Hadis ~ Doa pada malam Qadar

Semoga kita menemui Lailatul Qadar pada tahun ini…. Aamiin.

“Daripada Aisyah r.a., katanya: “Saya bertanya, “Ya Rasulullah, jika saya tahu bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu ?”
Rasulullah SAW menjawab: “Berdoalah, “Allahumma innaka ‘afu wun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni.”
(HR at-Tirmidzi)

Sumber gambar

Ilmu yang bermanfaat ~ Imam Al-Ghazali

“Ilmu yang memberi manfaat itu ialah ilmu yang menambahkan perasaan takutmu kepada Allah Ta’ala; ( ilmu ) yang menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu; (ilmu) yang menambahkan ibdahmu kepada Tuhanmu ‘Azza wa Jalla dengan sebab makrifatmu kepadaNya; (ilmu) yang mengurangkan gemar kasihmu kepada dunia; (ilmu) yang menambahkan gemar kasihmu kepada akhirat; (ilmu) yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memeliharakan dirimu daripadanya; (ilmu) yang menampakkan kepada kamu segala perdayaan syaitan dan tipuannya.” ~ Imam Al-Ghazali

Petikan Buku: Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah).

Petua mudah menjaga kesihatan paru-paru

Udara yang ditarik masuk dan dihembus keluar paru-paru mesti melalui rongga mulut. Jadi, kesihatan gigi dan gusi yang terdapat dalam rongga mulut berkait rapat dengan kesihatan paru-paru.

Justeru, petua mudah bagi menjaga kesihatan paru-paru, selain daripada tidak merokok, ialah dengan memberus gigi selama 2 minit sebanyak 2 kali sehari. Memberus didi dapat menjaga kesihatan gigi dan membantu menghalang penyakit gusi yang secara langsung boleh menyebabkan penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) di samping menyebabkan infeksi kepada orang lain yang sihat.

Sumber

%d bloggers like this: