Kenali kuman di bilik air

Semua sedia maklum bahawa bilik air/bilik mandi/tandas merupakan tempat yang penuh dengan kuman kerana ia amat sesuai sebagai tempat mikroorganisma membiak, terutama sekali di mangkuk tandas dan tempat mandi yang jarang dibersihkan.

Apakah jenis-jenis kuman yang selalu terdapat dalam bilik air?

Secara ringkasnya,

1. Virus gastrointestine yang boleh menyebabkan sakit perut, dan ia mudah berjangkit melalui permukaan yang keras seperti magkuk tandas duduk, sink, dsb.

2. Patogen enterik, termasuklah E. coli (penyebab cirit birit), Salmonella, Shigella dan Compylobacter. Bakteria-bakteria ini merebak melalui makanan tercemar dengannya yang dibawa melalui najis.

3. Organisma di salur pernafasan, contohnya:

a. Staphylococcus aureus (bakteria “staph”) yang dikenali sebagai bakteria penghancur daging.

b. Fungus dermatophitic yang terdapat pada kaki para atelit (pemain sukan) yang dijangkiti melalui kaki yang tidak memakai selipar dalam bilik air.

c. Fungus lain yang terdapat dalam bilik air atau bilik mandi yang berkulat. Walaupun ia tidak menyebabkan infeksi yang serius tetapi ia boleh merangsang serangan asma dan alergi kepada sesetengah orang.

Oleh itu, bilik air hendaklah kerap dibersihkan supaya bakteria berbahaya tidak disebarkan melalui bilik air di rumah. Bagi mereka yang terpaksa menggunakan tandas awam, terutamanya yang menggunakan tandas duduk, perlulah berhati-hati supaya tidak duduk di atas mangkuk yang tidak pasti tahap kebersihannya.

Sebagai langkah pembersihan yang disarankan ialah dengan menyental bilik air sekurang-kurangnya sekali seminggu, gunakan bahan peluntur atau pembersih bilik air yang sesuai, jangan gunakan span mandi berulang-ulangkali kerana di situlah banyak terkumpul bakteria, basuh tangan bersih-bersih setiap kali masuk bilik air, tutup penutup tandas mangkuk semasa flush tandas supaya bakteria di dalamnya tidak tersembur keluar, buang berus gigi yang telah digunakan semasa sakit supaya kuman yang melekat pada berus gigi itu tidak merebak semula, dsb.

Maklumat lanjut boleh dikongsi DI SINI.

%d bloggers like this: