tidak halal yang lain.

Sumber gambar: MedikTV

Hadis -181 ~ Mendapat 1000 kebaikan setiap hari

“Rasulullah SAW bersabda: “Apakah seseorang di antara kamu tidak mampu mendapatkan seribu kebaikan tiap hari?” Salah seorang di antara yang duduk bertanya: “Bagaimana di antara kita boleh memperoleh seribu kebaikan (dalam sehari)?” Rasulullah bersabda: “Hendaklah dia membaca seratus tasbih, maka ditulis seribu kebaikan baginya atau seribu kejelekannya dihapus.” (HR Muslim)

%d bloggers like this: