Sifat orang yang dikasihi Allah, malaikat dan muslim

“Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.” ~ Ali bin Abu Thalib r.a.

Antara Realiti dan Fantasi – Tanyalah Ustaz TV9

Mari kita ikuti majlis ilmu yang bermanfaat ini. Ini adalah rakaman rancangan Tanyalah Ustaz TV9 untuk perkongsian ilmu…. Semoga kita mampu mengamalkannya.

Bahagian 1

Bahagian 2

Petua mengenali santau dalam minuman

Sering juga kita dengar orang mendapat santau dalam makanan atau minuman, terutamanya jika makan di kedai makan di kawasan-kawasan tertentu. Selain itu, dikatakan juga santau boleh dihantar kepada sesiapa yang dituju melalui angin.

Pada pagi Jumaat yang mulia ini, eloklah kita berkongsi petua yang yang dipanjangkan di bawah ini bagi mengenali sama ada terdapat santau dalam minuman sebelum meminumnya. Terima kasih kepada penulis asal petua yang berguna ini. Semoga kita semua terhindar daripada musibah ini.

Petua mengenali air minuman mengandungi bisa santau

By: Harlina Binti Ahya Ulumuddin

Di sini saya berkongsi 3 tip dan petua mudah bagi mengenali air minuman yang telah dicemari bisa santau,

1. Langkah pertama perhatikan permukaan air minuman, jika tiada pantulan bayangan anda serta kelihatan pucat dan kusam, anda perlu berhati-hati. Besar kemungkinan ia mengandungi bisa santau.

2. langkah kedua angkat sedikit gelas tersebut dan letakan jari anda pada bawah gelas bagi merasakan …suhu air minuman anda pada bahgian bawah. Apabila santau di masukkan ke dalam air panas atau suam, suhu air tersebut bertukar menjadi sejuk pada bahagian dasarnya.

3. Jika anda merasakan suhu air ini berbeza, letakan ia kembali dan langkah seterusnya, gisikan rambut anda dengan jari telunjuk dan ibu jari, jika anda tidak mendengar bunyi gisikan tersebut adalah lebih baik anda angkat kaki tanpa menjamah makanan yang dihidangkan.

Sumber informasi

Hadis – 190 ~ Amal secara istiqamah walaupun sedikit

“Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim)

%d bloggers like this: