Petua mudah dan murah bagi menghilangkan bau durian

Bau raja buah (durian) memang menusuk hidung, dan sesetengah orang tak suka baunya yang kuat dan memeningkan itu, lebih-lebih lagi kalau ia disimpan di tempat/ruang yang tertutup seperti dalam bilik, kereta atau peti sejuk. Bau ini melekat sampai berminggu-minggu lamanya terutamanya dalam boot kereta.

Terdapat beberapa petua yang mudah dan murah dengan hanya menggunakan bahan-bahan kegunaan harian di dapur bagi menghilangkan bau durian di tempat/ruang yang pernah menyimpannya. Semua bahan-bahan tersebut berupaya menyerap bau durian. Di antara caranya ialah:

1. Letakkan semangkuk cuka di tempat yang berbau durian.
2. Letakkan semangkuk serbuk penaik (baking powder) di tempat yang berbau durian.
3. Letakkan beberapa keping roti selama 1 atau 2 hari di tempat yang berbau durian.
4. Letakkan arang kayu di tempat yang berbau durian.

Bau durian atau bau lain yang kurang menyenangkan melekat di tangan boleh dihilangkan dengan cara membasuh tangan dengan jus limau/lemon, kemudian baru basuh dengan sabun dan air, dan akhir sekali lap tangan dengan tuala/kain lap yang telah dibubuh cuka, insya Allah bau yang kurang enak ini akan hilang.

Anda boleh pilih mana-mana satu cara yang dikongsi di atas. Selamat mencuba…..

Sumber: Email (Nur Fazedah)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: