Hadis ~ Jangan berkata “kalau” itu dan ini

“Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: “Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: “Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’akan membukakan pintu amalan syaitan.” (HR Muslim)

Rahsia penduduk yang paling sihat di dunia

Dalam kehidupan sekarang yang serba canggih, segala-galanya nak cepat dan makanan pun kebanyakannya adalah segera dan diawet dengan pelbagai jenis bahan kimia yang bahaya. Oleh itu tidak hairanlah jika kadar orang yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes, sakit jantung, darah tinggi, kanser, obesiti dan kemurungan (depresi) di seluruh dunia semakin meningkat, seolah-olah fenomena ini seolah-olah menjadi penunjuk “orang kaya” atau “orang senang”. Tempat di mana penduduknya mempunyai kadar penyakit kronik yang tertinggi di namakan titik panas (hot spot), sebaliknya penduduk sesuatu tempat yang mempunyai kadar penyakit kronik terendah dinamakan titik sejuk (cold spot). Jadi, titik sejuk mempunyai penduduk yang paling sihat di dunia.

Apakah rahsia penduduk yang paling sihat ini? Tentulah amalan kehidupan harian dan diet mereka berbeza dengan kebanyakan manusia di tempat lain.

Di antara kelompok manusia yang paling sihat ini ialah:

1. Penduduk asli Tarahumara Indian di kawasan Copper Canyon di Sierra Madre, Mexico paling sedikit mengidap diabetes.

Apa rahsianya?

Mereka ini merupakan penduduk terpencil di Pergunungan Sierra Madre yang menyediakan dan memproses bahan makanan asas sendiri. Walaupun diet mereka mengandungi karbohidrat yang tinggi tetapi ditumbuk sendiri tanpa menggunakan sebarang bahan peluntur dan masih mengekalkan nutrien (terutamanya vitamin B yang banyak terdapat pada lapisan bijirin (seperti kacang, jagung dan tortila) yang mereka makan. Di samping itu, makanan mereka ditambah dengan pelbagai rempah ratus. Mereka juga masih mengamalkan gaya hidup secara tradisional di mana mereka banyak melakukan kerja tangan dan aktiviti fizikal lain.

Penduduk asli Tarahumara Indian di kawasan Copper Canyon di Sierra Madre, Mexico

2. Penduduk di kampung Ntui di Cameroon, Afrika Barat paling sedikit mengidap kanser, jarang sekali yang mengidap kanser kolon dan masalah sembelit.

Apa rahsianya?

Sekali lagi, ia berkaitan dengan diet juga. Diet mereka mengandungi fiber yang tinggi dan sangat kurang makan daging, terutamanya daging merah. Di antara makanan asasi mereka ialah gandum, barli, oat, beras perang (beras liar) yang semuanya tidak diputihkan. Diet fiber tinggi ini juga menyebabkan seseorang itu hidup lebih lama kerana risiko mendapat penyakit kardiovaskular, penyakit berjangkit dan masalah pernafasan adalah rendah.

Selain itu, penduduk ini juga makan makanan yang ditapai (peram), seperti makanan jeruk, tapai jagung dan yogurt) dengan menggunakan bakteria baik (probiotik) yang dapat memperbaiki kesihatan usus dan meningkatkan sistem imun seseorang itu.

3. Penduduk di Iceland paling sedikit menghadapi depresi (kemurungan).

Apa rahsianya?

Walaupun kawasan ini mempunyai tempoh malam atau gelap yang panjang, terutamanya pada musim sejuk, namun mereka paling sedikit mengalami kemurungan di dunia, di mana di tempat-tempat lain masalah kemurungan semakin meningkat.

Apa rahsianya?

Kajian menunjukkan ia berkaitan dengan diet juga. Penduduk di sini banyak makan ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 paling tinggi. Omega-3 dapat mengurangkan kolesterol di samping berupaya menghindari kemurungan.

4. Penduduk Pulau Crete (pulau terbesar di Greece) paling kurang mengidap penyakit jantung.

Apa rahsianya?

Mereka ini mengamalkan diet Mediterranean yang terkenal dengan diet sihatnya kerana mereka menggunakan banyak extra virgin olive oil (minyak zaitun tanpa proses) dalam masakan dan makanan salad mereka. Extra virgin olive oil ini mengandungi antioksidan yang sangat tinggi yang sangat baik untuk kesihatan. Mereka juga banyak makan ikan yang mengandungi omega-3 yang tinggi bagi mengurangkan kolesterol dalam darah. Roti yang mereka makan pula diperbuat daripada gandum fiber tinggi yang dikisar sendiri dengan batu, di samping makan kekacang, yogurt dan kurang makan daging merah.

Oleh itu, jika hendak sihat dan terhindar daripada penyakit-penyakit kronik ini, amalkanlah cara diet dan gaya hdiup mereka.

Untuk maklumat lanjut sila ke link berikut…

Rujukan

%d bloggers like this: