Ketam terbesar di dunia – Ketam Kelapa

Pernahkah anda melihat atau terjumpa dengan artropoda terbesar di dunia iaitu Ketam Kelapa?

Ketam Kelapa merupakan jenis ketam darat yang berasal dari kawasan pesisir Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Beratnya mencapai 30 pound (13.6 kg) dengan kepanjangan badan sebanyak 3 kaki (91.4 cm) dari kepala ke ekor.

Nama Ketam Kelapa ini bersesuaian dengan habitnya yang suka makan isi kelapa, boleh memanjat kelapa dan yang uniknya ia boleh memecahkan buah kelapa dengan menggunakan penyepitnya yang kuat.

Ketam ini merangkak memanjat pokok kelapa dengan menggunakan pasangan kaki rayap kedua dan ketiganya yang panjang dan tajam. Walaupun kerap terjatuh dari atas pokok kelapa, ia tidak mengalami sebarang kecederaan kerana dilindungi oleh cengkerang luarannya yang kuat. Selalunya, ia bergerak dengan perlahan untuk keluar mencari makan pada waktu malam, dan selalunya ia menyuruk pada waktu siang.

Sumber

Hadis Qudsi – 62 ~ Setiap amalan bergantung kepada niat

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a. katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.”
[Hadis 40 susunan Imam Nawawi dalam kitab Matan Arba’in]

%d bloggers like this: