Tanda amaran awal kanser paru-paru

Apa jenis kanser pun jika dapat dikesan pada peringkat awal, kemungkinan untuk sembuh adalah lebih cerah jika dirawat dengan betul dan pesakit mempunyai daya tahan yang kuat serta motivasi diri yang tinggi.

Kanser paru-paru merupakan salah satu daripada kanser yang digeruni kerana kebiasaannya kanser ini dikesan apabila telah menjangkau tahap bahaya (tahap 4) dan telah merebak ke organ lain. Oleh itu, kemungkinan untuk sembuh agak tipis. Justeru, tanda amaran awal kanser paru-paru perlu diketahui supaya ia dapat dikesan lebih awal. Ini terutamanya perlu bagi mereka yang mempunyai risiko tinggi mengidap penyakit ini seperti perokok, ahli keluarga perokok, ahli keluarga pernah menghidapi kanser ini, pernah terdedah kepada radiasi, selalu stres, dan lain-lain penyebab. Orang lelaki lebih terdedah kepada kanser paru-paru ini berbanding dengan orang perempuan, kerana kebanyakan perokok adalah kaum lelaki.

Gambar X-ray dada pengidap kanser paru-paru (sebelah kanan)

Di antara tanda-tanda amaran awal kanser paru-paru yang dikenalpasti ialah:

1. Kemurungan (depresi) atau perubahan mood lain

Ini termasuk juga kebimbangan dan simptom psikiatrik yang lain. Perubahan perangai atau mood ini boleh dirasakan sendiri atau dapat dilihat oleh orang di sekelilingnya.

2. Selalu sakit yang berulang-ulang

Sakit yang berulang-ulang beserta dengan selesema, flu, batuk-batuk atau pnemonia (radang paru-paru) terutamanya di kalangan perokok. Ini disebabkan kanser ini terdapat di tisu paru-paru dan tiub bronkia yang menghasilkan simptom menyerupai flu atau batuk-batuk yang tidak baik-baik.

3. Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak tanpa sebab

Apabila kanser paru-paru ini sudah merebak ke hati, pengidapnya akan hilang selera makan.

4. Buah dada lelaki membesar secara abnormal (gynecomastia)

– terutamanya di kawasan bawah puting susu, bukannya di sekeliling tisu buah dada orang lelaki. Ini disebabkan oleh tumor kanser paru-paru ini merembeskan hormon, protein dan bahan lain ke dalam salur darah dan menyebabkan hormon badan tidak stabil yang membawa kepada pertumbuhan buah dada lelaki.

5. Keletihan luar biasa

Badan terasa letih kerana bahan yang dirembeskan ke dalam salur darah oleh tumor kanser paru-paru ini mempengaruhi paras oksigen, kesihatan sel darah merah, mengganggu fungsi kelenjar adrenal dan aspek lain dalam pengeluaran tenaga.

6. Hujung jari sakit dan menebal atau bengkak

Ini merupakan tanda biasa bagi kanser paru-paru. Kadang-kadang simptom ini disangkakan sebagai simptom masalah nutrisi (pemakanan) atau alergi.

7. Nafas pendek dan dada berbunyi

Tanda ini seperti orang astma. Keadaan ini terjadi kerana pertumbuhan tumor kanser paru-paru ini mengganggu kelancaran fungsi paru-paru menarik nafas masuk dan menghembuskan nafas keluar.

8. Batuk berpanjangan atau suara ke dalam disertai dengan air liur yang banyak keluar

Batuk berpanjangan ini adalah seperti batuk perokok sehingga berbulan-bulan, malahan ada yang sampai bertahun lamanya. Batuk ini kering seperti tanda alergi atau batuk yang basah yang berkait dengan flu atau selesema. Kahak yang keluar terdapat kesan-kesan darah. Ini mungkin disebabkan salur bronkus tersumbat oleh tumor atau mukus, apabila batuk maka sebahagian darah daripada tumor ini akan masuk ke dalam kahak.

9. Otot lemah dan terasa tidak larat melakukan aktiviti fizikal harian yang biasa dilakukan

Ini disebabkan tumor di paru-paru menghasilkan antibodi yang menyerang otot dan merembesakan bahan kimia yang boleh mengganggu aktiviti biasa sel darah merah yang boleh juga menyebabkan anemia.

10. Sakit dada, belakang, bahu dan/atau perut

Selalunya tanda sakit dada dan belakang ini disalahertikan atau disangka sakit otot biasa atau sakit jantung. Sakit dada dan belakang ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan tumor yang menekan saraf di bahagian-bahagian tersebut.

Contoh tumor kanser paru-paru

Oleh itu, jika anda mempunyai satu atau lebih tanda-tanda amaran yang dinyatakan di atas, eloklah dapatkan pemeriksaan doktor pakar (jangan hanya bergantung kepada pemeriksaan doktor di klinik-klinik biasa yang selalunya dianggap sebagai sakit, batuk atau demam biasa). Banyak kes di mana diagnosis bagi mengenal pasti kanser lewat dilakukan kerana pesakit hanya makan ubat sakit/batuk biasa dari klinik biasa. Apabila sudah teruk barulah berjumpa dengan pakar sakit kanser, masa ini agak sudah terlewat. Oleh itu, diagnosis dan rawatan awal penyakit kanser amat penting.

Semoga info yang dikongsikan di sini bermanfaat kepada semua.

Sumber

22 Responses

  1. assalamualaikum,salam sejahtera
    sy ingin bertanya sesuatu,
    saya telah mengalami batuk lbh daripada 3 bulan dan deman,selsema datang berulang kali.Dah pergi ke klinik dan diberikan pelbagai ubat namun batuk masih tidak hilang. Kondisi kahak pada mulanya kuning kehijauan namun selepas makan antibiotik ia berubah menjadi putih berbuih namun ia berulang kembali kepada kekuningan dan berbuih . Dan kebelakangan ini pelbagai gejala yang saya rasa seperti rasa sgt letih dan lemah seluruh badan tanpa sebab ,sesak nafas dan sakit dada,sakit belakang dada,sakit bahu dan lengan,menggigil,pitam ,pening dan sering demam.Jd apakah sebenarnya yang sy alami doktor dan apakah yang perlu saya lakukan,sbb sy semakin risau dgn semua ini.

    • Salam Ariey

      Saya terbuka artikel ini dan terbaca komen Encik. Saya bukanlah seorang doktor.Tetapi, baru-baru ini, teman lelaki saya telah meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru, meskipun arwah bukanlah seorang perokok.:( Semasa hayatnya, arwah menceritakan setiap apa yang beliau rasa. Simptom yang encik rasai lebih kurang sama dengan apa yang arwah alami. Sebaiknya, encik pergi ke hospital pakar untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya. Semoga encik dapat info selanjutnya dan kesihatan yang berpanjangan. Insya Allah.

  2. Suami saya paru2 penah kena tembuk.sbb masa tu diakena sesak nafas yg teruk.dokt ckp paru2 suami saya masuk angin.tempt yg kena tembuk tu mengeluarkn air dn drh.doct ckp suami dh tk boleh merokok.tp tahu jelah lelaki kn.masih merokok….itu 5 thn dulu…tp skrg sy tgk suami sy selalu batuk2.batuk ni xlah kerap.tp dlm 1 hari tu mesti batuk yg teruk.yg kerap bila masa tido atau awal pg.bila batuk dia ckp skit dada.batuknya kekadang kering dn kekadang bkahak.kahak warna apa sy tak tahu lah.dia slalu penat.g klinik dokt ckp batuk biasa…apa sbenarnya…..atau mmg org isap rokok akn dpt masalah ni..tlglah jawab

    • Adik sy skrg kt wad..kena tahan sbb TIBI…paru-paru kena tebuk dah dekat 4 kali sbb setiap kali bila doc keluarkan tiub tu dr paru2, adik sy lemah…doc lmbt detect penyakit adik sy…paru2 dah rosak teruk tambah lg kena TIBI….sedih tengok badan die yg berisi dulu,skrg dah kurus melidi…

  3. Baru bberapa hari ini saya mngalami selalu susah udh menarik nafas.kalau baring pun ada sakit2..lps tu saya perlu bangun..kerana susah nak bernafas.

  4. Saya pula mengalami sakit dada sebelah kiri bahagian atas payudara, sakitnya kengkadang pandai berpindah.. sy sdh jumpa dgn doc beberapa kali tp doc ckp sakit urat sj then bg ubat urat kat sy tp sakit ni x hilang smp skg la malah sakitnya sampai tembus ke belakang..dan sy penah jg jalani pemereksaan ECG tp resultnya normal.. aku risau sangat.. ada sesape ble tlg bg respond ke??

  5. Informasi yang sangat menarik untuk di ketahui bersama… Bagi anda yang ingin mengetahui ubat yang mampu merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit kanser yang dialami anda dengan cara yang selamat serta terbukti berkesan anda bolehlah layari website di bawah ini sekarang…

    http://bit.ly/ubatkanser

  6. Minum daun belalai gajah juga dikenali sebagai sabah snake grass,ini boleh menyembuh kanser

  7. saya kadang2 akan alami sakit dada. Dan apabila baring saya rasa tak selesa. bila mengiring ke kiri atau kanan terasa Dada sempit. sukar bernafas dan seolah olah menekan bahagian gaster saya. bahagian blakang saya juga terasa sakit. keadaan ini berlaku bila2 masa terutama jika dalam keadaan stress. saya juga pernah demam selsema dan batuk teruk dan ianya berpanjangan sehingga lebih semggu. orang kata saya kemungkinan menghidap paru2 berair tapi saya belum lagi membuat pemeriksaan di hospital kerana m’anggap sakit yang saya alami ini biasa.

  8. mak saya dah 3 tahun batuk yg amat serius.tp kadang2 dia slalu berjumpa dgn dokter,respon yg doktor bg cuma sakit biasa.tp saya perhatikan symptom2 di atas sama spt yg mak sy alami skarg.dan semalam tiba2 dia terbatuk bercampur dgn darah.apakh yg patut saya lakukan? nak dibawa berjumpa dgn pakar kanser,tp kos rawatan tu sgt mahal,dan kami pun bknnya org berada…nak bawa mak sy berubat pun,bajet x cukup..so,bagaimana sy harus lakkan?

    • Gi GH yg terdekat hari ini juga dan beritahu doktor pesakit luar itu akan tanda tanda masaalah paru paru itu dan minta tolong doktor itu rujuk ke pakar paru paru !

  9. Adik sy mula batuk sejak pertengahan tahun lepas..sejak pertengahan bulan Ogos tahun ni sampai skrg di tahan di wad lepas doc detect dia ada TIBI….masa tu dia sesak nafas dan nafasnya berbunyi….bukan ada TIBI saja,paru-parunya jugak rosak agak teruk dan sesekali terpaksa bergantung kepada tiub yg ditebuk ke paru-paru utk mengeluarkan cecair berlebihan sbb kalau tak dia jd sgt lemah….

  10. Assalam…akak nak tanya siapa2 yg pernah jd mcm akak..tetiba ja sakit dkt tulang belikat/dayung..sakit yg teramat sgat..nanti sakit tu akan berpindah turun kebhgian legan plak..nanti kebhgian tengkuk..berulang2/gilir2 tempat…sakit macam ditikam/panas …

    • Sebaik2nya buat pemeriksaan doktor untuk mengetahui penyakit sebenarnya…. kemdian barulah diikuti dengan cara pengubatannya pula.

  11. saya selalu menghadapi sakit dada sebelah kiri(sakit seperti di cucuk jarum). sakit ini sering datang apabila saya mara dan stres. masalah ini membuat saya rasa terbeban. kadang kala saya rasa sesak nafas apabila saya berdiam diri. di sini saya ingin minta tolong untuk menyelesaikan masalah ini.

  12. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan…akar kayu warisan…merawat dan membaik pulih…jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…

    sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin

    Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh

    NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

  13. Assalamualaikum….anda alami penyakit kanser…insyaallah tonik ajaib dapat membantu anda…untuk keterangan lanjut boleh whatsapp 0176607841

  14. Saya prgnant 7bln…baru2 ini semasa raya haji…saya tersedak semasa tidur,dan tiba2 sukar bernafas…bila saya cuba keluarkan sesuatu yg d sangka kahak, rupanya darah yg keluar…saya telah ke hospital mlm itu juga, semasa d hospital doktor check darah, semua ok…cuma saya berasa dada belah kiri saya agak berat n sukar benafas…2hari selepas itu saya dirujuk pula d bahagian tibi, sekali lagi dok check darah,oksigen…semua ok, termasuk keputusan kahak…saya diminta buat xray, keputusan paru2 saya juga ok…cuma saya ragu2 dan mengalami kerisauan dan agak trauma apabila pernafasan saya berbunyi pada masa tertentu..terutama ketika saya baring…tambahan pula sedang menunggu kelahiran org baru ni…

  15. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm150 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh…daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih…jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

  16. Saya ada hampir 70% tanda yang di nyatakan di atas
    Cuma batuk2 tu takda

    Tapi bila check up kat hospital kata
    Paru-paru semua clear takde masalah..

    Dah buntu dah
    Skrg ni redha je

  17. Halo semua,di sini saya ingin berkongsi apa yang saya alami…pada stiap malam sy akan berpeluh ,tapi bukan di semua bahagian hanya di bahagian leher saja…kenapa?? Ada yang tahu tak?? Lagi satu pada setiap kali saya Tidor waktu malam bahagian belakang sya akan terasa sakit( belakang dada) kenapa ?? Ada yang tahu tak??

  18. Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat. Bantu Keluarga Anda Dan Selamatkan Mereka Sama Ada Yang Belum Menghidap Kanser Ataupun Yang Telahpun Menghidapi Kanser, Leukemia, Denggi Dan Paru Paru Berair Serta Penyakit 4 Serangkai Dengan Ubat Kanser Yang Terbukti Berkesan Sebelum Terlambat…

    Untuk Maklumat Lanjut Anda Boleh Layari Website Di Bawah Ini Sekarang…

    http://ubatkansers.blogspot.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 149 other followers

%d bloggers like this: