Air telaga warna merah di Kelantan

Sejak kebelakangan ini bermacam-macam kejadian pelik berlaku, Malaysia juga tidak terkecuali. Adakah ini sebagai petunjuk yang dunia sudah terlalu tua dan mungkin juga masa yang dijanjikan semakin hampir tiba. Dengan kata lain, ia merupakan salah satu tanda akhir zaman… mungkin sebagai peringatan bagi orang yang berfikir!

ATAU

Adakah ini disebabkan oleh fenomena alga merah (Rhodophyta) iaitu koloni sejenis cyanobacteria yang menghasilkan warna merah yang dikenali sebagai “red slime algae” atau jika di perairan laut dikenali sebagai “red tide”? Wallahu a’lam.

Dikongsikan di sini fenomena pelik di mana air telaga menjadi merah yang berlaku di Kelantan baru-baru ini…

Gempar, air telaga merah

WARTAWAN SINAR HARIAN
28 April 2012

SEMERAK, PASIR PUTEH – Penduduk di Kampung Dalam Rhu di sini gempar, apabila telaga milik seorang pengusaha keropok mengeluarkan air berwarna merah seakan-akan air sirap.

Pemilik telaga tersebut, Ramli Mohd Noor berkata, kejadian tersebut sudah berlaku hampir sebulan dan pada awalnya dia menyangka ia tidak berlarutan.

“Namun selepas beberapa hari berlalu, air yang tidak berbau ini menjadi semakin merah sehingga menyebabkan kami sekeluarga takut untuk menggunakan ia bagi tujuan memasak dan minuman,” katanya.

Kelihatan air merah keluar daripada mata air yang terdapat di dalam telaga.

Cuba kering telaga

Menurutnya, mereka hanya menggunakan ia untuk tujuan membersihkan diri sahaja dan bersyukur kerana setakat ini air yang digunakan itu tidak mendatangkan sebarang masalah kepada kesihatan mahupun kulit mereka.

Ramli berkata, sudah beberapa kali dia cuba mengeringkan air telaga tersebut bagi mencari punca kejadian itu berlaku tetapi gagal apabila air yang keluar masih lagi berwarna merah.

“Daripada pemerhatian saya dan beberapa rakan, kami dapati air berwarna merah tersebut keluar dari mata air yang terdapat di dalam telaga itu.

Proses mengeringkan telaga dilakukan bagi mencari punca kejadian.

“Kami sudah menyedut keluar semua air sehingga tinggal tanah sahaja tetapi tidak sampai sejam air mulai keluar semua dan masih berwarna merah.

“Jadi saya berharap jika ada pihak yang berkaitan membaca berita ini diharap mereka tampil untuk membuat pemeriksaan kerana saya ingin mengetahui punca sebenar kejadian tersebut,” katanya.

Sekadar ingin lihat

Ramli berkata, disebabkan kejadian itu, telaga miliknya kini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin melihat sendiri kejadian aneh berkenaan.

Fenomena luar biasa tersebut mendapat perhatian orang ramai terutama penduduk setempat apabila ramai yang datang mengambil air itu untuk dijadikan minuman kerana bagi mereka ia dikatakan anugerah daripada Allah.

Mereka yang ingin menyaksikan sendiri keanehan tersebut boleh ke tempat kawasan terletak berhampiran pintu gerbang ke Pantai Bisikan Bayu, di sini.

Seorang penduduk, Abdul Wahid Jusoh berkata, dia dan penduduk lain tidak percaya kepada air itu tetapi kerana ia merupakan pertama kali berlaku dan kewujudannya begitu misteri, menyebabkan mereka berminat mengambil air tersebut dan disimpan.

“Ada penduduk yang cuba memasukkan ikan peliharaan ke dalam air itu dan tiada apa yang berlaku malahan ikan itu dapat hidup seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, siapa tahu mungkin air tersebut mempunyai khasiat serta keistimewaannya tersendiri.

Bagaimanapun katanya, mereka hanya sekadar suka-suka dan ingin melihat lebih dekat anugerah Allah tersebut.

Sumber berita

2 Responses

  1. munkin juga disebabkan fenomina alam yang disebaliknya ada hikmah yang masih tersembunyi. Saya masih ingat cerita nenek saya, katanya sekitar tahun 50/60-an kawasan kami di senggarang dan hampir seluruh kawasan pantai barat Johor mengalamai kemarau yang panjang, hampir 8 bulan tidak hujan. setiap kolam untuk kegunaan mandi dan membasuh menjadi kontang dan merekah, orang kampong terpaksa menadah air di pili air di tepi jalan yang disediakan oleh kerajaan pada waktu malam. tetapi selepas hujan lebat hampir sejam dan kolam air melimpah, penduduk amatlah bersyukor… malangnya selepas hujan reda dan mereka cuba bermandi2 di kolam, apabila air tersebut mengenai mata, mereka tidak dapat membuka mata disebabkan rasa pedih, mereka cuba merasakan air tersebut, rasanya menjadi masam dan kelat dan tidak sejernih saperti asal. Fenomina ini berlarutan berpuluh2 tahun, hingga sekarang masih terasa kelat dan masamnya… Nasib baik kesediaan asas kampong kami telah sempurna, agaknya kalau kami terus menggunakan air telaga/kolam untuk mandi, tentulah badan kami menjadi masa dan berbau….

    • Mungkin ada bahan kimia tertentu dalam air tersebut. Elok jika dibuat analisis kimia air…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: